Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK HIFZ AL-QURAN

MAKLUMAT AM

1.Ujian Akhir Sesi Akademik Hifz al-Quran wajib diduduki oleh setiap calon Pentaksiran Tingkatan 1,
2 & 3 yang mengambil mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).

2.Setiap calon perlu menjawab satu set soalan ujian yang terdiri daripada enam soalan Hifz al-Quran
dan lima soalan Fiqh al-Ayat.

3.Calon tidak dibenarkan melihat apa-apa catatan semasa ujian dijalankan.

4.Masa yang diperuntukkan bagi tiap-tiap calon ialah 30 minit. (1.25 minit/1 soalan)

5.Markah penuh bagi ujian ini ialah 100 markah:

a.Hifz al-Quran = 80 markah

b.Fiqh al-Ayat = 20 markah

ARAHAN KEPADA PENTAKSIR

Pentaksir dikehendaki menjalankan ujian ini mengikut langkah-langkah berikut:

1.Mengemukakan soalan daripada set yang ditentukan kepada calon berkenaan satu persatu:

a.Pentaksir hanya menyampaikan soalan secara lisan

b.Pentaksir tidak dibenarkan mengubah soalan-soalan yang ditetapkan

c.Pentaksir boleh mengulang pembacaan soalan sekali Sahaja jika diminta oleh calon.

2.Menyediakan ruang masa untuk calon memberikan jawapan.

3.Semasa calon memberikan jawapan:

a.Pentaksir boleh menegur bacaan calon yang tersalah baca sama ada baris, kalimah atau terlangkau
ayat.

b.Calon yang dibantu lebih daripada enam kali oleh pentaksir layak mendapat markah minimum.

c.Pentaksir hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang positif dan tidak memberi kritikan terhadap
kemampuan calon semasa ujian dijalankan.

4.Memberikan markah sebaik sahaja calon selesai menjawab setiap soalan berdasarkan kriteria yang
ditetapkan.

5.Menjumlahkan markah jawapan bagi semua soalan.

6.Merekodkan markah muktamad bagi calon itu dalam borang markah yang disediakan.

You might also like