1.13 Seni Bina India

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

1.13) Setiap binaan di India pada zaman kekuasaan Moghul jelas mempunyai ciri tersendiri.

Bincangkan.

Pada abad ke-16, muncul kerajaan Monghul selepas kemerosotan Kesultanan Delhi.
Islam telah bertapak di India sejak abad ke-10M Justeru, berlaku pertembungan budaya
antara Islam dan budaya tradisional India Kesannya, wujud corak dalam pelaksanaan seni
bina Islam di India. Bukti dapat dilihat pada bangunan di India seperti bangunan masjid tetapi
dengan pelbagai jenis. Pemerintah yang aktif dalam menyumbang kepada perkembangan
seni bina Islam di India ialah Maharaja Akhbar dan Syah Jehan. Antara binaan yang didirikan
ialah masjid, istana, kota pertahanan, makam diraja dan taman-taman bunga yang jelas
menggambarkan keunikan yang tersendiri.

Pembinaan Taj Mahal mengambil masa selama 17 tahun dan lima tahun untuk
pembangunan landskap. Taj Mahal diperbuat daripada batu marmar putih dan batu permata.
Binaan daripada batuan yang kukuh ini menggambarkan kemahiran mereka dalam bidang
arkitek, kejuruteraan, matematik dan sebagainya. Setiap binaan bahagian dalam Taj Mahal
menampakkan kombinasi seni bina berunsurkan seni bina Islam, Parsi, India, dan Turki.
Terdapat empat menara setinggi 140 kaki menghiasi setiap penjuru di bahagian luar Taj Mahal
Terdapat juga sebuah gerbang besar yang menjadi pintu utama dan sebuah taman serta
kolam yang dipanggil al-hawd al-Kawth. Kolam ini memantulkan Taj Mahal di atas permukaan
air. Terdapat hiasan dalaman sepedi tulisan khat yang dilakukan oleh Amanat Khan dari Iran.

Makam Mumtaz Mahal juga dibina daripada marmar putih bertatahkan permata terbaik
seperti jed, kristal, batu lapis lazuli, batu amethyst, dan batu turquoise. Kesemua batu permata
berharga direka bentuk dan diukir semula dengan menggunakan teknik Pietra Dura, iaitu
mengukir atau mengetuk batu-batan sehingga menjadi bentuk yang lebih kecil, dan
dicantumkan mengikut bentuk yang telah dibuat sehingga menjadi satu bentuk dan corak
yang besar.

Istana di Fathpur Sikri yang didirikan semasa pemerintahan Maharaja Akbar diperbuat
daripada batu merah yang disusun dengan saiz yang agak besar. Sebuah pintu gerbang yang
dibina sebagai pintu masuk menyerlahkan kehebatan binaan ini. Di sekeliling istana, terdapat
tembok batu yang mempunyai ruang tempat bersemayam pemerintah. Bangunan masjid yang
didirikan pada zaman ini dilengkapi dengan menara yang dihiasi indah terutamanya dengan
seni khat Arab. Terdapat kubah berbentuk bunga teratai yang mempunyai puncak yang
meruncing. Binaan ini menggambarkan gabungan bentuk kubah gaya Parsi dengan gaya
tempatan. Pada zaman ini terbina masjid yang besar dan istana yang didirikan dalam sebuah
kompleks, contohnya Masjid Lapan Mutiara di Agra.

1
Monumen lain yang terdapat pada zaman pemerintahan kerajaan Moghul ialah kubur
atau tempat pemakaman raja-raja dan kaum kerabat. Bangunan yang didirikan tersebut
diturap dengan menggunakan bata tanah merah. Kebiasaannya bangunan berkenaan
dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus serta berdiri secara bersendirian,
iaitu terpisah dari kesatuan bangunan yang menjadi induknya. Contoh Paling jelas Makam
Diraja Humayun, strukturnya terdiri daripada batuan merah, batu putih dan marmar hitam dan
putih dikelililingi taman bunga.

Kubu merupakan seni bina Yang terdapat di India Kubu Kota Merah mempunyai
binaan sepanjang 2 Kilometer, memperlihatkan gabungan seni bina Parsi dan tempatan. Kubu
ini dibina dengan menggunakan batu bata merah, batu marmar Yang dihiasi dengan corak
flora, dilengkapi dua buah kubah dan di dalamnya terdapat ruangan khas seperti ruang
menghadap dan ruangan khusus untuk pemerintah.

Setiap binaan dikatakan mempunyai ukiran dan kaligrafi ayat-ayat al-Quran. Ukiran
kaligrafi ayat-ayat al-Quran merupakan satu motif India. Islam yang diketengahkan dalam seni
bina Ukiran-ukiran kaligrafi ini dapat dilihat pada binaan Istana Taj Mahal. Juru khat bernama
Amanat Khan telah dibawa dari Parsi dan bertanggungjawab untuk mengukir kaligrafi tulisan
khat. Makam Humayun juga mempunyai kaligrafi ayat al-Quran seperti yang terdapat pada
mihrabnya. Ukiran berasaskan alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan,
dan geometri digunakan sekiranya sesuatu binaan tersebut tidak mempunyai ukiran kaligrafi
ayat al-Quran.

