Laporan Inovasi - Transformation Kit

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

LAPORAN

INOVASI
TRANSFORMATION KIT

TAHUN 2023

SMK BINTULU
Disediakan oleh :
SUDARMIATY BINTI KAMARUDDIN

1
MAKLUMAT CALON

Kategori Pertandingan (tandakan √ dalam kotak berkenaan di bawah) :

Individu Prasekolah Individu Rendah

Individu Menengah √ Kumpulan

(Nota : Bagi penyertaan kumpulan, setiap ahli hendaklah mengisi borang secara
berasingan dan nyatakan ketua kumpulan)
No. KP : 830517 – 12 – 5184
Nama Calon : SUDARMIATY BINTI KAMARUDDIN
Jantina : PEREMPUAN
Alamat Sekolah :
SMK BINTULU,
KM 5, JALAN SULTAN ISKANDAR,
PETI SURAT NO. 97, 97000 BINTULU,
SARAWAK

No. Telefon Sekolah : 086 – 331217


No. Telefon Bimbit : 011 – 2687 5144
No. Faks : 086 - 317518
e-mail : g-84262021@moe-dl.edu.my

1. GURU AKADEMIK BIASA


Jawatan di Sekolah : 2. ALK KOPERASI
3. GURU UNIT BANTUAN PELAJAR
4. GURU TINGKATAN
Kelulusan Akademik Tertinggi : IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM

Tahun / Institusi : 2006 / UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Kelulusan Ikhtisas : DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

Tahun / Institusi : 2009 / UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Tajuk Inovasi : TRANSFORMATION KIT

2
ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

MAKLUMAT CALON

ISI KANDUNGAN

1 TAJUK INOVASI 3

2 SINOPSIS 3

3 OBJEKTIF INOVASI 4

4 KUMPULAN SASARAN 4

5 LATAR BELAKANG INOVASI 4

6 ISU/MASALAH YANG DITANGANI INOVASI 7

7 HURAIAN INOVASI 8

7.1 BAHAN & PERALATAN UNTUK MENGHASILKAN 8

INOVASI

7.2 KOMPONEN KELENGKAPAN INOVASI 8

7.3 CARA INOVASI DIGUNAKAN 11

7.4 KOS 17

8 KEBERKESANAN INOVASI 17

9 POTENSI INOVASI 19

10 KESIMPULAN 19

11 RUJUKAN 20

3
LAMPIRAN

4
1.0 TAJUK INOVASI
Transformation Kit

2.0 SINOPSIS

Matematik merupakan subjek teras yang wajib dipelajari di sekolah. Subjek ini
kebiasaannya dianggap susah untuk dipelajari serta difahami. Kebanyakan pelajar tidak
gemar untuk mempelajari dan memahami subjek ini secara menyeluruh. Program Matematik
di peringkat sekolah menengah pula terbahagi kepada tiga program iaitu Matematik di
peringkat menengah rendah, Matematik di peringkat menengah atas dan Matematik
Tambahan juga di peringkat menengah atas. Kandungan yang dipelajari dalam Matematik di
peringkat menengah atas pada asasnya merupakan kesinambungan pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari dari peringkat menengah rendah. Hal ini bertujuan untuk
mengembangkan pengetahuan dan kemahiran murid bagi membolehkan mereka
menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Transformasi Isometri adalah salah topik
yang terkandung dalam silibus Matemtaik Tingkatan 2. Transformasi merupakan proses
mengubah kedudukan, orientasi atau saiz imej suatu objek melalui translasi, pantulan dan
putaran. Manakala Kekongruenan, Pembesaran dan Gabungan Transformasi merupakan topik
yang dipelajari semasa murid berada di tingkatan 5. Kedua-dua topik ini adalah berkaitan
diantara satu dengan yang lain. Kegagalan murid untuk menguasai topik Transformsai
Isometri semasa di tingkatan 2 menyebabkan murid menghadapi kesukaran untuk
menyelesaikan masalah melibatkan Gabungan Transformasi memandangkan Gabungan
Transformasi adalah kesinambungan dari Transformasi Isometri. Faktor utama yang
menyebabkan kebanyakkan murid tidak dapat menguasai topik ini adalah kerana murid
mempunyai masalah dalam memerihalkan perubahan bentuk, saiz, kedudukan dan orientasi
sesuatu objek. Oleh itu, satu inovasi berkaitan dengan Transformasi Isometri telah dihasilkan
di mana inovasi ini memberi tumpuan kepada alat bantu mengajar yang dikenali sebagai
‘Transformation Kit’ yang digunakan oleh guru agar murid dapat mempelajari topik
transformasi dengan pendekatan yang mudah dan menyeronokkan. ‘Transformation Kit’
adalah gabungan tiga alat bantu belajar yang mewakili tiga komponen utama dalam
transformasi iaitu translasi, pantulan dan putaran. Penggunakan kit ini adalah bertujuan untuk
melibatkan murid secara hand’s on dalam mempelajari topik transformasi dengan lebih
mendalam. Kesimpulannya, ‘Transformation Kit’ diperkenalkan untuk dijadikan salah satu
kaedah alternatif bagi mengajar murid supaya topik Transformasi Isometri dapat difahami
dengan mudah.

