Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 57

JAWATANKUASA TABIKA/ TASKA

KEMAS

Pekeliling Bahagian Pengurusan Dan Pemakanan

Jabatan Kemajuan Masyarakat

Bil. 05 Tahun 2007

Tarikh Dikeluarkan : 1 November 2007


GARIS PANDUAN JAWATANKUASA TABIKA/ TASKA KEMAS

1. TUJUAN

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan berhubung


dengan Jawatankuasa Tabika/ Taska KEMAS.

2. PEMAKAIAN

Pekeliling ini hendaklah diikuti dan dipatuhi sepenuhnya oleh semua


Pegawai Jabatan, Pemaju Masyarakat, Pembantu Pemaju
Masyarakat dan Jawatankuasa Tabika/ Taska.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang enurut perintah,

DATO’ ABU SEMAN BIN AW


K:b
aanK a rat a
ahan
Mus
Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah,
Malaysia.
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

ISI KANDUNGAN
Muka
Perkara
Surat

GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB


JAWATANKUASA TABIKA KEMAS

1. Tujuan 1

2. Keahlian

1-2
3. Tujuan Penubuhan 2
4. Tanggungjawab Jawatankuasa 2 -4
5. Senarai Tugas EXCO 4-7
6. Prosedur pembubaran Jawatankuasa Dan
7
Penutupan Akaun
7. Perlantikan Jawatankuasa 8
8. Kuasa Ketua Pengarah Atau Pengarah Ke Atas 8
Jawatankuasa
GARIS PANDUAN PENGURUSAN AKAUN TABIKA/ TASKA KEMAS

9. 9
Tujuan

10. 9-13
Tafsiran, Tugas dan Tanggungjawab
11. Sumber Kewangan 13

12. Perbelanjaan TABIKA/ TASKA 13-14


13. Keluaran Wang TABIKA/TASKA Untuk Aktiviti Di
Peringkat Daerah/Bahagian/Negeri 14

iii
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

14. Buku Akaun Tunai 14-15

15. Rekod Penerimaan 15-16

16. Rekod Perbelanjaan 16-18

17. Buku resit 18

18. Baucer Bayaran 18-19

19. Peraturan-Peraturan Am Kewangan 19-20

20.
Lampiran
A - Format Baucar Bayaran 21

Surat Memohon Kelulusan Pengarah


B - Untuk Melaksanakan Program/ 22
Perolehan Di TABIKA/ TASKA

Surat Memohon Kelulusan Pegawai


C - KEMAS Daerah Untuk Melaksanakan 23
Program/ Perolehan
D - Format Buku Akaun Tunai 24

E - Format Buku Resit 25

Format Penyata Perbelanjaan Bulanan 26


F -
TABIKA/ TASKA KEMAS
Format Penyata Kewangan Tahunan
G - 27
TABIKA/ TASKA KEMAS
Carta Aliran Merekod Terimaan Dan 28
H -
Perbelanjaan

GARIS PANDUAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA AHLI


JAWATANKUASA TABIKA DAN TASKA DAN SIJIL PENYERTAAN
KANAK-KANAK TABIKA DAN TASKA

iv
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

21. Latar Belakang 29


22. Kaedah Pelaksanaan 29
23. Anggaran Kos 30
24. Jangkaan Impak 30
25. Penutup 30

GARIS PANDUAN SEMINAR PENGUPAYAAN AHLI JAWATANKUASA


TABIKA DAN TASKA

26. Latar Belakang 31

27. Objektif 32

28. Kaedah Pelaksanaan 32

29. Atur cara Seminar 33-35

30. Anggaran Kos 35-36

31. Jadual Pelaksanaan 36

32. Jangkaan Impak 37

33. Penutup 37

34. Rujukan 38

v
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

BAB 5

GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB


JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

1 Tujuan

1.1 Garis panduan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan


khusus kepada Jawatankuasa TABIKA/TASKA KEMAS
mengenai bidang tugas dan tanggungjawab kepada
TABIKA/TASKA juga kepada Jabatan Kemajuan
Masyarakat ( KEMAS ).

2 Keahlian

2.1 Keahlian Jawatankuasa ini adalah terbuka kepada ibu


bapa, penjaga kanak-kanak yang mendaftar masuk ke
TABIKA/ TASKA KEMAS pada tahun semasa dan juga
terbuka kepada pemimpin masyarakat setempat.

2.2 Jabatan juga memberi kebenaran penglibatan wakil badan


Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan atau pemimpin
masyarakat yang boleh membantu dan memberi
sumbangan bagi menjayakan aktiviti pendidikan prasekolah
serta yang berkaitan dengan nya.

2.3 Jumlah Keahlian adalah diantara 12 hingga 17 orang


termasuk Jawatan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari,
Penolong Bendahari dan 2 orang Pemeriksa Kira-Kira .

2.4 Peratus keahlian adalah ditetapkan mengikut kadar seperti


berikut :
2.4.1 Wakil ahli dari ibu/bapa/penjaga : 70%
2.4.2 Wakil ahli dari Agensi /badan sukarela : 30%

2.5 Ahli Exco Jawatankuasa terdiri dari :

1
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

2.5.1 Pengerusi – dilantik dikalangan yang hadir di dalam


mesyuarat Agong terdiri daripada ibu bapa, penjaga
kanak-kanak atau pemimpin masyarakat.

2.5.2 Setiausaha – dilantik dikalangan yang hadir di dalam


mesyuarat Agong terdiri daripada ibu bapa atau
Penjaga kanak-kanak.

2.5.3 Bendahari – dilantik dari Pemaju Masyarakat dari


salah seorang Pemaju Masyarakat TABIKA/TASKA
yang bertugas di TABIKA/TASKA yang berkenaan.

2.5.4 Penolong Bendahari – dilantik dikalangan yang hadir


di dalam mesyuarat Agong terdiri daripada ibu bapa
atau penjaga kanak-kanak.

2.5.5 2 orang Pemeriksa kira-kira – dilantik dikalangan


ahli yang hadir di dalam mesyuarat Agong terdiri
daripada ibu bapa atau penjaga yang sebaiknya
mempunyai kemahiran minima asas akaun.

2.6 Penaung – dilantik dan dipersetujui dalam mesyuarat


Agong dan hendaklah terdiri dari tokoh atau pemimpin
tempatan yang dihormati dan mempunyai pengaruh dan
boleh memberi sumbangan dalam melaksanakan aktiviti
dan menjaga kebajikan anak-anak, ibu bapa dan
masyarakat setempat.

2.7 Penasihat – dilantik oleh Pengarah KEMAS Negeri terdiri


dari Pegawai KEMAS Daerah atau Pegawai lain yang
diberi tanggungjawab serta bertugas dikawasan
berkenaan.

3 Tujuan Penubuhan

3.1 Jawatankuasa ini adalah bertujuan untuk


menggembelingkan tenaga masyarakat dan kerajaan agar
dasar-dasar dan program kerajaan dapat disambut baik
dan disertai oleh masyarakat secara aktif. Masyarakat juga
melalui jawatankuasa boleh menyumbang dalam

2
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

mencetuskan idea serta bersama membuat keputusan


dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.

4 Tanggungjawab Jawatankuasa

4.1 Pendaftaran Kanak-Kanak:

4.1.1 Mengenal pasti keluarga yang mempunyai anak-


anak dalam lingkungan 2 hingga 4 tahun untuk
mendaftar masuk ke TASKA dan yang berumur 5-
6 tahun untuk mendaftar masuk ke TABIKA.

4.1.2 Mengedarkan borang pendaftaran kepada ibu bapa


atau penjaga yang berkenaan.

4.1.3 Membantu Pemaju Masyarakat atau Jabatan untuk


mengadakan sesi penerangan kepada ibu bapa
serta orientasi kepada kanak-kanak satu minggu
sebelum sekolah bermula di awal tahun.

4.2. Penyediaan Dan Keselamatan Tempat/Premis


TABIKA/TASKA

4.2.1. Membantu Pemaju Masyarakat atau Jabatan


dalam menyediakan dan mempastikan
tempat,kemudahan dan kelengkapan peralatan
adalah selamat dan kondusif untuk pembelajaran.

4.2.2. Bekerjasama untuk mencantikan kawasan,


menjaga kebersihan dan mempastikan
keselamatan kanak-kanak sepanjang masa .

4.2.3. Bekerjasama dan mengambil langkah-langkah


perlu untuk mempastikan keselamatan harta benda
peralatan dan kemudahan dari kerosakan atau
kecurian.

