Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

1.

0 Profile of Key Informant


Bagi menyempurnakan tugasan yang telah diberikan, satu temu bual telah dijalankan
dengan seorang pemimpin sekolah berkenaan amalan mereka untuk menggalakkan iklim
sekolah yang positif. Pemberi Maklumat yang telah ditemu bual tersebut terlibat secara
langsung dalam urusan hal ehwal pentadbiran sekolah dan memegang amanah sebagai Guru
Penolong Kanan Pentadbiran atau juga disebut sebagai Guru Penolong Kanan 1 di sebuah
sekolah menengah agama swasta yang terletak di kawasan bandar. Beliau mempunyai
pengalaman mengajar selama 33 tahun iaitu bermula dari tahun 1990 hingga kini. Sebelum
menjawat jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran, beliau pernah menyandang
jawatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid selama lebih kurang 10 tahun. Beliau juga
pernah ditugaskan sebagai Warden Asrama. Jawatan yang disandang kini telah menjangkau
pengalaman selama empat tahun.
Pemberi Maklumat menjelaskan bidang tugasnya sebagai Penolong Kanan
Pentadbiran adalah menjalankan tugas-tugas pentadbiran di bawah arahan pengetua dan
menjadi wakil pengetua apabila ketiadaan pengetua di sekolah. Selain itu, tugasnya juga
membantu Pengetua menyelia, menilai proses pengajaran dan juga membantu dalam aspek
perancangan dan pengurusan sekolah.
Sekolah yang ditadbir oleh Pemberi Maklumat ini merupakan sekolah menengah
agama swasta yang di kawal selia dan dipantau di bawah Unit Pendidikan Jabatan Agama
Islam Perak. Pengajian yang disediakan di sekolah ini adalah mengikut sukatan kurikulum
yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Agama Islam Perak.
Mempunyai dua aliran pengajian iaitu akademik dan thanawi yang bermula dari Tingkatan 1
hingga Tingkatan 5. Ia dikenali sebagai subjek Azhariah yang menggunakan kurikulum
daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. Sekolah ini telah ditubuhkan dan mula beroperasi sejak
tahun 1986. Sekolah tersebut menampung kapasiti pelajar dan guru serta staf sokongan yang
tidak terlalu ramai iaitu jumlah terkini pelajar ialah seramai 158 orang, sementara guru
berjumlah 20 orang dan staf sokongan seramai 5 orang. Majoriti pelajar di sekolah tersebut
adalah daripada keluarga yang berpendapatan sederhana dan berkemampuan. Sekolah
tersebut telah berjaya melahirkan ramai pakar dalam bidang masing-masing.
Pemberi Maklumat menyatakan prinsip utamanya sebagai Penolong Kanan
Pentadbiran ialah mesti memahami tugas masing-masing dan cuba menjalankan amanah yang
diberikan dengan sehabis baik. Dalam perspektif nilai pula, beliau sentiasa menerapkan
dalam diri dengan sifat hormat-menghormati iaitu saling hormat dengan semua individu
khususnya seluruh warga sekolah dan juga nilai kepatuhan pada pemimpin. Dalam konteks
ini, Pemberi Maklumat akan sentiasa patuh dengan arahan pengetua dan melakukan
perbincangan jika ada permasalahan yang timbul. Dalam usaha mewujudkan kelestarian
untuk memegang tampuk kepimpinan sekolah, Pemberi Maklumat telah berkongsi inspirasi
yang menjadi pendorongnya iaitu ayahnya yang juga merupakan seorang bekas guru yang
sentiasa berusaha menjadi contoh yang baik kepada anak didiknya. Selain itu, minatnya yang
mendalam dan cintanya kepada profesion perguruan ini telah membangkitkan semangat
untuk meneruskan komitmen sebagaijawatankuasa yang mentadbir sekolah serta sentiasa
mendapat dorongan dan sokongan daripada ahli keluarga, kawan-kawan serta ahli
masyarakat.

2.0 Qualitative Data Analysis


Kajian ini dibuat menggunakan Kaedah Kualitatif iaitu melalui Temubual Mendalam
bersama seorang Guru Penolong Kanan Bahagian Pentadbiran yang mempunyai pengalaman
dalam bahagian Pengurusan dan Pentadbiran di sekolah terbabit selama empat tahun. Tujuan
utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui dan mengkaji strategi yang dijalankan
oleh pihak sekolah bagi mengekalkan iklim sekolah yang positif dan juga strategi yang
digunakan untuk memperbaiki iklim sekolah yang negatif. Sebelum temu bual dijalankan,
beberapa soalan yang berkisar tentang amalan pengurusan telah disediakan dan soalan-soalan
tersebut dikelaskan berdasarkan empat proses asas pengurusan iaitu proses merancang,
menganjur, mengetuai dan mengawal.

