Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

PCE Sample Questions (BM) – Set 4

SET 4 : CONTOH- CONTOH SOALAN PCE

1. Peraturan Bilangan Jumlah Besar adalah asas kepada prinsip insurans. Pilih pernyataan
yang TIDAK BENAR mengenai peraturan bilangan jumlah besar.

A. Kerugian terdedah mestilah bebas dari yang lain


B. Kemungkinan terjadi kerugian adalah secara rawak
C. Kesan kewangan yang besar untuk setiap kerugian
D. Sebilangan besar risiko terdedah kepada kerugian yang sama

2. Berikut adalah ciri-ciri penting insurans KECUALI __________.

A. Hanya risiko tertentu sahaja yang boleh diinsuranskan


B. Ia adalah institusi ekonomi
C. Pengumpulan dana bagi membayar tuntutan akibat berlakunya risiko tertentu.
D. Ia berasaskan prinsip derma

3. Yang manakah antara berikut bukan risiko yang dilindungi insurans?

A. Kerugian / kerosakan akibat dari kecurian yang dilakukan oleh pekerja


B. Kerugian kewangan akibat dari kejatuhan harga saham syarikat
C. Kerosakan kilang akibat dari kebakaran
D. Liabiliti pihak ketiga yang timbul dari penjualan produk

4. Perniagaan insurans terbahagi kepada dua kategori iaitu:

A. Insurans Hayat dan Insurans Am


B. Insurans Hayat dan Insurans Berkait-unit
C. Insurans Am dan Takaful
D. Insurans Hayat, Insurans Berkait- unit dan Insurans Am

5. Risiko yang berikut tidak di lindungi oleh insurans hayat.

A. Kematian Pra-matang B. Kematian berpunca kemalangan


C. Kurang upaya D. Ganti rugi kerugian

6. Kontrak insurans am merupakan kontrak _____________.

A. Pampas an
B. Perlindungan kepada semua jenis risiko
C. Yang membayar jumlah yang di insuranskan ke atas kematian yang di insuranskan.
D. Tiada di atas

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013


Prepared by: Agency Training & Development Page 1
PCE Sample Questions (BM) – Set 4

7. Prinsip “Mudharabah” merupakan kontrak perjanjian bagi ________________.

A. Membayar jumlah yang diinsuranskan


B. Membayar balik kapital yang di sumbangkan oleh peserta Takaful
C. Membayar balik kapital yang di sumbangkan oleh Syarikat Takaful
D. Perkongsian keuntungan di antara syarikat Takaful dan peserta.

8. Kontrak Insurans Hayat adalah _____________________.

A. Kontrak ganti rugi


B. Bukanlah kontrak ganti rugi
C. Kontrak di antara syarikat insurans dan ejen
D. Kontrak sumbangan total

9. Fungsi sekunder insurans termasuk yang berikut KECUALI __________.

A. Menstabilkan kos B. Sumber modal pelaburan


C. Penambahbaikan risiko D. Meransang usaha niaga

10. Yang manakah antara berikut merupakan risiko tulen?

A. Kebakaran B. Pembelian saham


C. Pembelian unit amanah D. Perjudian

11. Penilaian risiko adalah proses __________.

A. Menganggarkan frekuensi dan ketenatan sesuatu pendedahan risiko dan kedudukan


mereka mengikut kepentingan
B. Mengganggarkan bagaimana hendak mengurangkan ketenatan sesuatu risiko
C. Membendung risiko dari berlakku dengan memperbaiki pengawalan risiko
D. Memastikan kesan dari risiko tidak mempengaruhi insured

12. ____________ melibatkan kerugian yang ditanggung oleh pihak yang menanggung risiko.

A. Risiko pembendungan B. Risiko pemindahan


C. Risiko pengelakan D. Pengawalan kerugian

13. Apabila bercakap mengenai Bahaya Moral, ianya merujuk kepada _________________.

A. Risiko yang di tanggung oleh insurer atas sikap dan tingkah laku prospek.
B. Sama ada ejen bermoral dalam menjalankan tugas.
C. Sama ada syarikat bermoral dalam menjalankan tanggungjawab.
D. Sama ada pembayaran wang pampas an di buat pada masa tuntutan,

14. Pemungkiran Penuh Percaya Mutlak boleh berlaku di dalam situasi begini kecuali:

A. Salah nyata B. Silap nyata


C. Penyembunyian D. Penyembunyian fakta

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013


Prepared by: Agency Training & Development Page 2
PCE Sample Questions (BM) – Set 4

15. Persetujuan awal dari insurer diperlukan untuk menjadikan _____________ sah disisi
undang-undang.

A. Penyerahan hak B. Kontrak peribadi dengan insured


C. Klausa sebab hampiran D. Klausa subrogasi

16. Prinsip caveat emptor bermaksud __________.

A. Pembeli mestilah bergantung kepada penjual untuk memaklumkan semua maklumat.


B. Penjual mestilah memaklumkan semua maklumat yang berkaitan kepada pembeli.
C. Penjual mestilah memaklumkan semua maklumat yang dia tahu atau sepatutnya tahu
kepada pembeli.
D. Di dalam kontrak komersil, pihak-pihak yang terlibat tidak perlu memaklumkan maklumat
yang tidak diminta.

