Jurnal Ilmiah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 20

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH : DR SITI KAUSAR BINTI ZAKARIA

KUMPULAN KULIAH :N

KURSUS : HNH2012 TITAS

NAMA AHLI NO MATRIK

NURUL IZIANA BINTI KHAIZI D20171078554

NURHALIZA BINTI YUSOF D20171078610

MUSFIRAH BINTI MOHAMAD NASSER D20171079147

SYAZKEEN BINTI SUNG D20172080967

AKMAL AFIFAH BINTI MOHD RAMLI D20172080973

NURUL RAIHANA BINTI MOHD RAZAIM D20172080992

NUR IZZAH BINTI IBNI HASSIM D20172081325


ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

BAB 1 PENGENALAN 2

1.1 PENGENALAN 3-4

1.2 TEKNOLOGI PENDIDIKAN ABAD KE 21 5-7

BAB 2 KANDUNGAN 8

2.1 TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN TAMADUN


9 - 11
MALAYSIA

2.2 KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 12 - 13

2.3 SUMBANGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 14

2.4 PERBEZAAN PENDIDIKAN DAHULU DAN KINI 15

BAB 3 KESIMPULAN 16

3.1 KESIMPULAN 17 - 18

3.2 RUJUKAN 19

1
BAB 1
PENGENALAN

2
1.1 PENGENALAN

Dalam meniti arus era globalisasi yang serba canggih kini, penggunaan teknologi
dalam sistem pendidikan semakin berkembang pesat. Perkataan teknologi berasal
daripada bahasa Yunani iaitu techne yang bermaksud kemahiran menggunakan
pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi
melaksanakan sesuatu tugas. Kita sedia maklum bahawa, teknologi bukan semata-
mata alat dan mesin sahaja ia merangkumi proses dan idea. Kekuatan teknologi
terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai
sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat dan Pusat Kebangsaan Pembelajaran
Terancang, United Kingdom pula mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai
penerapan ilmu saintifik mengenai pembelajaran dan juga syarat pembelajaran untuk
memperbaiki keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan latihan (Cowen, 1980).
Suruhanjaya Teknologi Pengajaran, USA sebaliknya mendefinisikan teknologi dalam
pendidikan sebagai suatu cara yang sistematik untuk mereka bentuk, melaksana, dan
menilai keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dari segi objektif khusus,
berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran manusia dan komunikasi dengan
menggunakan gabungan sumber manusia dan bukan manusia untuk membawa kepada
pengajaran yang berkesan (Bjerstedt, 1972).

3
Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang
melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan
sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan
“pemangkin” ke arah mencapai kejayaan. Manakala menurut Naim Hj. Ahmad (1990)
beliau mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai satu perkaedahan atau
pendekatan yang memadukan secara harmonis, fungsi-fungsi pengurusan organisasi
dan personal, pengembangan penyelidikan, teori reka bentuk, penerbitan, penilaian,
pemilihan, logistik, penggunaan dan penyebaran dan sumber mesej, manusia, bahan,
alat, teknik dan cara penyediaan secara sistematik untuk penyelesaian kepada
masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran manusia.
Teknologi dalam Pendidikan Teknologi dalam pendidikan telah didefinisikan oleh
pelbagai badan pendidikan dunia dalam pelbagai perspektif serta konteks keperluan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu jelaslah bahawa,
teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi
yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan
keberkesanan dalam pembelajaran di dalam ataupun di luar bilik darjah untuk
melahirkan seorang insan yang berilmu pengetahuan.

4
1.2 TEKNOLOGI PENDIDIKAN ABAD KE 21

Menurut Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin (2010), pihak yang memainkan
peranan penting adalah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan
Malaysia bertanggungjawab membawa perubahan dalam pendidikan di Malaysia
sejak mula lagi. Sistem pendidikan di Malaysia bergerak mengikut arus permodenan
semasa dan globalisasi. Keperluan dan cara pendidikan yang efektif berubah dari
semasa ke semasa mengikut arus perubahan zaman dan teknologi. Tan Sri Alimuddin
Mohamad Dom mengatakan bahawa pihak kerajaan telah merangka kukikulum yang
baru untuk diserap ke dalam sistem pendidikan kini. Bertujuan untuk meningkatkan
mutu pendidikan di Malaysia, Pelaksanaan kurikulum yang baru akan
dikuatkuasakan. Pelaksanaannya kurikulum tersebut akan menghasilkan impak positif
kepada mutu dan kualiti pendidikan. Pelbagai idea dan cadangan kerajaan bagi
memajukan sistem pendidikan kearah yang lebih maju dengan penggunaan teknologi.
Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang
celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa.

