Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID KALI KE-1 2015

SMK LUI BARAT


72120 BANDAR SERI JEMPOL
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TARIKH : 30 Disember 2014


HARI : SELASA
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : BILIK GERAKAN
KEHADIRAN :

1) Pn Faridah Bt Sulan (Pengetua SMKLB)


2) En Mamat B. Hassan (GPK Pentadbiran)
3) En Amir Haszuawanni B. Mohd Yusof (GPK HEM)
4) En Mohd Tahir B. Abdul Hamid (GPK Kokurikulum)
5) Tn Hj. Mohd Azmi B. Abu Zarin (GKMP Kemanusiaan)
6) Pn Rusliza B. Abdul Mutalib (GKMP Sains dan Matematik
7) Pn Hjh. Wan Sozaini binti Wan Mohd Zain (GKMP Bahasa)
8) En Yussaini bin Noran (GKMP Teknik dan Vokasional)
9) Pn Sanisah Bt Ayon (Kaunselor)
10) Tn Hj. Mohd Noor bin Deman (Kaunselor)
11) En Abd Halim bin Abu Bakar
12) En Hamdan B. Abdul Ghani
13) En Kamarul Zaman B. Jaafar
14) En Afendi B. A.Awang
15) En Mohd Fakaruddin B. Mat Zin
16) En Mohd Hazizi B. Saribin
17) En Zaid B. Md Isa
18) Pn Noreta Bt Che Said
19) Pn Nurul Aini Bt Mad Apandi
20) Pn Nurul Zawani Bt Baharudin
21) Cik Noorfaezah Bt Zahari
22) Y.M Raja Muhammad Hazimin B. Raja Mansor
23) En Sayidi Ashraf B. Azmanuddin Chan
24) Pn Siti Zawani Bt Mohd Idros
25) Pn Roslinah Bt Arauf
26) En Mohd Hermy B. Abdullatib
27) Pn Rosmini Bt Ishak
28) Pn Julia Nor Bt Abd Jalil
29) Pn Siti Fatimah bt Razali
30) Pn Azita Bt Amli
31) Pn Wan Safinah Bt Wan Ali
32) Pn Wan Nooralthuda Bt Wan Yusof
33) Pn Sharwina Bt Johari
34) Pn Robiah Bt Nordin
35) Pn Nor Ashikin Bt Shahabuddin
36) En Guna Seelan A/L Marthan

1
37) En Muhamad Ilias B. Rosli
38) Pn Mazlina Bt Mohamad
39) Pn Mas Norsyamimi Bt Ibrahim
40) Pn Norazura Bt Abd Latif
41) En Jayasangar A/L Krishnan
42) En Mohd Salleh B. Sabar
43) Pn Mashazliza Bt Ahmad
44) Cik Zuniza Fazwa Bt Mohd Noor
45) Pn Nora Zulaini Bt Abdul Latif
46) Pn Lilawathi A/L Ganesan
47) En Sukri B. Samin
48) En Khairul Fahmy B. Yaacob
49) Pn Norsuhada Bt Mat Yazid
50) Pn Che Nor Pisah Bt Harun
51) En Hisyam B. Hashim
52) En Mohd Affandi B. Abdul Rahman
53) En Sivanarayanan A/L Arumugam
54) Pn Intherani A/P Karuppiah
55) Pn Mastura Bt Muhamad Muktar
56) En Mohd Nazri Bin Baharudin
57) Pn Norhazila bt Mohd Nor
58) Cik Nurul Hidayah Bt Sani
59) En Eue Hong Siong
60) En Shahril B. Saari
61) En Mohd Zaidi B. Mat Radey
62) En Mohd Norisman B. Hussin
63) Y.M Tengku Rosmawati Bt Raja Zaharin

TIDAK HADIR BERSEBAB:

1) Pn Anita Bt Mohamad Ali (Mengambil watikah perlantikan)


2) Cik Noorhidayati Bt Mohd Yusof (banjir)
3) Pn Norbasariah Bt Mat Repin (banjir)
4) Cik Maryani Bt. Mahmood (banjir)
5) En Suhairi B. Bakar (banjir)
6) Pn Noraini Khamis (banjir)
7) En Afif B. Mohd Noor (banjir)
8) En Ruzainor Afian Bin Ramli (MC)
9) Cik Nor Zilawati Bt Abdul Rashid (Mesyuarat Penyelarasan SPM)
10) Cik Sharifah Noraza bt Zabali (Pendaftaran – anak saudara)
11) En Azizul B. Mohd Isa (MC)
12) Cik Norshuhada Bt Basri (Peperiksaan – Master)
13) Pn Salinah Bt Selamat (kematian – bapa mertua)
14) Norlili Bt Ismail (cuti bersalin)