2.1 Strategy Used To Maintain Positive School Climate


Dalam usaha mewujudkan dan mengekalkan iklim sekolah yang positif, terdapat
beberapa aspek penekanan yang perlu dititikberatkan terutama dalam pengurusan dan
pentadbiran di peringkat sekolah. Pemberi Maklumat memaklumkan bahawa pihak
pentadbiran sekolah terdiri daripada Jemaah Pengurusan Sekolah, seorang Pengetua, tiga
orang Penolong Kanan (Bahagian Pentadbiran, Bahagian Hal Ehwal Murid dan Bahagian
Kokurikulum) serta seorang kerani pentadbiran bagi melicinkan dan memudahkan urusan
pentadbiran di peringkat sekolah.
Beberapa aspek dalam bidang pengurusan telah dikupas dalam sesi temubual bersama
Guru Penolong Kanan Pentadbiran tersebut. Pemberi Maklumat menyatakan dalam usaha
untuk merangka strategi dan mewujudkan objektif bagi mengekalkan iklim sekolah yang
positif adalah dengan menubuhkan jawatankuasa khas dengan menggalakkan kerjasama dan
penglibatan daripada semua pihak. Berikut adalah penyataan yang dikemukakan oleh
Pemberi Maklumat;

"...Dalam usaha untuk mengekalkan iklim sekolah yang positif, pihak sekolah akan
memastikan sesuatu strategi dirancang dan ditetapkan matlamatnya yang tertentu
dengan cara menubuhkan jawatankuasa khas yang berperanan membuat
perancangan strategik dan seterusnya menggalakkan kerjasama dan penglibatan
daripada semua pihak termasuklah pihak atasan, guru-guru dan para pelajar supaya
menjadi pendekatan yang berkesan dan terarah...''

Hal yang demikian menunjukkan pihak sekolah berusaha untuk memastikan segala
perancangan yang dibuat bersama penetapan matlamat yang khusus dapat dilaksanakan
melalui penubuhan jawatankuasa khas dan semua pihak perlu berganding bahu dan memberi
komitmen sepenuhnya agar sesuatu strategi itu berkesan dan berjalan lancar serta
menatijahkan matlamat yang ditetapkan agar berjaya dicapai.
Selain itu, dalam proses penganjuran sesuatu program atau aktiviti di sekolah,
pengagihan tugasan akan dibuat secara sama rata dan adil. Semua guru akan diberi
tanggungjawab yang setara tanpa mengira umur, jawatan atau bebanan kerja bagi
mengelakkan berlakunya konflik atau ketidakpuasan hati dalam kalangan guru-guru. Menurut
Pemberi Maklumat:

"...Bagi melancarkan sesuatu aktiviti yang dirancang, pengetua bersama kami di


pihak pentadbiran akan berbincang dengan mengadakan mesyuarat dan
mengagihkan tugasan serta memperuntukkan kakitangan secara optimum dan
sewajarnya supaya dapat berlaku adil dengan pembahagian tugasan secara sama
rata tanpa mengira kekananan seseorang guru atau status guru yang masih baharu
dan kurang pengalaman atau seseorang guru itu mempunyai kemahiran atau tidak,
semuanya akan diberi tugasan dan tanggungjawab. Ini akan dapat mengelakkan
ketidakpuasan hati dalam kalangan guru-guru serta dapat mewujudkan suasana yang
harmoni dalam persekitaran kerja dan juga menggalakkan kerjasama dan komunikasi
yang baik sesama kakitangan."