4.3. Merancang Dan Melaksanakan Aktiviti Ko Kurikulum

3
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

4.3.1. Merancang pelaksanaan aktiviti ko kurikulum yang


melibatkan kanak-kanak, ibu bapa / penjaga dan
masyarakat setempat bagi memupuk semangat
kerjasama sesama ahli keluarga dan masyarakat

4.3.2. Merancang dan melaksanakan aktiviti bagi


meningkatkan kemahiran keibubapaan
menerapkan amalan positif serta kesedaran
terutama kepada ibu bapa atau penjaga kanak-
kanak bersama Jabatan,atau lain-lain agensi serta
badan bukan kerajaan.

4.4 Pengurusan Dan Pentadbiran

4.4.1 Merancang jadual dan melaksanakan mesyuarat –


mesyuarat secara berkala untuk merancang dan
memantau aktiviti, menyemak prestasi kewangan,
menyelesaikan masalah atau isu berbangkit
dengan semangat kerja sebagai satu pasukan.

4.4.2 Membuat pemilihan pembantu masyarakat


sukarela dan menetapkan kadar bayaran (bagi
TABIKA/TASKA yang tidak mempunyai Pembantu
tetap ) dengan kelulusan Penasihat .

4.4.3 Menetapkan kadar sumbangan dari ibu bapa atau


penjaga kanak-kanak mengikut kadar yang
ditetapkan oleh Ketua Pengarah KEMAS dengan
mengambil kira kemampuan ibu bapa atau
penjaga.Keputusan penentuan kadar hendaklah
dirujuk untuk makluman Penasihat.

4.4.4 Membuat keputusan dalam mesyuarat


Jawatankuasa apa juga bentuk kutipan atau derma
yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti atau
lain-lain kos pengurusan aktiviti yang tidak dibiayai
oleh Jabatan dengan kelulusan Penasihat dan
dimaklumkan kepada Pengarah KEMAS Negeri.

4.4.5 Menguruskan akaun tabungan Jawatankuasa


dengan melantik 3 orang pemegang amanah iaitu
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

4
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

4.5. Mendapatkan Penyertaan Dan Penglibatan


Ibu/Bapa/Penjaga/Masyarakat

4.5.1. Membuat kempen penyertaan dari ibu atau bapa


dan masyarakat untuk bersama melibatkan aktiviti
yang dirancang oleh Jabatan dari masa ke
semasa.

4.5.2. Membantu Pemaju Masyarakat atau Jabatan


dalam membuat susulan ke rumah keluarga kanak-
kanak TABIKA/TASKA atau mana - mana keluarga
yang terlibat di bawah kelolaan Jabatan.

4.5.3. Membina rangkaian kerja yang akrab dengan


Jabatan bagi mencapai matlamat program

5. Senarai Tugas Exco

5.1. Penaung

5.1.1. Menaungi Jawatankuasa yang dilantik supaya


dapat berfungsi dengan baik.

5.1.2. Memberi kerjasama untuk mendapatkan


kemudahan serta bantuan dari lain-lain badan
sukarela serta pemimpin tempatan untuk bersama
menyumbang dalam aktiviti yang dirancang.

5.2. Penasihat

5.2.1. Memberi khidmat nasihat, motivasi dan


menerapkan semangat kerja berpasukan kepada
semua ahli Jawatankuasa mengikut bidang
tanggngjawab yang ditetapkan.

5.2.2. Memantau dan membuat penguatkuasaan kepada


prosedur-prosedur yang ditetapkan untuk

5
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

menjamin kualiti perkhidmatan dan mewujudkan


ketelusan.

5.2.3. Merancang aktiviti susulan melalui perjumpaan dan


mengaturkan mesyuarat bersama bagi mengesan
isu-isu semasa, menyebar dan mendapatkan
maklumat serta lain-lain perkara yang berkaitan.

5.2.4. Meluluskan permohonan dari Jawatankuasa


berdasarkan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh
Pejabat Ketua Pengarah atau Pengarah Negeri.

5.2.5. Menyemak laporan prestasi kemajuan


jawatankuasa sekurang-kurangnya dua kali
setahun.

5.2.6. Berhak untuk meluluskan perancangan/


pelaksanaan program yang telah dirancang oleh
jawatankuasa.

5.3 Pengerusi

5.3.1 Mengaturkan jadual mesyuarat dengan setiausha


mengikut ketetapan yang berskala iaitu sekurang-
kurangnya 4 kali setahun.

5.3.2 Mengadakan mesyuarat Agong tahunan dalam


jangkamasa yang ditetapkan di antara bulan
Januari hingga bulan Mac

5.3.3 Mempengerusikan mesyuarat bulanan dan


mesyuarat Agong tahunan.

5.3.4 Menyemak dan mengesahkan minit mesyuarat,


laporan aktiviti dan penyata kewangan TABIKA /
TASKA.

5.3.5 Menyemak dan menandatangani dokumen


keluaran wang yang disediakan oleh Bendahari
seperti yang terkandung dalam Garis panduan
Pengendalian Akaun TABIKA/TASKA KEMAS

6
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

5.3.6 Mendapatkan maklumbalas dari Pemaju


Masyarakat berkaitan perkembangan kemajuan
kanak-kanak TABIKA / TASKA.

5.3.7 Mempastikan ahli Jawatankuasa mematuhi


peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh
Jabatan.

5.3.8 Memberi kerjasama untuk mendapatkan


kemudahan serta bantuan dari agensi kerajaan,
badan-badan sukarela serta pemimpin tempatan
untuk bersama menyumbang di dalam aktiviti yang
dirancang.

5.4 Setiausaha

5.4.1. Menyediakan semua urusan surat menyurat yang


berkaitan dengan urusan rasmi TABIKA/TASKA
dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan dari
Pengerusi.

5.4.2. Membuat kerja – kerja mesyuarat seperti :

i- Menyediakan Minit Mesyuarat bulanan dan


minit mesyuarat Agong.

ii- Mendapatkan pengesahan minit daripada


pengerusi.

iii- Membuat edaran kepada ahli jawatankuasa


dan jabatan dalam jangka masa 7 hari
sebelum mesyuarat diadakan.

5.4.3. Menyediakan dan mempastikan persiapan tempat


serta makan minum ahli mesyuarat.

5.4.4. Menyelenggara fail dan rekod-rekod pentadbiran


am Jawatankuasa.

7
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

5.4.5. Menyediakan laporan aktiviti setiap bulan untuk


dilaporkan dalam mesyuarat yang dijadualkan
termasuk mesyuarat Agong Tahunan.

5.4.6. Membuat susulan kepada ahli jawatankuasa yang


dilantik dan perkara yang perlu diambil tindakan
sebagaimana keputusan mesyuarat semasa.

5.4.7. Mengemaskini rekod daftar ahli jawatankuasa


untuk rujukan.

5.4.8. Menyemak dan menandatangani dokumen


pengeluaran wang dari bank yang disediakan oleh
Bendahari seperti yang terkandung dalam Garis
Panduan Pengendalian Akaun TABIKA.

5.5 Bendahari

5.5.1. Menyediakan anggaran pendapatan dan


perbelanjaan serta dibentang dalam mesyuarat
Agong untuk mendapat kelulusan ahli
mesyauarat.

5.5.2. Menyediakan anggaran perbelanjaan setiap 3


bulan untuk dibentang serta mendapatkan
kelulusan dalam mesyurat jawatankuasa.

5.5.3. Menyelenggara rekod dan semua dokumen yang


berkaitan dengan kewangan seperti yang
terkandung dalam Garis Panduan Pengendalian
Akaun TABIKA/TASKA KEMAS.

5.5.4. Memegang amanah supaya semua perbelanjaan


yang dilakukan hendaklah dibuat secara
berhemah dan memberi pulangan yang terbaik
kepada kumpulan sasar iaitu kanak-kanak, ibu
bapa dan penjaga.

5.5. Penolong Bendahari

8
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

5.5.1. Membantu Bendahari mengeluarkan resit rasmi


daripada terimaan tunai atau cek dari sumber
kutipan.

5.5.2. Membantu menyelenggara rekod dan


mengemaskini semua dokumen untuk
penyemakan pemeriksa kira-kira atau Pegawai
jabatan seperti yang terkandong dalam Garis
Panduan Pengendalian Akaun TABIKA/TASKA
KEMAS Lampiran A (2).

5.6. Pemeriksa Kira-Kira

5.6.1 Memeriksa penyata pendapatan dan perbelanjaan


harian,bulanan dan tahunan serta mengesahkan
penyata yang disediakan oleh Bendahari.

5.6.2 Menyemak dan memeriksa semua dokumen


terimaan, perbelanjaan dan pembayaran yang
dikenakan kepada TABIKA / TASKA seperti yang
terkandung dalam Lampiran A (2).

5.6.3 Memeriksa penyata Bank atau Buku Simpanan


adalah sah di atas nama Jawatankuasa.

5.7 Ahli Jawatankuasa

5.7.1 Memberi cadangan atau idea untuk meningkatkan


kemajuan TABIKA / TASKA.

