Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

PENTAKSIRAN AKHIR SEMESTER 1 2021/2022

BML 3123 ANALISIS WACANA BAHASA MELAYU

NAMA NURUL ANIS AMRAL

NO MATRIK D20181082308

KUMPULAN D

NAMA PROF MADYA DR. ANIDA BINTI SARUDIN


PENSYARAH

FAKULTI FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI


1.0 PENGENALAN

Asmah Haji Omar (1980) menjelaskan wacana merupakan unit bahasa yang melebihi batas
ayat. Melalui itu, wacana akan terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian bab, buku, siri dan
lain lain. Wacana juga ialah gambaran kepada kesatuan dan hubungan antara butir-butir fikiran
dan perkembangan akaliah yang terdapat dalam senarainya. Pemikiran Asmah Haji Omar
secara keselutuhannya menyatakan bahawa kesatuan pemikiran dalam sesuatu ujaran ialah
sebuah asas yang perlu dititikberatkan dalam sesebuah wacana tersebut. Menurut Sanat Md
Nasir (1986) meletakkan maksud wacana ialah merujuk kepada teks yang berkaitan dengan
unit bahasa yang melebihi unit teks. Unit teks memiliki sifat di mana boleh berdiri sebagai satu
ayat baik secara fonik dan grafik. Melaliui pandangan Sanat juga menyatakan bahawa, wacana
juga boleh bermakna bidang kajian terhadap unit bahasa, menyamai maksud analisis wacana,
analisis teks, linguistic teks atau linguistic wacana. Wacana secara asasnya merupakan unit
tatabahasa atau linguistik tertinggi yang melangkaui batas ayat. Wacana juga dapat dijelaskan
sebagai kesatuan bahasa terlengkap dalam hierarki gramatikal yang memegang senarai teratas.
Selain itu, wacana boleh dibentuk dalam karangan yang utuh misalnya seperti novel, buku,
ensiklopedia dan paragraf.

Melihat kepada jenis-jenis wacana pula, bidang ini terbahafi kepada jenis berdasarkan kriteria
yang telah ditentukan. Pada asasnya wacana dibahagikan kepada tiga jenis iaitu wacana
berdasarkan media penyampaian, ungkapan dan bentuk. Wacana berdasarkan media
penyampaian memfokuskan kepada cara wacana itu disampaikan kepada pembaca. Kaedah
yang digunakan oleh penutur sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Pengaplikasian
lisan dan tulisan boleh digabungkan dalam menyampaikan wacana berbentuk media
penyampaian. Selain itu, wacana yang dalam ungkapan pula terus merujuj kepada ungkapan
yang ingin menjelaskan maksud sebenar dan tiada bahasa kiasan yang diaplikasikan. Ungkapan
akan dibuat secara terus dan jelas bagi mengelakkan penerima menghadapi masalah dalam
menerima maklumat. Akhir sekali, wacana dalam bentuk tulisan. Pada kebiasaanya, penulisan
sentiasa dibuat dalam pelbagai bentuk, gaya dan format yang kreatif atau non kreatif. Cara
pemilihan ini terpulang kepada pewancana dalam menyampaikan mengikut keselesaan
masing-masing. Antara gaya atau format misalnya terdiri daripada bentuk puisi, cerita atau
drama. Secara keseluruhannya, wacana dapat disampaikan dalam apa sahaja bentuk lisan atau
tulisan atau mengikut kreativiti selagi mana cara penyampaian dapat difahami dan memberikan
maklumat yang jelas dan tepat.
2.0 ISU BAHASA