Memastikan pengagihan tugas pengajaran yang saksama adalah penting untuk


memelihara semangat kakitangan, kesihatan keseluruhan, dan kualiti pengajaran. Oleh yang
demikian, melalui pengagihan tugasan secara sama rata kepada semua kakitangan dapat
menggalakkan kerjasama dan komitmen serta membawa kepada kepuasan hati dan
kebahagiaan bekerja dalam kalangan kakitangan. Menurut Ina et. al (2021), bagi
meningkatkan prestasi sesebuah organisasi, aspek yang penting dan perlu dititik beratkan
adalah aspek kebahagian dalam bekerja. Guru yang gembira dengan pilihan yang dibuat dan
tahap bantuan yang mereka terima daripada pengurusan sekolah mempunyai sikap yang lebih
baik terhadap kerja mereka (Hepburn & Brown,2001). Hal ini akan memupuk suasana kerja
yang positif dan membawa kepada keberkesanan sesuatu program yang dianjurkan.
Seterusnya, Pemberi Maklumat berkongsi dalam usaha mengekalkan iklim yang
positif di sekolah, pihak sekolah membawa pendekatan dengan membudayakan amalan
mengucapkan salam apabila saling bertemu dalam kalangan semua warga sekolah. Selain itu,
pihak sekolah menyahut seruan kerajaan untuk membudayakan pemakaian batik dalam
kalangan guru-guru dan staf sokongan pada hari Khamis setiap minggu. Bagi para pelajar
pula, mereka dianjurkan membudayakan pemakaian khas pada hari Jumaat, iaitu, pelajar
lelaki memakai samping bermotifkan batik dan berbaju melayu putih, sementara pelajar
perempuan pula memakai baju kurung putih bersama dengan kain bercorak batik. Menurut
Pemberi Maklumat:

"...Budaya yang diamalkan oleh warga sekolah antaranya mewajibkan guru-guru


kami memakai pakaian yang bermotifkan batik setiap hari Khamis. Sementara bagi
para pelajar pula dianjurkan membudayakan pakaian khas sekolah setiap hari
Jumaat. Pelajar lelaki perlu memakai Baju Melayu putih dengan samping bercorak
batik, manakala pelajar perempuan memakai Baju Kurung putih dan berkain batik.
Selain itu, pihak sekolah menggalakkan budaya memberi salam apabila saling
bertemu antara guru dan para pelajar. Melalui pembudayaan beberapa amalan ini,
pihak sekolah berharap ia dapat mendisiplinkan diri para pelajar dan juga
guru-guru, mewujudkan sikap saling hormat-menghormati serta memartabatkan
kesenian batik sebagai simbol tradisi dan kebanggaan rakyat Malaysia."

Melalui pembudayaan beberapa amalan yang dianjurkan oleh pihak sekolah, ia


merupakan inisiatif yang baik untuk menerapkan sikap berdisiplin dalam diri untuk sentiasa
mengamalkan budaya-budaya tersebut. Di samping itu, ia dapat mewujudkan suasana yang
harmoni dan saling hormat-menghormati dalam kalangan warga sekolah serta ia sebagai
usaha untuk mendukung usaha kerajaan bagi memartabatkan kesenian batik yang menjadi
simbol kesenian tradisional di Malaysia.
Dalam memutuskan sesuatu keputusan besar dan penting, Pengetua bersama Pihak
Pentadbiran Sekolah akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu berbangkit yang
melibatkan keputusan segera dan penting. Hasil mesyuarat akan dirujuk pula kepada
Lembaga Pentadbir Sekolah yang terdiri daripada Pengasas Sekolah dan Ahli Jawatankuasa
yang merupakan Jemaah Pengurusan Sekolah. Menurut Pemberi Maklumat:

"... Sesuatu keputusan besar dan penting yang melibatkan pengurusan sekolah
terutamanya, akan diputuskan melalui mesyuarat yang dihadiri oleh Pengetua dan
Guru-guru Penolong Kanan untuk bersama-sama membincangkan dan mencari solusi
kepada hal-hal berbangkit tersebut. Kemudian hasil daripada mesyuarat tersebut
akan dirujuk kepada Lembaga Pentadbir Sekolah yang terdiri daripada Pengasas dan
Ahli Jawatankuasa yang merupakan Jemaah Pengurusan Sekolah. Selain itu,
mesyuarat khas juga diadakan mengikut keperluan bersama Guru Panitia atau Guru
Ketua Unit untuk mengadakan sesuatu program atau membincangkan sesuatu isu
berbangkit. Di dalam setiap mesyuarat, Pengetua akan membuka ruang kepada
semua ahli yang hadir untuk memberi pandangan dan idea untuk memberi solusi dan
seterusnya bersama-sama mendapatkan kata putus."

