Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MENARIK…PETUA MASAKAN

1. Menguatkan rasa tomyam

Tambahkan tomato puri untuk memekatkan kuah tomyam. Tomato


mengandungi serat larut air yang menyumbang kepada kuah
menjadi lebih pekat.

2. Masakan melekat dan minyak merecik

Letak asam keping/jawa/ tabur tepung untuk mengelakkan masakan


melekat dan minyak merecik semasa mengoreng
ayam/ikan/sotong/udang/sambal nasi lemak. Punca minyak merecik
dan masakan melekat pada kuali ialah air. Penambahan bahan
berasid mempercepatkan proses ‘buang’ air (dehydration). Tepung
pula menyerap air.

3. Mengurangkan lendir dan bau

Basuh ayam/ikan/seafood menggunakan cuka/tepung


gandum/limau. Tepung dan cuka boleh mengurangkan lendir dan
bau pada permukaan isi bahan basah berprotein.

4. Hilangkan pijar tangan

Gunakan hand sanitiser untuk hilangkan pijar tangan. Hand sanitiser


mengandungi alkohol iaitu larutan organik yang boleh melarutkan
punca pijar, capsaicin.
5. Kurangkan rasa masin

Kentang untuk mengurangkan rasa masin. Kentang berkapasiti dan


mengandungi kanji yang boleh mengambil sedikit garam daripada
komponen masakan yang masin.

You might also like