2
Agenda Mesyuarat

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi - Pn. Faridah Bt Sulan (Pengetua)


1.1 Pengerusi mendahului majlis dengan ucapan salam, mengucapkan rasa
kesyukuran kerana dapat berkumpul walaupun ada dalam kalangan guru yang tidak
dapat hadir di atas sebab-sebab yang tertentu. Pengerusi memaklumkan mesyuarat
ini penting untuk membincangkan aspek-aspek pengurusan murid seterusnya untuk
kelicinan pengurusan kelas.

1.2 Pengerusi mengajukan soalan secara terbuka kepada barisan guru iaitu ‘what is
school?’ Respon daripada Pn Sanisah ‘tempat kerja saya’ dan daripada En Zaidi
‘sesebuah organisasi’.

1.3 Pengerusi menerangkan maksud soalan di atas iaitu ‘school is a building with 4
walls and there is future inside’ iaitu bermaksud ‘sekolah ialah satu bangunan
4 dinding dan di dalamnya ada masa depan’. Di situ terdapatnya peranan
banyak pihak dan juga tanggungjawab guru yang amat besar untuk menjadikan
seseorang murid itu lebih baik.

1.4 Pengerusi mengingatkan bahawa terdapat 4 perkara penting yang berkait rapat
iaitu sekolah, pelanggan (murid), guru dan juga ibu bapa.

i – Sekolah : Perlu ada prasarana yang cukup sebagai sebuah sekolah

ii – Pelanggan (murid) : Setiap murid perlu tahu peranan masing-masing


apabila berada di sekolah

iii – Guru : Mengajar dan perlu tempuhi pelbagai halangan kerana guru
bukan seorang jurutera yang ingin membina bangunan, tetapi
seseorang guru perlu membangunkan manusia

iv – Ibu bapa : Sokongan ibu bapa perlu bagi mengatasi pelbagai isu anak
mereka seperti kes ponteng, sikap kurang ajar dan juga tidak
menyiapkan kerja rumah

1.5 Pengerusi juga mengingatkan bahawa perlunya peraturan, jadual kerana tanpa
perkara tersebut, pincanglah sesebuah organisasi. Malah setiap unit HEM perlu
bekerjasama dan saling menyokong. Malah pengerusi menekankan bahawa semua
guru adalah guru disiplin. Justeru semua guru harus sama-sama saling membantu
menegur murid. Hal ini kerana disiplin itu nadi dalam sesebuah organisasi.

Makluman dan tindakan :Semua guru

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 En. Yussaini B. Noran mencadangkan minit mesyuarat ini disahkan dan disokong
oleh Pn.Rusliza Bt Abdul Mutalib.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Pengerusi meminta respon mengenai keberkesanan penggunaan pas keluar murid.
Majoriti guru menyatakan ia berkesan dan perlu diteruskan. Pengerusi

3
mencadangkan salah satu cara kita menghargai murid datang ke sekolah ialah
dengan memberi ganjaran kepada mereka.

3.2 Pengerusi juga memberi respon mengenai lawatan rumah ke rumah murid yang
mana guru tidak ada ‘insurance cover’ melainkan pengetua sahaja. Namun
pengerusi tidak menggalakkan guru membuat lawatan ke rumah kerana bimbang
perkara yang tidak diingini berlaku.

3.3 Pengerusi meminta respon guru tingkatan 5 mengenai kehadiran murid yang tidak
memberangsangkan. En Amir menyatakan bahawa ramai pelajar tingkatan 5 tidak
hadir pada bulan Julai kerana mereka mengelak untuk masuk kelas tambahan dan
perlu pulang lewat.

TING JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV

BUL
AN
PPKI 83.8 80.7 75.3 84.3 69.7 78.7 78.7 84.0 84.7 80.3
TING 1 94.1 72.5 73.1 90.8 87.8 85.4 85.9 81.6 83.4 82.3
TING 2 94.9 72.4 71.4 88.6 88.7 86.7 83.4 82.8 85.0 83.7
TING 3 93.2 91.4 75.9 85.6 85.0 85.3 85.9 83.2 85.9 75.2
TING 4 88.9 85.6 74.0 85.0 85.0 79.3 81.1 79.7 82.0 78.9
TING 5 91.5 77.8 64.1 84.9 81.8 79.7 76.2 80.6 74.4 76.3
T6A 83.6 80.0 87.1 87.1 78.2 83.3 69.6 82.0 80.0 82.0
T6R 0.0 0.0 0.0 0.0 79.0 81.8 83.7 80.9 81.5 83.5
Jadual peratusan kehadiran murid mengikut tingkatan tahun 2014.

