Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Objective question

1. Jadual merupakan cara untuk mempersembahkan sesuatu data dan maklumat lebih tersusun. Antara berikut,
apakah kegunaan jadual?

I Data dan maklumat dalam jadual digunakan untuk menghasilkan graf mengikut kesesuaian
II Pengkelasan maklumat dalam jadual adalah lebih tersusun dan mudah menarik perhatian orang yang
melihat
III Mempunyai tajuk, data dan maklumat serta sumber yang bersesuaian
IV Data dan maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk jadual lebih mudah dibaca, difahami dan ditafsir.

A. I dan IV
B. II dan III
C. I dan II
D. III dan IV

2. Terdapat beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengumpul maklumat. Antaranya termasuklah:

I Kaedah pemerhatian
II Banci
III Soal siasat
IV Plagiarisma

A. II dan III
B. I dan II
C. I dan IV
D. III dan IV

3. _________________ adalah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan melalui perjumpaan atau soal jawab
dengan seseorang.

A. Soal selidik
B. Kaedah temu bual
C. Banci
D. Rujukan kepustakaan

4. Apakah kaedah pemerhatian?

A. Kaedah pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu jumlah yang dihitung
B. Kaedah pengumpulan maklumat secara lisan melalui perjumpaan atau soal jawab dengan seseorang
C. Diperoleh melalui pemerhatian dan mencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat yang
hendak dikumpulkan.
D. Kaedah pengumpulan maklumat yang dilakukan dengan merujuk bahan-bahan yang sudah diterbitkan
seperti buku

5. Apakah ciri-ciri graf bar mudah?

A. Menunjukkan dua maklumat yang berlainan dalam satu graf


B. Graf dilukis secara garisan yang panjang
C. Graf menunjukkan sesuatu perkara yang mengalami perubahan jumlah atau nilai yang berterusan
D. Bar-bar dilukis secara menegak atau mendatar

1
6. Antara berikut, yang manakah menepati ciri-ciri graf garisan mudah?

I Graf dilukis secara garisan yang panjang


II Ketinggian bar mewakili kuantiti sesuatu komponen
III Menunjukkan perubahan atau perbezaan antara dua perkara yang saling berkaitan
IV Garisan yang curam menggambarkan perubahan yang besar manakala garisan yang landai
menggambarkan perubahan yang kecil

A. II dan III
B. I dan IV
C. I dan II
D. III dan IV

2
Answers :

1. (C) I dan II
2. (B) I dan II
3. (B) Kaedah temu bual
4. (C) Diperoleh melalui pemerhatian dan mencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat yang
hendak dikumpulkan.
5. (D) Bar-bar dilukis secara menegak atau mendatar
6. (B) I dan IV

You might also like