Dapat diperhatikan di sini bahawa setiap keputusan penting dan besar, akan
diputuskan melalui pembentukan mesyuarat. Mesyuarat merupakan salah satu daripada
proses kerja organisasi yang perlu diadakan sebaik-baiknya untuk mencapai sesuatu matlamat
dan memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Melalui mesyuarat yang dijalankan, ia dapat
memupuk komunikasi yang berkesan, kerjasama sebagai satu pasukan, percambahan idea dan
pemikiran daripada cadangan dan solusi yang dikemukakan serta penyelarasan tugas.
Pengetua telah memainkan peranannya dengan sangat baik dan sangat penting dalam
membuat keputusan dan mendapatkan kata putus secara bersama dengan mengadakan
mesyuarat bagi melancarkan dan memudahkan proses membuat keputusan.
Selain itu, langkah dalam memodelkan tingkah laku sangat dititikberatkan oleh
Pengetua dan sangat dianjurkan kepada semua pimpinan sekolah. Kepimpinan melalui
teladan perlu diterapkan dalam jiwa semua warga sekolah yang bergelar pemimpin atau
ketua. Konsep Kepimpinan Melalui Teladan adalah merujuk kepada keperluan seorang
pemimpin untuk menunjukkan kepimpinan yang terbaik dan berintegriti (Ismail Sualman,
2018). Menurut Pemberi Maklumat:

"...Pengetua kami berusaha menggalakkan konsep Kepimpinan melalui Teladan


dengan menerapkan sifat-sifat yang baik dan boleh dijadikan contoh kepada semua
warga sekolah. Pengetua seorang yang sangat menepati masa dan menjaga masanya,
namun masih fleksibel dan boleh bertoleransi dengan orang lain jika berlaku
kekangan yang sukar dielakkan. Selain itu, Pengetua kami sangat menyantuni orang
lain dan sentiasa mengambil pertimbangan yang sewajarnya kepada seluruh
kakitangan sekolah. Setiap hari, apabila bertemu dengan sesiapa beliau akan terlebih
dahulu memberi salam dan berjabat tangan serta bertanya khabar jika sudah lama
tidak bertemu. Tambahan lagi, pengetua sangat berhati-hati dalam berbicara, beliau
akan menggunakan bahasa yang terbaik dan tidak menyakitkan walaupun beliau
sedang marah. Pengetua juga sentiasa menjaga kebajikan ahli dibawah pimpinannya
dengan memberi bantuan kewangan atau keperluan jika ada dalam kalangan
guru-guru mengalami kesusahan. Pengetua menganjurkan konsep ini supaya ia
menjadi amalan kepada semua yang bergelar pemimpin atau ketua."

Pendekatan yang dibawa oleh pengetua mampu menjadi ikutan kepada pimpinan di
bawahnya. Konsep Kepimpinan melalui Teladan ini merupakan satu kaedah memimpin
melalui contoh teladan yang dipamerkan oleh para pemimpin yang memberi kesan kepada
orang yang dipimpin berkeinginan untuk mematuhi dan melaksanakan apa sahaja yang
digariskan oleh para pemimpin secara sukarela dan tanpa paksaan (Abdol Rahman & Ahmad
Sabri, 2017). Ia sebagai galakan untuk sentiasa menerapkan sifat-sifat yang baik dalam diri
setiap individu supaya dapat menjadi contoh dan ikutan terbaik dalam kalangan semua warga
sekolah amnya, dan semua kakitangan khususnya.
Di samping itu, dalam proses mengawal untuk tujuan mengekalkan persekitaran
sekolah yang positif, pihak sekolah akan membandingkan hasil dengan objektif yang ingin
dicapai. Menurut Pemberi Maklumat:

"...Sekolah mempunyai matlamat untuk menghasilkan pelajar yang dapat berkhidmat


atau menyumbang semula kepada sekolah. Oleh yang demikian, besar harapan kami
agar bekas pelajar yang telah berjaya untuk menjadi tenaga pengajar atau
menyumbang tenaga dan kepakaran di sini agar menjadi bukti keberhasilan dan
kejayaan hasil produk Maahad Al-Abbasiah. Sememangnya terdapat beberapa orang
guru di sini yang merupakan bekas pelajar cemerlang sekolah ini. Mereka ini boleh
dijadikan contoh secara langsung dan sebagai satu suntikan semangat kepada para
pelajar dan memotivasikan mereka untuk tekun belajar dan berjaya seperti guru-guru
mereka."