3.4 Pn.Hjh Wan Sozaini pula menyatakan pandangan beliau secara peribadi bahawa
pelajar tingkatan 5 merasakan diri mereka pelajar senior, justeru mereka mula
tunjukkan siapa diri mereka. Oleh kerana tiada didikan daripada awal maka
terjelmalah sikap sebenar mereka. Sebagai contoh habis sahaja waktu
persekolahan mereka mula angkat beg untuk balik. Ini menunjukkan sikap yang
kurang disiplin, tidak ada hala tuju yang jelas dan beberapa faktor lain.

3.5 Pengerusi pula menyatakan perkara yang pahit di dengar, yang perlu diterima kita
tidak boleh menafikan kebenarannya. Justeru 4 perkara yang telah dinyatakan perlu
berkait rapat jika salah satu pincang akan wujudnya masalah. Sebagai contoh
ponteng berkait rapat dengan disiplin, manakala disiplin pula berkait rapat dengan
perkara lain. Pengerusi mencadangkan agar guru membuat borang soal selidik
4
untuk menilai murid mereka. Melalui soal selidik tersebut, guru boleh tahu sama
ada murid suka atau tidak dengan P&P guru pada hari tersebut. Soal selidik boleh
di buat 3 bulan sekali.

Makluman : Semua guru

3.6 En. Mamat memberi respon bahawa masalah ketidakhadiran pelajar ini agak sukar
dijelaskan dan ia berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan pada hari dan bulan
tersebut. Sebagai contoh bulan Julai selepas peperiksaan pertengahan tahun,
peratus kehadiran murid menurun. Bagi murid tingkatan 5 pula, jika dimaklumkan
akan diadakan program akademik, mereka tidak akan hadir ke sekolah. Namun jika
tidak dimaklumkan juga akan menimbulkan masalah yang mana mereka akan
ponteng atau panjat pagar sekolah.

3.7 Pengerusi menyatakan bahawa, kita bukan mahu banteras semua masalah
ponteng namun kita perlu cari jalan untuk mengurangkan peratus masalah ponteng
ini. Justeru kita perlu sentiasa peka dengan masalah ini.

3.8 Pn. Sanisah memberi respon dengan menyatakan bahawa murid tingkatan 5
adalah anak remaja yang sensitif dengan kata-kata seorang guru. Guru hendaklah
jadikan pelajar sebagai rakan sebaya. Beliau pernah memanggil dan menemubual
murid dan murid itu menyatakan bahawa dia suka masuk kelas sebab guru itu
garang tetapi dalam masa yang sama boleh dijadikan sebagai rakan. Guru tersebut
biasanya akan memahami tingkah laku dan kehendak mereka.

3.9 Pengerusi mengingatkan bahawa apa sahaja tindakan guru lakukan perlulah
berdasarkan pekeliling yang dibenarkan. Sebagai contoh untuk menangani masalah
murid yang kurang ajar. Sebagai guru perlulah sabar dan tahu peranan kita dan
tahu tindakan yang sepatutnya kita lakukan.

Makluman dan tindakan : Semua guru

3.10 Pengerusi juga mengingatkan kepada guru tingkatan supaya tidak mengulangi
kesilapan yang lalu seperti tidak mengemaskini nama ibu, bapa atau penjaga,
menyebabkan pelajar tidak berpeluang untuk mendapat biasiswa. Begitu juga guru
tingkatan yang gagal membuat surat amaran kepada murid ponteng sehingga
mereka tetap menerima biasiswa walaupun tidak hadir ke sekolah. Guru yang tidak
menyerahkan senarai nama murid yang mempunyai masalah disiplin juga akan
menyebabkan guru biasiswa tidak dapat mengeluarkan nama murid tersebut
daripada menerima biasiswa.

Tindakan : Penyelaras tingkatan dan guru tingkatan

3.11 Pengerusi juga mengingatkan bahawa sebagai guru kita perlu sentiasa
memperbaiki kelemahan diri kita sendiri, ia dipanggil sebagai ‘ profesional ’. Setiap
teguran daripada pentadbir perlu dianggap sebagai membetulkan kesilapan untuk
menjadi lebih baik.

