Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN MUARA TEBAS


d/a Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
Jalan Diplomatik Off Jalan Bako
93050 Petra Jaya Tel : 082 - 438446
Kuching, Sarawak E-mel: skmt1317@gmail.com

Ruj. Kami : SKMT.700-10/5/3(05)


Tarikh : 18 Januari 2024

Pengetua
Sekolah Menengah Tun Abang Haji Openg,
93050 Kuching, Sarawak.

Tuan,

MEMOHON PERKHIDMATAN BAS


UNTUK AKTIVITI LAWATAN MURID TAHUN 6, SK MUARA TEBAS

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa guru-guru tahun 6 telah merancang untuk menjalankan aktiviti
yang bermanfaat untuk murid tahun 6 yang akan mengakhiri alam persekolahan di sekolah rendah
pada tahun ini. Oleh itu, pihak sekolah bercadang untuk memohon perkhidmatan bas untuk
perjalanan pergi dan balik sepanjang lawatan tersebut dijalankan.Aktiviti lawatan ini akan dijalankan
seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 3.02.2024 (sabtu)


Masa : 9.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : 1. Borneo Culture Musuem
2. Sumiran Eco Park (Rantau Panjang, Bt Kawa)
Sasaran : 54 orang murid 10 orang guru.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberikan kerjasama
kepada pihak sekolah. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan tuan/puan boleh menghubungi Puan
Assparini bt Ibrahim (Guru Bimbingan & Kaunseling), 0198260319 (h/p).

4. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, harap maklum.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( MASNI BINTI BUJANG )


Guru Besar
SK Muara Tebas, Kuching

s.k : Fail Sekolah

‟MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK”


‟FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH

You might also like