Ia satu langkah yang baik apabila menjadikan hasil produk sekolah yang cemerlang
atau testimoni pelajar yang telah berjaya sebagai tenaga pengajar di sekolah tersebut. Ia juga
mampu membantu pihak pentadbiran khususnya Hal Ehwal Murid dalam pengawalan para
pelajar kerana guru tersebut sudah memahami dan mengetahui tentang selok-belok sekolah
dan kemungkinan yang boleh berlaku.
Selain itu, dari sudut pengawalan dan penilaian guru-guru di sekolah, Unit Naziran
daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) (Bahagian Pendidikan) akan membuat cerapan
dan penilaian ke atas guru-guru di sekolah. Walaubagaimanapun, pengetua akan membuat
pra-penilaian sebelum guru-guru dinilai oleh pegawai yang bertanggungjawab tersebut.
Menurut Pemberi Maklumat;

"... Pengetua akan membuat pra-penilaian sebelum guru-guru kami dinilai oleh Unit
Naziran JAIPk. Kebiasaannya mereka akan datang secara berkala dalam tempoh
tertentu untuk membuat pemerhatian dan penilaian ke atas kerja yang telah dilakukan
oleh guru-guru termasuklah bahagian pentadbiran. Tetapi selalunya, pengetua kami
akan dimaklumkan terlebih dahulu jangkaan pegawai tersebut akan datang membuat
cerapan dan pengetua akan memaklumkan kepada guru-guru supaya bersedia. Beliau
mengambil inisiatif dengan membuat penilaian terlebih dahulu kepada guru-guru
dengan memeriksa buku rekod rancangan pengajaran guru supaya dilengkapkan
dengan baik dan kurang kesalahan pada penilaian rekod tersebut. Seterusnya, beliau
akan memantau dan membuat pemerhatian ketika guru sedang mengajar supaya
dapat memaklumkan kepada guru terbabit kekuatan dan kelemahan stail
pengajarannya serta aspek yang perlu ditambah baik."

Pra-penilaian merupakan satu usaha yang baik untuk membantu para guru supaya
lebih bersedia sebelum dicerap dan peluang untuk menyempurnakan dan menambah baik
kekurangan pada aspek yang bakal dinilai dan memperbaiki kesalahan yang terdapat dalam
rekod perancangan pengajaran. Ia juga membantu meningkatkan kualiti pengajaran guru
dengan ulasan yang diberikan oleh pengetua.

2.2 Strategy Used To Improve Negative School Climate


Pemberi Maklumat menyatakan langkah yang diambil untuk merancang strategi
dalam memperbaiki iklim sekolah yang negatif adalah dengan usaha memurnikan visi dan
misi sekolah bagi meningkatkan pandangan masyarakat agar menepati keperluan masyarakat
serta lebih relevan dengan keadaan para pelajar masa kini. Selain itu, pihak sekolah dalam
usaha melaksanakan perancangan jangka panjang untuk mewujudkan sistem merit yang
dijalankan di seluruh peringkat sekolah. Menurut Pemberi Maklumat;

"...Pihak sekolah dalam usaha untuk memurnikan visi dan misi sekolah agar dapat
meningkatkan pandangan dan menepati keperluan masyarakat. Kami meletakkan
harapan yang tinggi agar dengan usaha ini ia dapat membantu meningkatkan kualiti
kemenjadian pelajar dan meningkatkan kepercayaan masyarakat tentang keboleh
harapan sekolah untuk membentuk para pelajar yang seimbang akademik dan
sahsiah. Selain itu, pengetua kami telah merencanakan untuk melaksanakan
perancangan jangka panjang dalam usaha mengawal dan memperbaiki persekitaran
sekolah yang negatif dengan mewujudkan sistem merit yang boleh diguna pakai untuk
semua warga sekolah. Sistem merit ini diwujudkan bagi meningkatkan disiplin
kakitangan serta para pelajar. Ia akan dilaksanakan mengikut kesesuaian keadaan
kakitangan dan pelajar."

Berikutan daripada hal tersebut, Pemberi Maklumat berkongsi usaha ini sebagai
memperbaiki kualiti kemenjadian pelajar untuk meningkatkan pencapaian dan prestasi
mereka kerana terdapat perbezaan yang ketara pada pelajar dalam sekitar tahun kebelakangan
ini yang memerlukan lebih banyak sokongan dan keperluan untuk membangkitkan semangat
mereka untuk belajar dan memperbaiki sahsiah mereka. Perancangan untuk melaksanakan
sistem merit dalam kalangan kakitangan dan para pelajar juga merupakan inisiatif yang baik
untuk memperbaiki iklim sekolah yang negatif.
Selain itu, dalam aspek penganjuran sesuatu aktiviti atau program, pihak sekolah akan
memantau keberkesanan program yang telah dijalankan dengan melakukan 'post- mortem'
dan refleksi bagi mengetahui sejauh mana keberkesanan dan matlamat yang dicapai melalui
program yang dianjurkan. Hal ini bagi memperbaiki dan menilai semula kewajaran sesuatu
program supaya ia dapat ditambah baik atau ditingkatkan nilai dan kualitinya. Berdasarkan
perkongsian daripada Pemberi Maklumat:

"...Setiap kali berakhirnya sesuatu program yang telah dijalankan, ahli jawatankuasa
yang terlibat bersama pihak pengurusan dikehendaki melakukan proses 'post-mortem'
dan refleksi bagi mendapatkan penilaian keseluruhan berdasarkan aktiviti-aktiviti
yang telah dianjurkan dalam sesuatu program serta peratusan penglibatan pelajar
dalam program yang dilaksanakan. Ia bagi mengetahui sejauh mana kerelevanan
sesuatu program melalui keberkesanannya dalam mencapai matlamat yang ingin
dicapai. Hal yang demikian, membantu pengetua khususnya untuk memberi kelulusan
atau 'lampu hijau' bagi meneruskan pelaksanaan sesuatu program yang sama pada
tahun hadapan berdasarkan hasil penilaian 'post-mortem' yang dibuat."

Hal ini juga berkait rapat dengan proses pengawalan pengurusan sumber. Apabila
diperhatikan, ia membawa kepada pengawalan pengurusan sumber yang strategik iaitu
dengan usaha pihak sekolah membataskan sumber berdasarkan daripada output yang dicapai
supaya tidak berlaku pembaziran atau ketidak seimbangan sumber dalam sesuatu program
yang dianjurkan. Ia akan dinilai daripada keputusan pihak atasan samada untuk meluluskan
atau tidak sesuatu program untuk dijalankan semula berdasarkan keperluan dan kejayaan
program tersebut.
Dari sudut motivasi pekerja, dalam usaha untuk meningkatkan motivasi dalam
kalangan guru, pihak sekolah melakukan beberapa inisiatif yang berbentuk ganjaran material
dan fizikal agar dapat memberi kesan positif kepada guru-guru. Dalam sesebuah organisasi
lazimnya terdapat pekerja yang mempunyai kurang motivasi diri, tidak bersemangat untuk
bekerja, cenderung untuk melakukan kesalahan atau mempunyai isu etika. Begitu juga
berlaku di institusi sekolah, Pemberi Maklumat menyatakan;

"...Kami di Pihak Pentadbiran komited dalam memastikan kakitangan kami


terutamanya guru-guru supaya terus bersemangat menunaikan amanah untuk
mengajar dan mendidik anak-anak bangsa dengan berterusan memberi motivasi dan
kata-kata semangat setiap hari melalui hantaran di aplikasi Whatsapp serta Pengetua
juga mengambil inisiatif sebelum memulakan sesuatu mesyuarat, beliau akan
menyampaikan sedikit bingkisan kata-kata motivasi supaya dapat mengembalikan dan
meningkatkan semangat kerja guru-guru. Strategi lain yang diharapkan oleh
pengetua kami antaranya dalam bentuk material seperti memberi bonus pada hujung
tahun atau sempena perayaan Aidil Fitri. Juga, pada setiap hari Jumaat disediakan
makanan percuma khas untuk semua kakitangan sekolah. Ini sememangnya menjadi
pendorong guru-guru untuk terus bersemangat bekerja Walaupun begitu, terdapat
juga guru yang masih bermasalah terutamanya guru senior. Guru senior tersebut
suka membuat hal sendiri dan tidak berminat mahu bercampur dengan guru lain,
selepas kerja dan kelas yang diajarnya telah selesai, beliau akan pulang awal
sebelum masa balik yang ditetapkan. Hal ini berlanjutan sejak daripada pengurusan
pengetua sebelum ini yang sangat fleksibel dan tidak mengambil kisah tentang hal
tersebut, selagi mana guru tersebut menyelesaikan tugasnya menjalankan pdp.
Namun, hal ini menjadi masalah kepada pengetua kini, yang mana pelbagai langkah
diambil untuk mengatasi isu tersebut. Pengetua telah memberi peringatan dan
amaran keras kepada guru terbabit jika hal demikian masih berulang dan tanpa
sebarang alasan yang munasabah, maka guru terbabit perlu meletakkan jawatan."