Asep Herman Suryanto (2008), menekankan bahawa teknologi dalam pendidikan


terus berkembang. Teknologi dalam pendidikan terbahagi kepada dua iaitu
Technology based learning dan Technology based web-learning. Technology based
learning adalah Audio Information Technologies (radio, pita rakaman, peti simpanan
suara) dan Video Information Technologies (video). Sedangkan technology based
web-learning adalah Data Information Technologies (bulletin board, Internet, e-mail,
tele-collaboration). Kebiasaannya, teknologi ini diguna pakai pada pendidikan jarak
jauh. Komunikasi jarak jauh membolehkan pendidik berkomunikasi tanpa batasan.

5
Penggunaan teknologi pendidikan pada masa kini dapat dilihat dengan wujudnya
Sekolah Bestari. Sekolah Bestari merupakan sekolah yang ditubuhkan dengan
menggunakan teknologi canggih untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pengubahsuaian kurikulum dilakukan agar selari dengan perkembangan pesat era
sains dan teknologi. Secara khususnya, objektif Sekolah Bestari melatih pelajar-
pelajar supaya cerdas dan bijak menggunakan Teknologi terkini dalam aktiviti
pembelajaran mereka. Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan
bertaraf dunia dan melahirkan generasi yang mampu menghadapi cabaran adalah
matlamat utama.

Menurut Syed Ardi Syed Yahya Kamal (2010), penggunaan teknologi di institusi
pengajian tinggi, ianya seolah-olah dilihat sebagai keperluan bagi seseorang pelajar.
Menyiapkan tugasan bagi sesuatu kursus dan membuat penilaian keatas pengajaran
pensyarah, kebanyakan pelajar menggunakan computer riba. Penggunaan telefon
pintar juga digunakan untuk menyemak jadual di talian selain membuat temu janji
dengan pensyarah. Dapat dilihat bahawa teknologi ini mempunyai kaitan rapat dan
amat penting dalam pendidikan di Malaysia. Cabaran pendidikan semakin ketara
apabila teknologi baru muncul dalam kehidupan seharian. Kita perlu mengambil
peluang untuk merubah kaedah pembelajaran mengikut rentak teknologi yang
berkembang.

Pembelajaran dan pengajaran secara atas talian telah terbukti keberkesanannya di


luar negara. Kini, Malaysia memperkenalkan kaedah yang sama di mana terdapat
institusi pengajian tinggi telah menggunakan teknologi dalam kurikulum pengajaran
mereka. Perkongsian nota di antara pelajar lebih mudah dan cepat dengan penggunaan
alatan mudah alih seperti telefon pintar atau e-mail di kalangan pelajar. Tidak perlu
lagi menghadap komputer peribadi untuk memuat turun nota. Kemudahan internet
yang dilanggani di telefon mudah alih memudahkan pelajar mengakses maklumat dan
memuat turun nota di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

6
Syed Ardi Syed Yahya Kamal (2010), menegaskan lagi bahawa teknologi
pendidikan memudahkan banyak pihak. Sebagai contoh, sebelum ini kuiz hanya dapat
dilakukan di dalam kelas sahaja, namun kini pensyarah boleh mengadakan kuiz di
atas talian untuk pelajar mereka. Pensyarah hanya perlu memasukkan soalan dan
menetapkan masa yang perlu diambil bagi setiap kuiz yang diadakan. Perkara ini
dapat dilakukan tak kira dimana dengan hanya menggunakan telefon mudah alih atau
alat mudah alih yang lain dengan penggunaan internet. Pensyarah boleh tersenyum
lebar dan menarik nafas lega kerana mereka bukan sahaja boleh mengadakan kuiz
bagi pelajar mereka pada bila-bila masa malah dapat memperolehi sejurus selesai kuiz
tersebut. Pensyarah juga tidak perlu mengira markah secara manual. Teknologi
canggih yang ada memudahkan kerja pensyarah kerana markah dikira menggunakan
sistem computer. Perisian-perisian dan aplikasi untuk mengadakan kuiz boleh
didapati dengan mudah.