3.12 Pengerusi juga memberi respon pada isu-isu tersebut :

Bil Perkara
1. Kehadiran murid tidak disi / lewat sehinga hari berikutnya

2. Buku jadual kedatangan lambat dihantar ke pejabat


5
3. Analisa kedatangan di mukasurat 1 tidak disi di akhir setiap bulan

4. Maklumat peribadi murid tidak lengkap. APDM tidak kemas kini

5. Surat amaran ponteng tidak dihantar mengikut sepatutnya

6. Lambat tutup buku jadual kedatangan sehingga melepasi satu minggu

7. Kesalahan menjumlahkan hari persekolahan pada akhir bulan

8. Kesalahan menjumlahkan bilangan hari ponteng

9. Rekod / salinan surat ponteng tiada dalam simpanan guru

10. Guru tidak memaklumkan kepada penyelaras tingkatan ketidakhadirannya

11. Guru kelas tidak pasti nama guru penyelaras tingkatan

12. Kelas tidak ada maklumat asas seperti jadual waktu, pelan kedudukan murid, jadual
bertugas, carta organisasi dan pelan kebakaran

13. Ada fail khas untuk kelas, tetapi semua maklumat dan surat diselit dalam buku jadual
kedatangan

14. Lambat menyerahkan yuran yang dikutip kepada bendahari PIBG

3.13 Pengerusi memaklumkan antara perkara yang disyorkan oleh pihak pentadbir ialah
pada bulan Jun atau Julai, guru akan dipanggil untuk memberi markah pada diri
sendiri. Sebagai contoh skor antara 0 – 6, guru tersebut perlu nilai diri mereka
dengan skor yang sesuai. Guru harus memberi sebab-sebab untuk nilaian yang
mereka beri tersebut. PBPPP bukan sahaja untuk penilaian tahunan dan naik
pangkat sahaja, namun juga untuk kenaikan gred. Jika prestasi guru belum
tercapai, pihak atasan boleh menangguhkan kenaikkan gred tersebut. Justeru
pengerusi mengingatkan bahawa isu-isu di atas tidak boleh diambil mudah kerana
ia akan timbul lagi pada tahun 2015.

Makluman : Semua guru

3.14 Pengerusi mengingatkan, bagi perkara nombor 1 – 8, ia dianggap sebagai perkara


rutin namun guru sering melakukan kesilapan tersebut. Bagi perkara nombor 9,
setiap dokumentasi penting untuk simpanan guru manakala perkara nombor 10
pula pengerusi mengingatkan guru tingkatan dan penyelaras tingkatan perlu
sentiasa ada ‘ link ’. Penyelaras perlu memanggil guru kelas yang bermasalah
sahaja dan tidak menganggu guru kelas yang menyelesaikan tugasan dengan baik.

3.15 Pengerusi agak terkejut apabila ada kalangan guru tingkatan yang tidak pasti siapa
penyelaras tingkatan bagi perkara nombor 11. Justeru, pengerusi menyoal setiap
guru tingkatan dan penyelaras tingkatan bagi tahun 2015. Bagi perkara nombor 12
pula, pengerusi berharap agar guru tingkatan mengerakkan murid yang telah
dilantik sebagai ahli jawatan kuasa kelas. Manakala perkara nombor 13 pula
6
pengerusi berharap agar guru tingkatan perlu menyimpan dan membuat
dokumentasi dengan baik surat-menyurat murid dan juga bahan-bahan yang
berkaitan dengan kelas masing-masing. Pengerusi juga berharap guru tingkatan
tidak lagi mengulangi kesilapan yang lalu.

Makluman dan tindakan : Guru tingkatan dan penyelaras tingkatan

3.16 Pengerusi mengingatkan sekali lagi mengenai etika berpakaian seorang guru. Etika
berpakaian guru boleh dirujuk di dalam buku rancangan mengajar. Beliau
menzahirkan harapan yang sama seperti mantan pengetua iaitu semoga tahun
2015 lebih baik dari 2014.

Makluman dan tindakan : Semua guru

4.0 Laporan Unit HEM (Pembentangan oleh En. Amir Haszuwanni – PKHEM)

4.1 En. Amir Haszuwanni mengucapkan kata-kata aluan kepada semua guru. Beliau
memulakan dengan agihan bidang tugas guru bagi tahun 2015. Beliau
menyenaraikan nama guru tingkatan dan penyelaras bagi setiap tingkatan. Beliau
menyatakan pemilihan guru tingkatan boleh diberi kepada sesiapa sahaja dan
nama-nama yang telah disenaraikan telah dipilih ketika mesyuarat pengurusan.

