TEKS UCAPAN KPD PERHIMPUNAN BULANAN Okt

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

"Salam Sejahtera"

Yang Berusaha,
Saudara / Saudari Pengacara Majlis

Yang Dihormati,
Ketua-Ketua Bahagian IPD Jempol,

Ketua-Ketua Polis Balai IPD Jempol,

Seterusnya Tuan-Tuan dan Puan-Puan hadirin yang


dihormati sekalian,

Salam Sejahtera dan Selamat Pagi.

Sebagai pembuka kata, saya amat berbesar hati dan bersyukur kita diberi
kekuatan dan keizinan untuk bersama-sama hadir pada pagi yang penuh
bermakna ini untuk meneruskan agenda Polis Daerah Jempol sempena
Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Jempol bagi Bulan Oktober
2023. Ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Kerja yang berusaha keras
untuk menjayakan majlis kita pada pagi ini.

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

1
Marilah kita bersama-sama melangkah dan meneruskan Misi dan Visi
pasukan ke arah mewujudkan negara yang lebih selamat dan aman. Sebagai
sebuah organisasi penguatkuasa utama negara, kita perlu memperbaharui dan
memperteguhkan ikrar taat setia dan bakti kita kepada Raja dan Negara.

Adalah menjadi hasrat saya agar, Polis Daerah Jempol sentiasa maju ke
hadapan dalam apa jua yang kita lakukan sebagai sebuah pasukan
keselamatan yang sentiasa unggul serta berperanan menjaga ketenteraman
dan kesejahteraan masyarakat di negeri ini.

Baru-baru ini, YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin bin Husain telah
mengeluarkan satu arahan di E-Siar bertarikh 26 Ogos 2023 berkenaan
“Total Enforcement” Ke Atas Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan & Tatatertib) . Arahan ini dikeluarkan kerana isu Integriti
dan disiplin warga PDRM yang terlibat dalam aktiviti jenayah,
penyalahgunaan dadah, salahlaku rasuah dan sebagainya sememangnya
menjejaskan penyampaian perkhidmatan yang merupakan “Core Business”
PDRM sepertimana yang telah digariskan dibawah Seksyen 3 Akta Polis
1967.

Dua fokus utama Ketua Polis Negara adalah perkhidmatan bertunjangkan


integriti dan tatakelola yang baik serta mendukung dasar-dasar kerajaan ke
arah kesejahteraan masyarakat yang perlu diteruskan sebagai hala tuju
PDRM.

2
1. Perkhidmatan dalam PDRM bertunjangkan prinsip Integriti dan Sistem
Peyampaian (Service delivery) yang baik.

1.1 Semua Pegawai / anggota perlu menutup ruang-ruang rasuah dan juga
mengelakkan dari salahguna kuasa dan penyelewengan.

1.2. Pegawai dan anggota PDRM perlu sentiasa fokus dan menekankan
aspek disiplin serta menjauhi perbuatan salah laku yang boleh menjejaskan
imej pasukan.

2. Perkhidmatan PDRM dalam mendukung dasar kerajaan kearah


kesejahteraan masyarakat.

2.1 Tan Sri IGP menyatakan bahawa PDRM perlu melihat semula apa
peranan / tujuan utama PDRM terhadap masyarakat.

2.2 Rakyat yang membayar cukai mempunyai hak untuk mendapat


perkhidmatan yang baik dari PDRM.

2.3 Tan Sri IGP menyatakan bahawa perlunya keharmonian dan perlunya
pengharmonian dalam organisasi. Sebagai contoh perlunya ada
pengharmonian dari pihak atasan ke bawah dan dari pihak bawahan ke atas.
Pengharmonian ini perlu dan ia melibatkan semua dari IG/DIG/
Pengarah/KP/KJ/KPD/ Pegawai/Anggota.

3
Dalam usaha untuk mengorak langkah ke hadapan bagi memantapkan lagi
sistem perkhidmatan kita, saya ingin menyeru seluruh warga kerja Polis
Daerah Jempol untuk mendukung dan menghayati (2) Fokus Utama Ketua
Polis Negara itu sebentar tadi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan hadirin yang dihormati sekalian.

Melalui kawalan dan pengawasan tatatertib sepertimana yang telah


digariskan di bawah Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan & Tatatertib) 1993 perlu diperkasakan secara menyeluruh dan
memastikan semua anggota dibawah diselia tanpa sebarang Cover Up,
Kronisme, Pilih Kasih dan Nepotisme dan sebagainya. Pendekatan yang
lebih agresif perlu dilaksanakan secara menyeluruh (total enforcement) ke
arah meningkatkan penyampaian perkhidmatan. Meskipun begitu, elemen
penugasan yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan seharusnya
diberi keutamaan seperti:-
1. Penyampaian Perkhidmatan – seperti penugasan MPV, URB, Kaunter
Aduan,dan sebagainya.
2. Pengurusan Siasatan – seperti pengurusan siasatan dan pengendalian
barang kes, pemakluman tangkapan dan sebagainya.
3. Pembocoran Maklumat – seperti penyebaran fakta kes bersama gambar
OYDS dan sebagainya, dan
4. Pengurusan Belanjawan – seperti Pematuhan Tatacara Kewangan,
1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) termasuklah Audit oleh KDN dan
sebagainya.