7
BAB 2
KANDUNGAN

8
2.1 TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN TAMADUN MALAYSIA

Pembinaan tamadun Malaysia banyak dipengaruhi oleh tamadun Islam yang


merupakan kesinambungan daripada pembinaan tamadun Melayu iaitu Melaka,
Temasik, Srivijaya dan Johor-Ria. Masyarakat Melayu yang tersebar luas di
Nusantara ini telah memiliki tradisi keilmuan dan pendidikan yang menjadi teras
kepada kemunculan tamadun yang tinggi dan cemerlang. Pengaruh tersebut dapat
dilihat dari segi politik,perundangan,pendidikan serta bahasa dan kesusasteraan
Pendidikan dalam rujukan konvensional tidak lebih sebagai suatu proses pemindahan
maklumat, pengetahuan dan kemahiran daripada guru kepada murid, pensyarah
kepada pelajar untuk menjadi warga yang baik.

Sistem Pendidikan di Malaysia berada dalam dua kategori iaitu pendekatan top-
down dan pendekatan bottom-up. Pendekatan top-down yang sifatnya konvensional
dari kerajaan kepada sistem pendidikan dan sifatnya adalah formal. Ia tidak dikatakan
pendidikan sekular kerana pendidikan agama, moral dan nilai-nilai murni tetap
diajarkan. Selain itu, Malaysia juga membenarkan pendekatan bottom-up dalam
pendidikan dengan membenarkan pihak swasta, yayasan, institusi dalam bentuk
pendidikan pondok, madrasah dan tahfiz Al- Quran melaksanakan pendidikan mereka
sendiri. Yang menariknya dalam falsafah pendidikan kebangsaan kita menyebut
matlamat menghasilkan insan seimbang dalam harmoni sebagai landasannya.
Landasan ini hanya boleh dicapai sekiranya integrasi ilmu dan Islamisasi pendidikan
terjadi.

9
Letusan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan kepentingan
kemahiran abad ke-21 semakin diberi penekanan pada masa kini. Penggunaan
teknologi pendidikan seharusnya menjadi sebahagian daripada pedagogi program
pendidikan guru di zaman kini. Sebagai contoh, pengintegrasian kemahiran abad ke-
21 boleh diterapkan dikalangan guru dan pelajar dengan menggunakan Ipad di dalam
bilik darjah. Kejayaan dalam melahirkan guru yang mempunyai pakej lengkap dalam
teknologi pendidikan serta penguasaan dalam kemahiran abad ke-21 akan
memberikan faedah kepada pelajar yang bakal dilahirkan dengan memenuhi kehendak
industri. Perkembangan dalam teknologi maklumat dan arus globalisasi telah
menyebabkan berlakunya kecairan sempadan nasional yang telah melahirkan
paradigma baru kepada semua organisasi, termasuk institusi Pendidikan di Malaysia.
Seperti di negara-negara maju, negara-negara membangun di Asia Tenggara semakin
mengiktiraf peranan penting pendidikan dalam meningkatkan sumber manusia (modal
insan). Kemajuan dan penularan penggunaan ICT dalam masyarakat membawa
maksud bahawa sistem pendidikan di rantau ini semakin memanfaatkan ICT dalam
mengendalikan banyak cabaran yang timbul yang dihadapi oleh sistem pendidikan di
Asia Tenggara.

Transformasi ini menyebabkan kehidupan lebih ribuan pelajar di Asia menjadi


lebih mudah kerana tidak perlu membawa muatan yang berat ke sekolah. Pada masa
akan datang, pelajar hanya membaca melalui komputer tablet. Hasil revolusi digital
yang dibawakan ke dalam pendidikan juga membolehkan ribuan pelajar mendapat
pembelajaran daripada pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru terbaik dunia
melalui internet. Hal ini turut sama dikongsi oleh Korea Selatan yang merencanakan
digitalisasi buku-buku teks untuk dasar pada tahun 2015 nanti. Buku yang tebal dan
membebankan pelajar akan ditukarkan ke dalam versi digital dengan perantaraan
smartphone dan tablet PC. Semua pelajar sekolah dari segenap usia dapat
menggunakan isi dari buku teks yang ada dengan perantaraan beberapa gadget
tersebut.

