Contoh Minit Mesyuarat Kurikulum

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA,

KOD : KBA3044
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN FAX : 04-4484143
e-mail: kba3044@moe.edu.my  : 04-4484141

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1 / 2023 - 2024

TARIKH : 16 MAC 2023


HARI : KHAMIS
TEMPAT : DATARAN BESTARI, SK TAMAN RIA
MASA : 9.30 PAGI

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi
2. Perutusan Guru Besar
3. Taklimat Kurikulum
4. Hal-hal Lain

1.0 UCAPAN PENGERUSI (EN. AZMAN B. MOHD NOOR – PK PENTADBIRAN)

1.1 Encik Azman b. Mohd Noor mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru SK
Taman Ria bagi menjayakan mesyuarat kurikulum kali pertama bagi sesi persekolahan tahun
2023/2024.

2.0 PERUTUSAN GURU BESAR (TN. HJ SYED ANWAR BIN SYED MOHAMAD)

2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kesanggupan guru-guru untuk hadir mesyuarat
selama 2 hari.

2.2 KPM telah menetapkan tiada PDP formal pada minggu pertama persekolahan. Beliau
menjelaskan 6 matlamat dan tujuan arahan tersebut.

2.3 Guru Besar berharap agar program yang akan diterajui oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling
itu akan berjaya dilaksanakan dan memupuk semangat kebersamaan.

2.4 Beliau juga membacakan rungutan yang timbul di kalangan guru. Antaranya adalah
berkenaan penilaian prestasi. Untuk sesi ini, penilai pertama adalah dari kalangan barisan
penolong-penolong kanan, dan penilai kedua adalah Guru Besar.

2.5 Guru Besar juga memaklumkan mengenai gotong royong yang akan diadakan untuk
menambahbaik kawasan sekolah dan kelas.

2.6 Jadual waktu yang akan diterima adalah jadual waktu sementara. Akan berlaku perubahan
pada jadual waktu guru kerana penambahan guru-guru baharu.
3.0 TAKLIMAT KURIKULUM (EN. AZMAN B. MOHD NOOR – PK PENTADBIRAN)

3.1 Encik Azman memaklumkan, ada tiga orang guru sesi petang yang akan ke sesi pagi. Jadi
perubahan jadual akan berlaku. Jadual juga akan berubah masa sepanjang bulan Ramadan.

3.2 Sekolah ada menerima 25 buah komputer riba yang ditempatkan di Makmal Komputer.
Hanya untuk kegunaan di dalam sekolah sahaja.

3.3 Encik Azman membentangkan AJK Induk untuk Pengurusan Kurikulum SK Taman Ria bagi
sesi kali ini.

3.4 Beliau juga membentangkan nama-nama Ketua Panitia dan setiausaha bagi semua panitia
(rujuk Buku Pengurusan Sekolah halaman 25 & 26). Guru-guru baharu diminta
memperkenalkan diri, iaitu Cikgu Nurul Munirah, Cikgu Aminah dan Cikgu Ajinder Singh.

3.5 Encik Azman membentangkan Jawatankuasa Khas di bawah Pengurusan Kurikulum dan
taklimat ringkas mengenainya (rujuk Buku Pengurusan Sekolah halaman 25 & 26).

3.6 Encik Azman memberi taklimat ringkas mengenai Dasar Kurikulum

3.6.1 Matlamat
3.6.2 Objektif
3.6.3 Dasar - antara yang ditekankan oleh beliau adalah Guru Pendidikan Islam perlu ada
kolaboratif untuk subjek Tasmik.
3.6.4 Mesyuarat - perlu diadakan minima 3 kali setahun
3.6.5 Fail Panitia - perlu lengkap
3.6.6 DSKP, RPT, RPH dan Fail Rekod Mengajar - untuk 4 minggu pertama, perlu hantar fail
yang lengkap kepada Guru Besar selewat-lewatnya pada 13 April 2023. Minggu-
minggu seterusnya, hanya hantar fail RPH mingguan kepada pentadbir mengikut
kumpulan. RPT perlu dibuat berdasarkan 40 minggu PDP dan 2 minggu pentaksiran.
Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik akan diadakan pada sesi persekolahan ini.
3.6.7 Jadual Waktu - untuk minggu pertama persekolahan, boleh menggunakan brosur
menggantikan RPH. Perjalanan program minggu persekolahan akan dijelaskan oleh
PK Kokurikulum, Puan Amirzenah, dan Unit Bimbingan & Kaunseling.

3.7 Encik Azman meminta agar semua Panitia Matapelajaran akur dengan Takwim Kurikulum
yang telah disedia dan dibentangkan.

4.0 HAL-HAL LAIN

4.1 Encik Azman meminta guru-guru untuk memaklumkan lebih awal sekiranya tidak dapat hadir
bertugas, supaya mudah untuk dibuat gantian.
4.2 Beliau juga memaklumkan yang sekolah akan menjadi pusat mengundi untuk Pilihanraya
Negeri, dan membuka peluang untuk guru-guru atau staf yang berminat untuk menjadi kerani
mengundi.
4.3 Mesyuarat diambil alih oleh Encik Zainol Abidin, Penolong Kanan Petang SK Taman Ria,
untuk taklimat sesi petang.
Mesyuarat Kurikulum ditangguhkan pada jam 11.20 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

------------------------------------- -------------------------------------
(HAZIRAH BINTI ZOLKIFLI) (AZMAN BIN MOHD NOOR)
Setiausaha Unit Kurikulum Penolong Kanan Pentadbiran
SK Taman Ria, Sg Petani SK Taman Ria, Sg Petani

Disahkan oleh,

----------------------------------------------------
(SYED ANWAR BIN SYED MOHAMAD)
Guru Besar
SK Taman Ria, Sg Petani

You might also like