Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

MODUL PAHANG LEAD 1.

MODUL PAHANG
LEAD 1.0

Aktiviti minggu pertama

Hak Cipta © 2024


Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

1
MODUL PAHANG LEAD 1.0

AKTIVITI 1.1: TAAT SETIA KEPADA NEGERI

Tajuk Taat Setia Kepada Negeri

Taat setia kepada negeri melalui lagu rasmi negeri


Pahang iaitu "Allah Selamatkan Sultan Kami".
Lagu ini mencerminkan kesetiaan, penghormatan
Pengenalan terhadap Sultan Pahang dan mengungkapkan
rasa bangga terhadap identiti dan warisan negeri
Pahang.
Melalui aktiviti ini, murid dapat:
1. Menghayati senikata lagu rasmi negeri
Objektif
Pahang;
2. Memupuk semangat kecintaan terhadap
negeri Pahang; dan
3. Memahami maksud warna pada bendera
negeri Pahang.

Metodologi Latihan Dinamika Kumpulan

Masa 60 minit

1. Pembesar suara
2. Komputer riba
Bahan
3. Kertas A4
4. Lirik lagu ‘Allah Selamatkan Sultan Kami’

2
MODUL PAHANG LEAD 1.0

Langkah-langkah 1. Guru membentuk kumpulan besar dalam


bulatan;
2. Lagu dimainkan supaya semua murid dalam
kumpulan dapat mendengarnya;
3. Murid diminta menulis lirik semula dan
menghafal lirik lagu tersebut;
4. Setiap murid dalam kumpulan menyebut
rangkap lagu tanpa melihat catatan secara
bergilir-gilir mengikut arah lawan jam; dan
5. Murid diminta untuk melukis bendera Pahang
dan menerangkan maksud warna pada
bendera tersebut.

Rumusan Guru membuat rumusan:


1. Menimbulkan semangat patriotik.
2. Menyemai rasa sayang dan cintakan negeri
Pahang.

3
MODUL PAHANG LEAD 1.0

LAGU NEGERI PAHANG

“ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI”

Ya Allah Yang Maha Kuasa

Lanjutkan Usia

Duli Yang Maha Mulia

Dirgahayu Darul Makmur

Aman dan Bahagia Sentiasa

Ya Allah Selamatkan

Duli Tuanku Raja Kami.

4
MODUL PAHANG LEAD 1.0

AKTIVITI 1.2: IDENTITI MURID NEGERI PAHANG

Tajuk Identiti Murid Negeri Pahang


Identiti murid negeri Pahang yang merupakan satu
Pengenalan
penjenamaan identiti tersendiri, murid perlu menjadi
suri teladan dalam mengungguli disiplin pendidikan
dalam bidang akademik, pembangunan sahsiah dan
kokurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Diharapkan keterampilan murid yang
unggul berlaku melalui proses pembentukan
karakter murid yang dibentuk sewaktu alam
persekolahan.

Melalui aktiviti ini, murid dapat:


Objektif
1. Mewujudkan identiti dan perwatakan tersendiri
murid-murid negeri Pahang; dan
2. Memupuk perpaduan dan bersatu hati sebagai
murid negeri Pahang.

Metodologi Simulasi identiti murid negeri Pahang

Masa 15 minit
Simulasi:
Langkah-langkah
1. Guru menerangkan simulasi identiti murid negeri
Pahang iaitu simbolik identiti Pahang Lead;
2. Murid diminta berdiri memandang ke hadapan
dan memberi senyuman;
3. Murid menunjukkan jari telunjuk kanan ke atas
sama paras dengan dada kanan; dan
4. Murid meletakkan tangan kiri lurus di sisi.
(rujuk lampiran ).
Guru membuat rumusan bahawa identiti murid
Rumusan
di negeri Pahang menjadi landasan kepada murid
di negeri lain.
“Identiti Pahang Lead”
Falsafah

Identiti dan keterampilan yang unggul akan


melahirkan suri teladan di kalangan murid negeri
5
MODUL PAHANG LEAD 1.0

Pahang.

6
MODUL PAHANG LEAD 1.0

Identiti Murid Negeri Pahang

7
MODUL PAHANG LEAD 1.0

AKTIVITI 1.3: TAAT SETIA KEPADA AGAMA: BERDOALAH KITA WEH!

Tajuk Taat Setia Kepada Agama: Berdoalah Kita Weh!


Pengenalan Berdoalah Kita Weh merupakan tatacara berdoa
yang digunapakai oleh semua murid di negeri
Pahang sebagai panduan.
Objektif Melalui aktiviti ini murid dapat:
1. Memimpin bacaan doa mengikut
spesifikasi
yang ditetapkan; dan
2. Melakukan adab dan tatacara berdoa
dengan kedudukan yang betul.
Metodologi Simulasi berdoa
Masa 30 minit
Teks doa yang seragam disediakan untuk
Bahan
semua sekolah di Pahang.
Langkah-langkah Simulasi:
1. Guru melatih murid memimpin bacaan doa
berdasarkan teks doa bagi perhimpunan
rasmi sekolah di negeri Pahang.
2. Seorang wakil murid akan memimpin bacaan
doa dan diikuti oleh murid lain.