10
Seperti negara di seluruh dunia, Malaysia tidak dapat mengelak daripada
menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger
(1998) menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang
amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap
kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini disebabkan kebimbangan
akan kehilangan daya saing dalam persekitaran dunia global sekiranya penyemakan
dan perubahan terhadap kurikulum tidak dilakukan. Ledakan perkembangan
kecanggihan teknologi dan persaingan dalam dunia global menuntut agar peranan dan
tanggungjawab seorang pendidik itu untuk membuat transformasi bukan sahaja dari
aspek teknik pengajaran malahan merentasi penggunaan peralatan teknologi dan
dalam masa yang sama masih berpegang kepada nilai-nilai tempatan dan sentiasa
berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi desakan ke atas


penggunaan teknologi sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh
yang demikian, semua pihak haruslah memberikan komitmen penuh dalam
merealisasikan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
mencapai hasrat negara yang menginginkan sumber manusia yang berkualiti dan
berkebolehan pada masa akan datang.

11
2.2 KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Penggunaan teknologi ini mampu mengubah latar pendidikan abad ke-21 dengan
menyediakan persekitaran dunia pengajaran dan pembelajaran yang dinamik.
Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan kecekapan dan kebersanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru
dapat membuat persiapan dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran. Melalui cara ini, seorang guru dapat mencari maklumat dan
pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa
yang lama seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar dengan berkesan.
Seterusnya, penggunaan teknologi dapat membantu guru untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik.
Pengajaran yang menggunakan alat teknologi dapat menambah minat pelajar untuk
mempelajari sesuatu bidang pelajaran dengan lebih mendalam. Sehubungan dengan
itu, jika teknologi dalam pendidikan digunakan secara sistematik dan berkesan oleh
guru, sebarang masalah pengajaran yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah.

Selain itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan juga akan lebih menarik serta
menwujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Antara penggunaan
teknologi dalam pembelajaran yang digunakan oleh guru adalah powerpoint, video,
visual dan sebagainya. Hal ini demikian kerana melalui cara ini proses P&P dapat
dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar didedahkan dengan
gambaran dan persembahan menarik serta isi-isi penting mudah difahami. Oleh itu,
maklumat dan pengetahuan yang dicari menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan
manusia terutama pada diri pelajar itu sendiri. Di samping itu, teknologi diperlukan
dalam pendidikan kerana ia dapat mengurangkan kos untuk mencetak buku. Untuk
memenuhi keperluan pelajar setiap pelajar diberikan pinjaman buku teks. Sehubungan
dengan itu, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk mencetak buku
teks tersebut. Dengan penggunaan teknologi dalam P&P, kerajaan dapat menjimatkan
kos kerana prosespengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak menggunakan
buku. Hal ini juga dapat mengurangkan penerbangan pokok-pokok untuk membuat
kertas.

12
Sementara itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat memperkayakan
pelbagai teknik dan pengajaran serta pelengkap kepada penyampaian maklumat
pengajaran yang jelas dan berkesan. Oleh yang demikian, guru seharusnya bersikap
kreatif dan inovatif dalam kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah seperti modul-modul pengajaran dalam berbentuk CD-ROM, multimedia
interaktif, animasi, 3D dengan suara yang dapat menarik minat pelajar dan lain-lain.
Oleh itu, ianya juga dapat menjimatkan masa dan memupuk sikap membaca dalam
kalangan diri pelajar. Justeru itu, dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar
perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya di
dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam mengenai teknologi amat
penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi memudahkan lagi pemahaman murid.

13
2.3 SUMBANGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

14
2.4 PERBEZAAN PENDIDIKAN DAHULU DAN KINI

Pendidikan merupakan hal terpenting pada setiap orang kerana dengan


pendidikan boleh mencapai kualitas dalam hidupnya. Dan dengan pendidikan pula
kita boleh mencipta manusia yang berakhlak baik dan cerdas. Dan kini pendidikan
dari tahun ke tahun selalu mengalami perubahan. Banyak perubahan dari zaman
dahulu hinga zaman kini dan sebagai contohnya, tujuan utama dari pendidikan
sekarang bukanlah demi orang tua, nilai yang tinggi , diri sendiri ataupun guru namun
saat ini yang ingin dicapai dari sekolah ialah mendapat manfaat yang boleh
dipergunakan dalam kehidupan sehari-hari.

Dahulu cara pembelajaran tidak meluas kerana tiada kemudahan teknologi seperti
komputer, rangkaian jalur lebar,mahupun kumudahan sekolah yg disediakan oleh
kerajaan.Dengan ini kita dapat merasakan bahawa teknologi pada zaman sekarang
amat penting untuk sesi pengajaran dan pembelajaran(pnp). Cara pembelanjaran yang
terdahulu amat meyusahkan pelajar kerana tiada kemudahan internet yang disediakan
kepada pelajar untuk mencari sesuatu perkara yang dikehendaki. Mereka terpaksa
bersusah-payah untuk pergi bertanya dengan guru bagi menyelesaikan tugasan yang
begitu rumit. Hal ini menyebabkan pelajar berasa bosan untuk belajar disebabkan
perkara yang sukar untuk mereka fahami.

