RESEPI Biskut Lejen

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

RESEPI TART NENAS GEBU

BAHAN-BAHAN
==============
525gram tepung gandum
30gram tepung jagung
40gram Gula kastor
375gram buttercup or pure butter(nak tambah minyak sapi 25gram pun
boleh juga, cukup kan jadi 375gram)
1biji kuning telur
1stp esen vanilla
CARA-CARANYA:
==============
Masukkan butter, Gula kastor, esen vanilla n kuning telur,kacau pakai spatula
sahaja..kacau sebati sahaja.
Pastu Masukkan tepung jagung.
Last sekali Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sampai menjadi
doh,kacau guna pakai tangan.
Pastikan doh tak melekat dekat tangan, baru boleh terap ye.
Masukkan adunan dlm acuan dan picit... Seterusnya jem nenas yang digentel
terus gulung
Sapu kuning telur diatas tart.
Untuk Seterusnya boleh tengok video.
INTI JEM NENAS
==============
Sebelum buat adunan, gentel jem dalam 5gram atau pakai sudu 1tsp macam
dalam Gambar peralatan.
Jem boleh beli yang dah siap dekat bakery.
SAPUAN ATAS TART NENAS SEBELUM DIBAKAR
====================
Kuning telur 1 biji.
Susu cair 2sudu.
Pewarna kuning telur.
Bakar suhu 160'c selamat 25minit(atas oven masing2)
TIPS:
========

1
Nak tahu tart dah masak ke belum, permukaan atas dan bawah tart berwarna
perang ye.. Tu tandanya tart dah masak. Kalau tart merekah, turunkan suhu
oven lagi.

2
RESEPI TART KERANG
BAHAN-BAHAN:
===============
250gram buttercup atau pure butter
1 sudu besar shortening
1biji telur+1biji kuning telur sahaja
1tsp esen vanila
400gram tepung gandum
50gram tepung kastard
50gram Gula kastor
CARA-CARANYA :
==================
Satukan tepung gandum dan tepung kastard.
Masukkan butter, shortening, Gula, telur dan esen vanilla,kacau guna spatula
sahaja sampai sebati.
Last sekali Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Gaul pakai tangan sahaja sampai adunan tak melekat pada tangan.
Sedia untuk diterap. Boleh rujuk video disediakan.
INTI JEM NENAS
=============
Sebelum buat adunan, gentel jem dalam 5gram atau pakai sudu 1tsp macam
dalam Gambar
Jem boleh beli yang dah siap dekat bakery.
SAPUAN ATAS TART NENAS SEBELUM DIBAKAR
====================
Kuning telur 1biji
Susu cair 2sudu
Pwrna kuning telur
Bakar suhu 160'c selamat 25minit(atas oven masing2)
TIPSNYA:
===========
Nak tahu tart dah masak ke belum, tengok permukaan atas dan bawah tart
berwarna perang, tu tanda tart dah masak ya.
Kalau tart merekah, turunkan suhu oven lagi.

3
RESEPI BISKUT SWIST STRAWBERRY
BAHAN-BAHAN:
==============
300gram buttercup atau pure butter
100gram Gula kastor.
300gram Tepung gandum
100gram tepung jagung
1tsp esen vanilla
HIASAN:
=========
Filling strawberry
Papercup saiz M
CARA-CARANYA:
===============
Ayak tepung gandum dan tepung jagung.
Masukkan butter dan Gula..kacau pakai spatula.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan tepung dalam adunan.
Kacau sampai semua sebati, sedia untuk diterap. (Sila rujuk video)
1 adunan dapat dalam 80biji.
Suhu oven
150'c selamat 25minit

4
RESEPI BISKUT SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN:
==============
250gram buttercup or pure butter
1 1/2 cawan gula kastor
1 cawan tepung naik sendiri
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
1tsp esen vanila
1biji telur