4
Penyelia terikat kepada prinsip Supervisory Accoutability dan akan
dikenakan tindakan dibawah Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 sekiranya mana-mana pegawai yang
dibawah seliaannya terkesan melakukan perlanggaran atau terlibat dalam
kegiatan jenayah/ penyalahgunaan dadah/ salah laku dan sebagainya. Perkara
ini bertujuan mengembalikan konsep ‘Back To Basic’ dan Esprit de Corps’
dalam kalangan warga PDRM.

Arahan ini telah berkuatkuasa seperti mana yang telah ditandatangani oleh
YDH Ketua Polis Negara pada 26 Ogos 2023, namun penguatkuasaan atau
tindakan keatas salah laku hanya akan diambil selepas daripada 3 bulan dari
tarikh arahan dikeluarkan iaitu dengan memberi masa kepada tuan-tuan dan
puan-puan untuk memahami dan mempraktikkan arahan tersebut sebelum
tindakan keras diambil. Justeru itu, sebagai warga PDRM, marilah kita
bersama-sama melaksanakan arahan yang telah diberikan demi kesejahteraan
kita bersama dalam mendepani segala cabaran di masa hadapan.

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

Salah satu kekuatan pasukan Polis Diraja Malaysia adalah disiplin. kita perlu
sentiasa mempertingkatkan dan mempamerkan tahap integriti yang tinggi
semasa menjalankan tugas serta Amanah yang telah dipertanggungjawabkan
kepada kita supaya, imej PDRM sebagai sebuah penguatkuasa undang-
undang yang unggul di negara ini terus gah di kaca mata masyarakat.

5
Namun begitu, dewasa ini kita dapat melihat banyak kes-kes
penyalahgunaan kuasa dan isu-isu disiplin warga PDRM terpampang di
dada-dada akhbar mahupun media sosial. Berita seperti ini menjadi
perbualan hangat dalam kalangan masyarakat seterusnya mengugat
keyakinan orang ramai terhadap kita sebagai barisan hadapan yang
sepatutnya menjadi ‘role modal’ kepada mereka.

Tidak dapat dinafikan, ada segelintir di kalangan warga PDRM terlibat


dengan perbuatan dan aktiviti yang menyalahi undang-undang. Walaupun
bilangan mereka yang menyalahi undang-undang ini sedikit tetapi, ianya
secara tidak langsung telah mencalarkan imej pasukan. Seperti pepatah
Melayu yang berbunyi “akibat nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,


Bagi mengelakkan perkara-pekara seperti ini menjadi ‘barah’ dan terus
terjadi dalam pasukan PDRM yang penuh keramat ini. Kita perlu
memastikan warga kerja PDRM sentiasa berada di landasan yang tepat
semasa manjalankan tugas dan tanggungjawab.

Penyelia hendaklah sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh


anggota di bawah seliaan masing-masing. Kenal pasti masalah yang dihadapi
oleh mereka agar tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan permasalahan
tersebut dapat diambil.

Hadirin dan hadirat sekalian,

6
Baru-baru ini, IPD Jempol telah didatangi oleh Pegawai dan Anggota dari
JIPS Bukit Aman. Semasa pemeriksaan dilakukan terdapat beberapa perkara
yang telah disentuh oleh mereka dalam usaha untuk memperbaiki mutu kerja
kita antaranya:-

1. Membawa telefon bimbit kedalam lokap sewaktu bertugas.


2. Membenarkan barang salah berada didalam lokap iaitu tuala kecil,
berus gigi, ubat gigi dan cawan plastik.
3. Meninggalkan PDRM (A)5 dalam laci kaunter aduan.
4. Tidak melaporkan ke Gerakan untuk mendokumentasikan pemeriksaan
ke atas orang awam yang telah dijalankan semasa tugas Ronda Cegah
Jenayah.
5. Rambut tidak mengikut spesifikasi.
6. Gagal melaporkan kedudukan setiap setengah jam ke Gerakan dan
lewat lapor keluar tugas ketika Ronda Cegah Jenayah.
7. Keselamatan Sel Kunci Lokap yang diletakkan diatas meja kaunter
aduan yang dengan mudah boleh diambil oleh mana-mana orang.
8. Harta OKT tidak diserahkan dan dibiarkan didalam rak besi simpanan
barang OKT.
9. Telah membuat perbuatan polis palsu dalam underclasified case.
10. Tidak mengemaskini catatan pergerakan OKT dalam PDRM (A) 84.

Semoga kita jadikan semua ini sebagai iktibar supaya tidak mengulanginya
dimasa hadapan. Perlu diingat, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
yang telah ditubuhkan bukanlah semata-mata mencari kesalahan terhadap
seseorang individu, tetapi ia adalah bagi kita memperbaiki mutu kerja dan

7
kehidupan kita dalam menghadapi cabaran yang akan mendatang kemudian
hari.

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

Akhir kata, sebelum saya mengundurkan diri, saya merakamkan ucapan


setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua yang tersenarai menerima
sijil penghargaan pada pagi ini. Semoga ini akan memotivasikan diri tuan-
puan untuk lebih maju lagi dalam pasukan dan bersedia memberikan
perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dengan lebih cemerlang dan
berintegriti.

Sekian,
Terima kasih.

You might also like