Berdasarkan teks karangan pelajar yang diperoleh daripada laman web Contoh Karangan
Pelajar Tingkatan 5 di atas talian, terdapat beberapa isu atau masalah yang dihadapi oleh
pelajar sekolah. Sebagai contohnya, isu bahasa yang dapat dilihat dalam teks karangan pelajar
ialah terutamanya isu pengolahan idea yang terhad, pengaplikasian kosa kata yang terhad,
masalah penjanaan idea dan kesalahan pemilihan format dalam karangan yang perlu dihasilkan.
Selain itu, terdapat beberapa isu bahasa yang mempengaruhi karangan secara tidak langsung
terutamanya kesalahan ejaan, pengaruh peggunaan loghat dan kekurangan minat membaca
yang memberi kesan kepada penghubungan idea yang bernas dari satu isi ke satu isi. Penjanaan
idea dalam sebuah penulisan karangan merupakan aspek terpenting yang mempengaruhi
markah dan kualiti karangan tersebut. Melalui aspek analisis wacana, isu itu termauk di bawah
aspek kohesi (tautan) dan koheran (runtutan).

Sanad Md. Nasir (2002) menjelaskan bahawa tautan merupakan keserasian hubungan antara
unsur linguistic dengan unsur linguistic yang dalam sesebuah wacana. Hubungan frasa dengan
sesuatu perkataan yang lain akan memaparkan kesesrasian dalam perhubungan idea untuk
menghasilkan sesebuah penulisan. Halliday & Hassan (1976) melalui penerangan dalam Model
Tautan meletakkan maksud tautan ialah organisasi sesuatu teks yang terbina daripada beberapa
ciri. Halliday dan Hasan (1976) juga membahagikan tautan kepada lima jenis termasuklah
rujukan, penggantian, ellipsis, penghubung dan leksikal. Melihat kepada koheran (runtutan)
pula merupakan perkaitan antara bahagian yang satu dengan bahagian yang lainnya sehingga
sesebuah perkataan memiliki kesatuan makna yang utuh (Brown dan Yule : 2005 ).

Berdasarkan isu bahasa dan kekerapan masalah pelajar dalam menghasilkan karangan ialah
kekangan dalam penjaan idea disebabkan penulisan yang tidak mempunyai hubungkait yang
kuat antara satu isi ke satu isi. Kesinambungan idea yang dipaparkan dalam karangan
kebanyakkan terdapat masalah sehingga tidak mampu menyampaikan maklumat yang tepat
dan jelas. Melalui isu bahasa yang melibatkan kesinambungan idea ini, Model Tautan Pindaan
yang diperkenalkan oleh Sanat Md. Nasir menyatakan secara keseluruhan konsep dan ciri-ciri
secara keseluruhan mengenai isu ini.

Model Tautan Pindaan (Sanad Md. Nasir:2002) membahagikan empat jenis tautam utama yang
akan memaparkan isu bahasa melalui Tautan Perulangan, Tautan Kolokasi dan Tautan
Penghubung Ayat. Kesemua jenis tautan ini berfungsi dengan sistematik dalam isu penjanaan
dan kesinambungan idea dalam penghasilan karangan yang baik.
3.0 ANALISIS TEKS KARANGAN

Melalui analisis teks karangan pelajar (rujuk lampiran) yang dipilih , isu bahasa yang
dipaparkan akan dilaksanakan dan dianalisi berdasarkan Model Tautan Pindaan yang
diperkenalkan oleh Sanad Md. Nasir pada tahun 2002. Model ini merupakan sebuah model
yang berasaskan idea daripada Model Tautan (Halliday dan Hasan :1976). Namun begitu
pengasas Model Tautan Pindaan telah membuat penyusunan semula, penambahan dan
penekanan dalam beberapa aspek dan kajian tautan aliran sistematik. Melalui model ini ianya
terbahagi kepada tiga pecahan tautan utama iaitu perulangan, kolokasi dan penghubung ayat.
Oleh itu, analisi teks karangan pelajar akan dibuat melalui ketiga-tiga pecahan dan mengikut
konsep asal dalam Model Tautan Pindaan.