5.7.2 Menghadirkan diri dalam Mesyuarat TABIKA /


TASKA.

5.7.3 Membantu perjalanan kelas TABIKA / TASKA


ketika ketiadaan Pemaju Masyarakat.

5.7.4 Menjaga keselamatan kanak-kanak dan harta


benda TABIKA / TASKA.

9
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

5.7.5 Memberi kerjasama dan penglibatan aktif dalam


setiap program dan aktiviti yang diadakan di
peringkat TABIKA / TASKA.

5.7.6 Mengwujudkan Jawatankuasa biro-biro yang terdiri


daripada i- Biro Pendidikan ii-Biro Keselamatan &
Keceriaan iii- Biro Pembangunan iv- Biro Ekonomi

6. Prosedur Pembubaran Jawatankuasa dan Penutupan Akaun

6.1 Pembubaran Jawatankuasa berlaku apabila sebuah


TABIKA/TASKA menamatkan operasinya atau ditutup atas
sebab seperti jumlah minima kanak-kanak tidak dapat
dipenuhi, bangunan tidak selamat untuk diduduki , tiada
Pemaju Masyarakat yang boleh ditempatkan bertugas atau
lain-lain sebab dengan kelulusan Ketua Pengarah .

6.2 Mesyuarat jawatankuasa khas perlu diadakan dengan


dihadiri oleh Penasihat dan Penaung bagi membuat
keputusan untuk menentukan perkara berikut :

6.1.1. Penempatan kanak-kanak ke TABIKA / TASKA


yang berhampiran.

6.1.2. Menyenarai aset yang dibeli dari akaun tabungan


dan menentukan lokasi untuk dipindah milik.

6.1.3. Menyenarai aset Jabatan yang akan dipindahkan


ke TABIKA / TASKA yang memerlukan.

6.1.4. Menyemak baki wang tabungan dalam simpanan


atau tunai semasa serta menentukan kaedah
penggunaan atau pengagihan yang betul.

6.1.5. Keputusan membubarkan Jawatankuasa dan


penutupan akaun tabungan TABIKA / TASKA.

6.2. Setiausaha dan Bendahari perlu menyediakan bersama


laporan akhir mengikut bidang tugas masing-masing dan
Pengerusi membuat pengesahan kedua-dua laporan

10
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

tersebut dengan menyatakan tindakan kepada semua


perkara di para 6.2.1 hingga 6.2.5.

6.3. Penasihat selaku Pegawai KEMAS Daerah atau pegawai


yang diberi kuasa pelu memperakukan laporan yang
disediakan dan memanjangkan perakuan untuk kelulusan
penutupan kelas, pembubaran Jawatankuasa dan
Penutupan Akaun kepada Pengarah KEMAS Negeri untuk
kelulusan serta membatalkan Pendaftaran di daftar Kelas
TABIKA/TASKA.

7. Pelantikan Jawatankuasa

7.1. Senarai nama Ahli Jawatankuasa yang dilantik dalam


mesyuarat Agong setiap TABIKA/TASKA perlu dihantar ke
pejabat KEMAS Negeri dengan satu salinan disimpan di
Pejabat KEMAS Daerah tidak lewat dari bulan Mac setiap
tahun .

7.2. Pengarah KEMAS Negeri akan mengeluarkan surat


perakuan pelantikan kepada setiap Ahli Jawatankuasa
yang dilantik bersama dengan Garis Panduan Tugas dan
Tanggungjawab anggota.

7.3. Sebagai balasan Pengarah KEMAS Negeri akan


mengeluarkan sijil penghargaan kepada semua ahli
Jawatankuasa yang dilantik diakhir tempoh tugas pada
tahun tersebut.

7.4. Salinan Garis Panduan Pengendalian Akaun akan sentiasa


disimpan oleh Pemaju Masyarakat yang menjadi Bendahari
untuk rujukan semua ahli jawatankuasa.

8. Kuasa Ketua Pengarah Atau Pengarah Ke Atas


Jawatankuasa

8.1. Ketua Pengarah atau Pengarah berkuasa untuk


mengambil tindakan keatas Jawatankusa sekiranya
berlaku perlanggaran pematuhan peraturan dan prosedur

11
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

yang ditetapkan melalui Garis Panduan juga Pekeliling-


Pekeliling Pentadbiran semasa.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN AKAUN


TABIKA/TASKA KEMAS

1. TUJUAN

Garis Panduan ini adalah untuk menjelaskan kepada


Jawatankuasa TABIKA / TASKA KEMAS khususnya kepada
Pemaju Masyarakat dan Pembantu Pemaju Masyarakat serta
Ahli Jawatankuasa TABIKA/TASKA KEMAS tentang tatacara
pengurusan akaun TABIKA/TASKA KEMAS. Peranan pegawai-
pegawai Jabatan dalam pengawasan Akaun TABIKA/TASKA
juga dinyatakan dalam garis panduan ini.

2. TAFSIRAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

2.1. Tafsiran

Istilah-istilah tertentu yang digunakan dalam panduan ini


membawa kepada maksud seperti berikut:

2.1.1. Akaun TABIKA/TASKA ialah hanya satu akaun


sahaja yang dibenarkan dibuka di bank komersial
dan diuruskan oleh Jawatankuasa TABIKA/TASKA
KEMAS.

12
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

2.1.2. Jawatankuasa TABIKA/TASKA KEMAS


ditubuhkan di setiap TABIKA /TASKA yang
bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama di
kalangan ibu bapa kanak-kanak TABIKA/ TASKA
dan masyarakat tempatan serta memajukan
TABIKA/TASKA supaya ia berjalan dengan baik,
lancar dan bermutu.

2.1.3. Pengarah ialah Pengarah, Jabatan Kemajuan


Masyarakat ( KEMAS ), Peringkat Negeri.

2.1.4. Penasihat ialah Pegawai KEMAS


Daerah/Bahagian/Pegawai yang diberi kuasa.

2.1.5. Pengerusi Jawatankuasa TABIKA/TASKA


KEMAS dipilih di kalangan ibu bapa, penjaga atau
pemimpin masyarakat melalui persetujuan di dalam
mesyuarat Agong.

2.1.6. Setiausaha Jawatankuasa TABIKA/TASKA


KEMAS dipilih di kalangan ibu bapa, penjaga atau
pemimpin masyarakat melalui persetujuan di dalam
mesyuarat Agong.

2.1.7. Bendahari Jawatankuasa TABIKA/TASKA KEMAS


ialah Pemaju Masyarakat atau salah seorang
Pemaju Masyarakat yang bertugas di
TABIKA/TASKA berkenaan.

2.1.8. Penolong Bendahari Jawatankuasa TABIKA/


TASKA KEMAS ialah daripada kalangan ibu/ bapa/
penjaga yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agong.

2.1.9. Pemeriksa Kira-Kira ialah Jawatankuasa yang


dipilih di kalangan ibu bapa atau penjaga yang
mempunyai latar belakang pendidikan yang baik
sesuai dengan tugas Pemeriksa Kira-Kira.
Pemilihan dibuat melalui Mesyuarat Agong.

13
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

2.1.10. Jawatankuasa ialah dikalangan ibu bapa, penjaga,


pegawai agensi kerajaan yang dilantik dalam
mesyuarat agong atau dipilih di dalam mesyuarat
ahli jawatankuasa.

2.1.11. Pegawai Jabatan ialah Pengarah atau Pegawai


KEMAS Daerah/Bahagian /Pegawai yang diberi
tanggungjawab.

2.2. Tugas Dan Tanggungjawab

2.2.1 Pengerusi

(a) Menandatangani keluaran wang daripada


akaun bank bersama Bendahari dan
Setiausha;

(b) Membincangkan semua perbelanjaan dalam


Mesyuarat Jawatankuasa TABIKA/TASKA
KEMAS dalam mendapatkan kelulusan
daripada Jawatankuasa.

(c) Merujuk dan mendapat kelulusan Pengarah


KEMAS Negeri untuk melaksanakan program/
membuat perolehan bagi perbelanjaan
melebihi RM 1,000.00

(d) Merujuk dan mendapat kelulusan pegawai


KEMAS Daerah/ Pegawai yang diberi kuasa
untuk melaksanakan program/perolehan yang
jumlah perbelanjaannya melebihi RM 500
dan kurang RM 1,000.00

(e) Meluluskan bersama Bendahari dan


Setiausaha perbelanjaan-perbelanjaan yang
tidak melebihi RM 500.00 tetapi perlu

14
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

dibentang dan disahkan dalam Mesyuarat


Jawatankuasa TABIKA/TASKA.

(f) Menandatangani baucer bayaran.

(g) Mengesahkan penyata kewangan bulanan


atau tahunan dengan menurunkan
tandatangan.