4.2 Antara jawatankuasa bagi tahun 2015 ialah :


i. Jawatankuasa induk HEM
ii. Jawatankuasa Disiplin Murid
iii. Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks
iv. Jawatankuasa Kantin Sekolah
v. Jawatankuasa Kesihatan, Kecemasan dan Pergigian
vi. Jawatankuasa Kebersihan, Keindahan dan Keceriaan
vii. Jawatankuasa Keselamatan dan Lawatan
viii. Jawatankuasa Sekolah Selamat
ix. Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling
x. Jawatankuasa Biasiswa
xi. Jawatankuasa Kebajikan dan Takaful Sekolah
xii. Jawatankuasa Pemimpin Pelajar
xiii. Jawatankuasa Asrama
xiv. Jawatankuasa Maklumat Murid
xv. Jawatankuasa Pendaftaran,Fail dan Rekod Murid
xvi. Jawatankuasa PPDA
xvii. Jawatankuasa
1. Memilih Program
Ketua Kelas dan 3K
penolong
2. Menyediakan carta organisasi, pelan tempat duduk dan jadual giliran bertugas
4.3 En. Amir Haszuwanni
kebersihan juga meminta guru melihat senarai guru bertugas mingguan
dan keceriaan
bagi tahun 2015 yang
3. Memungut yuran berkaitan kelas telah disediakan. Begitu juga panduan ringkas
tanggungjawab guru bertugas mingguan serta AJK Program Transformasi Asrama
4. Mengurus pengagihan buku teks
dan juga AJK Pendaftaran bagi Tingkatan 1.
5. Menguruskan kes ponteng sekolah
4.4 (e-ponteng)
Beliau juga mengingatkan agar guru tingkatan mengisi maklumat murid
6. Mengisi
berdasarkankemaskini
dan jadual di butiran
bawah.peribadi pelajar
Maklumat murid akan disediakan, guru tingkatan
7. Mendaftarkan kemasukan pelajar baru
hanya perlu mengisi di dalam buku kedatangan murid.
8. Mengurus kelengkapan perabut pelajar dan bertanggunjawab terhadap perabut
tersebut.
9. Memastikan papan kenyataan kelas dipaparkan maklumat mata pelajaran
10. Mengurus maklumat dan kenyataan berkaitan ujian dan peperiksaan kelas
11. Melaksanakan Program Kebersihan7Kelas
12. Mengurus surat amaran ponteng
13. Meng’akaun’ murid kelas anda.
14. Mengurus keputusan peperiksaan murid
15. Mengemaskini fail peribadi murid di bilik dokumentasi
16. Mengurus dokumen yang perlu apabila murid pindah sekolah seperti kerja kursus dan
sebagainya.
17. Lain-lain tugas yang di arahkan pihak pentadbir
18. Headcount ponteng - rintis

4.5 Surat amaran murid juga perlu dibuat mengikut turutan. Guru tingkatan boleh
membuat surat amaran melalui portal e-ponteng dan juga e-disiplin.

Makluman dan tindakan : Guru terlibat

4.6 Beliau juga menyenaraikan tugas bagi penyelaras tingkatan iaitu :

8
Makluman dan tindakan : Penyelaras tingkatan

4.7 En. Amir Haszuwanni juga memaklumkan bahawa perancangan strategik bagi
tahun 2015 ialah untuk memperkasakan jati diri murid serta meningkatkan disiplin
murid. Matlamat Strategik Unit Hal Ehwal Murid dalam membentuk SMK Lui Barat
mencapai Visi dan Misi Kementerian pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:
i - Menyediakan perkhidmatan Hal Ehwal Murid memenuhi kualiti tinggi
JPNS
ii - Meningkatkan tahap kepatuhan murid kepada peraturan sekolah sehingga
mencapai kesalahan sifar
iii - Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dengan memberi perhatian
kepada keselamatan dan kecemerlangan sahsiah murid.

