Example Reflection

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Dalam konteks kepimpinan pengetua di Malaysia, setiap pengetua mestilah

mempunyai kebolehan untuk menginterpretasi perubahan dan menggunakan gaya


kepimpinan tertentu dalam memotivasikan guru serta kakitangan ke arah perubahan tersebut.
Dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah seseorang pengetua bukan sahaja mentadbir,
membimbing dan menyelia orang bawahannya tetapi harus bijak bertindak mempengaruhi
orang bawahannya ke arah mencapai matlamat organisasinya.
Amalan pengurusan pengetua adalah berkaitan semua aktiviti atau perkara dan
peranan yang dijalankan oleh pengetua sepanjang mereka melaksanakan tugas-tugas
pengurusan di sekolah. Amalan ialah proses atau strategi yang dilakukan sebagai satu
kelaziman dan dilakukan secara kerap dan berterusan. Sementara pengurusan bermaksud satu
proses tindakan yang melibatkan proses dalam menetapkan matlamat atau tujuan sesuatu
oragnisasi dan juga proses untuk menggerakkan ahli dan sumber yang terdapat dalam
organisasi serta pelbagai strategi tindakan digunakan untuk mencapai matlamat yang
diharapkan (Robiah,2003). Pengetua pula ialah individu yang berperanan dalam
melaksanakan proses tindakan, membuat penetapan matlamat dan proses menggerakkan ahli
supaya kerja-kerja operasi harian di sekolah dapat berjalan lancar dan berkesan.
Gaya kepimpinan pengetua dapat mempengaruhi kejayaan sesebuah sekolah yang
ditadbirnya (Raziah & Ahmad, 2009). Pengetua sebagai pemimpin utama di sekolah, perlu
berupaya mempengaruhi dan menggerakkan semua guru untuk melaksanakan sesebuah
program supaya ia berupaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Daripada hasil temubual bersama Penolong Kanan Pentadbiran, gaya pengurusan
yang diamalkan oleh Pengetuanya cenderung dan sejajar dengan gaya kepimpinan Partisipatif
atau penyertaan iaitu salah satu bentuk amalan demokratik. Kepimpinan Partisipatif
membawa maksud seorang pemimpin menyertakan ahli bawahannya dalam pembuatan
keputusan (Mulyasa, 2006). Menurut Somech dan Wendrow (2006), definisi gaya
kepimpinan Partisipatif ialah keputusan diambil bersama pihak atasan dan bawahan. Gaya
kepimpinan ini melibatkan kerjasama, komunikasi terbuka dan melibatkan ahli pasukan
dalam proses membuat keputusan.
Ia memberikan pelbagai manfaat tetapi bergantung juga pada ciri-ciri yang terdapat
pada pesertanya. Hal ini dipengaruhi oleh apa yang dimiliki peserta serta aspek lain dalam
pengambilan keputusan (Aditya & Karwanto, 2020). Dalam kepimpinan partisipatif ini,
pengetua akan mencari input dan mendapatkan penglibatan daripada guru secara aktif dalam
proses membuat keputusan atau menangani isu-isu yang penting. Sebagai contoh, pengetua
akan mendengar keluhan atau kebimbangan dan cadangan daripada kakitangan pengurusan
apabila menghadapi isu-isu yang berkaitan dengan operasi sekolah, kurikulum atau atau
aspek lain. Melalui gaya kepimpinan ini, ia berpotensi membawa kepada empat faedah iaitu
merangkumi peningkatan dalam kualiti keputusan yang dibuat oleh para peserta, tahap
kepuasan yang tinggi oleh peserta, peningkatan dalam proses membuat keputusan dan
pengembangan kemahiran dalam membuat keputusan (Yuki, 2015).
Di bawah gaya kepimpinan Partisipatif ini, pendekatan yang dibawa oleh pengetua
dalam menjalankan mesyuarat dengan kakitangan pengurusan adalah dengan
mempertimbangkan semua pendapat dan penyelesaian sejajar dengan prinsip utama dalam
kepimpinan Partisipatif ini (Goleman, 2000). Contohnya, pengetua menghargai input dan
kepakaran pasukan mereka dan mereka membuat keputusan secara kolektif bagi memastikan
semua perspektif diambil kira. Secara keseluruhan, guru akan berasa mereka dihargai oleh
pengetua dan pasukan pengurusan dan akan bertindak balas dengan peningkatan motivasi dan
produktiviti.
Sebagai kesimpulan, pendekatan pengetua sekolah dalam mengendalikan mesyuarat
bersama kakitangan-kakitangan untuk bersama menangani isu-isu penting adalah
menunjukkan gaya kepimpinan partisipatif atau demokratik. Pendekatan ini menggalakkan
kerja berpasukan, komunikasi terbuka dan persepakatan dalam membuat keputusan yang
boleh membawa kepada penglibatan pasukan dan menggalakkan motivasi. Sumber literatur
yang disediakan menyokong idea bahawa kepimpinan penyertaan berkesan dalam
mewujudkan budaya organisasi yang positif dan mencapai hasil yang lebih baik.

You might also like