2.2.2. Setiausaha

(a) Menandatangani keluaran wang daripada


akaun bank bersama Pengerusi dan
Bendahari;

(b) Menyediakan surat permohonan kepada


Pengarah KEMAS Negeri untuk kelulusan
setiap Program/Perolehan yang jumlah
perbelanjaannya melebihi RM1,000 .00

(c) Menyediakan surat permohonan kepada


Pegawai KEMAS Daerah/ Pegawai yang
diberi kuasa untuk kelulusan setiap
Program/Perolehan yang jumlah
perbelanjaannya melebihi RM500.00

(d) Menyediakan surat permohonan kepada


Pengarah atau Pegawai KEMAS Daerah atau
Pegawai yang diberi kuasa kelulusan untuk
membuat kutipan selain dari apa yang
diluluskan.

(e) Meluluskan bersama Pengerusi dan


Bendahari perbelanjaan-perbelanjaan yang
tidak melebihi RM500.00 tetapi perlu
dibentang dan disahkan oleh Jawatankuasa
TABIKA/TASKA.
15
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

2.2.3. Bendahari

I. Menandatangani keluaran wang daripada


akaun bank TABIKA/TASKA bersama
Pengerusi dan Setiausaha.

II. Membincangkan semua perbelanjaan dalam


Mesyuarat Jawatankuasa TABIKA/TASKA
KEMAS untuk mendapatkan kelulusan;

III. Meluluskan bersama Setiausaha atau


Pengerusi perbelanjaan-perbelanjaan yang
tidak melebihi RM500.00 tetapi dibentangkan
dan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
TABIKA KEMAS kemudiannya;

IV. Merujuk dan mendapatkan kelulusan


Pengarah KEMAS Negeri untuk
melaksanakan program/ perolehan yang
perbelanjaannya melebihi RM1,000.00;

V. Merujuk dan mendapat kelulusan pegawai


KEMAS Daerah atau Pegawai yang diberi
kuasa untuk melaksanakan
program/perolehan yang jumlah
perbelanjaannya melebihi RM500.00 dan
kurang RM 1000.00.

VI. Menyediakan dan menandatangani baucer


bayaran.

VII. Menyelenggarakan rekod kewangan berikut:


I. Buku Akaun Tunai Harian, bulanan,
tahunan
II. Buku Resit;
III. Baucer Bayaran/Bil;
IV. Buku Bank/Penyata Bank; dan
V. Dokumen-dokumen lain berkaitan.

16
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

(f) Membuat terimaan bayaran yuran/


sumbangan/ derma dan dimasukkan dalam
akaun simpanan atau akaun semasa.

(g) Menyimpan wang tunai ditangan tidak


melebihi RM 300.00 dalam semasa.

(h) Menyediakan dan mengesahkan penyata


perbelanjaan bulanan dan tahunan serta
membentangkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa TABIKA /TASKA KEMAS
sekurang-kurangnya 3 bulan sekali dan dalam
mesyuarat Agong tahun berikutnya.

(i) Menyediakan anggaran perbelanjaan bulanan/


tahunan bagi semua aktiviti diperingkat kelas
dan dibentangkan dalam mesyuarat
Jawatankuasa bulanan atau dalam mesyuarat
Agong.

(j) Menyelenggara daftar inventori, rekod harta


modal dan stok serta menguruskan
keselamatan harta.

(k) Merujuk dan mendapat kelulusan Pengarah


atau Pegawai KEMAS Daerah atau Pegawai
yang diberi kuasa sekiranya perlu membuat
lain-lain kutipan selain daripada arahan yang
dikeluarkan.

2.2.4. Penolong Bendahari

(a) Mengesahkan terimaan secara tunai atau cek


dengan mengeluarkan resit terimaan;

(b) Menyelenggara rekod dan mengemaskini


semua dokumen untuk pemeriksaan
pemeriksa kira-kira atau pegawai jabatan atau
pegawai audit dalam KKLW atau audit luar.

17
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

2.2.5. Pemeriksa Kira-Kira

(a) Memeriksa rekod terimaan dan perbelanjaan


harian atau mingguan, penyata akuan bulanan
dan tahunan yang disediakan oleh Bendahari
dan Penolong Bendahari.

(b) Memeriksa dan menyemak semua dokumen


yang menyokong terimaan dan perbelanjaan
juga pembayaran yang dikenakan.

(c) Memerikasa penyata bank atau buku


simpanan atas nama Jawatankusa dan
mengesahkan transaksi dan baki terkini.

3. SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan yang dimasukkan dalam Akaun
TABIKA/TASKA KEMAS adalah yang dibenarkan oleh Ketua
Pengarah atau Pengarah seperti berikut:
(i) Yuran pendaftaran kanak-kanak.
(ii) Sumbangan daripada ibu bapa yang dikutip pada setiap
bulan.
(iii) Derma orang ramai atau badan-badan tertentu.
(iv) Tuntutan makanan basah / kering
(v) Geran Perkapita
(vi) Lain-lain bayaran / kutipan semasa yang diluluskan oleh
Pengarah Negeri.

4. PERBELANJAAN TABIKA
Wang TABIKA/TASKA boleh dibelanjakan bagi tujuan-tujuan
berikut:

4.1. Pembayaran Bil

18
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

(a) Membayar bil elektrik, bil air, bil telefon, bil internet
,bil akhbar dan sewaan.

4.2. Pembelian Peralatan yang tidak dibekalkan oleh


Jabatan

(a) Membeli alat bahan mengajar dan kelengkapan


pusat-pusat pembelajaran.

(b) Membeli bahan-bahan untuk menyediakan alat


bahan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

(c) Membeli alat permainan seperti bola, tali ‘skipping’,


gelang rotan, bola plastik, plastesin.

(d) Membeli alat kelengkapan untuk


keselamatan,keceriaan dan kebersihan kelas.

(e) Membeli buku untuk sudut bacaan seperti.

Buku cerita, buku bergambar, kamus bergambar,


buku nombor bergambar, buku pengetahuan, buku
agama, buku cerita nabi, buku moral, buku
bergambar ketatanegaraan dan panduan untuk
guru.

4.3. Makanan Kanak-kanak

Mendahulukan pembelian makanan harian atau bahan-


bahan basah dan kering untuk menyediakan makanan
kanak-kanak dengan kadar yang ditetapkan oleh
Pengarah.

4.4. Aktiviti Ko Kurikulum

Membiayai bersama aktiviti-aktiviti ko kurikulum seperti


sukan, lawatan sambil belajar, hari graduan, peraduan

19
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

lukisan/mewarna, Hari Potensi, perayaan hari kebesaran


seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali,
Hari Kaamatan dan Hari Gawai,Penerapan kepada
amalan 3 K.

4.5. Bayaran saguhati Pembantu Sukarela


Membayar saguhati Pembantu berdasarkan kadar yang
dipersetujui oleh AJK dan Penasihat TABIKA/TASKA
sehingga perlantikan Jawatan Pembantu tetap yang
dibiayai oleh Kerajaan .

4.6. Bayaran sewaan bangunan


Membiayai bayaran sewa bangunan TABIKA/TASKA
berdasarkan perjanjian yang dibuat dengan persetujuan
AJK dan Penasihat TABIKA/TASKA sehingga kerajaan
dapat membiayai kos berkenaan atau bangunan khas
atau bangunan baru disediakan.

4.7. Makan minum mesyuarat dan Aktiviti Ibu Bapa


Membiayai perbelanjaan makan minum mesyuarat
Agong, mesyuarat tetap AJK serta mesyuarat-mesyuarat
yang lain bermaksud untuk mengurus dan mentadbirkan
aktiviti diTABIKA/TASKA serta melaksanakan aktiviti
untuk ibu dan bapa serta penjaga.

4.8. Penyelenggaraan kecil bangunan dan peralatan


Membiyai perbelanjaan kecil bahan dan upah kerja atau
makan minum gotongroyong bagi menyelenggra
bangunan/peralatan yang tidak dibiayai oleh Kerajaan
dengan persetujuan Penasihat TABIKA/TASKA.

5. KAEDAH PENGURUSAN AKAUN

5.1. BUKU AKAUN TUNAI


20
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

5.1.1 Buku Akaun Tunai adalah untuk merekod segala


terimaan dan perbelanjaan wang kelas ,dikemaskini
pada setiap minggu dan ditutup pada setiap akhir
bulan.

5.1.2 Buku Akaun Tunai hendaklah disediakan disetiap


TABIKA/TASKA . Contoh format buku adalah
seperti di Lampiran D.

5.1.3. Buku Akaun Tunai diselenggarakan oleh


Bendahari/Penolong Bendahari yang juga
bertanggungjawab ke atas keselamatan buku itu.
Helaian tidak boleh diceraikan, dikoyak, dimusnah
atau helaian dikeluarkan dari Buku Akaun Tunai.
Helaian yang rosak boleh dibatalkan dengan
menulis “DIBATALKAN”. Jika berlaku kehilangan,
lapor segera kepada Pegawai Jabatan.

