PM Umum Penambahan 1 Bilion Unit Amanah Hartanah Bumiputera

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PM umum penambahan 1 bilion unit Amanah Hartanah

Bumiputera
astroawani.com/berita-malaysia/pm-umum-penambahan-1-bilion-unit-amanah-hartanah-bumiputera-442211

Umavathi Ramayah

Oktober 17, 2023 16:15 MYT

Anwar berkata, langkah itu memberikan peluang kepada lebih ramai golongan
bumiputera untuk mempunyai pemilikan benefisial ke atas pasaran hartanan di lokasi-
lokasi utama di negara. - Foto/ BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan


penambahan satu bilion unit saham Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk
ditawarkan bagi langganan umum.

Beliau berkata, ia sekali gus meningkatkan komitmen Pelaburan Hartanah Bhd (PHB)
untuk memberikan peluang kepada lebih ramai golongan bumiputera untuk mempunyai
pemilikan benefisial ke atas pasaran hartanah di lokasi-lokasi utama.

"Hari ini saya luncurkan satu bilion skim tambahan AHB, ini merupakan lonjakan yang
agak besar, meningkatkan saiznya menjadi lima bilion unit," katanya ketika berucap pada
majlis pelancaran Unit Tambahan Dana AHB, di sini, pada Selasa.

1/2
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi Yayasan AHB (YAHB) berkata, jumlah
pelaburan maksimum yang sebelum ini dihadkan kepada RM500,000 kini dinaikkan
kepada RM1 juta bagi pelabur individu.
Unit tambahan yang diumumkan Perdana Menteri itu adalah hasil suntikan daripada aset
terkini PHB iaitu Hospital Pakar KPJ Damansara 2, Mariborough College di Iskandar
Puteri dan penilaian semula bangunan Menara 1 Sentrum di ibu negara, Wisma
Consplant, Subang Jaya dan Maersk Warehouse, yang dulu dikenali LF Logistics
Warehouse, Shah Alam.

Penambahan dana itu menawarkan peluang kepada bumiputera untuk menyimpan dan
melabur terutamanya sebagai perancangan persaraan.

Sementara itu, Pengerusi PHB, Tan Sri Ahmad Nizam Salleh ketika berucap pada majlis
sama memberitahu, orang ramai yang berminat untuk melanggan unit AHB itu boleh ke
mana-mana cawangan pengedar sah PHB di seluruh negara termasuk di Maybank,
Ambank Islamic dan Bank Islam.

Beliau memberitahum pelaburan minimum ditetapkan pada pada kadar RM100 bagi
setiap individu sementara jumlah maksimum adalah RM500,000.

"Mereka juga boleh menyemak pegangan unit semasa, melanggan unit baharu atau
menebus unit sedia ada melalui aplikasi myAHB," tambahnya.

2/2

You might also like