17. Subrogasi boleh berlaku dengan cara-cara berikut KECUALI __________:

A. Tort B. Kontrak
C. Statut D. Kod Etika dan Perlakuan

18. Insurer biasanya mengsidkan sebahagian dari setiap risiko yang diunderait kepada
____________ supaya beban membayar tuntutan dapat dikongsi bersama.

A. Insurer lain B. Pemilik polisi


C. Reinsurer D. Pemilik bersama

19. Broker insurans merupakan ejen yang __________________.

A. Mewakili yang di insuranskan


B. Selalunya tidak terikat dengan mana-mana insurer
C. Diberi lesen oleh Ketua Pengarah Insurans
D. Semua di atas.

20. Dalam kontrak insurans, cadangan bagi kontrak di buat oleh___________________.

A. Si pencadang yang memohon polisi tersebut


B. Ejen
C. Agensi
D. Syarikat Insurans Hayat

21. Kuasa Ketua Pengarah Insurans seperti yang berikut KECUALI_________________.

A. Memohon kepada mahkamah untuk melantik pengurus atau penerima bagi


menguruskan urusan perniagaan dan harta bagi pihak insurer.
B. Membentangkan rayuan di mahkamah bagi menamatkan perniagaan insurer.
C. Menyiasat peribadi ahli-ahli agensi.
D. Memeriksa dokumen- dokumen dari syarikat- syarikat insurer.

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013


Prepared by: Agency Training & Development Page 3
PCE Sample Questions (BM) – Set 4

22. Salah satu dari kebaikan sentralisasi ialah ___________________.

A. Cawangan diberi kuasa penuh untuk membuat keputusan.


B. Perkhidmatan segera kepada pelanggan.
C. Keseragaman dalam amalan dan menjimatkan kos pentadbiran.
D. Pertindihan guna tenaga, terutamanya apabila setiap cawangan menjalankan semua
fungsi asas.

23. Yang manakah antara berikut BENAR mengenai swa peraturan?

A. Ia memastikan BNM mampu menetapkan peraturan dan garis panduan.


B. Ia memastikan persatuan-persatuan di bawah boleh mengikuti peraturan dan garis
panduan.
C. Ia memberi perlindungan kepada pengguna insurans.
D. Ia memastikan perlindungan diberikan kepada insurers dan konsultan.

24. Syarikat insurans tempatan dikehendaki memiliki modal berbayar RM ___________.

A. 50 juta B. 80 juta
C. 100 juta D. 120 juta

25. Dalam Insurans Am, setelah Nota Lindung di keluarkan, pihak insurer,

A. Tidak boleh menolak tanggungjawab yang tertakluk tanpa pembayaran premium.


B. Boleh menolak tanggungjawab pada bila-bila masa.
C. Perlu mengeluarkan polisi sebelum tuntutan boleh di tolak.
D. Perlu mendapatkan kebenaran Bank Negara Malaysia sebelum menolak mana-mana
tuntutan.

26. Mana-mana insurer atau ejen boleh di sabitkan di bawah Seksyen _______________, Akta
Insurans 1996, bagi memaksa seseorang memasuki kontrak dengan kenyataan yang salah,
menegelirukan dan dengan niat menipu.

A. 150(4) B. 151
C. 156(4) D. 152

27. Seorang ejen Am _______________.

A. Hanya boleh menjalankan perniagaan insurans am sahaja.


B. Boleh lakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.
C. Boleh lakukan apa yang di benarkan oleh pihak principal tertakluk kepada kuasa yang
diberi.
D. Hanya boleh melakukan suatu aktiviti yang dibenarkan.

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013


Prepared by: Agency Training & Development Page 4
PCE Sample Questions (BM) – Set 4

28. Kontrak boleh batal akan kekal sah sehingga pihak yang teraniaya __________

A. Membuat keputusan untuk mengesahkannya.


B. Membuat keputusan untuk menganggapnya sebagai batal.
C. Menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.
D. Tiada jawapan di atas.