5.1.4 Setiap urusan merekod dalam Buku Akaun Tunai


hendaklah menggunakan pen biru atau hitam.
Pensil tidak boleh digunakan sama sekali.

5.1.5 Cecair pemadam (liquid paper) atau pemadam-


pemadam lain tidak boleh digunakan untuk
membetulkan sebarang kesilapan yang berlaku
dalam pengisian Buku Akaun Tunai. Pembetulan
hendaklah dibuat dengan pen dan ditandatangan
ringkas oleh Bendahari.

5.1.6 Penyata Akaun bulanan hendaklah dibuat pada hari


terakhir setiap bulan seperti di Lampiran F.

5.1.7 Buku Akaun Tunai hendaklah sentiasa dikemaskini


dan disahkan betul oleh Bendahari setiap kali
penerimaan (entry) dengan tandatangan seperti di
Lampiran D.

21
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

5.1.8 Buku Akaun Tunai mesti disimpan di kelas untuk


pemeriksaan Pegawai yang diberi tanggungjawab.

5.1.9 Pegawai Jabatan hendaklah membuat pemeriksaan


dan menurunkan tandatangan pengesahan
terhadap Buku Akaun Tunai sekurang-sekurangnya
sekali dalam 3 bulan seperti di Lampiran F.

5.2 REKOD PENERIMAAN

5.2.1 Ruangan rekod terimaan dalam Buku Akaun Tunai


adalah untuk merekod segala terimaan tunai/cek
TABIKA/TASKA. Apabila tunai/cek diterima,
Bendahari/Penolong Bendahari adalah
bertanggungjawab terhadap terimaan itu dan
hendaklah mengambil tindakan-tindakan seperti
berikut:

(a) merekodkan butir-butir semua tunai/cek yang


diterima ke dalam Buku Akaun Tunai. Contoh
cara merekod di Lampiran D.

(b) mengeluarkan resit atas nama kanak-kanak


pada hari yang sama. Bendahari mengisi dan
menandatangani resit. Salinan resit
(counterfoil) hendaklah disimpan untuk tujuan
rekod dan audit. Sila rujuk perkara 7 – Buku
Resit. Contoh format resit di Lampiran E.

5.2.2 Penjelasan tentang butir-butir yang perlu diisi dalam


ruang terimaan, Buku Akaun Tunai adalah seperti
berikut:
(i) Tarikh
Tarikh wang diterima.

(ii) Butir-butir Terimaan

22
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

Butir-butir terimaan wang tunai/cek seperti


amaun yang diterima mengikut
Seunit/seorang; jika cek, nombor dan tarikh
cek.

(iii) No. Resit


Nombor resit yang dikeluarkan.

(iv) Jumlah Terimaan


Jumlah wang diterima direkod mengikut
amaun yang disimpan dalam tangan atau
dimasuk dalam akaun bank kelas atau kedua-
dua.

(v) Tandatangan
Penolong Bendahari yang merekod segala
terimaan serta Bendahari yang
mengesahkannya perlu menunjuk dengan
singkatan tandatangan (initial) masing-masing.

5.3 REKOD PERBELANJAAN

5.3.1 Rekod perbelanjaan dalam Buku Akaun Tunai


adalah untuk merekod segala perbelanjaan wang
TABIKA/TASKA apabila perbelanjaan dilakukan,
Bendahari dan Penolong Bendahari adalah
bertanggungjawab terhadap perbelanjaan dan
hendaklah mengambil tindakan-tindakan seperti
berikut:

(a) memastikan pembayaran diluluskan oleh pihak


yang diberi kuasa.

(b) Menyediakan baucer bayaran; (Sila rujuk


perkara 8 dan contoh baucar di Lampiran A )

23
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

(c) Menguruskan pembayaran dan setiap penerima


dan pembayar hendaklah menandatangani
baucar sebelum menerima wang. Jika sudah
ada bil syarikat, pihak syarikat tidak perlu
tandatangan baucer.

(d) Merekodkan butir-butir perbelanjaan dalam


Buku Akaun Tunai. Contoh cara merekod di
Lampiran D.

(e) Merekod segala butir perbelanjaan berkaitan


Geran Perkapita dalam Buku Akaun Tunai
Bulanan. Contoh cara merekod di Lampiran
D1.

5.3.2 Penjelasan tentang butir-butir yang perlu diiisi dalam


ruang perbelanjaan, Buku Akaun Tunai adalah
seperti berikut:

I. Tarikh
Tarikh bayaran dilakukan.

II. Nombor Baucer


Sebagai contoh, nombor dalam baucer
hendaklah bermula 1/06 bagi perbelanjaan
pertama tahun 2006 dan bersambung 2/06,
3/06, 4/06 dan seterusnya sehingga akhir
tahun.

III. Butir-butir Perbelanjaan


Butir-butir perbelanjaan seperti jenis
barang/perkhidmatan, bilangan barang/tempoh
perkhidmatan, nama pembekal dan
sebagainya.

IV. Jumlah Perbelanjaan

24
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

Jumlah wang yang dikeluarkan direkod


mengikut wang dalam tangan atau dalam bank
sebagaimana dibelanjakan.

V. Tandatangan
Penolong Bendahari yang merekod segala
perbelanjaan serta Bendahari yang
mengesahkannya perlu menunjuk dengan
singkatan tandatangan (initial) masing-masing.

5.3.3 Semua bayaran hendaklah dijelaskan dalam


tempoh seminggu selepas menerima bil.

5.3.4 Semua baucer bayaran bersama dengan bil


pembekal hendaklah difailkan mengikut nombor
baucer. Penyata bank (bank pay-in slip) dan surat
menyurat berkaitan dengan akaun hendaklah juga
disimpan dalam fail untuk rekod dan audit.

5.3.5 Semua barang yang dibeli dengan wang TABIKA


mesti dimasukkan sama ada dalam Buku Daftar
Inventori, Rekod Harta Modal atau Buku Stok.

5.4 BUKU RESIT

5.4.1 Resit adalah bukti yang mengesahkan penerimaan


wang.

5.4.2 Setiap resit mestilah mengandungi perkara-perkara


berikut:

(a)Nama TABIKA;
(b)No. Resit yang bersiri dan bercetak;
(c) Tarikh terima wang;
(d)Amaun dalam angka dan perkataan;

25
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

(e)Jenis terimaan (sebab bayaran); dan


(f) Tandatangan Pemaju Masyarakat/Pembantu PM

5.4.3 Setiap resit mesti mempunyai sekurang-kurangnya


dua salinan. Satu salinan asal untuk penerima dan
satu lagi salinan untuk simpanan. Setiap naskah
buku resit hendaklah habis digunakan dan disahkan
oleh Pegawai Jabatan.

5.4.4 Buku Resit boleh dicetak di peringkat


Daerah/Bahagian atau Negeri mengikut contoh
format di Lampiran E. Jika dicetak di peringkat
Daerah/Bahagian/Negeri, Pegawai Jabatan
adalah bertanggungjawab terhadap kawalan dan
pengedaran buku-buku resit ke kelas.

5.4.5 Penolong Bendahari bertanggungjawab mengisi


segala butir-butir dalam resit. Bendahari
bertanggungjawab mengesahkan butir-butir
penerimaan tersebut dengan menandatangani Buku
Akaun Tunai. Resit perlu dikeluarkan tidak lebih dari
5 hari dari hari terimaan .

5.4.6 Resit yang rosak tidak boleh dimusnahkan atau


dikeluarkan dari buku resit. Resit yang rosak boleh
dibatalkan dengan tulisan “DIBATALKAN” atas
resit berkenaan dan disimpan untuk disemak.

5.4.7 Bendahari dan Penolong Bendahari


bertanggungjawab atas kawalan dan keselamatan
buku-buku resit dalam simpanannya.

5.4.8 Buku-buku resit akan diperiksa oleh Pegawai


Jabatan.

5.5 BAUCER BAYARAN

5.5.1 Semua perbelanjaan mesti disokong dengan baucer


yang membuktikan bahawa pembayaran telah
dilakukan dengan sah.

26
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

5.5.2 Baucer hendaklah disediakan oleh Penolong


Bendahari dan diluluskan oleh Bendahari.

5.5.3 Segala pembayaran hendaklah disokong dengan bil


pembekal atau pemberi perkhidmatan. Jika tidak
ada bil maka pihak pembekal atau pemberi
perkhidmatan mesti menandatangani baucer
bayaran, sebagai penerima wang.

