Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 11 TAHUN 1MURID 1SUKAN KPM-YBR

PERINGKAT NEGERI WP KUALA LUMPUR TAHUN 2018

PERATURAN AM

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 11 TAHUN 1MURID 1SUKAN KPM-YBR


PERINGKAT NEGERI WP KUALA LUMPUR 2018

1. NAMA PERTANDINGAN

1.1 Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 11 Tahun 1Murid 1Sukan KPM-YBR Peringkat
Negeri WP Kuala Lumpur 2018.

2. PENGANJUR

2.1 Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

3. PENGELOLA

3.1 SK Cochrane, Kuala Lumpur (Naib Pengerusi Pengelola Negeri Sukan Bola Sepak
MSSWPKL) dengan kerjasama Panel Pembangunan Bola Sepak MSSWPKL.

4. PERATURAN TAMBAHAN

4.1 Kejohanan akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bola Sepak


Antarabangsa (FIFA), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Peraturan Am
Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 11 Tahun 1Murid 1Sukan KPM-YBR2017
Peringkat Negeri dan Kebangsaan.

5. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

5.1 Lelaki Bawah 11 Tahun.

6. KELAYAKAN

6.1 Penyertaan peserta berasaskan sekolah (school based).


6.2 Murid warganegara Malaysia yang bersekolah sepenuh masa di sekolah kerajaan di
bawah urus tadbir JPWP Kuala Lumpur.
6.3 Penyertaan dibenarkan hanya kepada murid dari satu sekolah yang menyertai
pertandingan sahaja.
6.4 Murid mestilah telah didaftarkan di sekolah yang diwakilinya sebelum 8 Julai 2018.

7. HAD UMUR PESERTA

7.1 Penyertaan bagi kejohanan ini boleh terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 5
sahaja.

8. PENDAFTARAN

8.1 Pendaftaran Peserta hendaklah menggunakan Borang Pendaftaran yang disediakan oleh
pihak penganjur beserta dokumen berkenaan :

8.1.1 Salinan Sijil Kelahiran Peserta yang telah disahkan oleh pihak sekolah.

8.2 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar bilangan Pegawai dan Pemain seperti
yang telah ditetapkan seperti jadual berikut :
KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 11 TAHUN 1MURID 1SUKAN KPM-YBR
PERINGKAT NEGERI WP KUALA LUMPUR TAHUN 2018

PENGURU PEMAI JUMLAH


JURULATIH
S N PEGAWAI PEMAIN
1 2 12 3 12

8.3 Borang Pendaftaran Pasukan yang telah disahkan oleh pihak sekolah perlu diserahkan
(1) salinan kepada pihak Penganjur pada hari pertandingan.

8.4 Sekolah yang berjaya menjadi Johan di Kejohanan Peringkat Negeri akan mewakili MSS
Kuala Lumpur ke Kejohanan Peringkat Kebangsaan.

9. SISTEM PERTANDINGAN

9.1 Rujuk kepada Peraturan Am MSSM Peraturan 10.1 (Cara liga empat kumpulan)

10. PENENTUAN JOHAN

10.1 Pasukan yang menang di peringkat Separuh Akhir akan bermain di Perlawanan Akhir
bagi menentukan Johan dan Naib Johan manakala pasukan yang kalah di peringkat
Separuh Akhir akan bermain di perlawanan untuk menentukan tempat Ketiga dan
Keempat.

11. PERATURAN TEKNIKAL

11.1 Spesifikasi Padang Pertandingan

50 m – 60 m

Petak Penalti Petak Penalti

6m 20m 35m -
7m 40m

10m

Zon Offsaid Zon Offsaid

11.2 Bola – Saiz 4 (Bola Pertandingan akan dibekalkan oleh pihak Penganjur)

11.3 Tiang Gol – 5 meter x 2 meter

11.4 Masa Permainan


11.4.1 10 minit + 2 + 10 minit
11.4.2 Tiada masa tambahan diperuntukan pada peringkat kalah keluar.
11.4.3 Pada peringkat kalah keluar, jika kedudukan masih seri sepakan dari tanda
penalti akan dilaksanakan bagi menentukan pemenang dengan tiga (3) kali
KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 11 TAHUN 1MURID 1SUKAN KPM-YBR
PERINGKAT NEGERI WP KUALA LUMPUR TAHUN 2018

sepakan. Jika masih lagi seri, sepakan penalti tambahan akan dijalankan
mengikut peraturan yang berkuatkuasa.