5
3.0 OBJEKTIF INOVASI

3.1 Memupuk minat murid dalam mendalami topik Transformasi Isometri melalui
pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan
3.2 Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas
3.3 Mempelbagaikan bahan bantu mengajar (BBM) bagi mata pelajaran
Matematik sekolah menengah
3.4 Meningkatkan minat murid mempelajari Matematik

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Murid tingkatan 2, 3, 4 dan 5


4.2 Guru mata pelajaran Matematik

5.0 LATAR BELAKANG INOVASI

Transformasi Isometri merupakan topik yang diperkenalkan dalam mata pelajaran Matematik
semasa berada di tingkatan 2. Dalam bab Transformasi Isometri, murid akan mempelajari
tentang perubahan bentuk, saiz, kedudukan, dan orientasi objek. Murid akan memahami idea
padanan satu-dengan-satu antara titik-titik dalam transformasi. Selain itu, murid juga akan
belajar tentang kekongruenan dalam transformasi. Transformasi merupakan proses mengubah
kedudukan, orientasi atau saiz imej suatu objek melalui translasi, pantulan dan putaran.

Topik Transformasi Isometri diperkenalkan kepada murid kerana ilmu dalam bidang
transformasi ini dapat diaplikasikan terutamanya dalam bidang indsutri pembuatan dan
rekaan fesyen. Reka bentuk kenderaan seperti motosikal, kereta dan kapal terbang
memerlukan rekaan objek yag simetri. Perkea fesyen pula akan menghasilkan corak-corak
yang berlainan dalam setiap rekaan mereka. Walau bagaimanapun, topik Transformasi
Isometri adalah antara topik yang sukar untuk murid kuasai. Masalah utama yang sering
dihadapi oleh murid ialah kesukaran untuk mereka mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran yang sesuai tentang translasi, pantulan dan putaran dalam konteks penyelesaian
masalah rutin yang mudah. Guru pula mengalami kesukaran untuk membantu murid
memahami topik ini dengan lebih berkesan jika hanya berpandukan buku teks semata-mata.

Justeru itu, ‘Transformation Kit’ diperkenalkan yang boleh digunakan sepanjang proses
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) sebagai langkah bagi murid memahami dengan lebih

6
berkesan perubahan kedudukan, orientasi dan saiz imej bagi objek melalui translasi,
pantulan dan putaran. Berdasarkan teori Taksonomi Bloom (1999), terdapat tiga tahap yang
mampu dikuasai murid sepanjang menggunakan Transformation kit ini semasa PdPc.
Antaranya ialah tahap Pengetahuan, Pemahaman dan Aplikasi. Murid mampu menyelesaikan
masalah menggunakan prinsip yang betul semasa pentaksiran di dalam bilik darjah.
Tambahan pula, murid berjaya menguasai kemahiran menaakul, berfikir secara kreatif, kritis
dan berinovasi dalam kemahiran abad ke-21.