Pada zaman sekarang, pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan
yang memudahkan pelajar untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Kemudahan ini juga
boleh memudahkan pelajar mencari maklumat yang dikehendaki malah boleh
menambah ilmu pengetahuan yang baharu.Dengan ini pelajar dapat mencari
maklumat dengan menaip perkataan yang dikehendakinya.Pelajar juga dapat bertanya
apa yang mahu ditanya kepada gurunya tentang pembelajaran atau tugasan yang tidak
difahami aplikasi yang disediakan.Aplikasi-aplikasi ini amat berguna kepada pelajar.
Dengan ini semua perkara yang anda kehendaki berada di hujung jari anda.Ini adalah
inovasi yang dilakukan oleh pihak yang mementingkan pendidikan menggunakan
inovasi jalur lebar.Inovasi jalur lebar amat berguna untuk generasi baru.

15
BAB 3
KESIMPULAN

16
3.1 KESIMPULAN

Perkembangan dunia dari aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya
menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi
keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan
moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotis dan
memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf
dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang
mampu menghadapi alaf baru. Oleh sebab iu, kerajaan menetapkan supaya para
pendidik menggunakan teknologi dalam pendidikan oleh kerana pendidik sekarang
sedang berhadapan dengan generasi-Z dan generasi seterusnya.

Sebagai rangkumnya, teknologi kini telah digunakan secara berleluasa dalam


dunia pendidikan. Hal ini adalah kerana, pendidikan di Malaysia telah berubah konsep
kepada pendidikan alaf ke-21. Oleh sebab itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menetapkan bahawa setiap guru perlu menjalankan sistem pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di dalam kelas dengan menggunakan sistem baharu seperti
penggunaan powerpoint, projektor, internet dan sebagainya. Hal ini adalah kerana,
terdapat sebab-sebab tertentu penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan. Salah
satu sebab mengapa perlu penggunaan teknologi dalam pendidikan adalah kerana
sistem pembelajaran lebih mudah difahami dan pelajar di dalam kelas akan menjadi
aktif dan tidak mudah bosan.

17
Tamadun adalah salah satu faktor kemunculan teknologi dan sistem yang canggih
seperti gadjet, komputer, internet dan sebagainya. Oleh sebab itu, teknologi
pendidikan sangat berkait rapat dengan tamadun Malaysia. Bukan itu sahaja, ia juga
dapat memberi sumbangan dalam tamadun Malaysia. Misalnya, dengan adanya
teknologi, proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan paling penting boleh
menjimatkan masa.

Sebagai mengakhiri wacana ini, diharapakan semoga dengan usaha mantap dan
kerjasama semua pihak bertanggungjawab, Malaysia dapat mencapai sistem pelajaran
bertaraf dunia. Bukan itu sahaja, diharapkan dengan penggunaan alat bahan mengajar
atau sistem pelajaran yang berasaskan alaf baharu ini mampu melahirkan insan yang
mampu mengubah negara pada masa akan datang.

18
3.2 RUJUKAN

1. Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin (2010)


http://www.journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/view/
436/434

2. Asep Herman Suryanto (2008)


http://physicsmaster.orgfree.com/Artikel%20&%20Jurnal/Inovasi%20Dalam
%20Pendidikan/Mengenal%20e-learning.pdf

3. Syed Ardi Syed Yahya Kamal (2010)


https://core.ac.uk/download/pdf/11783904.pdf

4. https://www.slideshare.net/MunirahSobrii/teknologi-dalam-pendidikan-
15425424

5. http://eprints.uthm.edu.my/8014/1/
VESPANATHAN_SUPRAMANIYAM.pdf

6. http://www.utm.my/connect/2016/10/04/web-2-0-sejauh-mana-
kepentingannya-dalam-pendidikan-malaysia/

7. https://www.kompasiana.com/achmadkamil/pendidikan-dulu-dan-
sekarang_552ff5be6ea8340e738b45a4

8. http://sematstudents.blogspot.my/2015/04/perbezaan-pembelajaran-dahulu-
dan.html

19

You might also like