29. Kontrak yang tercela ketika sejak dari awal lagi mungkin __________. Pilih pernyataan
yang SALAH.

A. Kuatkuasa B. Batal
C. Boleh batal D. Tidak boleh berkuatkuasa

30. Hubungan antara ejen dan prinsipal boleh terbatal disebabkan perkara di bawah KECUALI:

A. Notis penarikan balik B. Notis pelepasan


C. Notis pengesahan D. Persetujuan bersama

31. ______________ialah sekumpulan pelanggan yang mempunyai niat yang sama.

A. Pasaran B. Bahagian pasaran


C. Jajahan pasaran D. Penempatan pasaran

32. Mengapa pengetahuan produk penting bagi seorang ejen?

A. Ejen boleh menunjukkan bahawa beliau berpengetahuan.


B. Ejen boleh menerangkan jenis-jenis polisi kepada pelanggan.
C. Ejen mahu lulus peperiksaan kelayakkan.
D. Tiada di atas.

33. Kajian menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan membeli pelanggan


termasuklah ____________________.

I. Profesinalisma seorang ejen


II. Reputasi insurer
III. Personaliti seorang ejen
IV. Faedah polisi

A. I sahaja B. I dan II sahaja


C. I, II dan III sahaja D. Semua di atas

34. Khidmat Selepas Jualan adalah penting kerana _______________.

I. Ejen mungkin mendapat jualan berulang dari pemegang polisi


II. Ejen boleh mendapatkan rujukan

A. I sahaja B. II sahaja
C. I dan II sahaja D. Tiada di atas

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013


Prepared by: Agency Training & Development Page 5
PCE Sample Questions (BM) – Set 4

35. _______________ adalah cara untuk mencapai gol jualan.

A. Taktik jualan B. Objektif jualan


C. Strategi jualan D. Pelan tindakan jualan

36. Proses Penjualan melibatkan:


I. Mengesan lokasi bakal pelanggan
II. Menyediakan penerangan jualan
III. Memuktamadkan jualan
IV. Menangani bantahan

A. I dan II sahaja B. II dan IV sahaja


C. I, II dan IV sahaja D. Kesemua jawapan diatas

37. Yang manakah antara berikut berkaitan dengan Insurans Kesihatan?

A. Untuk meringankan beban kewangan yang disebabkan oleh perubahan kesihatan yang
merugikan.
B. Untuk menyediakan taraf hidup yang lebih baik.
C. Untuk melindungi pendapatan sekiranya berlaku krisis kewangan.
D. Dana pendidikan anak-anak.

38. Pembayaran tuntutan di bawah Polisi Insurans Kesihatan tertakluk kepada gabungan
berikut.
I. Had Kawalan Dalaman
II. Had Bagi Setiap Hilang Upaya
III. Had Tahunan Keseluruhan
IV. Had Sepanjang Hayat

A. II & III sahaja B. I, II & III sahaja


C. I & IV sahaja D. II, III & IV sahaja

39. Yang manakah antara berikut BENAR mengenai Faedah Tunai Penghospitalan?

I. Dijual sebagai polisi asas sahaja


II. Boleh dijual sebagai faedah tambahan untuk Insurans Perubatan
III. Membayar sejumlah amaun yang dipersetujui untuk setiap hari insured berada di
hospital
IV. Boleh dijual sebagai faedah tambahan untuk Insurans Hayat
A. Semua jawapan diatas B. I, II & III sahaja
C. II & III sahaja D. II, III & IVsahaja

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013


Prepared by: Agency Training & Development Page 6
PCE Sample Questions (BM) – Set 4

40. Polisi deduktibel bermaksud:


A. Insurer membayar amaun yang dipersetujui dan baki perbelanjaan ditanggung oleh
pemegang polisi
B. Kedua-dua pemegang polisi dan insurer akan menanggung perbelanjaan perubatan
secara sama rata
C. Pemegang polisi dikehendaki membayar amaun yang dipersetujui dahulu sebelum
bakinya ditanggung oleh insurer
D. Insurer hanya membayar amaun deduktibel seperti yang dinyatakan di dalam Polisi
Insurans Kesihatan untuk setiap tuntutan yang dibuat.

41. Yang manakah antara berikut TIDAK BENAR?

I. Insurans Kesihatan Berkumpulan adalah polisi tunggal yang melindungi sejumlah ahli
dibawah suatu kelompok entiti
II. Ahli kepada Insurans Kesihatan Berkumpulan dilindungi berdasarkan umur dan keadaan
fizikalnya
III. Premium untuk Insurans Kesihatan Berkumpulan dikira berdasarkan ciri-ciri kelompok
berkenaan secara keseluruhan.
IV. Faedah insured dibawah Insurans Kesihatan Berkumpulan dinyatakan di dalam polisi
induk yang dikeluarkan kepada setiap ahli.

