Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


.
Penghargaan

Abstrak

1.0 Latar Belakang


1.1 Maksud KDNK
1.2 Maksud Hutang Kerajaan Persekutuan
1.3 Sumber Hutang Kerajaan Persekutuan
1.3.1. Sumber Hutang Dalam Negeri
1.3.2 Sumber Hutang Luar Negeri
1.4 Rasional Kajian
1.5 Skop Kajian

2.0 Pernyataan Masalah


2.1 Pernyataan Masalah
2.2 Kepentingan Kajian

3.0 Objektik Kajian

4.0 Kaedah Kajian


4.1 Kaedah Memperoleh Data
4.1.1 Rujukan Internet
4.1.2 Buku Rujukan
4.2 Kaedah Analisis Data

5.0 Hasil Kajian


5.1 Arah Aliran KDNK dan Hutang Kerajaan
Persekutuan pada Tahun 2010 Hingga Tahun 2020
5.2 Arah Aliran Hutang Dalam Negeri dengan Hutang
Luar Negeri pada Tahun 2010 Hingga Tahun 2020

6.0 Cadangan
6.1 Berbelanja Secara Hemah
6.2 Mengawal Hutang yang Hendak Disalurkan
6.3 Memindahkan Liabiliti HPP ke LPPSM
6.4 Menggunakan Sumber Tenaga Penuh

7.0 Rumusan

8.0 Senarai Rujukan

9.0 Lampiran
ANALISIS KDNK DENGAN HUTANG KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN
2010 HINGGA TAHUN 2020

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji analisis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan
Hutang Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010 hingga tahun 2020. Objektif kajian ialah
mengenalpasti arah aliran KDNK dan hutang kerajaan Persekutuan. Selain itu, mengenalpasti
arah aliran hutang luar negeri dan dalam negeri Kerajaan Persekutuan pada tahun 2010
hingga tahun 2020. Kaedah kajian yang digunakan ialah dengan menggunakan data sekunder
yang diperoleh daripada beberapa sumber Bank Negara Malaysia. Data-data tersebut
dianalisis dan dijelaskan dalam bentuk rajah, ilustrasi, dan huraian. Hasil daripada kajian ini
dapat disimpukan bahawa sepanjang tahun hutang Kerajaan semakin bertambah ekoran
dripada KDNK yang kian terjejas dari saban hari. Ekoran daripada kajian ini, saya ingin
menyimpulkan bahawa dengan adanya kajian ini kita sebagai individu dapat melatih diri
untuk berjimat cermat agar tidak mudah terjebak ke kancah hutang, begitu juga kepada pihak
firma. Manakala bagi pihak kerjaan pula mereka sepatutnya bijak mengurus perbelanjaan
agar tidak menambah hutang dengan negara-negara kapitalisis.
PENGHARGAAN
1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1 Maksud KDNK


Pada pandangan saya, KDNK membawa maksud hasil yang diperolehi oleh sesebuah negara
dalam suatu tempoh masa tertentu. Menurut buku rujukan Makroekonomi penggal 2 keluaran
Nusamas yang ditulis oleh Yeam Hock Kong, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
membawa maksud nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor
pengeluaran milik dalam negara dan luar negara dalam tempoh masa tertentu.

1.2 Maksud Hutang Kerajaan Persekutuan

Pada pandangan saya, hutang Kerajaan Persekutuan ialah hutang yang dibuat oleh Kerajaan
melalui pelbagai sumber. Hutang negara juga bermaksud pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan
untuk menampung pembiayaian perbelanjaan pembangunan/menggerakkan pertumbuhan
ekonomi kesan daripada perlaksanaan belanjawan kurangan ataupun lebih dikenali sebagai
belanjawan defisit. Menurut buku rujukan teks STPM Ekonomi Pra-U keluaran Pelangi yang
ditulis oleh Muhammad Shukri Seman, Lim Kiew Kwok dan Safriza Abd. Hamid, hutang
negara membawa maksud pinjaman yang dibuat oleh pihak Kerajaan untuk menampung
pembiayaan perbelanjaan dan projek Pembangunan negara akibat ketidak cukupan hasil yang
diperoleh. Pinjaman luar negara melibatkan pinjaman terus daripada kerjaan luar negara
terutamanya negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan United Kingdom.
Manakala sumber pinjaman luar negara melalui pinjaman pasaran dan pinjaman projek.
1.3 Sumber Hutang Kerajaan Persekutuan
Hutang Kerajaan Persekutuan datangnya daripada dua sumber, iaitu sumber dari dalam
negeri dan sumber dari luar negeri.

1.3.1 Sumber Hutang Dalam Negeri

Sumber hutang dalam negeri diperoleh daripada penjualan bil perbendaharaan, sijil
pelaburan dan sekuriti kerajaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),
Lembaga Urusan Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional, Syarikat Insurans, Bank
Pusat dan Bank Perdagangan.

1.3.2 Sumber Hutang Luar Negeri

You might also like