5.5.4 Baucer bayaran perlu disediakan seperti format di


Lampiran A. Perkara-perkara yang perlu diisi dalam
baucer adalah seperti berikut:

(a) No. Baucer ialah nombor mengikut urutan


rekod perbelanjaan bagi tahun berkenaan
(contohnya nombor baucer bagi perbelanjaan
pertama tahun 2006 akan bermula dengan 1/06
dan bersambung 2/06, 3/06, 4/06 dan
seterusnya sehingga akhir tahun);

(b) Nama TABIKA/TASKA dan Alamat

(c) Bayar kepada hendaklah diisi dengan nama


dan alamat pihak pembekal atau pemberi
perkhidmatan.

(d) Tarikh bayaran dilakukan

(e) Tarikh/Butir-butir Perbelanjaan/Amaun:-

(f) Tarikh menerima barang/perkhidmatan;

(g) Butir-butir Perbelanjaan ialah jenis barang


atau perkhidmatan yang diberi; dan

(h) Amaun bagi tiap-tiap barang/perkhidmatan dan


jumlah.

(i) Amaun dalam perkataan

(j) Tandatangan Setiausaha/Bendahari/Pengerusi


Jawatankuasa TABIKA/TASKA

27
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

KEMAS/Pegawai Jabatan yang meluluskan


pembayaran.

(k) Penerima ialah pihak yang menerima bayaran


tetapi tidak perlu tandatangan jika sudah ada
bil/resit.

(l) Pembayar : Bendahari.

6. PERATURAN-PERATURAN AM KEWANGAN

6.1 Bendahari tidak dibenarkan memegang lebih daripada RM


300.00 pada satu-satu masa. Wang lebihnya hendaklah
dimasukkan dalam akaun TABIKA/TASKA.

6.2 Perbelanjaan kurang daripada RM 500.00 boleh diluluskan


oleh Bendahari bersama Setiausaha atau Pengerusi dan
kemudiannya disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
TABIKA/TASKA KEMAS.

6.3 Perbelanjaan lebih daripada RM 500.00 hendaklah dirujuk


kepada Pegawai KEMAS Daerah atau Pegawai yang diberi
kuasa terlebih dahulu untuk kelulusan.

6.4 Perbelanjaan yang melebihi RM 1,000.00 dalam satu bil


hendaklah dirujuk terlebih dahulu untuk kelulusan
Pengarah ;

6.5 Wang akaun TABIKA/TASKA yang terkumpul adalah bagi


tujuan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak. Wang ini
perlu dibelanjakan bagi kanak-kanak tahun semasa. Jika
terdapat simpanan, maka ia perlu digunakan untuk
membeli alat/bahan bantu mengajar,buku-buku dan bahan
untuk sudut pembelajaran dan keperluan-keperluan lain.

6.6 Sekiranya baki kredit akaun Kelas TABIKA/ TASKA


KEMAS melebihi RM 3,000.00 pada sesuatu masa,
dimaklumkan kepada Pengarah KEMAS Negeri adalah
diperlukan.

28
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

6.7 Penyata Perbelanjaan bulanan hendaklah disediakan oleh


Bendahari dan dikemukakan kepada Pejabat KEMAS
Daerah pada setiap akhir 3 bulan sebanyak 4 kali setahun.
Penutupan akaun bulanan hendaklah dibuat pada hari
akhir setiap bulan. Format Penyata Perbelanjaan bulanan
adalah seperti di Lampiran F.

6.8 Penyata Kewangan Tahunan hendaklah disediakan oleh


Bendahari dan disahkan betul oleh Pengerusi dan
Setiausaha serta diperiksa oleh Pegawai Jabatan bagi
tempoh Januari hingga 31 Disember setiap tahun. Format
Penyata Kewangan Tahunan adalah di Lampiran G.

6.9 Pemeriksa Kira-Kira Jawatankuasa TABIKA/TASKA


KEMAS atau Pegawai Jabatan yang mengawasi
TABIKA/TASKA perlu memeriksa akaun TABIKA/TASKA
pada bila-bila masa sekurang-kurangnya 6 kali setahun.
Buku-buku dan rekod-rekod diperiksa serta ditandatangani
ringkas semasa memeriksa kira-kira adalah seperti
berikut:

a. Buku Akaun Tunai;


b. Buku Resit;
c. Baucer Bayaran;
d. Buku Bank/Penyata Bank; dan
e. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

6.10 Carta Aliran Merekod Terimaan dan Perbelanjaan adalah


seperti di Lampiran H.

29
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

LAMPIRAN A

No. Baucer:
FORMAT BAUCER BAYARAN

TABIKA KEMAS

Bayar Kepada: Tarikh:

(Nama & Alamat)

Tarikh Butir-butir Perbelanjaan Amaun RM

Jumlah :

Tunai/Cek No…………..
Perbelanjaan ini diakui perlu seperti tersebut di atas. Bayaran sebanyak (Ringgit
Malaysia:

( T/ T Pengerusi / Setiausaha )
Diluluskan bayaran
Tandatangan Penerima:
Nama Penerima :
No. K.P :
Tarikh :

( T/ T BENDAHARI )

30
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

LAMPIRAN B

SURAT MEMOHON KELULUSAN PENGARAH/PEGAWAI


UNTUK MENGGUNAKAN WANG TABIKA/TASKA

Pengarah/Pegawai
Pejabat KEMAS Negeri/Daerah
Negeri/Daerah

Tuan/Puan,

MEMOHON KELULUSAN UNTUK MENGGUNAKAN WANG TABIKA/TASKA BAGI

Merujuk perkara di atas, adalah saya dengan hormatnya ingin memohon kelulusan
tuan/puan untuk menggunakan wang sebanyak RM daripada Akaun
TABIKA/TASKA di .

2. Bersama-sama ini disertakan--------sebut harga daripada pembekal-pembekal


untuk membeli (sila sebut jenis barang yang perlu dibeli) bagi
kegunaan TABIKA/TASKA.......................................Mesyuarat Jawatankuasa
TABIKA/TASKA memilih pembekal .

Atas sebab (i)


(ii) * ATAU
3. Anggaran perbelanjaan untuk melaksanakan aktiviti tersebut telah dibincang
dalam Mesyuarat Jawatankuasa TABIKA/TASKA dan
sesalinan kertas kerja dilampirkan bersama untuk pertimbangan tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

(Nama dan Jawatan)


* Ditandatangani oleh Pengerusi / Setiausaha
 Pilih salah satu mengikut keperluan

31
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

LAMPIRAN C

SURAT PENGARAH/ PEGAWAI MELULUSKAN MENGGUNAKAN WANG


TABIKA/TASKA

Pegawai kemas Daerah/Bahagian/ Pengerusi AJK

Tuan/Puan,

KELULUSAN UNTUK MENGGUNAKAN WANG TABIKA/TASKA BAGI

Merujuk surat tuan/puan bil. berhubung perkara tersebut di atas.

2. Dimaklumkan bahawa permohonan tuan/puan untuk mengeluarkan wang


sebanyak RM daripada TABIKA/TASKA di
untuk * melaksanakan/membeli
adalah diluluskan. Perbelanjaan wang ini hendaklah dilakukan melalui
Jawatankuasa TABIKA /TASKA---------------yang perlu mematuhi Peraturan-
peraturan berikut:

(a) Selepas aktiviti selesai disediakan penyata perbelanjaan


dan hendaklah diperiksa oleh 2 orang Pemeriksa kira-kira yang
dilantik oleh ahli Jawatankuasa TABIKA/TASKA KEMAS.

(b) Penyata perbelanjaan tersebut hendaklah dibentangkan


dan disahkan kemudian dalam Mesyuarat Jawatankuasa
TABIKA/TASKA KEMAS.

32
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

(c) Perbelanjaan perlu diselenggarakan dalam buku tunai


kelas, Baucer, bil dan dokumen-dokumen lain berkaitan dengan
perbelanjaan perlu disimpan dalam fail untuk pemeriksaan

* Pilih salah satu mengikut keperluan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(Nama dan Jawatan)

33
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

LAMPIRAN D
BUKU AKAUN TUNAI BULAN

PENERIMA PEMBAYAR
BAKI
AN AN
TARIKH
CEK
BUTIR-BUTIR NO.CEK NO.
PENERIMA NO. TANDATANGA
BIL. PENERIMAAN
AN/ /TARIK BAUC TUN BAN TUN BAN BAN JUML N
RESIT TUNAI
/PEMBAYARAN H CEK ER AI K AI K K AH
PEMBAYAR
AN RM
RM RM RM RM RM RM

34
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA
BAB 5: KEMAS
GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

Baki Bawa Ke
Hadapan

JUMLAH

35
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

LAMPIRAN E

No Resit :

RESIT RASMI
KEMAS NEGERI / KEMAS DAERAH

Daerah :

Tarikh :

Tabika KEMAS :

Terima Daripada :

Ringgit Malaysia :

Bayaran Untuk :
Jumlah
Perkara
RM Sen

Pendaftaran

Sumbangan Waris

Buku

Insuran dan Tabung

Lain-Lain

Tunai/Cek :……………………………… RM

T.Tangan PM

LAMPIRAN F

36
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

FORMAT PENYATA PERBELANJAAN BULANAN TABIKA KEMAS


BAGI BULAN ...................................