Makluman : Semua guru

4.8 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada PK HEM kerana membentangkan


rancangan dan pengurusan jawatankuasa HEM bagi tahun 2015. Pengerusi
menyatakan bahawa dunia pendidikan adalah dunia bergerak, guru perlu sentiasa
bersedia dengan setiap perubahan. Murid kita hari ini tidak sama dengan murid
sebelum dan selepas ini. Jadi, setiap unit perlu bekerjasama, apa yang sepatutnya
kita beri kepada pelajar tanpa mengira agama yang mana masing-masing
mempunyai pegangan tersendiri. Jika diberi tugas-tugas sampingan seperti
Program Transfomasi Asrama, guru perlu sentiasa bersedia. Setiap murid mampu
untuk menyumbang kepada kemajuan sekolah.

Makluman : Semua guru

5.0 Hal-hal lain

5.1 En.Mohd Nor meminta agar Jawatankuasa HEM memberi perancangan strategik
yang lebih terperinci agar beliau dapat merancang program bersesuaian untuk
tahun 2015. Beliau juga menawarkan diri untuk mengadakan program kerohanian
untuk program asrama iaitu pada setiap Rabu selepas maghrib. Pengerusi memberi
respon iaitu sentiasa mengalu-alukan semua guru jika mempunyai rancangan untuk
kebaikan murid SMK Lui Barat khususnya.

5.2 En.Mohd Nor juga berpesan kepada guru disiplin dan guru berkenaan agar
menyerahkan senarai nama murid yang bermasalah kepada beliau sebelum diberi
surat amaran sekurang-kurangnyanya sebulan sekali. Ia membolehkan beliau
menjalankan intervensi terlebih dahulu kepada pelajar berkenaan bagi

9
mengelakkan berlakunya pertikaian antara ibu bapa dan pihak atasan apabila murid
mendapat surat amaran seperti masalah disiplin.

5.3 Pengerusi bersetuju dengan pandangan En Mohd Nor yang mana setiap murid
yang melakukan kesalahan harus diberi ruang untuk membela diri. Kaunselor
seharusnya memainkan peranan untuk mendengar pemasalahan murid berkenaan
dan memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah mereka. Namun murid itu
sendiri yang perlu menyelesaikan masalah mereka sendiri.

5.4 Pn. Sanisah pula memberi pandangan bahawa murid-murid yang bermasalah
memerlukan sokongan daripada guru-guru lain, mereka perlu diberi masa dan
peluang untuk berubah. Hal ini kerana mereka akan melalui perkara yang sama
apabila pulang ke rumah. Sesuai dengan amalan ‘ guru penyayang ’ ucapkan
tahniah kepada murid-murid yang mampu berubah ke arah yang lebih baik. Beliau
menyatakan kebolehan setiap murid adalah pelbagai dan mengaitkan dengan teori
kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner. Setiap kecenderungan murid boleh diuji
dengan ujian psikometrik (rujuk Lampiran 1).

5.5 En. Halim pula memberi pandangan mengenai isu ketidakhadiran murid tingkatan 5
apabila adanya kelas tambahan. Beliau mencadangkan agar guru-guru membuat
kajian tindakan untuk mencari sebab berlakunya masalah ini. Mungkin
ketidakhadiran mereka faktor daripada pengangkutan, kewangan, masalah
keluarga, sikap dan lain-lain lagi. Justeru guru perlu berusaha meningkatkan
motivasi murid untuk mencari ilmu. Kita perlu fokus kepada kemenjadian murid
bukannya pencapaian murid itu.

5.6 Pengerusi bersetuju dengan pandangan En Halim yang mana membuat Kajian
Tindakan sememangnya disarankan oleh pihak PPD. Apabila adanya bukti, data
yang terkumpul, soal selidik dan sebagainya ia akan memberi jawapan kepada
masalah yang timbul. Terdapat banyak soal selidik yang guru boleh gunakan untuk
dijadikan sebagai satu kajian. Justeru kita sentiasa perlu bertanggungjawab dengan
tugas kita sebagai guru bukan sahaja kepada sesama manusia tetapi kepada
Pencipta kita.

Makluman : Semua guru

6.0 Penutup

6.1 Pengerusi mengingatkan guru agar sama-sama membantu murid tingkatan 4 untuk
memilih aliran yang sesuai untuk mereka berdasarkan kepada PT3, Psikometrik,
PAJSK dan PS mereka. Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan
berharap agar pengurusan HEM bagi tahun 2015 berjalan dengan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada 11.30 pagi.

Disediakan oleh,

..............................................................
(NORSUHADA BT MAT YAZID)
Setiausaha Unit HEM
SMK Lui Barat 2014

10
11

You might also like