Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PANJANG SARI

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM 2/2024-2025

Tarikh : 6 Mac 2024


Masa : 9:00 pagi hingga 10:00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Panjang Sari
Pengerusi : Puan Asmahani binti Marsam@Dollah
Kehadiran : ( Rujuk lampiran kehadiran )
Turut hadir : Tiada

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi selaku Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih atas
kehadiran semua.

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah atas sumbangan keringat dan wang ringgit
demi sepanjang sesi persekolahan tahun 2023/2024 khususnya ahli
jawatankuasa kokurikulum.

1.3 Sekalung tahniah juga kepada semua guru-guru atas keputusan PAJSK SK
Panjang Sari yang amat membanggakan. Pengerusi menyeru agar usaha ini
dapat diteruskan pada sesi 2024/2025.
Tindakan: Makluman semua

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Dicadangkan oleh : Encik Puvaniswaran a/l Muruga


Disokong oleh : Encik Rafidi bin Sadikin

3. PERKARA-PERKARA YANG BERBANGKIT


Tiada
4. FOKUS MESYUARAT

4.1 Pembentangan ahli jawatankuasa Kokurikulum sesi 2024/2025


4.1.1 Puan Norasmahani PK Kokurikulum membentangkan ahli jawatankuasa
kokurikulum bagi sesi 2024/2025. ( Rujuk buku pengurusan ).

Tindakan : Makluman semua

4.2 Tugas-tugas unit Kokurikulum – Ko-akademik (kelab/persatuan) Tahun


2024/2025

4.2.1 Puan Asmahani memaklumkan bahawa setiap kelab persatuan di SK Panjang


Sari perlu lebih aktif dalam penglibatan pelbagai jenis pertandingan terutamnya bagi
peringkat yang lebih tinggi.

4.2.2 Beliau turut memaklumkan bahawa guru perlu memberi galakan terhadap murid
agar dapat menyertai pelbagai jenis pertandingan meskipun hanya di peringkat sekolah
bagi meningkatkan markah PAJSK murid.

Tindakan : Makluman semua

4.3 Tugas-tugas unit kokurikulum - Unit Beruniform Tahun 2024/2024


4.3.1 Puan Asmahani memaklumkan bahawa aktiviti perkhemahan akan
dilaksanakan dalam anggaran bulan September.

4.3.2 Beliau turut memaklumkan bahawa perkhemahan dianggarkan akan berjalan


selama dua (2) hari iaitu pada hari Khamis dan Jumaat.

Tindakan : Puan Nur Haniffa binti A Gafa

4.4 Tugas-tugas unit kokurikulum – Sukan dan Permainan Tahun 2024/2025

4.4.1 Puan Asmahani menyatakan bahawa takwim sukan telah dimasukkan ke dalam
telegram. Guru-guru boleh rujuk sebagai perancangan latihan awal atlit-atlit.
4.4.2 Puan Asmahani memberikan maklumat bahawa program terdekat ialah olahraga
tahunan akan dijalankan pada bulan Julai 2024.

4.4.3 Beliau menyatakan antara permainan yang akan dihantar ialah bola sepak, hoki,
bola baling dan olahraga. Jika pasukan hoki lelaki tidak dapat menyediakan pasukan,
maka diharapkanlah akan diganti dengan bola baling. ( Pertandingan akan diadakan di
Edu Hub Pagoh )

Tindakan : Encik Mohd Faizal bin Abd Razak

4.5 Tugas-tugas unit kokurikulum – PAJSK Tahun 2024/2025

4.5.1 Puan Asmahani memaparkan KPI untuk PAJSK SK Panjang Sari iaitu 60%,
sekurang-kurangnya mendapat gred B secara keseluruhan dan 40% lagi mendapat gred
A.

4.5.2 Puan Asmahani turut menyatakan GPS sekolah adalah sebanyak 1.65% pada
tahun 2023, dan beliau menyasarkan 1.49 % pada tahun 2024.

4.6 Tugas-tugas unit kokurikulum – Perkembangan Bakat Murid Tahun


2024/2025

4.6.1 Puan Asmahani menyatakan bahawa guru-guru perlu lebih aktif untuk
melibatkan murid dalam pelbagai aktiviti sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri
mahu pun kebangsaan.

4.6.2 Beliau menyatakan bahawa ia penting untuk markah PAJSK di samping


memberikan peluang kepada murid untuk memperkembangkan bakatnya dalam
pelbagai aspek.

4.7 Pelaporan perjumpaan mingguan Kokurikulum

4.7.1 Puan Asmahani menyatakan bahawa pelaporan mingguan akan dibuat secara
online.
4.7.2 Beliau juga mengatakan bahawa PIKEBM perlu dilaksanakan pada setiap
aktiviti.

Makluman : Semua guru

4.8 Takwim Kokurikulum

4.8.1 Puan Asmahani membentangkan takwim Kokurikulum untuk penggal pertama.


( Rujuk takwim Kokurikulum )

Makluman : Semua guru

4.9 Perjumpaan 1 Murid 1 Sukan

4.9.1 Puan Asmahani meminta agar guru-guru merancang aktiviti bagi semua murid.

4.9.2 Penyediaan laporan perlu dilaksanakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

4.9.3 Bagi tahap 1, murid-murid akan diagihkan juga mengikut kumpulan permainan
( Projek Tunas Sukan Sekolah ).

4.9.4 Puan Asmahani juga menerangkan bahawa Senamrobik KRMJ akan dijalankan
sebulan sekali ( Program di bawah Unit HEM )

Makluman : Semua guru

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Mesyuarat bagi setiap unit / induk

5.1.1 Puan Asmahani mengingatkan bahawa mesyuarat unit/induk perlu dijalankan


pada ketetapan berikut:

a) Unit beruniform : 4 kali setahun

b) Sukan dan Permainan : 4 kali setahun

c) PAJSK : 2 kali setahun

Makluman : Semua guru


5.2 Pengurusan hari pertama sesi persekolahan
5.2.1 Guru bertugas pastikan bendera dalam keadaan baik dan susunannya dalam
kedudukan yang betul.
5.2.2 Puan Asmahani minta agar guru bertugas memastikan susunan kerusi
dilaksanakan.
5.2.3 Puan Asmahani mohon jasa baik guru bertugas untuk menyediakan murid yang
akan menjalankan majlis perhimpunan.
5.2.3 Semua guru akan memakai baju koperat putih, manakala murid memakai baju
seragam lengkap. ( Sesi mengambil gambar kelas selepas perhimpunan )
5.2.4 Beliau turut mengingatkan agar guru-guru memakai kasut bertutup.
Makluman : Semua guru

6. PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas segala perhatian, Kerjasama dan
komitmen yang diberikan oleh semua ahli sepanjang tahun 2023/2024. Diharap unit
kokurikulum dapat terus menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan bagi
tahun 2024/2025 dengan baik dan cemerlang.

6.2 Mesyuarat ditanggukan pada jam 10:00 pagi

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………….. …………………………………...

(AZIZAN BIN IBRAHIM) (ASMAHANI BINTI MARSAM@DOLLAH)


Setiausaha Kokurikulum, Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Panjang Sari, SK Panjang Sari,
Tarikh : 8 Mac 2024 Tarikh : 8 Mac 2024

You might also like