ALAMAT TABIKA :
NAMA BANK :
NO. AKAUN :

JUMLAH JUMLAH
BUTIR-BUTIR PENERIMAAN BUTIR-BUTIR PERBELANJAAN
BIL BIL
TERIMAAN PERBELANJAAN
RM SEN RM SEN
Bahan-bahan makanan
1. Baki Bulan Lalu 1. dan minuman

Dalam Bank 2. Mesyuarat

Dalam Tangan 3. Kos Pengakutan

2. Sumbangan Waris 4. Aktiviti Ko Kurikulum

3. Geran Per kapita 5. Elaun Pembantu

4. Penerimaan Tuntutan 6. Geran Perkapita


Makanan basah kering

5. Sumbangan – i- Bil Air


sumbangan Lain
ii- Bil Elektrik

iii- Alat Bahan Mengajar

iv- Lawatan Pendidikan

7. Lain-lain Perbelanjaan

Jumlah

Baki

Dalam Bank

Dalam Tangan
JUMLAH JUMLAH
Nota: Tidak perlu hantar bil-bil bersama dengan penyata ini.Segala butir di atas adalah benar.

.......................................... .......................................... .......................................... ..............................


Pengerusi JK TABIKA AJK TABIKA (setiausaha) PM TABIKA (Bendahari) Pegawai Pemeriksa
Tarikh: Tarikh: Tarikh

37
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

LAMPIRAN G
FORMAT PENYATA KEWANGAN TAHUNAN TABIKA/TASKA KEMAS
BAGI TAHUN ................................

ALAMAT KELAS :
NAMA BANK :
NO. AKAUN BANK :
TERIMAAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA RM SEN BIL PERKARA RM SEN

1. Baki dari tahun lalu 1. Makanan dan Minuman


1.1. Dalam Tangan 2. Peralatan Kelas/Bantu Mengajar
1.2. Dalam Bank 3. Peralatan Dapur
2. Faerah dari Bank 4. Mesyuarat
3. Terimaan 5. Alat-alat Permainan
3.1. Sumbangan Waris 6. Bil. Elektrik
3.2. Orang Perseorang 7. Bil. Air
3.3. Swasta 8. Sewaan
3.4. Pertubuhan 9. Lain-lain
3.5. Lain-lain (i)
3.6. Pendaftaran 10. Baki
4. Geran Per Kapita dan bantuan lain Jabatan Dalam Tangan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Dalam Bank

JUMLAH JUMLAH

Nota : Tidak Perlu Hantar Bil. Diaudit dan Disahkan Betul :


.......................................... .......................................... .......................................... ..............................
(Pengerusi) (setiausaha) (Bendahari) Juru audit
Tarikh Tarikh: Tarikh Tarikh:

39
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

LAMPIRAN H

CARTA ALIRAN MEREKOD TERIMAAN DAN PERBELANJAAN

AKAUN TABIKA

TERIMAAN PERBELANJAAN

Terima Pastikan Ada Kelulusan


Derma/Sumbangan Bagi semua
Perbelanjaan

Mengisi Baucar
Bayaran/semakk bil
bayaran
Keluar Resit
Buat Bayaran
Merekodkan Butir-butir
Terimaan Dalam Buku
Akaun Merekodkan Butir-butir
Perbelanjaan Dalam
Masukkan Lebihan Buku Akaun
Wang Dalam Bank
Failkan Baucar/Bil

Sediakan Penyata
Perbelanjaan Bulanan

Sediakan Penyata
Perbelanjaan Tahunan

40
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

GARIS PANDUAN
SIJIL PENGHARGAAN KEPADA AHLI JAWATANKUASA TABIKA
DAN TASKA SIJIL PENYERTAAN KEPADA KANAK-KANAK TABIKA
DAN TASKA

1. LATAR BELAKANG

Amalan pada masa kini kos mencetak sijil ini menggunakan


peruntukan mengurus bahagian Kurikulum dan Naziran. Oleh kerana
peruntukan percetakan di bawah peruntukan mengurus Bahagian
tersebut terhad dan perlu memberi keutamaan kepada kos mencetak
Buku Rancangan Aktiviti Harian, Buku Daftar Kedatangan Kanak-
Kanak dan Buku Daftar Pelawat serta Naziran maka dicadangkan
supaya pembiayaan mencetak sijil untuk kedua-dua kumpulan sasar
iaitu Ahli Jawatankuasa dan kanak-kanak menggunakan peruntukan
pembangunan Program Prasekolah.

2. KAEDAH PELAKSANAAN

Dicetak di Ibu Pejabat dan diedar ke Pejabat KEMAS Negeri dan


Daerah untuk diedar di TABIKA dan TASKA dikawasan.
Penyampaian sijil ini akan disampaikan kepada kanak-kanak semasa
majlis penyampaian sijil akhir tahun, manakala sijil kepada
jawatankuasa boleh disampaikan juga di majlis yang sama atau
semasa majlis penutup seminar pengupayaan jawatankuasa
diperingkat daerah.

3. ANGGARAN KOS

3.1 Kos mencetak sijil Jawatankuasa @ RM 1.00 x 126,000 =


RM126,000
3.2 Kos mencetak sijil kanak-kanak @RM 1.00 x 250,000 =
RM250,000
JUMLAH = RM 376,000 x 4
= RM 1,504,000
(Ringgit: Satu Juta Lima Ratus Empat Ribu)

41
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

4. JANGKAAN IMPAK
Sijil ini akan ditandatangani oleh Pengarah KEMAS Negeri akan
memberi impak berikut :

4.1 Pengiktirafan dan motivasi kepada kanak-kanak yang mengikuti


kelas TABIKA dan TASKA KEMAS.

4.2 Pengiktirafan dan motivasi kepada ahli jawatankuasa yang


dilantik dan menyumbang secara sukarela untuk terus
menyumbang bagi membangunkan Negara.

5. PENUTUP

Garis Panduan ini akan menjadi panduan kepada pihak perancang


dan pelaksana dalam menguruskan pengedaran sijil kepada Ahli
Jawatankuasa TABIKA dan TASKA sebagai tanda penghargaan
jabatan kepada sumbangan sukarela demi masa depan kanak-kanak
luar bandar.

42
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

GARIS PANDUAN
SEMINAR PENGUPAYAAN AHLI JAWATANKUASA TABIKA DAN
TASKA

1 LATAR BELAKANG

1.1 Penubuhan Jawatankuasa di setiap TABIKA dan TASKA


KEMAS merupakan satu kaedah atau pendekatan dalam gerak
kerja pembangunan masyarakat. Ahli Jawatankuasa yang
mewakili ibubapa dan komunit menjadi rangkaian sahabat
kepada jabatan (kerajaan) dalam usaha untuk mendapat
penyertaan aktif masyarakat dalam semua aktiviti
kemasyarakatan. Jawatankuasa ini juga sebagai nadi atau
pemangkin untuk bersama mengatur rancang pelaksanaan
aktiviti yang disediakan oleh kerajaan, membuat promosi untuk
masyarakat mengambil bahagian ,memberi maklumbalas serta
turut menyumbang pelbagai sumber yang tidak disediakan oleh
kerajaan.

1.2 Bermula dari tahun 1970 , apabila KEMAS mula melaksankan


aktiviti TABIKA amalan yang sama dikekalkan dan peningkatan
prestasi penyertaan serta komitmen ahli jawatankuasa untuk
menyumbang bagi maksud untuk mempastikan perjalanan
TABIKA dan TASKA dapat diurus dengan rapi demi masa
depan kanak-kanak yang berumur 2 hingga 4 tahun.
Sumbangan mereka jelas dilihat terutama dalam menyediakan
premis yang ceria ,bersih dan selamat, melaksanakan aktiviti
kokurikulum di luar kelas ,mendapatkan pelbagai sumbangan
untuk menambah tabung bagi membiayai kos pengurusan
yang belum dibiayai oleh kerajaan.

1.3 Sehingga ini ada 8,400 TABIKA dan 300 buah TASKA seramai
102,000 Ahli Jawatankuasa dilantik dan kini menjalankan tugas
masing-masing sepertimana dalam Garis Panduan yang
disediakan.

43
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

2 OBJEKTIF

2.1 Memberi motivasi dan pengetahuan baru dalam aspek


pendidikan awal kanak-kanak serta pengupayaan kepimpinan
sebagai asas kepada pembangunan modal insan.

