Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Ruj.

Kami : MSNMZS/PLDJB/( )
Tarikh : Januari 2024
Sesiapa Yang Berkenaan

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK PASUKAN PLD JOHOR BAHRU BAWAH 15 TAHUN


(BOLA SEPAK)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, SMK. Tasek Utara adalah merupakan Pusat Latihan Daerah (PLD) bagi
sukan bola sepak Daerah Johor Bahru. Program ini merupakan program nasional di bawah seliaan
Kementerian Belia dan Sukan dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pasukan ini akan
bertanding di dalam pelbagai kejohanan antaranya Liga PLD peringkat negeri dan kebangsaan.

3. Sehubungan dengan itu, pasukan PLD Johor Bahru bawah 15 tahun ingin memohon sumbangan
seperti jersi dan kelengkapan pakaian perlawanan, peralatan bola sepak, air mineral dan belanja runcit
untuk menampung perbelanjaan sepanjang persiapan ke kejohanan tersebut. Justeru, kami mengucapkan
jutaan terima kasih di atas keprihatinan tuan terhadap perkembangan pasukan NFDP PLD Johor Bahru.

4. Sebarang kemusykilan dan sumbangan tuan boleh disalurkan terus kepada Encik Nazri Bin
Naim (no. Tel : 012-7320646) selaku Pengurus Pasukan PLD Johor Bahru bawah 15 tahun atau ke akaun
Bendahari Pasukan PLD bawah 15 tahun seperti di bawah:

Maybank Berhad (151539071860)


Normaslina Binti Mohd
No. Tel : 012-7320645

5. Kesudian tuan untuk membantu pasukan PPBN/NFDP Johor Bahru bawah 15 tahun amatlah
dialu-alukan. Kecaknaan dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD HAZWAN BIN NATENAN)


Jurulatih U15 PLD JOHOR BAHRU
Johor Darul Takzim.

You might also like