Unsur air turut memainkan peranan penting dalam mencirikan sesuatu binaan di India.
Unsur air dapat dilihat pada binaan Taj Mahal. Taj Mahal dibina di tebing kiri sungai Jumna
kerana keadaan geografinya yang mempesona dan penuh keindahan. Terdapat banyak aliran
air terjun yang dibina merentasi setiap struktur bangunan. Selain itu, tempat tinggal peribadi
maharaja (Nahr-i- Behish) terdiri daripada beberapa pavilion yang menghubungkan air
sentiasa mengalir atau dikenali sebagai "Syurga Anak Sungai". Air ini dialiri dari sungai Jumna
(Yamuna) dari menara Shahi Burj. Kepentingan unsur air ini ialah memberi ketenangan.

Kesimpulannya kewujudan pelbagai binaan yang memiliki ciri dan keunikan yang
tersendiri jelas menggambarkan bahawa pemerintah Moghul amat mementingkan kemajuan
dalam aspek kesenian khususnya seni bina dan seni ukir. Malahan, pada abad ke-16 muncul
Syah Jehan yang banyak menaungi aktiviti keseniaan sehingga digelar Bapa Kebudayaan
Kerajaan Moghul.

2
2.13) Bincangkan ciri-ciri seni bina di Andalusia pada abad ke-13 Masihi

Seni bina merupakan seni dalam perancangan reka b sesebuah bangunan. Seni bina
Islam termasuklah seni ukiran, seni khat, dan seni bina. Pencapaian seni oat, seni ukir,
penggunaan sains dan teknologi, serta seni Iukis menyumbang kepesatan seni bina Islam.
Unsur seni bina mula bertapak di Cordova dan bandar-bandar lain di Andalusia yang
merangkumi bangunan, masjid, istana, dan taman yang mempunyai ciri-ciri keislaman.

Hasil seni bina yang terdapat di Andalusia terbahagi kepada dua jenis, iaitu kesenian
yang lahir di Granada dikenali sebagai kesenian Granada, manakala kesenian di luar Granada
dipanggil kesenian Mudejar. Kesenian di luar Granada telah dilahirkan bersama oleh orang-
orang Islam dan bukan Islam pada abad ke-13 Masihi dan ke-14 Masihi, contohnya Alcazar
di Seville dan gereja Toledo. Walaupun terdapat pembahagian sebegini, namun monumen
atau bangunan-bangunan yang bersejarah yang didirikan tetap mempunyai persamaan.
Persamaan tersebut menepati ciri seni bina Islam seperti tahan lama, dihiasi dengan kaligrafi
Arab khususnya ayat-ayat al-Quran, selesa dengan mempunyai ruang pengudaraan udara
yang mencukupi dan sebagainya.

Binaan yang dihasilkan mempunyai menara, umpamanya terdapat dua buah menara
(tower) yang tinggi dan berkilauan yang dibina di atas Bukit Sierra Nevada. Kepentingan
binaan menara ini ialah dapat melihat keindahan kota Granada dengan taman-taman bunga
dan pohon-pohon buah-buahan yang subur menghijau. Selain itu, dapat memantau
pergerakan yang mencurigakan sekaligus mengetatkan kawalan keselamatan.

Kebiasaan bangunan yang didirikan mempunyai ruang-ruang khas (bilk).


Umpamanya, istana Al-Hambra mengandungi beberapa buah bilik yang berukuran
sedarhana, dua buah dewan besar serta mempunyai halaman yang dihiasi dengan kolam air
pancut dan taman. Di sekitarnya terdapat 128 batang tiang bulat yang diperbuat daripada
marmar. Di samping itu, terdapat ruang duta, ruang persiraman permaisuri dan ruangan
persiraman diraja.

Bangunan di Granada mempunyai nilai keindahan dapat dilihat dengan terukirnya


tulisan-tulisan atau kaligrafi yang mengandungi potongan ayat-ayat al-Quran, puji-pujian,
gelaran pemerintah (amir) dan sebagainya. Di Pintu Masjid al-Mulk, tertera sepotong tulisan
Arab, Azza Maulana al-Sultan-Abdillah, dan di bawah perkataan tersebut terdapat sebuah
syair yang menyentuh kemurnian agama Islam, malah permukaan dinding masjid berkenaan
pula dipenuhi dengan hiasan ukiran yang berselang-selang dengan ayat-ayat menggunakan
tulisan Arab seperti, al-Qudratu bi'//ah, al-Mulku-li'llah, La-gha/iba illa'llah. Begitu juga dengan
mihrabnya dipenuhi dengan hiasan yang berwarna emas termasuk struktur mihrab yang
bertatahkan permata zamrud, yaqut, dan sebagainya.

3
Ciri-ciri seni bina Granada amat menitikberatkan pencahayaan agar ruangan dalam
bangunan yang dibina mendapat pencahayaan yang sepatutnya. Dengan sistem
pencahayaan yang baik dalam seni bina Islam ini memberi impak yang lebih cerah, hening,
dan tenang kepada penghuninya. Justeru, bangunan-bangunan yang dibina di Granada sama
ada masjid atau istana mengambil kira soal pancaran cahaya yang menembusi sesuatu
bangunan tersebut. Kesimpulannya, istana Al-Hambra merupakan hasil tinggalan teknologi
dalam bidang seni bina dan seni ukir. Ini membuktikan bahawa tingginya kemahiran umat
Islam pada ketika itu. Pencapaian yang begitu pesat dalam bidang ilmu pengetahuan
menjadikan binaan Andalusia menarik dan dikagumi oleh pihak luar.

You might also like