Guru menerangkan tatacara bacaan doa seperti


yang berikut:
1. Kedudukan tangan semasa berdoa adalah
dengan menadah tangan pada paras dada.
Cara ini hanya untuk murid Islam
sahaja.
2. Bagi murid bukan Islam, mereka berdoa
mengikut kepercayaan masing-masing.

8
MODUL PAHANG LEAD 1.0

Rumusan Guru membuat rumusan:


1. Kepercayaan kepada Tuhan dengan cara
berdoa dapat melahirkan akhlak yang terpuji di
negeri Pahang.
2. Doa sebagai salah satu cara melahirkan rasa
syukur, ikhlas dan reda dalam menjalani
kehidupan seharian.

Falsafah “Hidup bertuhan, mati bertuhan”

Kepercayaan bahawa Tuhan ialah sumber segala-


galanya dalam kehidupan dan kematian. Manusia
bergantung kepada Tuhan dalam segala aspek
kehidupan mereka.

9
MODUL PAHANG LEAD 1.0

DOA PERHIMPUNAN SEKOLAH DI NEGERI PAHANG

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Sebelum kita panjatkan doa marilah kita sucikan diri dengan:

1. Syahadah
‫أشهد أن ال اله إال هللا وأشهد أن محمدا رسول هللا‬

2. Berselawat ke atas Rasulullah (1X)

‫َالَّلُهَّم َص ِّل َع ٰل ى َس ِّيِد َنا ُمَح َّمٍد َو َع ٰل ى ٰا ِل َس ِّيِد َنا ُم َحَّمٍد‬

3. Istighfar (3x)
‫أستغفرهللا العظيم‬

‫ِبْس ِم ِهللا الَّرْح َمِن الَّر ِح ْيِم‬


‫َاْلَحْم ُد ِهَّلِل َر ِّب اْلَع اَلِم ْيَن‬
‫َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َس ِّيِد َنا ُم َحَّمٍد َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْيَن‬
‫َر َّبَنا اْغ ِفْر َلَنا ُذ ُنوَبَنا َو ِلَو اِلِد يَنا َو ِلُمَع ِّلِم يَنا َو ِلـَج ِم يِع اْلُم ْؤ ِمِنيَن َو اْلُم ْؤ ِم َناِت‬
‫اَأْلْح َياِء ِم ْنُهْم َو اَأْلْم َو اِت‬.

Ya Allah Ya Fattah Ya ‘Aleem


Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan kepada-Mu dengan nama-Mu
Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Kami merayu dan memohon
dikurniakan rahmat dan barakah kepada kami yang berada dalam
perhimpunan ini dan di seluruh negeri Pahang. Engkau bukakan pintu
hati kami untuk menimba ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Lapangkan
dada kami dan permudahkan jalan untuk menerima didikan oleh para
murabbi. Lembutkan lidah kami untuk menyebut perkara yang baik dan
hindari kami daripada menuturkan perkara yang buruk.

Ya Allah, Ya Hafeez, Ya Muhaimin


Bimbinglah kami sebagai murid yang suka akan kebaikan,
berusaha menghiasi diri dengan akhlak yang mulia. Peliharalah kami
daripada perkara keji dan maksiat serta kebatilan. Anugerahkan kepada
kami kejayaan yang gilang-gemilang dalam semua aspek sama ada
dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri yang terpuji.

10
MODUL PAHANG LEAD 1.0

Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram


Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Bijaksana dan lagi Maha
Perkasa. Semaikan sifat terpuji-Mu ini ke dalam jiwa para pendidik di sekolah
kami khasnya di Negeri Pahang, dengan semangat yang kental, ketabahan jiwa
dan kesabaran dalam mendepani cabaran bagi mendidik dan membimbing
kami menjadi anak yang cemerlang dan mempunyai karakter yang terpuji.
Kurniakanlah petunjuk dan hidayah-Mu kepada pemimpin-pemimpin kami agar
terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat, bangsa
dan agama.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim


Tempatkan sekolah kami SMK/ SK ________________,
di negeri PAHANG DARUL MAKMUR dan tanah watan
kami MALAYSIA di bawah lembayung
rahmat-Mu yang melimpah ruah, aman makmur sepanjang zaman.

‫ِ َر َّبَنا َء اِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َحَس َنةً َو ِفي األِخَر ِة َحَس َنةً َو ِقَنا َع َذ اَب الَّنار‬
‫ َو اْلَحْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْين‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُم َحَّمٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم‬

11
MODUL PAHANG LEAD 1.0

Tatacara berdoa bagi murid lelaki Pahang yang beragama Islam

12
MODUL PAHANG LEAD 1.0

Tatacara berdoa bagi murid perempuan Pahang yang beragama Islam

13
BAB 4:
KEPIMPINAN KARAKTER PAHANG LEAD MODUL PAHANG LEAD
1.0

14

You might also like