A. TAUTAN PERULANGAN
i. Tautan Perulangan Rujukan

Melalui tautan ini, rujukan digunakan bagi mamaparkan atau menggantikan kata dalam
ayat sebelumnya atau dalam ayat yang sama. Perulangan rujukan berfungsi untun mengikat
unsur rujukan tersebut dengan kata atau frasa sebelum. Melalui rujukan tersebut maka
terhasil perenggan yang menggabungkan ayat dan mempunyai tautan antara satu sama lain.
Berikut ialah contoh tautan perulangan rujukan dalam analisis teks karangan :

P1/A2 & A3 :
Masyarakat kian alpa dengan betapa beertinya kehidupan gaya sihat pada arus zaman
kemodenan ini. Adakah mereka langsung tidak terfikir akan kesihatan tubuh badan
yang dipinjamkan oleh Tuhan dengan membiarkan diri dilanda penyakit yang
pelbagai risiko itu ?

Melalui contoh diatas, perkataan ‘mereka’ merujuk kepada masyarakat kian alpa dengan
berertinya kehidupan gaya sihat. Pertautan ini menjadi rujukan kepada ayat mereka
langsung tidak terfikir akan kesihatan tubuh dan ianya disebabkan mereka sudah lupa
dengan amalan gaya hidup sihat yang perlu dipraktikkan. Oleh itu, perulangan rujukan ini
telah membentuk pertautan ayat dalam satu perenggan dan mengukuhkan kesinambungan
idea yang hendak disampaikan.
ii. Tautan Perulangan Penggantian

Tautan dalam penggantian merupakan sebuah hubungkait yang formal di dalam bentuk
perkataan. Hal ini khususnya dilihat dalam tanda gramatikal yang diperoleh daripada apa
yang terdahulu. Melalui aspek ini ianya terbahagi kepada tiga penggantian iaitu namaan,
kerjaan dan klausa. Contoh dalam analsisi teks karangan ialah seperti berikut :

P3 / A4 & A5 :
Kegiatan berekreasi ini boleh dilakukan secara kumpulan untuk mendapatkan
keseronokan yang tiada tandingannya apabila bersama rakan. Di samping itu, aktiviti ini
dapat menarik kita untuk mensyukuri dan menerokai khazanah alam….

Berdasarkan contoh di atas, perualangan penggantian ialah memfokuskan kepada


penggantian kerjaan. Ayat kegiatan berekreasi pada ayat 4 tidak perlu diulang lagi namun
masih dapat difahami dengan penggantian perkataan aktiviti.

iii. Tautan Perulangan Elipsis

Tautan ini dikenali sebagai penggantian kosong iaitu merujuk kepada sesuatu yang
sewajarnya ada namun digugurkan atau tidak disebut dalam sesebuah ayat seterusnya.
Berikut ialah contoh dalam teks :

P4 / A1 -A3 :
Indikator seterusnya, aktiviti bersukan dapat diamalkan oleh semua masyarakat tidak
mengira umur dan jantina. Apabila kita bersukan, badan kita secara spontannya akan
menghasilkan peluh yang mengandungi bahan-bahan toksik yang tidak diperlukan oleh
tubuh badan. Aktiviti ini juga dapat mengisi masa lapang khususnya pelajar dan
mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti kurang sihat di luar sana.

Penguguran perkataan bersukan dalam ayat ketiga masih boleh difahami oleh pembaca
kerana sudah menyatakan aktiviti bersukan pada ayat sebelumnya,

iv. Tautan Perulangan Leksikal

Tautan leksikal merujuk kepada ikatan perkataan yang diperoleh melalui pengulangan
perkataan utama dan penggunaan perkataan yang sinonim. Secara asasnya perulangan
leksikal ini ialah perulangan ayat yang memberikan maksud yang sama . Sebagai
contohnya:

P2/ A1 & A2 :
….pengkelasan makanan seimbang….
…piramid makanan….

Kedua dua ayat ini mempunyai makna yang sinonim yang merujuk kepada pengkelasan
makanan seimbang mengikut keperluan yang perlu diaplikasikan oleh setiap individu.

v. Tautan Perulangan Struktur dan Makna Sama

Melalui satu perenggan, terdapat kata dan frasa yang diulang banyak kali untuk
membincangkan sesebuah topik. Pengaliran idea utama dalam ayat dan idea-idea yang
menyokong dalamnya ialah berperanan untuk memastikan perenggan tersebut kohesif dan
koheren.