Transformation kit ini terhasil atas dasar usaha guru untuk membantu murid menjawab
soalan transformasi kerana topik ini memperuntukkan markah yang tinggi di dalam
peperiksaan . Selain itu, penggunaan Transformation kit ini juga boleh dijadikan sebagai
salah satu kaedah permainan yang boleh menarik minat murid sepanjang mempelajari topik
Transformasi Isometri. Transformation Kit ini terdiri daripada tiga alat utama iaitu
Translation Mat, Reflection Ruler & Mirror dan Rotation Ruler. Setiap alat mewakili tiga
komponen utama dalam topik Transformasi isometri iaitu Translasi, Pantulan dan Putaran.
Penggunaan setiap alat adalah bertujuan untuk membantu murid memindahkan objek dari
satu titik ke titik yang lain di atas Satah Cartes.

Hasil daripada kit ini, murid dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran topik
Transformasi dengan lebih baik. Tambahan pula penggunaan kad ini boleh digunakan
sehingga tingkatan 5 kerana topik transformasi mempunyai kesinambungan dalam di dalam
silibus tingkatan 5.

7
6.0 ISU/MASALAH YANG DITANGANAI INOVASI

Penggunaan Transformation Kit dalam topik Transformasi Isometri dapat menangani


beberapa isu atau masalah seperti :

6.1 Meningkatkan minat murid dalam menjawab soalan Transformasi Isometri di dalam

peperiksaan

Murid mudah meninggalkan soalan melibatkan transformasi Isometri walaupun

soalan berkaitan topik ini memperuntukkan markah yang besar dalam peperiksaan

terutama sekali soalan kertas 2 Bahagian B. Punca kepada isu ini adalah kerana murid

tidak dapat mengaplikasikan kefahaman tentang translasi, pantulan dan putaran untuk

melaksanakan tugasan mudah. Dengan bantuan Transformation Kit dalam aktiviti

pdpc murid dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran untuk menjawab soalan-

soalan berorientasikan peperiksaan sekaligus memberikan keyakinan kepada murid

untuk menjawa soalan melibatkan transformasi isomteri semasa dalam peperiksaan.

Selain itu, murid juga dapat menyelesaikan soalan melibatkan Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi (KBAT).

6.2 Kepelbagaian Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Mata Pelajaran Matematik

Transformasi isometri adalah antara topik yang sukar dikuasai murid. Bahan bantu

mengajar juga agak terhad. Penggunaan perisian geo gebra atau clever math sukar

dilaksanakan di dalam kelas tanpa kemudahan teknologi seperti smart tv atau lcd

projector. Penggunaan Transformation Kit ini adalah satu alternatif yang mudah akses

oleh guru dan murid memandangkan kos untuk menyediakan kit ini murah.

transformation kit ini juga tidak memerlukan apa-apa perisian untuk diaplikasikan

kepada murid. Ianya juga dapat memudahkan guru menggalakkan murid untuk

melakukan penerokaan mengikut kreativiti masing-masing.

8
6.3 Penglibatan Murid Secara Menyeluruh dalam PdPR & PdPc

Murid lebih cepat memahami sesuatu topik dengan bantuan benda maujud. Selain itu,
belajar dengan bermain juga merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang telah
dibuktikan keberkesanannya. Transformation Kit bukan Sahaja memberi peluang
kepada murid untuk meneroka topik Transformasi Isomteri secara maujud ,malah kit
ini dapat diubah sesuai untuk dijadikan sebagai bahan permainan. Oleh itu, Kit ini
juga merupakan salah satu kaedah permainan sambil belajar. Murid belajar sambil
bermain menggunakan Translation Mat yang di cipta mengikut kreativiti murid.
Murid lebih cenderung melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan mereka bergerak
bebas semasa belajar, oleh itu wajar sekali Transformation Kit ini digunakan semasa
sesi pembelajaran bersama guru.

7.0 HURAIAN INOVASI

7.1 Bahan yang digunakan untuk menghasilkan Transformation Kit ialah seperti

berikut :

BIL KOMPONEN TRANSFORMASI BAHAN YANG DIGUNAKAN

1 Translation Mat Kertas A4

Buah Chess

Plastik Laminate

Mesin Laminate

2 Reflection Ruler Tracing paper sazi A4

9
BIL KOMPONEN TRANSFORMASI BAHAN YANG DIGUNAKAN

3 Rotation Ruler 360° Protractor

Tracing paper

Laminate plastic

7.2 Alat yang terkandung dalam Transformation Kit

Set transformasi yang telah siap di kumpulkan dan dijadikan sebagai kit. Antara komponen

yang terkandung di dalam Transformation Kit adalah seperti berikut :

Rajah 7.1 Set Transformation yang telah disediakan guru

7.2 Translation Mat yang digunakan dalam topik Translasi

10
7.3 Reflection ruler yang digunakan dalam topik Pantulan

7.4 Set Rotation ruler yang telah diubah suai untuk memenuhi keperluan murid

7.5 Kandungan set lengkap yang digunakan dalam Transformation Kit

11
7.3 Penggunaan Transformation Kit

Guru menerangkan terlebih dahulu konsep translasi, pantulan dan putaran di dalam kelas

agar murid mendapat gambaran awal topik yang perlu dikuasai oleh murid.

