Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

PELUASAN PENUNAIAN STR BAGI KAWASAN PEDALAMAN SEMENANJUNG


MALAYSIA KHUSUSNYA MASYARAKAT ORANG ASLI

Susulan keberkesanan program penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di


kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak sejak tahun 2019, Kerajaan MADANI telah
meluaskan program penunaian tahun ini ke kawasan pedalaman Semenanjung
Malaysia khususnya melibatkan masyarakat Orang Asli.

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, telah hadir bagi
memantau pelaksanaan program rintis penunaian tersebut di Dewan Jelutong, Hutan
Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak hari ini yang melibatkan lebih 400 penerima STR
Orang Asli.

“Selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI, peluasan penunaian STR merupakan


antara usaha Kerajaan memantapkan penyampaian awam dengan memastikan
bantuan Kerajaan sampai kepada masyarakat yang amat memerlukan, seperti Orang
Asli yang tinggal di kawasan pedalaman,” ulas Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Program penunaian di Daerah Batang Padang hari ini akan disusuli dengan lokasi-
lokasi lain masyarakat Orang Asli antaranya Lipis dan Rompin di Pahang, Gua
Musang di Kelantan dan Hulu Perak di Perak sepanjang tahun 2024. Program rintis
penunaian ini diselaraskan oleh Kementerian Kewangan dengan kerjasama Lembaga
Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Peruntukan sebanyak RM10 bilion telah disediakan pada tahun 2024 untuk lebih 8
juta penerima STR. Berdasarkan pangkalan data STR, terdapat 82 ribu masyarakat
Orang Asli yang berdaftar dan layak mendapat STR berjumlah RM82.4 juta 1.
Daripada jumlah ini, 14 ribu tidak mempunyai akaun bank dan perlu hadir ke
cawangan BSN seluruh negara untuk membuat penunaian. Mengambil kira
kekangan dan rintangan masyarakat Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman
Semenanjung Malaysia, Kementerian Kewangan telah mulai tahun ini merintiskan
penunaian STR untuk masyarakat Orang Asli yang terpencil.

YB Menteri Kewangan II turut meninjau pelaksanaan program subsidi bersasar


Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di sebuah pasaraya di Tapah yang melibatkan
hampir 50 penerima SARA. Pelaksanaan program SARA secara keseluruhan untuk
tahun 2024 melibatkan 700 ribu penerima daripada golongan miskin dan miskin tegar
1
di mana penerima diberi kredit sehingga RM100 sebulan melalui MyKad untuk
membeli barangan keperluan asas.

“Program SARA telah ditambah baik untuk tahun 2024 dengan meningkat kadar
bantuan, bilangan penerima serta memperluaskan barangan asas yang boleh dibeli
untuk meliputi ubat, barangan kebersihan diri dan peralatan sekolah. Mekanisme
SARA menggunakan MyKad adalah mudah dan selamat serta memberi penerima
pelbagai pilihan barangan asas untuk dibeli,” jelas YB Datuk Seri Amir Hamzah
Azizan.

Kementerian Kewangan
Putrajaya
3 Mac 2024

Lampiran

1. PENERIMA STR DI KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI

WARGA
KATEGORI JUMLAH ISI RUMAH EMAS TIADA BUJANG
PASANGAN
BILANGAN
82 RIBU 45 RIBU 5 RIBU 32 RIBU
PENERIMA
NILAI
BANTUAN RM82.4 JUTA RM68 JUTA RM3.3 JUTA RM11.1 JUTA
STR

You might also like