Daripada perkongsian Pemberi Maklumat tersebut menunjukkan pelbagai usaha yang


dilakukan oleh pengetua untuk meningkatkan motivasi guru-guru. Motivasi adalah satu
proses psikologi atau kognitif yang bersifat subjektif dan yang paling asas, daripada proses
kognitif yang aktif dan positif, akan diikuti dengan pelbagai aspek yang lain seperti
kebolehan, potensi dalam bekerja, semangat dan kesungguhan (Ahmad Shukri, 2002).
Motivasi merupakan suatu dorongan untuk menguatkan, membangkit dan mengarah perilaku
seseorang (Jaafar Muhammad, 2000). Lazimnya, motivasi berbentuk fizikal sangat berkesan.
Pengetua mengambil serius terhadap isu etika para penjawat dengan memberi peringatan dan
amaran keras supaya isu tersebut tidak berulang. Jika diperhatikan, kepimpinan pengetua
dahulu lebih mempraktikkan kepimpinan Laissez- Faireyang kurang mengambil peduli
tentang disiplin gurunya berbeza dengan pengurusan pengetua yang terkini yang lebih tegas
dengan meminta guru meletakkan jawatan jika tidak mahu mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh sekolah dan ini adalah sebagai usaha untuk mengelakkan berlakunya perkara
yang boleh membawa kepada persekitaran yang negatif dan boleh mempengaruhi guru lain.

3.0 Key Findings


Penemuan daripada dapatan berikut mengenai strategi yang digunakan untuk
mengekalkan iklim sekolah yang positif dan memperbaiki iklim sekolah yang negatif
dibahagikan selaras dengan proses pengurusan sekolah mengikut tema-tema tertentu seperti
dalam Jadual 1 di bawah. Ia telah dibincangkan dan disokong melalui penyataan langsung
oleh Pemberi Maklumat serta rujukan daripada literatur.

Table 1: Four Principle Process of Management

Process of Management Themes

Planning Merangka strategi dan menentukan matlamat


● Jawatankuasa khas ditubuhkan, galakkan kerjasama dan
penglibatan daripada semua pihak
● Membuat perancangan jangka panjang

Pernyataan visi
● Memurnikan visi dan misi sekolah

Organising Memperuntukkan kakitangan untuk tugasan


● Membahagikan tugas secara sama rata

Budaya
● Penerapan amalan dan budaya dalam kalangan warga sekolah

Leading Motivasi kakitangan


● Memberi motivasi, peringatan atau pilihan jika tidak berminat
dan tidak ingin meneruskan kerjaya sebagai guru