A. I & III sahaja B. II & III sahaja


C. II & IV sahaja D. I & IV sahaja

42. Yang berikut adalah kaedah yang digunakan untuk menangani risiko sub-standard
KECUALI __________.

A. Endorsemen Pengecualian B. Perubahan Manfaat


C. Premium Tambahan D. Pertambahan Insured

43. Syarat-syarat pembaharuan dibenarkan untuk jenis-jenis polisi berikut:


I. Pembaharuan Polisi Terjamin
II. Polisi Berbayar
III. Polisi Penyertaan
IV. Polisi Tidak Boleh Batal
A. I & III sahaja B. I & IV sahaja
C. II & IV sahaja D. II & III sahaja

44. Yang manakah antara berikut terkandung di dalam polisi insurans?


I. Pengecualian
II. Syarat-syarat
III. Fasal Penyaksian
IV. Fasal Pengenalan
A. I, II & III sahaja B. I, III & IV sahaja
C. II, III & IV sahaja D. Semua jawapan di atas

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013


Prepared by: Agency Training & Development Page 7
PCE Sample Questions (BM) – Set 4

45. Yang manakah antara pernyataan berikut TIDAK BENAR?

A. Polisi MHI selalunya polisi tunggal.


B. Syarat nyata di dalam polisi dicetak di dalam dokumen polisi
C. Pengecualian berkait dengan peril yang tidak dilindungi oleh polisi
D. Polisi mengandungi maklumat risiko yang tertentu dan jadual manfaatnya

46. Notis tuntutan bertulis mestilah dihantar kepada syarikat insurans __________.

A. Dalam tempoh 15 hari dari tarikh kejadian


B. Dalam tempoh 30 hari dari tarikh kejadian
C. Dalam tempoh 90 hari dari tarikh kejadian
D. Pada bila-bila masa selepas kejadian

47. Sesuatu tuntutan adalah sah berdasarkan syarat-syarat berikut:

I. Premium dibayar
II. Kehilangan disebabkan oleh peril insured
III. Notis kehilangan dihantar
IV. Borang tuntutan diberi kepada insured

A. Semua jawapan di atas B. I, II & IV sahaja


C. I, II & III sahaja D. II, III & IV sahaja

48. Apabila pertikaian timbul, yang manakah antara berikut boleh digunakan oleh insurer untuk
menyelesaikannya?

I. Secara rundingan dan kompromi


II. Perundangan
III. Timbangtara
IV. Perantaraan

A. Tiada jawapan diatas B. I, II & III sahaja


C. II, III & IV sahaja D. Semua jawapan diatas

49. Kepentingan Boleh Insurans hanya boleh wujud dalam situari yang berikut

A. Yang di insuranskan adalah dirinya sendiri


B. Pemiutang ke atas penghutang
C. Majikan ke atas hidup orang kanan syarikat
D. Semua di atas.

50. Kontrak Insurans Hayat akan luput apabila _________________.

A. Tiada pembayaran premium.


B. Tuntutan telah di bayar.
C. Yang diinsuranskan menyerahkan polisi kepada pihak lain.
D. Yang diinsuranskan membatalkan kontrak.

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013


Prepared by: Agency Training & Development Page 8
PCE Sample Questions (BM) – Set 4

51. Setelah umur yang diinsuranskan diserahkan dan terbukti umur telah terkurang nyata (umur
sebenar lebih), syarikat akan ____________________.

A. Tidak akan membayar jumlah diinsuranskan langsung.


B. Mengisytiharkan pemungkiran penuh percaya mutlak.
C. Mengubahsuai jumlah diinsuranskan kepada jumlah yang sepatutnya.
D. Menyimpan bonus sebagai penalty dan hanya membayar jumlah diinsuranskan.

52. Bagi membolehkan pendua polisi dikeluarkan, pemilik polisi __________________.

A. Mestilah membuat permintaan secara bertulis bagi pendua.


B. Mestilah menghantar semua senarai bonus yang telah diterima.
C. Membuktikan bahawa polisi mempunyai nilai tunai.
D. Tiada dia atas.

53. Biasanya, perubahan pada polisi yang dibuat oleh pemilik polisi termasuklah:

I. Pertukaran alamat
II. Perubahan pada sum insured
III. Perubahan pada mod pembayaran
IV. Perubahan waris

A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja


C. I, II dan III sahaja D. Semua di atas

54. Polisi insurans endowmen berjangka adalah polisi endowmen yang _____________.

A. Mempunyai pembayaran tunai secara berkala


B. Tidak membenarkan rider di lampirkan
C. Membenarkan semua lampiran kecuali penyakit kritikal
D. Hanya membuat pembayaran pada akhir tempoh polisi