11.5 Jumlah Pemain


11.5.1 Jumlah minima pemain memulakan permainan – 5 orang
11.5.2 Jumlah minimum pada akhir permainan jika berlaku – 4 orang

11.6 Penggantian Pemain


11.6.1 Tanpa had atau ‘Rolling Substitution’
11.6.2 Penggantian pemain boleh dibuat pada bila-bila masa, samada ketika bola
berada dalam permainan atau tidak.
11.6.3 Penggantian penjaga gol hanya boleh dibuat semasa bola di luar permainan
terhenti dengan kawalan pegawai perlawanan.
11.6.4 Penggantian pemain mestilah di laksanakan dari kawasan teknikal.
11.6.5 Pemain gantian boleh menggantikan pemain yang diperintah keluar selepas dua
(2) minit pemain itu diperintah keluar. Pemain gantian juga boleh masuk ke
gelanggang tanpa perlu menunggu dua (2) minit sekiranya pasukan mereka
dibolosi ketika mereka kekurangan pemain.

11.7 Melepaskan Bola dari Kawalan Penjaga Gol. (Bola yang dikawal dengan tangan)
11.7.1 Semasa bola dalam permainan dan di dalam kawasan penaltinya, penjaga gol
hanya boleh melepaskan bola dari kawalannya dengan menggunakan tangan
sahaja
11.7.2 Kesalahan dan pelanggaran , permainan akan di mulakan dengan sepakan
percuma tidak terus.

11.8 Sepak Mula Permainan


11.8.1 Jika bola masuk ke gol tanpa bola disentuh oleh sekurang- kurangnya dua
pemain, pemainan dimulakan semula dengan:
a) sepakan gol jika masuk ke gol lawan.
b) sepakan penjuru jika masuk ke golnya sendiri.

11.9 Sepakan Percuma.


11.9.1 Jarak pemain lawan pada situasi ini adalah 6 meter.

12. PENGADIL

12.1 Jawatankuasa Pengelola akan melantik dan menyediakan Pengadil / Pegawai Teknikal
yang bertauliah untuk mengendalikan perlawanan.

13. MENARIK DIRI

13.1 Pasukan yang telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan ini tidak dibenarkan
menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan tersebut sekiranya
melanggar paraturan ini.

13.2 Sekiranya ada pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan itu akan
KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 11 TAHUN 1MURID 1SUKAN KPM-YBR
PERINGKAT NEGERI WP KUALA LUMPUR TAHUN 2018

dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan


tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan yang berkenaan.

14. BANTAHAN

14.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis.

14.2 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta hendaklah
diselesaikan sebelum pertandingan atau semasa mesyuarat pengurus pasukan.

14.3 Jika tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula maka
pasukan tersebut boleh bermain di bawah bantahan (under protest) dan perkara
tersebut hendaklah diselesaikan setengah jam selepas menerima bantahan rasmi.

14.4 Bantahan berhubung dengan permainan dengan acara-acara yang sedang dijalankan
hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada tiga puluh (30) minit
setelah keputusan rasmi diumumkan.

14.5 Semua bantahan perlu dibuat secara bertulis dan hendaklah disertakan dengan wang
pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). Wang pertaruhan
tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan didapati tidak berasas.

14.6 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang
berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

15. PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

15.1 Semua peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi. Jika ada dinyatakan perkara-
perkara lain dalam undang-undang permainan tersebut hendaklah juga dipatuhi.

15.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Permianan
berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan
dan keputusannya adalah muktamad.

You might also like