P5 / A1-A3 :
Selain itu, kesihatan juga memainkan peranan yang amat penting. Bagaimana gaya
hidup sihat hendak diamalkan jika kesihatan diri sendiri sudah terganggu?. Rawatan
kesihatan adalah perkara yang harus dilakukan oleh semua masyarakat dalam meniti
kehidupan dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Penggunaan perkataan kesihatan pada ayat pertama sudah memaparkan penerangan


bahawa kesihatan sememangnya memainkan peranan penting dalam mengamalkan gaya
hidup sihat. Pengulangan kata kesihatan yang memaparkan kepentingannya diulang
sehingga ayat ketiga untuk menunjukkan kesinambungan ayat dalam perenggan.
B. TAUTAN KOLOKASI
i. Tautan Kolokasi Antoniman

Tautan kolokasi antoniman ialah hubungan keberadaan unsur tautan yang bercirikan makna
berlawanan.

P6 :
Seharusnya kita haruslah bersaing untuk duduk sama rendah, diri sama tinggi dengan
negara lain yang mempunyai rakyat yang sihat terutamanya bagi pemuda.

Makna bertentangan yang dipaparkan dalam ayat diatas iaitu duduk sama rendah diri sama
tinggi menunjukkan tautan yang bertindak sebagai kolokasi antoniman dalam ayat tersebut.

ii. Tautan Kolokasi Kohiponiman

Tautan ini merupakan tautan yang meletakkan keberadaan hubungan makna unsur yang
mempunyai tautan di peringkat superordinate dengan ordinatnya. Selain itu, ia boleh dilihat
melalui hiponim atau meronimi iaitu unsur menyeluruh.

P2 :
Jika dilihat melalui susunan mengikut makanan yang diperlukan mengikut tertib
menurun semestinya yang pertama ialah karbohidrat (superoridinat) contohnya nasi,
bijiran dan lain-lain lagi. (Ordinat)

Melalui ayat di atas memaparkan karbohidrrat bekerja sebagai superordinate yang akan
membentuk ordinat melalui contoh-contoh yang dikemukakan dalam teks karangan
tersebut.

iii. Tautan Kolokasi Hasil

Melalui tautan ini ia membawa maksud tautan yang melibatkan keberadaan hubungan
makna unsur tautan yang menghasilkan hasil yang lain. Sebagai contohnya, unsur dalam
tautan dihasilakan oleh sesuatu entity semantick. Berdasarkan teks karangan contoh dapat
dilihat pada :
P2 / A10 :
Minumlah 8 gelas air sehari bagi mengelakkan tubuh mengalami nyahpenghidratan.

Tautan yang dipaparkan ialah melalui tautan hasil daripada amalan minum air dapat
mengelakkan manusia sakit dan mengalami nyahpenghidaratan.

iv. Tautan Kolokasi Sifat

Kolokasi sifat merujuk kepada keberadaan hubungan makna antara unsur tautan yang
menjadi punca sifat dengan unsur sifat atau unsur sifat daripada entity punca sifat. Berikut
ialah contoh dalam teks karangan yang dianalisis :

P5/ A2 & A3 :
Rawatan kesihatan perlu dilakukan secara berkala. Hal ini bertujuan memastikan tubuh
badan sentiasa berada dalam keadaan stabil, sihat dan terhindar daripada penyakit.

Pertautan pada ayat ketiga telah memaparkan sifat rawatan kesihatan yang perlu dijalankan
atas tujuan tertentu.

