Paper II Chemistry FORM 4 2022

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Bahagian A

[60 markah]
Jawab semua soalan pada bahagian ini.

1. Satu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji kadar keterlarutan garam kasar dan
garam halus dalam 100.0 cm3 air.

Jenis garam Masa yang diambil untuk garam larut


(s)
Garam kasar 45
Garam halus 23
Jadual 1.

(a) Berikan satu hipotesis bagi eksperimen ini.

[1 markah]
(b) Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan
i. Pemboleh ubah yang dimanipulasikan

[1 markah]
ii. Pemboleh ubah yang bergerak balas

[1 markah]
iii. Pemboleh ubah yang dimalarkan

[1 markah]

(c) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?

[1 markah]

1
2. Rajah di bawah menunjukkan lengkung pemanasan bagi pepejal X .
Suhu

B C

A
Masa(min)

Rajah 2

(a) Nyatakan takat lebur bagi pepejal X .

[1 markah]

(b) Bilakah pepejal X melebur dengan sepenuhnya?

[1 markah]

(c) Dari titik B ker titik C pada lengkung pemanasan, suhu kekal dan tidak berubah.
Terangkan.

[2 markah]

(d) Lukiskan susunan zarah pada titik D .

2
[1markah]

3. (a) Gas petroleum cecair mengandungi propana dan butana. Ia merupakan


campuran gas hidrocarbon mudah terbakar yang digunakan sebagai
bahan api dalam alat pemanasan, alat memasak dan kenderaan. Formula
molekul bagi propana dan butana masing-masing ialah C 3 H 8 dan C 4 H 10.

i. Apakah maksud formula molekul?

[1 markah]
ii. Tuliskan formula empirik bagi butana, C 4 H 10.

[1 markah]

(b) Propana, C 3 H 8 terbakar dengan lengkap untuk menghasilkan gas karbon


dioksida dan air seperti persamaan di bawah;

C 3 H 8 + XO2 →YCO 2 +4 H 2 O

i. Apakah nilai X dan Y ?

X: Y :
[2 markah]

ii. Gunakan jawapan anda pada (b)i. untuk mentafsir persamaan kimia
tersebut dari aspek kuantitatif.

[1 markah]

iii. Tafsirkan persamaan kimia di (b) dari aspek kualitatif.

3
[1 markah]

4. Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur.

Rajah 4

(a) Nyatakan bagaimana unsur-unsur di dalam Jadual Berkala disusun.

[1 markah]

(b) Tandakan ‘ X ’ dalam petak unsur yang paling reaktif bagi Kumpulan 17.

[1 markah]

(c) i. Unsur manakah ialah unsur peralihan?

[1 markah]

ii. Nyatakan dua ciri unsur peralihan.

[2 markah]

(d) i. Atom Kalsium, Ca bertindak balas dengan molekul oksigen untuk


membentuk sebatian logam oksida.

4
Apakah sifat logam oksida yang terbentuk?

[1 markah]

ii. Mengapakah atom aluminium, Al bersifat amfoterik?

[1 markah]

5. Jadual di bawah menunjukkan maklumat tentang 3 atom yang berbeza.


Atom Bilangan proton Nombor nukleon
X 6 12
Y 7 14
Z 6 14
Jadual 5

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan nombor nukleon?

[1 markah]

(b) Namakan dua lagi zarah subatom yang terdapat dalam sesuatu atom selain dari
proton.

[2 markah]
A
(c) Tuliskan perwakilan piawai bagi atom Y dalam bentuk Z Y .

[1 markah]

(e) Atom manakah merupakan isotop? Terangkan jawapan anda.

[2 markah]

(d) Nyatakan dua sifat bagi atom-atom di (e) yang mungkin berbeza antara satu
sama lain.

5
[2 markah]

6. Rajah menunjukkan perwakilan piawai bagi atom unsur D , E dan F . Huruf yang
digunakan bukanlah simbol sebenar unsur.

7 23 39
3 D 11 E 19 F
Rajah 6

(a) Tulis susunan elektron bagi unsur F .

[1 markah]

(b) i. Kenal pasti kumpulan bagi unsur E dalam Jadual Berkala Unsur.

[1 markah]

ii. Terangkan mengapa unsur E diletakkan pada kedudukan seperti


disebutkan di (b)i.

[1 markah]

(c) Unsur D boleh bertindak balas dengan air untuk membentuk logam hidroksida.
Tulis persamaan kimia yang seimbang untuk tindak balas ini.

[ 2 markah]

(d) i. Unsur manakah yang paling reaktif antara unsur D , E , dan F ?

[1 markah]

6
ii. Berdasarkan jawapan anda di (d)i, terangkan mengapa.

[3 markah]

7. (a) Ammonium sulfat, (NH ¿¿ 4)2 SO 4 ¿ ialah suatu garam yang larut dalam air dan
digunakan dalam pertanian sebagai baja tanaman.
Sebanyak 5 g ammonium sulfat dilarutkan dalam 1 liter air untuk menghasilkan
larutan ammoinum sulfat.

Hitung
i. Bilangan mol ammonium sulfat yang terlarut.

[1 markah]

ii. Bilangan molekul yang terdapat dalam larutan ammonium sulfat.

[1 markah]

iii. Bilangan ion positif yang terdapat dalam larutan ammonium sulfat.