7.3.1 Langkah penggunaan Translation Mat

 Guru memberikan koordinat translasi kepada murid.

(Contoh arahan : bermula pada petak (A,1), Tentukan kedudukan yang baru
5
bagi objek A di bawah translasi ( ).
6

 Murid perlu menggerakkan buah catur mengikut arahan yang diberi

oleh guru secara berangkai.

 Murid perlu menulis koordinat kedudukan buah catur yang baru di atas

sekeping kertas menggunakan jadual seperti di bawah :

Objek Kedudukan Asal Kedudukan baru

A (A, 1) (F, 7)

B (J, 11)

 Sekiranya kedudukan akhir objek terletak pada kedudukan yang salah,

murid perlu mengulang semula dari kedudukan asal. Arahan baru tidak

akan diterima sekiranya arahan 1 tidak diikuti dengan betul. Murid


12
yang gagal sampai ke garisan penamat di anggap sebagai tidak berjaya.

Guru boleh memberikan ganjaran bagi murid yang berjaya

menyelesaikan tugas yang diberi.

7.3.2 Langkah penggunaan Reflection Ruler

 Soalan : Lukis imej bagi Objek PQR di bawah di bawah pantulan pada

paksi- y

 Langkah 1 : Murid menentukan garisan pantulan seperti yang diberi di

dalam soalan

 Langkah 2 : Meletakkan kedudukan garisan pantulan (berwarna merah)

pada Reflektion Ruler selari dengan paksi- y

13
 Langkah 3 : Menanda menggunakan pensel bucu segitiga PQR

menggunakan pensel.

 Langkah 4 : Melukis garisan 90° dari salah satu bucu segi tiga ke garis

pantulan di atas Reflection ruler sebgaai garis rujukan

 Langkah 5 : Terbalikkan pembaris ke arah bertentangan dengan

berpandukan garis rujukan yang telah dibina tadi.

14
 Langkah 6 : Menanda bucu-bucu yang telah terpantul di atas pembaris dan

memindahkannya ke atas kertas jawapan.

7.3.3 Langkah penggunaan Rotation Ruler

Soalan : Lukis Imej bagi objek PQR di bawah putaran 90° lawan arah jam dari

titik asalan.

 Langkah 1 : Murid menentukan pusat putaran (0,0)

15
 Langkah 2 : Murid meletakkan pusat protractor di atas titik asalan

 Langkah 3 : meletakkan pembaris boleh laras di atas objek PQR

16
 Langkah 4 : Menandakan setiap bucu R di atas pembaris boleh laras

mengunakan pensel atau whiteboard marker

 Langkah 5 : Memutarkan pembaris boleh laras 90° mengikut arah

lawan jam.

 Langkah 6 : Memindahkan titik pada pembaris boleh laras ke atas

kertas jawapan

 Langkah 7 : Mengulangi langkah 3 hingga 6 bagi bucu P dan Q.

17
Sekiranya guru ingin menjalankan aktiviti menggunakan unsur gamifikasi, guru boleh

menyediakan set arahan yang lengkap melibatkan 2 hingga 4 orang pemain melibatkan

gabungan transformasi.

