I Am Sharing 'KERTAS KERJA NAIKTARAF LITAR' With You

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) SUNGAI KOYAN,

JALAN KETUALANG, FELDA SUNGAI KOYAN 1


27650 RAUB,
PAHANG DARUL MAKMUR.
NO.TEL/FAX : 09-3401318

Rujukan Kami : CBA 3052.04/03/003( 1 )


Tarikh : 23 MAC 2023

DATO’ SERI UTAMA WAN ROSDY B WAN ISMAIL SSAP., DSAP.,DIMP.,SMP.,AMP


MENTERI BESAR PAHANG,
WISMA SRI PAHANG,
PEJABAT MENTERI BESAR,
25503 KUANTAN.
PAHANG DARUL MAKMUR.

YAB DATO’ SERI,

MEMOHON UNTUK MENAIK TARAF LITAR ILMU PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH CBA3052
SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) SUNGAI KOYAN KUALA LIPIS, RAUB, PAHANG

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bagi meningkatkan lagi PdPc luar bilik darjah dan keselesaan murid, pihak sekolah
memohon jasa baik untuk menaik taraf Litar Ilmu iaitu kawasan persekitaran luar bilik darjah
yang telah dirancang, seperti butiran berikut :
2.1 Menaik taraf
2.1.1 Laluan jalan Litar Ilmu dan simbol jalan raya
2.1.2 Pagar
2.1.3 Atap pondok
2.1.4 Kipas
2.1.5 Peralatan dan bahan informasi
2.1.6
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik Dato’ Seri memohon sumbangan
bagi kerja-kerja baik pulih. Bersama-sama ini dilampirkan Kertas Kerja dan gambar kawasan
yang perlu dinaik taraf.

4. Perhatian daripada pihak Dato’ Seri, amatlah kami hargai dan didahului dengan jutaan terima
kasih.

Sekian.

”MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Yang menjalankan amanah,

(ROHADI BIN KAMALUDIN)


GURU BESAR
SK (FELDA) Sungai Koyan,
27650 Raub,
Pahang
Sk : fail
KERTAS KERJA MENAIKTARAF LITAR ILMU

(PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH)

SK FELDA SUNGAI KOYAN KUALA LIPIS, RAUB, PAHANG

1. PENDAHULUAN
Litar Ilmu menyediakan sebuah laluan yang dapat memberi maklumat serta
pendedahan kepada murid-murid berkaitan simbol jalan raya yang mana telah
digabungjalinkan dengan matapelajaran yang ada seperti Matematik, Sains, Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris serta Pendidikan Agama Islam. Persekitaran pembelajaran
di Litar Ilmu yang ceria, bersih dan berinfomatif memberi keselesaan dan
mengambarkan kecintaan terhadap budaya menuntut ilmu walau dimana sahaja dikalangan
warga sekolah. Pembelajaran di luar bilik darjah perlu dipraktikkan bagi meningkatkan lagi
mutu pendidikan dan membantu ke arah tercapainya Visi dan Misi sekolah.

2. RASIONAL
Penaiktarafan Litar Ilmu ini adalah bertujuan menambah peluang murid untuk meneroka dan
menerapkan pembelajaran kendiri secara santai dan berilmiah.

3. OBJEKTIF
3.1 Memupuk minat murid dalam mata pelajaran yang banyak berkaitan dengan alam sekitar.
3.2 Menambah bilangan aktiviti di luar bilik darjah.
3.3 Merangsang minda dan kreativiti murid dalam menjayakan aktiviti luar bilik darjah.
3.4 Memberi peluang kepada murid untuk belajar secara kendiri.

4. KEPERLUAN

4.1 Menaik taraf laluan Litar Ilmu dan menambah simbol jalan raya di sekitar kawasan Litar Ilmu.

4.2 Membina pagar di sekeliling kawasan Litar Ilmu.

4.3 Membaiki dan menukar atap lama di pondok-pondok di kawasan Litar Ilmu.

4.4 Memasang kipas di pondok-pondok di kawasan Litar Ilmu.

4.5 Menyediakan peralatan dan bahan-bahan informasi untuk aktiviti pembelajaran di kawasan
Litar Ilmu.
5. GAMBAR KEROSAKAN
Disertakan di bahagian lampiran

6. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL JENIS PERBELANJAAN KOS (RM)
1 Menurap laluan ‘jalan raya’ dan menambah simbol jalan raya 5 000
2 Membina pagar 5 000

3 Membaiki dan menukar atap lama di pondok-pondok 10 000


4 Memasang kipas di pondok-pondok 4 000
5 Menyediakan peralatan dan bahan-bahan informasi 6 000
- Matematik
- Sejarah
- Bahasa Melayu
- Pendidikan Islam
- Sains
- Bahasa Inggeris
JUMLAH (RM) 30 000
7. PENUTUP
Kerja penaiktarafan Litar Ilmu (pembelajaran di luar bilik darjah) ini sangat
diperlukan oleh sekolah kami supaya persekitaran yang kondusif untuk keperluan
semua warga sekolah . Diharapkan kerja penyelenggaran ini mendapat perhatian dari
pihak kementerian kerana dengan terlaksananya kerja penyelenggaraan ini para pelajar
akan lebih optimis dalam pelajaran dan menjadi manusia yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara.

Disediakan oleh,

(MAIMUNAH BINTI HASHIM)


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SK FELDA SUNGAI KOYAN
27650 RAUB,
PAHANG

Disahkan oleh,

(ROHADI BIN KAMALUDIN)

GURU BESAR
SK FELDA SUNGAI KOYAN
27650 RAUB,
PAHANG
LAMPIRAN

Sekitar Litar Ilmu yang perlu ditambah


pelbagai lagi bahan informatif.
Jalan di sekitar Litar Ilmu
Atap pondok-pondok di sekitar
Litar Ilmu
Pagar yang mengelilingi Litar
Ilmu

You might also like