55. Prinsip kepentingan boleh insurans termaktub di bawah Seksyen _____ Akta Insurans
1996.

A. Seksyen 152 Akta Insurans 1996 B. Seksyen 153 Akta Insurans 1996
C. Seksyen 142 Akta Insurans 1996 D. Seksyen 143 Akta Insurans 1996

56. Andaian asas yang biasa digunakan di dalam pengiraan kadar premium insurans hayat
adalah _____________________.

A. Kadar kemortalan, kadar pulangan pelaburan, kadar perbelanjaan dan kadar cukai.
B. Kadar kemortalan, kadar keluputan, kadar pulangan pelaburan, dan kadar cukai.
C. Kadar kemortalan, kadar serahan, kadar keluputan dan kadar cukai.
D. Kadar kemortalan, kadar modal berbayar, kadar serahan dan kadar cukai.

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013


Prepared by: Agency Training & Development Page 9
PCE Sample Questions (BM) – Set 4

57. Pilihan yang membenarkan insured menukar polisi insurans hayat sementara kepada
insurans hayat kekal. Cth: Seumur hidup kepada endowmen tanpa memerlukan bukti
kebolehinsuranan tetappi tertakluk kepada penyelarasan premium yang dikenakan yang
dikenali sebagai __________.

A. Pilihan jaminan kebolehinsuranan B. Pilihan jaminan ciri boleh tukar


C. Pilihan jaminan kesesuaian D. Pilihan jaminan kekal

58. Tiga kelas utama kontrak insurans hayat adalah __________.

A. Hayat biasa, sementara dan perkhidmatan rumah-ke-rumah


B. Hayat biasa, berkumpulan dan insurans kesihatan
C. Hayat biasa, perkhidmatan rumah-ke-rumah dan berkumpulan
D. Sementara, perkhidmatan rumah-ke-rumah dan insurans kesihatan

59. Apakah ciri-ciri polisi insurans sementara?

A. Pembayaran jumlah diinsuranskan jika berlaku kematian, tiada nilai serahan atau
kematangan dan jaminan perlindungan yang rendah
B. Pembayaran jumlah diinsuranskan pada hujung tempoh sementara jika insured masih
hidup, ada nilai serahan dan kematangan dan premium boleh diselaraskan
C. Pembayaran jumlah diinsuranskan jika berlaku kematian, pengecualian bunuh diri
adalah jarang dan premium boleh dilaras
D. Pembayaran jumlah diinsuranskan pada hujung tempoh sementara jika insured masih
hidup, ada nilai jelas dibayar dan premium boleh diselaraskan

60. Kontrak anuiti adalah pembayaran ________________.

A. Secara berkala kepada hidup mereka yang di lantik


B. Secara berkala kepada syarikat insurans hayat bagi seumur hidup
C. Dividen setiap tahun bagi lima tahun yang pertama
D. Tunai setiap tahun bagi lima tahun yang pertama

61. Polisi berkait pelaburan membenarkan ________________.

A. Pelaburan di lakukan di luar Negara


B. 80% pelaburan bagi asset dalam Negara dan 20% di luar Negara
C. Pelaburan di dalam pelaburan yang di benarkan
D. Semua yang di atas

62. Apabila kontrak insurans hayat di keluarkan ke atas dua atau lebih hayat, ianya dipanggil:

A. Insurans Hayat Pelbagai B. Insurans Berkumpulan Terhad


C. Insurans Hayat Berganda D. Insurans Hayat Bersama

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013


Prepared by: Agency Training & Development Page 10
PCE Sample Questions (BM) – Set 4

63. Opsyen Insurans Sementara Yang Dilanjutkan hanya boleh digunakan apabila _________.

A. Polisi telah mempunyai nilai tunai


B. Pada bila-bila masa dari tempoh polisi bermula
C. Bonus/ dividen pertama di bayar
D. Tiada di atas

64. Tempoh masa yang dibenarkan untuk pembayaran premium tanpa penamatan polisi atau
penalty dikenali sebagai __________.

A. Tempoh kemudahan B. Tempoh tenggang


C. Syarat tak lucut hak D. Tempoh pembaharuan

65. Satu polisi dimana nilai serahannya digunakan sebagai premium tunggal untuk
perlindungan insurans dengan mengekalkan syarat asal tetapi pada jumlah diinsuranskan
yang lebih rendah, juga dikenali sebagai __________.

A. Insurans Sementara Yang Dilanjutkan B. Polisi Berbayar


C. Polisi Bertempoh D. Pinjaman Polisi

66. Risiko sub-standard selalunya diklasifikasikan ke dalam jenis-jenis berikut KECUALI:

A. Kemortalan tambahan meningkat B. Kemortalan tambahan menurun


C. Kemortalan tambahan mendatar D. Kemortalan tambahan terjamin

67. Pengunderaitan Kewangan adalah __________.

A. Mengenalpasti jumlah hutang seseorang


B. Mengira hutang untuk menentukan kadar nisbah seseorang
C. Mengenalpasti kepentingan boleh insurans
D. Jenis aset dan pendapatan seseorang

68. Pemilik polisi boleh mengembalikan polisi kepada insurer dalam tempoh 15 hari selepas
penyerahan polisi. Tempoh ini si gelar “tempoh pertimbangan” di bawah ______________.