Membuat keputusan
● Keputusan penting diputuskan melalui mesyuarat

Kepimpinan
● Memodelkan konsep kepimpinan melalui teladan

Controlling Perbandingan hasil dengan objektif


● Penghasilan pelajar yang boleh berkhidmat kepada sekolah

Mengawal sistem/proses
● Pra-penilaian guru-guru

Daripada dapatan hasil temubual bersama Guru Penolong Kanan Pentadbiran,


pengurusan pengetua di sekolah terbabit telah menggunakan keempat-empat kaedah
pengurusan iaitu merancang, menganjur, mengetuai dan mengawal dalam memastikan iklim
sekolah yang positif dapat dikekalkan. Aspek pengurusan yang paling banyak dan ditekankan
dalam pengurusan pengetua tersebut ialah dalam aspek mengetuai atau memimpin. Ia lebih
dominan berbanding aspek-aspek lain. Kepimpinan merupakan keupayaan untuk
mendapatkan sokongan dan persefahaman serta berpegang teguh pada matlamat umum yang
melebihi daripada hanya memenuhi keperluan organisasi (J. Cribbin, 1981).
Sememangnya terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan
sesebuah organisasi. Namun begitu, didapati kepimpinan lebih cenderung atau dominan
untuk menjadi penyumbang utama atau faktor utama kepada pencapaian dan prestasi
sesebuah organisasi menurut ramai pengkaji dalam bidang kepimpinan dan pengurusan.
Menurut Hassan et. al (2009), kebanyakan literatur berkisar kepimpinan secara umumnya
berdasarkan andaian bahawa kepimpinan merupakan faktor kepada keberkesanaan sesebuah
organisasi. Selain itu, ia juga disokong oleh Jackson et. al (2013) yang membuat kajian
kepimpinan berasaskan budaya dan komitmen.
Pengetua telah menggunakan kualiti kepimpinan yang baik dan dapat memberikan
kesan yang positif serta dapat memenangi hati kakitangan dan mengelakkan daripada berlaku
konflik yang boleh mengganggu matlamatnya. Pertamanya, beliau sentiasa berusaha
meningkatkan motivasi dalam kalangan guru dengan melakukan pelbagai langkah yang
dirasakan bersesuaian. Pendekatan yang berbentuk material atau berbentuk fizikal seperti
memberi bonus dan menyediakan makanan percuma pada setiap hari Jumaat sangat menarik
perhatian individu target iaitu guru-guru supaya memotivasi mereka untuk terus bersemangat
untuk bekerja dapat ditingkatkan. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti
kerja guru-guru. Kualiti yang dimaksudkan di sini merujuk kepada kepuasan hati guru
dengan keperluan yang disediakan (Mohd Tap, 1991). Nilai kualiti ini didefinisikan sebagai
keyakinan, kepercayaan serta norma yang berfungsi sebagai tenaga penggerak yang akan
menentukan perlakuan, tindakan dan proses dalam organisasi (Mustafa, 1994). Oleh itu, bagi
sesebuah organisasi seharusnya dapat mencipta nilai yang dapat membentuk kualitinya yang
tersendiri disebabkan sesuatu itu akan dikira bernilai apabila ianya berkualiti (Ab. Mumin &
Fadillah, 2006). Hal yang demikian merupakan sebagai daya penggerak utama dalam
sesebuah organisasi dan pada masa yang sama ia bertindak sebagai mekanisme yang
menyeluruh untuk mewujudkan kualiti dan budaya kerja yang cemerlang (Tengku & Fadillah,
2007).
Selain itu, dalam membuat dan memutuskan sesuatu keputusan penting dan besar
pengetua akan mengadakan pertemuan dan melakukan perbincangan di dalam mesyuarat
khas yang dihadiri oleh barisan Guru Penolong Kanan. Mesyuarat tersebut diadakan bagi
membincangkan berkenaan sesuatu isu dan mencari jalan penyelesaian serta keputusan
bersama. Oleh yang demikian, keputusan daripada hasil perbincangan akan disepakati
bersama dan seterusnya dapat menimbulkan kepuasan hati guru-guru terutama yang terlibat
dalam agenda mesyuarat kerana suara dan pandangan mereka didengari dan diambil
perhatian oleh pengetua. Begitu juga untuk beberapa mesyuarat lain yang memerlukan
penglibatan guru-guru lain, seperti guru panitia atau guru ketua unit. Pengetua akan
menjadikan perbincangan bersama dengan buah fikiran semua ahli mesyuarat dapat
dibentangkan sebagai agenda utama mesyuarat supaya matlamat mesyuarat dapat dicapai
untuk mencari solusi berkenaan sesuatu isu berbangkit.
Di samping itu, dengan penerapan konsep 'Kepimpinan Melalui Teladan' oleh
pengetua dalam amalan kepimpinannya dapat membantu meningkatkan kredibilitinya sebagai
seorang ketua di sekolah. Ia akan memberi inspirasi dan dorongan kepada semua kakitangan
untuk meneladani dan mencontohi nilai dan etika yang baik daripada ketua mereka.
Contohnya, pengurusan masa yang baik dan sentiasa menepati masa, juga beliau boleh
bertoleransi dalam berurusan dengannya, menjaga bahasa dan tutur katanya supaya tidak
menyakiti hati orang lain serta sentiasa menyantuni orang lain dan menjaga kebajikan
guru-gurunya.
Sementara dari sudut yang yang lain pula, pengetua mempunyai inisiatif membantu
guru-gurunya supaya menyiapkan diri sebelum mereka dinilai dan dicerap oleh pegawai yang
ditugaskan. Beliau meluangkan masanya untuk melakukan pra- penilaian kepada
guru-gurunya. Ia merupakan cara yang terbaik dalam usaha menghasilkan kemajuan dalam
pengajaran dan meningkatkan keberkesanan pengajaran. Hal ini dapat meningkatkan
kebahagiaan kerja guru-guru, mewujudkan budaya kerja yang positif dan seterusnya dapat
meningkatkan produktiviti mereka. Kecemerlangan sesebuah sekolah mempunyai hubungan
dengan kepuasan kerja guru. Guru mendapat kepuasan apabila keperluannya dipenuhi dan
majikan mendapat kepuasan apabila pekerjanya dapat mencapai tingkat produktiviti yang
tinggi (Jaafar, 2007). Persekitaran yang mesra dan harmoni dalam kalangan rakan sekerja
dapat menggalakkan seseorang pekerja untuk lebih bersemangat dan komited dalam
melakukan kerja-kerja seharian di sekolah (Ina et. al, 2021). Justeru itu, ia dipertimbangkan
sebagai kepimpinan yang berjaya bergantung kepada usaha kerjasama daripada ahli di bawah
pimpinannya iaitu guru-guru.

4.0 Conclusion

You might also like