HIASAN
==========
Coklat rice
PaperCup saiz M

CARA-CARANYA:
================
Campurkan semua tepung dalam 1 bekas.
Dalam bekas lain, Masukkan butter, Gula, esen vanila, kacau sebati
menggunakan spatula sahaja.
Masukkan telur dan kacau lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai adunan tak melekat ditangan.
( kalau melekat lagi Masukkan tepung gandum sampai adunan cantik).
Sagat doh menggunakan sagat timun. Sagat sikit-sikit supaya tak melekat.
(Rujuk gambar peralatan)
Masukkan adunan yang disagat didalam papercup dan tabur coklat rice.
Bakar 160'c selama 20-25minit (Bergantung pada oven masing2).
1 adunan dapat 100pcs

5
RESEPI BISKUT ALMOND LONDON
BAHAN-BAHAN
=============
Bahan-bahan:
250gram buttercup or pure butter
125gram Gula kastor
1biji kuning telur
1tsp esen vanilla
50gram nestum(kisar halus)
200gram tepung jagung
300gram Tepung gandum

HIASAN:
==========
Badam sebiji(refer nota tips untuk badam)
Badam cincang(goreng tanpa minyak)
Coklat masakkan
Papercup saiz M

CARA-CARA
==========
Satukan tepung gandum n tepung jagung.
Dalam bekas lain.,Kacau butter dgn Gula kastor, esen vanilla dan kuning telur
sampai sebati mengunakan spatula.
Masukkan nestum kisar, kacau lagi.
Masukkan tepung dan gaul rata.
Bentukkan adunan bulat atau lonjong Dan Masukkan badam didalamnya.
(refer video disediakan)
Bakar pada suhu 160'c 20minit-25minit.
Cairkan coklat dengan kaedah double boiler(refer video).
Celup biskut tadi dan letak dalam papercup.
Taburkan badam cincang diatasnya. Biarkan kering baru boleh disimpan.
Tips utk coklat celup :
===============

6
Pastikan bekas kering tanpa air or minyak.
Masukkan coklat yang dicincng2 bagi memudahkan coklat cepat cair.
Masa proses celupkan coklat..pastikan kipas tidak dipasang supaya coklat tak
cepat cair
Kalau coklat mengeras. Cairkan balik mengunakan kaedah yang sama.

7
RESEPI BISKUT DONUT GEBU
BAHAN-BAHAN:
=============
BAHAN A
150gram buttercup atau pure butter
30gram shortening
100gram Gula kastor
1tsp emplek
BAHAN B
200gram tepung gandum
60gram tepung jagung
30gram nestum(dikisar halus)
3sudu besar susu tepung(boleh skip)
HIASAN
=========
Coklat masakan putih Dan coklat rice warna warni.
CARA-CARANYA:
==============
Satukan BAHAN A dan kacau sebati.
Masukkan BAHAN B Dan kacau sebati mengunakan tangan sahaja.
Canai Dan terap dengan acuan bulat berlubang. Bakar pada suhu 150'c
selamat 20minit-25minit. Sejukkan.
Celup biskut dengan coklat putih yang dicairkan Secara double boiler. Tabur
kan manik warna warni.. Letak diatas tray berjaring. Biarkan coklat keras
sebelum disimpan.

8
RESEPI BISKUT RED VELVET CHIP COKLAT

BAHAN-BAHAN
==============
200gram butter or pure butter
30gram shortening
220gram Gula kastor
1biji telur
300gram Tepung gandum
20gram serbuk koko
50gram tepung jagung
1tsp Garam halus
1tsp cuka makan
1tsp esen vanila
1tsp pewarna merah
100gram coklat chip

HIASAN
========
Coklat chip secukupnya.

CARA-CARANYA:
==============
Masukkan tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung dan kacau.
Dalam bekas lain, Masukkan butter, shortening, Gula, Garam n esen vanilla.kacau
mgunakan spatula sahaja.
Dalam bks kecil.. Masukkan cuka mkn dan pewarna merah.
Terus Masukkan dalam bekas yang ada butter.
Pastu Masukkan chip coklat n tepung sedikit demi sedikit n gaul guna tangan
sampai sebati.
Terap biskut mgunakan sudu 1/2tbsp or cubit2 dengan tangan.
Seterusnya letak coklat chip sebelum bakar(rujuk video).
Bakar suhu 160'c selamat 20-25minit ikut oven masing-masing.
Tunggu sejuk baru Masukkan dalam bekas kedap udara.