A. Seksyen 144, Akta Insurans 1996 B. Seksyen 146, Akta Insurans 1996
C. Seksyen 147, Akta Insurans 1996 D. Seksyen 148, Akta Insurans 1996

69. Apabila insurer mengeluarkan surat bebanan, ia adalah __________.

A. Tawaran kepada insured B. Penolakan kepada insured


C. Tawaran balas kepada insured D. Pengisytiharan bonus

70. Kadar premium akan mengambil kira factor-faktor yang berikut KECUALI __________.

A. Kos pembiayaan B. Bonus bebanan untuk polisi tak beserta


C. Kos reinsurans D. Kos untuk mengekalkan rezab statutori

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013


Prepared by: Agency Training & Development Page 11
PCE Sample Questions (BM) – Set 4

71. Struktur kadar premium yang memuaskan mengandungi ciri-ciri yang berikut KECUALI:

A. Mencukupi B. Daya saing


C. Berterusan D. Tidak adil

72. Contoh perbelanjaan permulaan ialah _______________.

A. Komisyen tahun pertama B. Perbelanjaan perkhidmatan polisi


C. Perbelanjaan ligitasi D. Perbelanjaan koleksi premium

73. Premium kasar adalah bersamaan __________. Pilih jawapan yang paling sesuai.

A. Premium dan bebanan bersih untuk perbelanjaan sahaja


B. Premium dan bebanan bersih untuk perbelanjaan dan keuntungan sahaja
C. Premium dan bebanan bersih untuk perbelanjaan, keuntungan dan kontingensi sahaja
D. Tiada jawapan di atas

74. Semua yang berikut berkait rapat dengan tujuan penilaian aktuari KECUALI _______.

A. Menentukan sama ada insurer berada dalam keadaan solven


B. Menentukan amaun surplus
C. Menentukan sama ada saham boleh diagihkan dikalangan pekerja
D. Menguji sama ada skala premium yang digunakan adalah mencukupi

75. Liabiliti syarikat insurans hayat adalah __________.

A. Nilai semasa manfaat yang perlu dibayar ditambah nilai semasa perbelanjaan ditolak
nilai semasa premium akan datang
B. Nilai semasa manfaat yang perlu dibayar ditambah nilai semasa perbelanjaan ditolak
nilai masa hadapan premium yang akan datang
C. Nilai masa hadapan manfaat yang perlu dibayar ditambah nilai semasa perbelanjaan
ditolak nilai semasa premium akan datang
D. Nilai masa hadapan manfaat yang perlu dibayar ditambah nilai masa hadapan
perbelanjaan ditolak nilai semasa premium akan datang

76. Bonus diisytiharkan sebagai sebahagian daripada amaun diinsuranskan dan akan dibayar
mengikut keadaan yang sama seperti amaun insurans asal, ini dipanggil __________.

A. Bonus mudah B. Bonus berbalik


C. Bonus berbalik mudah D. Tiada jawapan di atas

77. Apabila seorang prospek terlibat dengan pekerjaan yang di anggap merbahaya, syarikat
insurans akan mengenakan _________________.

A. Bebanan tambahan bagi Kesihatan B. Bebanan bagi Pekerjaan


C. Bebanan bagi Kesihatan dan Pekerjaan D. Tiada di atas

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013


Prepared by: Agency Training & Development Page 12
PCE Sample Questions (BM) – Set 4

78. Sebahagian dari lebihan dalam insurans hayat ______________.

A. Diagihkan kepada ejen.


B. Diagihkan kepada pemilik polisi penyertaan.
C. Diagihkan kepada pemilik polisi bukan penyertaan.
D. Diagihkan kepada para pekerja.

79. Cara pembahagian lebihan dalam syarikat insurans hayat termasuklah ____________.

A. Bonus berbalik B. Bonus tunai


C. Bonus berbalik berganda D. Semua di atas

80. Polisi yang mengalami tuntutan di antara tarikh penilaian polisi, bonus yang dibayar
dipanggil __________.

A. Bonus terminal B. Bonus matang


C. Bonus interim D. Bonus istimewa nilai tunai

81. Seksyen ini menyatakan pengisytiharan yang semua jawapan yang diberikan dalam borang
cadangan dan kenyataan peribadi akan menjadi asas kontrak. Ia juga menyatakan polisi
akan tertakluk kepada syarat-syarat dan kemudahan yang dicatitkan dalam dokumen polisi.
Kenyataan ini merujuk kepada __________.