2.2 Mendapatkan maklumbalas dan isu-isu yang berkaitan dengan


aktiviti bagi menambah baik atau mengukuhkan program.

2.3 Menyedikan landasan untuk menyampaikan anugerah 3K


sebagai petunjuk kepada tahap kualiti premsi dan persekitaran
TABIKA dan TASKA.

3 KAEDAH PELAKSANAAN

Seminar ini akan dilaksanakan diperingkat daerah, negeri dan


kebangsan pada setiap tahun untuk merentasi semua TABIKA dan
TASKA. Jumlah penyertaan disetiap peringkat pada setiap tahun
adalah seperti Jadual 1.

Peringkat Jumlah
Kadar penyertaan
Pelaksanaan Penyertaan

Daerah Dua(2) orang wakil dari setiap 16,800


TABIKA dan TASKA

Negeri 30% dari jumlah TABIKA/TASKA 2,520


Negeri berkenaan

Kebangsaan 5% peratus dari jumlah TABIKA dan 500


TASKA setiap negeri

Jadual 1

44
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

4 ATURCARA SEMINAR

4.1 PERINGKAT DAERAH

4.1.1 SEMINAR SEHARI

Masa Tajuk Penceramah/


Petugas

9.00 pg Pendaftaran dan minum Urusetia

10.30 pg Ceramah dalam bidang Pendidikan/ Jemputan


Dan keibubapaan

12.00 tgh Perkongsian Pengalaman dari Ibu/ bapa/ Jemputan


anak tauladan

1.15 ptg Makan tengahari dan solat Urusetia

2.30 ptg Dialog – KEMAS, Pendidikan, Pemimpin PKD,PKP,PPS


Tempatan

4.00 ptg Ucapan penutup & penyampaian sijil Jemputan,PKD,PPS

5.00 ptg MInum & bersurai Urusetia

 PKD - Pegawai KEMAS Daerah


 PKP - Penyelia Kanan Perhubungan
 PPS - Penyelia Prasekolah

45
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

4.2 PERINGKAT NEGERI

4.2.1 SEMINAR DUA (2) HARI

Penceramah/
Hari Masa Tajuk Petugas

Urusetia
12.00 tgh Pendaftaran

PKMN,PP,PO
2.30 ptg Taklimat & Ucaputama

3.30 ptg Ceramah Pendidikan & Keibubapaan Jemputan

Urusetia
5.00 ptg Minum dan rihat
Pertama
Urusetia
7.00 mlm Makan & solat

Perkongsian pengalaman –pengurusan


8.30 mlm TABIKA terbaik & pertunjukan multimedia PKMN,PP,PO

11.00 Urusetia
Minum & rehat
mlm

Dialog – KEMAS Negeri/Ibu Pejabat;


PKMN, PP, PO,
8.00 pg Pendidikan; Pemimpin
Jemputan

Urusetia
10.00 pg Minum
Kedua
Majlis Penutup & Penyampaian Anugerah
PKMN, PP, PO,
11.00 pg 3K serta sijil
Jemputan

12.30 tgh Urusetia


Makan & Bersurai
mlm

 PKMN – Pengarah KEMAS Malaysia (Negeri)


 PP – Penolong Pengarah
 PO – Pegawai Operasi

46
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

4.3 PERINGKAT KEBANGSAAN

4.3.1 SEMINAR TIGA (3) HARI

Penceramah/
Hari Masa Tajuk
Petugas
2.00
Pendaftaran Urusetia
tgh

4.00 KP, TKP(O), P,


Taklimat & Ucaputama
ptg PP, PO
5.30
Minum Urusetia
ptg
Pertama 7.00
Makan & solat Urusetia
mlm

8.30 Perkongsian Pengalaman –Pengurusan KP, TKP(O), P,


mlm TABIKA Terbaik & Pertunjukan Multimedia PP, PO

11.00
Minum & rehat Urusetia
mlm
7.00 pg Sarapan Urusetia
8.00
Ceramah Pendidikan Jemputan
pg.
10.00
Minum Urusetia
pg
10.30
Ceramah Kepimpinan Semasa Jemputan
pg
12.30
Makan Urusetia
tgh
Kedua 2.00
Kerja berkumpulan P, PP, PO
ptg
5.30
Minum Urusetia
ptg.
7.00
Makan Malam Urusetia
mlm
8.00 KP, TKP(O), P,
Persembahan kumpulan
mlm PP, PO
11.00
Minum & rehat Urusetia
mlm
Ketiga 7.00 pg Sarapan Urusetia

47
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

Bertolak ke Kampung. Penerima Anugerah


8.00 pg Urusetia
3K

10.00 Majlis anugerah, Penyampaian Sijil dan KP, TKP(O), P,


pg Ucapan PP, PO
1.00
Makan & Bersurai Urusetia
ptg.

 KP – Ketua Pengarah
 TKP (O) – Timbalan Ketua Pengarah Operasi
 P – Pengarah
 PP – Penolong Pengarah
 PO – pegawai Operasi

5 ANGGARAN KOS

Daerah Negeri Kebangsaan


Jenis
Jumlah
Kos
Jumlah
Kadar Jumlah Kadar Jumlah Kadar

500
Penginapan 16,800 2,520
420,000 226,800 x100 200,000 846,800
& Makan x25 x1X90 X2

2,520
Pengangkutan 16,800 500
420,000 x50 126,000 25,000 571,000
X25 x50

Elaun gantian 16,800 2,520 500 583,500


420,000 126,000 37,500
X25 x50 x75

Elaun
Penceramah 300 x1 300 200 x3 600 400 x3 1,200 2,100

16,800 2,520 500 466,800


Alat &Bahan 336,000 100,800 30,000
x20 x40 x60

Percitakan;
Promosi/ 500 2,000
75,000 28,000 6,000 6,000 109,000
Publisiti X150 x14

Jamuan Khas - - - - 1,000


30,000 30,000
Anugerah x30

48
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

Kbg.

Pelbagai 200 38,000


30,000 500x14 7,000 1,000 1,000
X150

JUMLAH 1,701,300 615,200 329,700 2,609,200

Anggaran kos bagi setahun RM 2,609,200


Anggaran kos bagi 4 tahun RM 10,436,800

6 JADUAL PELAKSANAAN

Peringkat Pelaksanaan Tempoh Tindakan

TABIKA/TASKA Jan-Mac Mesyuarat Agong TABIKA dan


TASKA

Daerah April - Jun PKD,PKP,PPS

Negeri Jun - Ogos PKMN,PP,PO

Kebangsaan September KP,TKP(O),P,PP,PO

7 JANGKAAN IMPAK

7.1 Menyediakan pelapis pemimpin yang dinamik dan bersedia


untuk menyumbang kepada Negara sebagai asas kepada
pembangunan modal insan.

7.2 Mendapatkan maklumbalas secara langsung dari kumpulan


sasar secara berterusan bagi tujuan penambahbaikan

49
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

7.3 Menyampaiakn mesej dan dasar kerajaan untuk disampaikan


kepada kumpulan sasar yang lain melalui program TABIKA
dan TASKA.

8 PENUTUP

Garis Panduan ini akan mnejadi panduan kepada pihak perancang


dan pelaksana untuk melaksankan aktiviti pengupayaan kepada Ahli
Jawatankuasa TABIKA dan TASKA sebagai asas kepada
pembangunan modal insan masyarakat luar bandar.

50
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

RUJUKAN

AHLI - AHLI KUMPULAN BAHAGIAN / NEGERI

Cik Rugayah bt. Abdul


Ketua i. Penolong Pengarah Negeri Perak
Rahman

Ahli - Ahli ii. Puan Noraini bt Samad Pegawai Operasi, Melaka

Cik Hjh. Latifah bt. Mohd.


iii. Penyelia Kanan KEMAS Johor
Sidin

Penyelia Prasekolah Lembah


iv. Cik Radziah bt. Kassim
Pantai, W. Persekutuan

Penyelia Prasekolah Hulu


v. Puan Dayang bt. Zahid
Terengganu, Terengganu

Penyelia Prasekolah, Bentong,


iv. Puan Norihan bt Yusof
Pahang

Pembantu Pembangunan
iiv. Puan Norizan bt. Hussain
Setiausaha Masyarakat N. Sembilan

51
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 5: GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA TABIKA/TASKA KEMAS

RUJUKAN

AHLI - AHLI KUMPULAN BAHAGIAN / NEGERI

En Mohamed Noor Affendy Pegawai KEMAS Daerah Tumpat,


Ketua i.
b. Dato’ Ameerudeen Kelantan

Puan Noraidahbinti Penyelia Prasekolah Parit Sulong,


Ahli ii.
Tukiman Johor

Pembantu Pembangunan
Setiausaha iiv. Puan Norizan bt. Hussain
Masyarakat Wilayah Persekutuan

52

You might also like