C. TAUTAN PENGHUBUNG AYAT

Berdasarkan tautan ini, penghuung ayat tau penanda wacana ialah kata atau frasa yang
berperanan sebagai penghubung antara satu ayat dengan satu ayat yang lain.

i. Penghubung Ayat Tambahan

Penghubung tambahan merupakan sejenis butiran yang berfungsu memberikan


tambahan kepada sesebuah idea atau topik. Sebagai contoh dalam oenghubung
tambahan ialah dan, di samping, selain dan tamabhan. Berikut ialah contoh yang
terdapat dalam teks karangan yang dianalisis :

P4/ A1 :
Di samping itu, kitab oleh bergiat aktif dalam aktiviti sukan.
P2/A3 :
Masakan tidak, hanya kerana makanan kita akan berdepan dengan pelbagai masalah seperti
obesiti, kencing manis dan pelbagai penyakit lain…..
Penghubung tambahan di samping itu berperanan untuk memaparkan ada beberapa
lagi maklumat selain daripada apa yang telah dikemukakan pada ayat sebelumnya
manakala penggunaan kata dan menambah maklumat sedia ada dalam satu ayat.

ii. Tautan Penghubung Ayat Musabab

Penghubung ayat musabab berperanan untuk mneghubungkan dua unsur yang sangat
berkait rapat. Hubungan ini dapat dibuktikan melalui pengaplikasian penanda wacana
oleh itu, kerana, oleh sebab itu, oleh yang demikian dan sebagainya. Berikut ialah
contoh dalam teks :

P3 / A2 & A3 :
Bukankah masa itu emas ? Oleh itu, wajarlah jika kita dapat memanfaatkan masa
yang terluang dengan menyertai aktiviti reakrasi.

Perhubungan dalam ayat ini menunjukkan individu perlu mengurus masa dengan
sebaiknya disebabkan kepentingan masa dalam kehidupan.

iii. Tautan Penghubung Ayat Waktu

Melalui tautan ini ia memaparkan penggunaan waktu atau tempoh yang


menghubungkan ayat. Sebagai contohnya, penghubung waktu dengan menggunakan
perkataan sebelum, semasa, sesudah, pada mulanya, kemudian dan akhirnya. Melihat
kepada contoh dalam teks yang dianalisis dapat dilihat melalui :

P1/A7 :
Dari kecil cili-cili padi, sudah diterapkan dengan amalan gaya hidup tidak sihat.

Pengaplikasian penghubung ayat waktu sudah menunjukkan manusia sudah dididik


dari usia muda dengan tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Penghubung waktu yang
memaparkan waktu kecil seseorang individu telah memberi kesna kepada pada akan
datang.
iv. Tautan Penghubung Ayat Terusan

Tautan ini paling banyak digunakan dalam mana mana penulisan untuk mengekalkan
kesinambungan ayat yang berterusan dalam sesebuah perenggan. Penghubung ayat
terusan ialah penghubung yang tidak termasuk dalam mana mana empat jenis
penghubung yang dibincangkan sebelum ini. Penghubung ini dirujuk sebagai sesuatu
yang membawa maksud penerusan. Berikut ialah contoh-contoh dalam teks karangan
yang dianalisis :

Indikator seterusnya, aktiviti bersukan dapat diamalkan oleh semua masyarakat


tidak mengira umur….
Seterusnya mari kita meluaskan fokus lensa…..
Kesimpulannya, semua pihak…

Kesemua contoh di atas menunjukkan karangan yang dihasilkan mempunyai hubungan


secara terus menerus sehingga perenggan terkahir bagi menyampaikan maklumat
dengan jelas.

4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, analisis dalam teks karangan pelajar ini memaparkan banyak
contoh pengaplikasian penghubung dalam Model Tautan Pindaan yang diasaskan oleh
Sanat Md. Nasir (2002). Perhubungan merupakan perkara utama yang perlu ditekankan
dalam setiap hasil penulisan dalam memastikan setiap kesenimbungan ayat dapat
dicapai. Oleh itu, isu bahasa seperti kekangan penjanaan idea dapat dielakkan
disebabkan pelajar mengetahui apa yang ingin disampaikan melalui cara pengolahan
ayat yang tepat.
RUJUKAN & LAMPIRAN

Mohd Rashid Md Iris , Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob (2019).
Tatabahasa &Analisis Wacana. Selangor : Percetakan Zafar Sdn. Bhd

http://analisiswacana2018.blogspot.com/p/konsep-tautan.html?m=1

CONTOH KARANGAN 1 :
CONTOH KARANGAN 2 :

You might also like