A. Fasal pengisytiharan B. Proviso


C. Fasal kuatkuasa D. Syarat-syarat dan kemudahan

82. Endorsemen ketika pengeluaran polisi termasuklah semua yang berikut KECUALI ______.

A. Semua yang melibatkan premium


B. Semua yang memasukkan faedah khas
C. Semua yang melibatkan amaun diinsuranskan
D. Semua yang berkaitan yang membataskan skop kontrak

83. Dibawah seksyen 169, Akta Insurans 1996 insurer boleh membayar tuntutan ___________
tanpa memerlukan surat pentadbiran atau probat.

A. Amaun penuh jika prosid melebihi RM100,000


B. Amaun penuh jika prosid tidak melebihi RM100,000
C. Sebarang amaun
D. Semua jawapan diatas adalah salah

84. Notis pemberitahuan tentang kematian sepatutnya menyertakan sekali ___________


sekiranya difikirkan perlu.

A. Nombor polisi
B. Nama penuh dan alamat si mati
C. Nama dan alamat pihak yang menuntut dan peguamnya
D. Semua jawapan diatas

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013


Prepared by: Agency Training & Development Page 13
PCE Sample Questions (BM) – Set 4

85. Apabila seseorang itu telah menghilangkan diri tanpa dapat dikesan selama lebih dari tujuh
tahun, mahkamah mungkin menganggap yang individu berkenaan telah meninggal dunia
iaitu sebagai jalan penyelesaian kepada persoalan yang ditimbulkan oleh mereka yang ada
kepentingan ke atasnya. Kenyataan ini merujuk kepada __________.

A. Andaian kematian berdasarkan bukti keterangan yang diperolehi


B. Pengisytiharaan kematian secara andaian statutori
C. Kematian tanpa didaftarkan
D. Kematian palsu

86. Bonus Akhiran juga di sebut sebagai _______________.

A. Bonus tunai B. Bonus interim


C. Bonus Matang D. Bonus berbalik

87. Endorsemen ____________________.

A. Biasanya pada ketika polisi dikeluarkan


B. Tidak boleh dilakukan pada polisi hayat
C. Tidak dilakukan ketika polisi dikeluarkan tetapi selepas ianya dikeluarkan
D. Tiada di atas

88. Pernyataan manakah mengenai endorsemen tidak benar?

A. Endorsemen boleh di buat ketika polisi di keluarkan


B. Endorsemen boleh di buat selepas polisi di keluarkan
C. Endorsemen tidak terikat dengan undang-undang
D. Endorsemen secara umumnya member efek kepada jumlah diinsuranskan atau mod
pembayaran

89. Pernyataan yang manakah tentang syarat dan keistimewaan yang tidak benar?

A. Syarat membenarkan sebarang bentuk perubahan dibuat


B. Syarat membataskan skop sesebuah kontrak
C. Syarat membolehkan sesebuah kontrak itu menjadi lebih meluas
D. Syarat menerangkan skop sesebuah kontrak

90. Semua dokumen berikut diperlukan dalam penyelesaian tuntutan polisi matang, kecuali:

A. Bukti umur B. Probat wasiat


C. Bukti masih hidup D. Dokumen polisi

91. Silapnyata pada umur ketika tuntutan dibuat ___________________.

A. Boleh membatalkan polisi


B. Membuatkan polisi menjadi boleh batal
C. Menjadi pengingkaran penuh percaya mutlak
D. Tiada di atas

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013


Prepared by: Agency Training & Development Page 14
PCE Sample Questions (BM) – Set 4

92. Diskaun bagi sum insured yang besar hanya diberikan ____________________.

A. Apabila sekumpulan individu membeli polsi secara bersama


B. Apabila polisi di keluarkan bagi jumlah individu yang ramai
C. Apabila polisi yang dibeli merupakan polisi dengan sum insured yang besar
D. Tiada di atas

93. Istilah insurans hayat yang digunakan dalam Kod Etika merangkumi semua jenis polisi

I. Khidmat rumah ke rumah


II. Insurans hayat biasa
III. Anuiti
IV. Insurans kesihatan kekal

A. I sahaja B. I dan II sahaja


C. I, II dan III sahaja D. Semua di atas

94. Di dalam pengiraan premium untuk insurans hayat, syarikat akan mengira umur pencadang
berdasarkan kaedah berikut. Pilih pernyataan yang SALAH.