[1 markah]

iv. Bilangan ion negatif yang terdapat dalam larutan ammonium sulfat.

[1 markah]

v. Jumlah bilangan ion yang terdapat dalam larutan ammonium sulfat.

[1 markah]

7
(b) Rajah 7 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen penguraian aluminium
karbonat. Apabila dipanaskan, aluminium karbonat terurai kepada
aluminium oksida dan karbon dioksida.

Rajah 7

Berdasarkan Rajah 7,
i. Tuliskan persamaan kimia yang seimbang untuk tindak balas ini.

[2 markah]

ii. 0.5 g aluminium karbonat dipanaskan semasa eksperimen ini. Hitung isi
padu gas yang terhasil pada keadaan bilik.
[Jisim atom relatif : Al=27 , O=16 ; Isi padu molar gas ¿ 24 dm3 mol−1
pada keadaan bilik.]

8
[3 markah]

8. Jisim satu atom sememangnya amat kecil. Oleh itu, ahli kimia menentukan jisim atom
relatif bagi sesuatu unsur dengan membandingkan jisim atom unsur tersebut dengan
atom piawai.
Rajah 8 menunjukkan perbandingan jisim atom Y dengan atom karbon – 12.

Rajah 8

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan jisim atom relatif?

[1 markah]

(b) Berikan satu sebab mengapa karbon – 12 digunakan sebagai atom piawai untuk
membandingkan jisim atom.

[1 markah]
(c) Berdasarkan rajah 8, nyatakan jisim atom relatif bagi unsur Y .

[1 markah]

(d) Dalam satu penyiasatan, Y bertindak balas dengan gas bromin untuk
menghasilkan sebatian YBr 4 .

9
i. Tuliskan persaman kimia bagi tindak balas itu.

[2 markah]

ii. Dengan menggunakan jisim atom relatif bagi unsur Y daripada jawapan
anda dalam (c), hitungkan bilangan mol gas bromin yang
diperlukan untuk bertindak balas secara lengkap dengan 3.6 g unsur
Y.

[2 markah]

iii. Dalam satu penyiasatan lain, 9.6 g Y bertindak balas dengan 6.4 g
oksigen. Lengkapkan jadual di bawah untuk menentukan formula
empirik bagi oksida Y .

[3 markah]

10
Bahagian B
[20 markah]
Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.

9. (a) Perwakilan piawai unsur membolehkan maklumat tentang sesuatu unsur


dipamerkan dengan cara yang lebih ringkas dan tepat.
Rajah di bawah menunjukkan perwakilan piawai bagi natrium−23 .

23
11 Na

i. Nyatakan empat maklumat yang dapat diperolehi daripada perwakilan


piawai di atas.
[4 markah]
ii. Natrium−24 adalah isotop kepada Natrium−23.
Lukiskan dan huraikan struktur atom bagi natrium−24 .
Terangkan mengapa natrium−23 dan natrium−24 adalah isotop.
[6 markah]

(b) Rajah di bawah menunjukkan perubahan keadaan jirim.

i. Namakan proses I dan proses II.


[2 markah]

11
ii. Bandingkan susunan zarah dalam X dan Y dari aspek berikut:
 Susunan zarah
 Pergerakan zarah
 Daya tarikan antara zarah
 Kandungan tenaga
[8 markah]

10. Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur.


Huruf – huruf yang digunakan bukan merupakan simbol sebenar unsur.

(a) Susun unsur-unsur dalam Kala 3 mengikut tertib menaik berdasarkan saiz atom.
Huraikan jawapan anda.
[4 markah]

(b) Nyatakan dua ciri istimewa unsur R yang tidak dimiliki oleh unsur J .
[2 markah]

(c) kaji pernyataan di bawah.

Menuruni kumpulan, sifat kereaktifan bagi unsur-unsur Kumpulan


1 meningkat, manakala kereaktifan Kumpulan 17 menurun.

Berdasarkan pernyataan di atas, berikan penerangan anda.


[8 markah]

(d) Kalium bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk suatu sebatian pepejal
yang berwarna putih.
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas ini.
Apakah yang dapat anda perhatikan apabila pepejal putih ini ditambahkan
kepada larutan natrium hidroksida dan asid nitrik?

12
Berikan nilai pH bagi larutan yang terhasil dan nyatakan sifat oksida sebatian
tersebut.
[6 markah]

Bahagian C
[20 markah]

11. Jadual di bawah menunjukkan data yang diperoleh daripada satu eksperimen untuk
menentukan formula empirik bagi oksida magnesium.

Penerangan Jisim (g)


Jisim mangkuk pijar + penutup 17.50
Jisim mangkuk pijar + penutup + pita 18.37
magnesium
Jisim mangkuk pijar + penutup + magnesium 18.95
oksida

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan formula empirik?


[1 markah]

(b) Berdasarkan jadual di atas, tentukan formula empirik bagi oksida magnesium.
[Jisim atom relatif : Mg=24 ,O=16 ]
[3 markah]

(c) Huraikan satu eksperimen untuk menentukan formula empirik bagi oksida
magnesium tersebut.

Huraian anda perlu mengandungi perkara berikut :


 Susunan radas
 Prosedur
 Pemerhatian dan inferens
 Penjadualan data
 Persamaan kimia seimbang
[10 markah]

13
(d) Nyatakan tiga langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa
eksperimen dan tujuannya.
[6 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

14

You might also like