7.4 KOS

BIL BAHAN KOS SEUNIT UNIT JUMLAH


1 Kertas A4 RM0.20 1 RM0.20
2 360° Protractor RM1.80 1 RM1.80
3 Tracing paper RM0.45 1 RM0.45
Laminate
4 plastik RM0.45 1 RM0.45
5 Pembaris RM0.20 1 RM0.45
6 Pemadam RM0.35 1 RM0.20
7 Buah catur RM0.15 2 RM0.30
8 Plastik Kit RM0.50 1 RM0.50
JUMLAH KESELURUHAN RM4.35

8.0 KEBERKESANAN INOVASI

Penggunaan Transformation Kit telah diuji terhadap 26 orang murid kelas 5L.

sebelum Transformation Kit diperkenalkan, guru telah memberikan terlebih dahulu lembaran

kerja dan diedarkank kepada murid. Murid dikehendaki menyelesaiakan soalan yang telah

diberi berdasarkan pengetahuan yang telah dipelajari semasa berada di tingkatan 2. Hasil

daripada latihan yang diberi berikut adalah dapatan awal guru :

PEMAHAMAN MURID SEBELUM PENGGUNAAN


TRANSFORMATION KIT
25

20

15

10

0
TIDAK FAHAM KURANG FAHAM FAHAM
LANGSUNG

18
Seramai 18 0rang murid langsung tidak tahu menjawab soalan yang diberikan keran tidak

faham langsung kehendak soalan. Seterusnya, guru meneruskan aktiviti pengajaran dengan

memperkenalkan Transformation Kit kepada murid. Setelah melalui beberapa kitaran

bimbingan menggunakan Transformation Kit sebagai bahan bantu mengajar, berikut adalah

hasil dapatan guru :

PEMAHAMAN MURID SELEPAS PENGGUNAAN


TRANSFORMATION KIT DI DALAM PDPC
25

20

15

10

0
TIDAK FAHAM KURANG FAHAM FAHAM
LANGSUNG

Seramai 21 0rang murid berjaya mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tentang

translasi, pantulan dan putaran dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang mudah.

5 orang murid lagi masih mempunyai masalah dalam mengaplikasikan kefahaman bagi sub

topik putaran. Namun, mereka mampu untuk menguasai topik tranlasi dan pantulan dengan

baik.

19
9.0 POTENSI INOVASI

Inovasi produk yang dihasilkan amat relevan bagi mata pelajaran Matemtik. Selain itu,
inovasi ini juga sesuai digunakan untuk peringkat menengah rendah dan menengah atas.
Inovasi ini boleh dijadikan sebagai BBM kekal bagi panitia matematik di setiap sekolah
menengah. Penggunaan kit ini bukan Sahaja memberi manfaat kepada murid tetapi
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas.

Tambahan pula, inovasi ini tidak menggunakan kos yang tinggi. 1 set transformation
kit hanya memerlukan kos sebanyak RM4.35 dan penggunaannya sangat mudah dan ringkas.
Bahan-bahan untuk membina satu set transformation kit juga mudah diperolehi. Guru tidak
perlu membawa BBM yang berat ke kelas.

10.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan akan dapat memberikan


impak yang positif kepada muri-murid. Melalui penggunaan produk inovasi yang sesuai dan
kreatif akan dapat meningkatkan potensi murid selaras dengan Hasrat KSSM untuk
melahirkan murid yang mempunyai kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi focus kepada
kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni.
Dengan adanya pengunaan produk inovasi dalam proses PdPc secara tidak langsung akan
dapat membantu murid untuk meningkatkan ilmu dan pemahaman mereka terhadap topik
yang diajar. Hasil daripada aplikasi Transformation Kit dalam PdPc ini, diharap dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra murid dan dalam masa yang sama
memudahkan bimbingan guru di dalam kelas. Dengan adanya inovasi ini, sesi pembelajaran
dan pelajaran murid dalam kelas akan lebih produktif dan boleh menumpukan seluruh

20
perhatian semasa sesi PdPc. Inovasi ini juga boleh diperkembangkan bukan sahaja dalam
kalangan guru-guru Matematik tetapi juga tenaga pengajar luar sekolah . Semoga inovasi ini
menjadi inspirasi dalam kalangan pendidik dan mendapat perhatian masyarakat secara
umumnya untuk disebarluaskan.

21
11.0 RUJUKAN

Unit PISMP Matematik Ambilan Januari 2012 (2012). Figure Out Fingers : Institut
Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2016). Dokumen


Standard Kurikulum dan Pentaksiran, KSSM Matematik Tingkatan 2 : Bahagian
Pembangunan Kurikulum, KPM

https://app.pandai.org/learn/chapter/kssm-f2-mt-11/transformasi-isometri

22
23
LAMPIRAN

You might also like