A. Umur harijadi akan dating B. Umur harijadi yang telah lepas


C. Umur harijadi sebelumnya D. Umur harijadi terhampir

Guna maklumat dibawah untuk menjawab soalan 95 - 98 :

Jumlah diinsuranskan : RM 50,000


Jantina : Lelaki
Tarikh harijadi : 10 Januari 1980
Perlindungan bermula: 1 April, 2009
Jenis : Endowmen 25 tahun

INSURANS ENDOWMEN 25 TAHUN KE ATAS JUMLAH DIINSURANSKAN HAYAT LELAKI


(Hayat perempuan 3 tahun lebih muda)

Umur Premium / RM 1000


(Harijadi yang akan Jumlah
datang) Diinsuranskan
25 39.50
26 40.00
27 40.50
28 41.25
29 42.00
30 42.80
31 43.60

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013


Prepared by: Agency Training & Development Page 15
PCE Sample Questions (BM) – Set 4

Diskaun untuk Jumlah Diinsuranskan yang besar

Jumlah Diskaun / RM 1000


Diinsuranskan Jumlah
(RM) Diinsuranskan
10,000 - 24,999 RM 1.00
25,000 - 39,000 RM 2.00
40,000 - 54,999 RM 3.00
55,000 - 69,999 RM 4.00
70,000 ke atas Sebut harga khas

95. Berapakah premium yang akan dikenakan untuk individu yang berdasarkan umur harijadi
akan datang?

A. RM 42.00 per 1,000 jumlah diinsuranskan


B. RM 42.80 per 1,000 jumlah diinsuranskan
C. RM 43.60 per 1,000 jumlah diinsuranskan
D. RM 40.00 per 1,000 jumlah diinsuranskan

96. Kenalpasti diskaun untuk pencadang senario diatas.

A. RM 1.00 per RM1,000 jumlah diinsuranskan


B. RM 2.00 per RM1,000 jumlah diinsuranskan
C. RM 3.00 per RM1,000 jumlah diinsuranskan
D. RM 4.00 per RM1,000 jumlah diinsuranskan

97. Berdasarkan kenyataan diatas, kira premium yang perlu dibayar.

A. RM1,800 B. RM1,900
C. RM1,990 D. RM2,090

98. Berikut adalah prinsip yang terkandung dibawah Kod Etika dan Perlakuan __________

A. Untuk mengelakkan pertentangan kepentingan


B. Untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa/kedudukan
C. Untuk memastikan layanan yang berpatutan dan adil diberi kepada setiap ejen, pekerja
dan rakan kongsi bersekutu
D. Untuk memastikan kesulitan komunikasi dan urusan

99. Prinsip Am Penjualan dibawah Kod Etika dan Perlakuan termasuklah __________

I. Memberi nasihat hanya hal yang dalam kemampuannya


II. Menganggap semua maklumat yang diberi oleh bakal pemegang polisi sebagai sulit
III. Menjelaskan yang dia adalah ejen mewakili syarikat insurans hayat
IV. Mencadangkan polisi yang bersesuaian dengan keperluan bakal pemegang polisi

A. I, II dan III sahaja B. II, III dan IV sahaja


C. I, III dan IV sahaja D. Semua jawapan diatas

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013


Prepared by: Agency Training & Development Page 16
PCE Sample Questions (BM) – Set 4

100. Siapakah pihak-pihak yang terlibat, sekiranya timbul aduan dari pemegang polisi terhadap
pengantara yang didapati mengingkari Kod Etika dan Perlakuan?

I. Pemegang polisi
II. Pengantara
III. Syarikat insurans hayat

A. I & II sahaja B. I & III sahaja


C. II & III sahaja D. Semua di atas

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013


Prepared by: Agency Training & Development Page 17
PCE Sample Questions (BM) – Set 4

JAWAPAN

1 C 26 A 51 C 76 C
2 D 27 C 52 C 77 B
3 B 28 B 53 D 78 B
4 A 29 A 54 D 79 D
5 D 30 C 55 D 80 C
6 A 31 B 56 B 81 B
7 D 32 B 57 B 82 D
8 B 33 D 58 C 83 B
9 C 34 C 59 A 84 A
10 A 35 C 60 A 85 B
11 A 36 D 61 C 86 C
12 A 37 B 62 D 87 C
13 A 38 D 63 A 88 B
14 B 39 D 64 B 89 A
15 A 40 C 65 B 90 B
16 D 41 C 66 D 91 D
17 D 42 D 67 C 92 C
18 C 43 B 68 D 93 D
19 D 44 D 69 C 94 C
20 A 45 A 70 B 95 B
21 C 46 B 71 D 96 C
22 C 47 C 72 A 97 C
23 C 48 D 73 C 98 C
24 C 49 D 74 C 99 D
25 A 50 B 75 A 100 B

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013


Prepared by: Agency Training & Development Page 18

You might also like