9
BISKUT BADAM CRUNCHY
BAHAN-BAHAN:
==============
300gram buttercup atau pure butter
1cawan Gula kastor
1biji kuning telur
1tsp esen vanilla
2cawan tepung gandum
1cawan tepung kastard
1cawan tepung jagung
1/2 cawan serbuk badam
HIASAN:
========
Kuning telur
Badam cincang or keping secukupnya.
ALATAN:
=========
Acuan yang anda suka(petak/bunga/bulat)
Papan pencanai.
(Sila rujuk link info peralatan)
CARA-CARANYA:
===============
Masukkan butter dan Gula.. Kacau mengunakan spatula.
Masukkan telur dan esen vanilla, kacau sebati.
Lepas tu Masukkan serbuk badam.
Masukkan tepung kastard n tepung jagung.
Akhir sekali Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. kacau guna
tangan sahaja. Jika adunan lembik, boleh tambah tepung gandum sampai
adunan tak melekat ditangan.
Ambil adunan Dan canai kan. Terap dengan acuan kegemaran n susu dalam
dulang yang dah disapu dengan butter. Sapu kuning telur dan taburkan badam
cincang. Tekan sedikit bagi badam tu melekat.(Rujuk video)
Bakar 160'c selama 20-25minit ikut oven masing.

10
RESEPI BISKUT DAHLIA KLASIK

BAHAN-BAHAN:
==============

BAHAN A
250gram buttercup atau pure butter
1cawan susu pekat
1tsp esen vanilla
Pewarna kuning
1biji kuning telur

BAHAN B(campurkan semua)


1 1/2cawan tepung kastard
1 1/2cawan tepung jagung
1 1/2cawan tepung gandum

HIASAN
=======
Ceri yang dipotong-potong kecik

CARA-CARANYA:
===============
Masukkan BAHAN A..kacau sebati menggunakan spatula atau senduk.

Masukkan BAHAN B sedikit demi sedikit, gaul menggunakan tangan sampai


adunan tak melekat ditangan.

Picit adunan diatas loyang yang dioles dengan butter.

Tekan Ceri atas biskut.

Bakar biskut 170'c selamat 20-25minit ikut oven masing-masing.

Sejukkan Dan simpan dalam bekas kedap udara.

1 adunan dapat dalam 110pcs.

11
RESEPI SEMPERIT CHEESE GEBU
BAHAN-BAHAN :
================
250gram susu pekat
250gram buttercup or pure butter
500grm@540gram tepung jagung
2sudu makan tepung gandum
3sudu besar adunan keju(resepi dibawah)
ADUNAN KEJU:
==============
125gram cream cheese dibiarkan lembut pada suhu bilik.
2 sudu besar susu pekat.
1/4 cawan susu cair.
HIASAN:
==========
Ceri/kismis/or coklat chip
CARA-CARANYA:
===============
Pukul sebati susu pekat manis, butter dan adunan keju,tak perlu pukul
sampai ke bang atau putih gebu. Pukul guna spatula sahaja.
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil digaul sebati mgunakan
tangan..
Jika anda suka biskut yang lembab2 teksturnya, guna hanya 500gram tepung
jagung.
Jika anda suka tekstur biskut yang rangup tapi tetap cair dimulut, Masukkan
540gram tepung jagung.
Picit atas dulang yang dialas baking paper or dipoles dengan butter.
Tekankan ceri@coklat chip@manik@kismis(kalau kismis dipotng 3 or 4,ia
mengembang 2x ketika dibakar).
Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, bakar 170'c untuk
20minit.
TIPS :
=======
Nak tahu biskut dah masak ke belum. Tengok pmukaan tapak biskut.. Kalau
warna keperangan.. Tu tanda biskut dah masak.

12
Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek,
kecuali ia dinyatakan dalam resepi, ini kerana apabila butter/Gula or susu pekat
dipukul hingga kembang/gebu.
Kita akan Masukkan udara didalam adunan. Apabila adunan ni dibakar, udara
dalam adunan akan mengembang Dan ini akan menyebabkan biskut terus
kembang.

13

You might also like