Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

PROGRAM
KELESTARIAN GOTONG ROYONG BERSIHKAN
SUNGAI GOMBAK

ANJURAN :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN HARAPAN BAKTI SELANGOR (PKHBS)
Bersama
PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN GOMBAK
1.
1.0 PENDAHULUAN

Sungai merupakan suatu aset sumber alam yang perlu dijaga dan dipelihara. Suatu ketika
dahulu, Malaysia mempunyai banyak sungai yang bersih yang menjadi tempat tinggal habitat
flora dan fauna. Namun, kini kebanyakan sungai di Malaysia menjadi semakin tercemar dan
kurang dikunjungi oleh penduduk setempat. Masalah seperti pencemaran air sungai dan
kepupusan habitat sepanjang sungai merupakan isu utama yang dihadapi oleh sungai-sungai
di Malaysia disamping masalah lain seperti kebersihan akibat pembangunan yang tidak
terkawal di sepanjang sungai tersebut.

Sungai Gombak yang terletak berhampiran daerah Gombak, Selangor, adalah merupakan salah
satu daripada berates anak sungai di Selangor yang menghadapi masalah seperti yang
dinyatakan di atas. Kadar pencemaran dan kebersihan di sepanjang sungai ini amat
membimbangkan. Malahan, sejak penularan wabak pandemik Covid-19 sejak Mac yang lalu,
topeng muka, botol cecair pembasmi kuman dan sarung tangan pakai buang antara sampah
paling banyak ditemui beberapa kawasan tertentu di tebing Sungai Gombak dan tidak
diendahkan atau dibiarkan sahaja oleh penduduk setempat memandangkan jangka hayat virus
tersebut adalah selama 14 hari sehingga sekarang vektor (haiwan) pembawanya yang masih
belum dikenalpasti.

2.0 TEMA AKTIVITI : KUMAN DIBASMI, SUNGAI DISAYANGI

Sungai ini agak bertuah kerana Pertubuhan Kebajikan Harapan Bakti Selangor yang diketuai
oleh Pengerusi, Mohamad Rabani bin Md Yusof dan sokongan padu daripada ahli
jawatankuasa serta ahli pertubuhan yang ingin membantu mempertingkatkan kualiti
kebersihan disepanjang sungai ini melalui aktiviti gotong royong bertemakan ‘Kuman Dibasmi,
Sungai Dicintai’ yang akan dijalankan di sepanjang tebing Sungai Gombak (yang terpilih).
Keprihatinan pertubuhan dan dibantu oleh masyarakat setempat merupakan suatu usaha yang
murni dalam memelihara dan memulihara Sungai Gombak yang dipenuhi sampah sarap dan
kotoran seperti topeng muka dan sarung tangan yang mengundang risiko kepada penularan
wabak samada melalui bekas cecair badan atau pembawaan haiwan perosak tertentu.

Bagi menyokong keprihatinan program ini, pertubuhan berserta Pejabat Parlimen Gombak
serta komuniti penduduk setempat dalam melaksanakan progrom gotong royong
membersihkan sungai ini. Adalah diharapkan melalui program seumpama ini, kesedaran
2.
terhadap kepentingan menjaga kebersihan sungai ini dapat diterapkan kepada komuniti
masyarakat setempat. Disamping itu, program ini dijangka mampu memperbaiki kualiti hidup
komuniti setempat melalui pemeliharaan kebersihan sungai secara mapan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengadakan program ‘local communities participation’dan lawatan tapak bersama komuniti
setempat bagi penyediaan cadangan gerak kerja gotong royong dan pemilihan kawasan-kawasan
tebing sungai yang telah dikenalpasti.

3.2 Mengenalpasti faktor-faktor berlaku pencemaran sungai.

3.3 Mengaitkan kesan pencemaran sungai terhadap kehidupan seharian.

3.4 Menghargai dan mencintai alam sekitar.

4.0 SASARAN PESERTA

Anggran seramai 20 orang sukarelawan termasuk ahli pertubuhan dan juga komuniti
setempat mengambil bahagian untuk program ini.

5.0 TEMPOH DAN TEMPAT PROGRAM

5.1 Tempoh : 3 Ogos 2024 (Sabtu)

5.2 Tempat : Sungai Gombak, Selangor (sepanjang ~500meter panjang sungai)

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran 1

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Rujuk Lampiran 2
3.
8.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar permohonan ini mendapat pertimbangan dan sumbangan
kewangan daripada Dana Pusat Khidmat Rakyat (Penyelaras) Parlimen Gombak.

9.0 RUJUKAN

Nama Persatuan : PERTUBUHAN KEBAJIKAN HARAPAN BAKTI SELANGOR (PKHBS)

Alamat Persatuan : LOT 8995-2, JALAN NAKHODA KIRI, KAMPUNG NAKHODA, 68100 BATU
CAVES, SELANGOR D.EHSAN

Nama Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

No Akaun : 12225010035722

Disediakan oleh Disemak oleh

……………………………………….. ..................................................
MUHAMMAD NASHREEN BIN ZAINUDDIN MUHAMAD RABANI BIN MD YUSOF
Setiausaha Pertubuhan Pengerusi Pertubuhan

4.
LAMPIRAN 1

ANGGARAN PERBELANJAAN

PERBELANJAAN PROGRAM
Bil Perkara Jumlah (RM)
Perbelanjaan
I. Percetakkan RM100.00
II. Kelengkapan Gotong-Royong RM1,000.00
III. Sewaan Khemah dan Kerusi RM350.00
IV. Makanan / Minuman RM200.00
V. Banner RM150.00
VI. Siaraya RM100.00
VII. Peti Kecemasan (First Aid) RM400.00
VIII. Kontigensi RM200.00
JUMLAH KESELURUHAN PROGRAM RM 2,500.00

5.
LAMPIRAN 2

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI

MUHAMAD RABANI BIN MD YUSOF

TIMBALAN PENGERUSI

ALARIC ASHRAFF BIN AZNAN

SETIAUSAHA

MUHAMMAD NASHREEN BIN ZAINUDDIN

BENDAHARI

ZAFARUL IQRAM BIN ZUKLIFLI

AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS

AIRUDIZA BINTI SABARUDIN

AFENDI BIN ISHAK

MUHAMMAD RASHDAN BIN RUSLAN

AMIRUL RIZQULLOH BIN AHAMDIY

SHEIKH ALI AKASHAH BAJUNID BIN SHEIKH MOHAMED

NURAISYAH BINTI SYAHFRIL

6.
7.
5.

You might also like