Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

GALACTIC EXPLORER

NAMA PESERTA:

NUR FAQIHAH HUDA BINTI CHE ALI

NUR DINI ATIQAH BINTI DZULFIKAR

PENASIHAT:

HAZIRAH BINTI ZOLKIFLI

SEKOLAH:

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMONYONG

07000 LANGKAWI, KEDAH

1
ABSTRAK

Di dalam sukatan matapelajaran Sains Tahun 4, dalam tajuk Sistem Suria,


kebanyakan murid tidak dapat menguasai urutan kedudukan planet daripada
Matahari. Apabila mereka masuk ke Tahun 5 dan soalan ini diulang, kebanyakan
murid tidak dapat menjawab dengan betul. Hasil perbincangan bersama guru
penasihat, para peserta telah bersepakat untuk membina satu papan permainan
yang diadaptasi daripada Permainan Dam Ular, tetapi berunsurkan galaksi.

Projek ini telah dijalankan bagi membantu murid mengingat urutan planet dan ciri-
cirinya serta menarik minat murid untuk mendalami tajuk ini. Selain fakta Sains,
elemen TMK juga diserapkan dalam permainan ini, di mana murid perlu imbas kod
QR untuk membaca denda bagi menggantikan cara membaca denda tradisional.
Sebuah lagu juga diolah bagi menarik minat murid dan diletakkan di atas papan
permainan Galactic Explorer.

Satu Ujian Pra telah diberikan kepada 10 orang murid untuk menentukan tahap
penguasaan sebenar mereka sebelum diperkenalkan Galactic Explorer. Ujian Pos
kemudiannya diberikan selepas murid mencuba permainan ini bagi menguji
keberkesanan projek. Keputusan kedua-dua ujian telah direkodkan dan
dibincangkan selanjutnya di dalam kertas kajian ini.

2
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1 Penghargaan 4
2 Pengenalan 5
3 Metodologi / Proses Kajian 6
4 Eksperimen 7
5 Hasil Kajian 8
6 Perbincangan dan Kesimpulan 9

3
PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama sekali, syukur je hadrat Ilahi kerana kami telah berjaya menyiapkan
Projek Galactic Explorer ini untuk ke Pertandingan Rekacipta dan Inovasi STEM
Sekolah Rendah bagi peringkat PPD Langkawi untuk tahun 2019, dan seterusnya
terpilih bagi mewakili daerah Langkawi ke Karnival STEM Peringkat Negeri Kedah.

Setinggi-tinggi penghargaan kami hadiahkan buat guru penasihat kami yang


telah memberi peluang dan banyak membantu serta membimbing kami dalam
menyiapkan projek ini. Jasa kalian akan kami kenang hingga ke akhir hayat kami.
Terima kasih juga kami ucapkan kepada Guru Besar kami, guru-guru penolong
kanan dan guru-guru lain yang terlibat secara langsung atau tidak dalam pembinaan
Galactic Explorer ini.

Sekalung terima kasih juga kami dedikasikan khas buat kedua ibu dan bapa
kami yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk kami. Mereka menghantar
dan mengambil kami di sekolah, memberi sokongan kepada kami pada setiap masa
dan tidak putus mendoakan kejayaan kami. Moga Allah membalas jasa kalian
dengan ganjaran yang setimpal.

Akhir kalam, kami amat berharap projek kami ini diterima dan mendatangkan
faedah kepada rakan-rakan yang lain. Kalah dan menang adat pertandingan. Namun
ilmu yang berguna, manfaatnya akan terus mengalir sebagai pahala berterusan.

Sekian, terima kasih.

4
PENGENALAN

LATAR BELAKANG PROJEK

Galactic Explorer menggunakan elemen fun learning untuk menarik minat


murid dalam penerokaan Sains angkasa. Dengan memilih tajuk Sistem Suria di
dalam sukatan mata pelajaran Sains Tahun 4, Galactic Explorer dapat membantu
murid dalam mengingat dan menghafal nama serta susunan planet dalam Sistem
Suria.

Daripada perbincangan kami bertiga, kami dapati kami mempunyai masalah


dalam mengingat susunan planet dalam Sistem Suria. Bersama dengan guru
penasihat, kami telah bersepakat untuk membuat projek ini bagi membantu kami
dan rakan-rakan menghafal urutan planet dengan cara yang lebih menarik. Secara
tak langsung, kami juga dapat meningkatkan minat kami dalam mata pelajaran Sains
dan mengasah kemahiran kami menggunakan teknologi apabila kami menggunakan
teknologi imbasan kod QR.

Dengan menggunakan konsep board game, Galactic Explorer ini adalah


improvikasi daripada permainan ‘Snake and Ladder’ ataupun Dam Ular.
Menggunakan roda nombor (Number Wheel) untuk memulakan permainan, butang
berwarna digunakan untuk mewakili setiap pemain. Roda nombor akan diputar untuk
menentukan giliran. Pemain dengan nombor terbanyak akan memulakan permainan.
Butang berwarna akan digerakkan mengikut nombor yang ditunjukkan pada roda
nombor. Apabila pemain sampai di petak berwarna merah, mereka perlu mengambil
satu kad merah, imbas kod QR pada kad tersebut dan jawab soalan yang tertera.
Jika soalan dapat dijawab dengan betul, pemain dapat maju 2 petak. Jika
sebailknya, pemain perlu undur 2 petak. Pemain yang pertama sampai ke petak
terakhir akan dikira sebagai pemenang.

5
METODOLOGI / PROSES KAJIAN

REKABENTUK DAN PERINCIAN PROJEK

Galactic Explorer ini dibina di atas sebuah banner berukuran 3 kaki darab 2 kaki.
Dengan menggunakan karakter-karakter yang comel dan berwarni-warni, gambar
planet disusun mengikut urutan yang betul berdasarkan kedudukannya daripada
matahari. Sebuah lagu diolah untuk memudahkan murid mengingat kedudukan
planet daripada matahari serta ciri-cirinya.

PROSEDUR KAJIAN

Kajian ini melibatkan rakan-rakan kami daripada 5 Rahmat. Daripada 10 orang


rakan yang kami pilih, hanya tiga orang daripada mereka yang berjaya mengingat
susunan planet dengan betul dalam Ujian Pra. Setelah berbincang bersama dengan
guru penasihat, kami memilih untuk menambah baik permainan Dam Ular bagi
membantu kami dan rakan-rakan mengatasi masalah kami.

Kami mengambil masa lebih kurang seminggu untuk merancang dan menyiapkan
projek ini. Setelah itu, kami telah menguji Galactic Explorer ini pada 10 orang rakan
kami yang tadi. Satu Ujian Pos telah diberikan dan keputusan telah direkodkan.

6
EKSPERIMEN

UJIAN PRA DAN UJIAN POS

Kami telah memilih seramai 10 orang rakan dari kelas kami untuk diuji. Ujian Pra
diberikan sebelum Galactic Explorer diperkenalkan. Manakala Ujian Pos diberikan
setelah murid menguji permainan tersebut.

Keputusan kedua-dua ujian direkodkan dan dibincangkan pada mukasurat


seterusnya.

7
HASIL KAJIAN

ANALISA DATA

UJIAN PRA UJIAN POS


SKOR BILANGAN MURID SKOR BILANGAN MURID
1/8 1 1/8 0
2/8 0 2/8 0
3/8 2 3/8 0
4/8 1 4/8 1
5/8 1 5/8 1
6/8 2 6/8 1
7/8 0 7/8 0
8/8 3 8/8 7
JUMLAH 10 JUMLAH 10
JADUAL 1

8
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Belajar sambil bermain menggunakan Galactic Explorer ini dilihat berjaya membantu
rakan-rakan kami dalam mengingat urutan planet dalam Sistem Suria. Perbandingan
antara Ujian Pra dan Ujian Pos, kami dapati terdapat peningkatan melebihi 50%
pada ujian akhir. Ini membuktikan, Galactic Explorer ini berjaya membantu kami
dalam mengatasi masalah kami. Selain daripada itu, ia juga membantu kami dalam
mencongak dan menyebut nama-nama planet dengan betul.

Memandangkan keberkesanan Galactic Explorer telah terbukti melalui pelaksanaan


projek ini, penggunaannya akan diteruskan sebagai persediaan untuk kami
menghadapi peperiksaan nanti. Kami juga akan memperluaskan penggunaannya di
masa hadapan, bukan hanya untuk murid kelas kami sahaja, tetapi kami ingin
berkongsi manfaatnya bersama murid-murid Tahap 2 yang lain.

You might also like