Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERTANDINGAN SYARAHAN

TAHUN 2022

BIL CUE ANN


Ketibaan tetamu

Aluan Selamat datang ke majlis, saya Leong Wei Xuan, saya Hong Yen
Yee kami pengacara majlis pada pagi ini . Pihak majlis merakamkan
ucapan terima kasih atas kesudian para tetamu untuk menyerikan
lagi majlis pada pagi ini.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Pengetua Encik


Cheng Chee Wah bagi merasmikan Pertandingan Syarahan Bahasa
Malaysia bagi Tahun 2022. Dipersilakan.

Terima kasih Encik Cheng Chee Wah.

Sekarang majlis akan memperkenalkan barisan hakim. Hakim


pertama pertandingan syarahan hari ini ialah Cik Lee Yee Wan.
Hakim Kedua Cik Ong Ying Ying. Hakim Ketiga Encik
Gunasegaran dan Hakim Keempat Encik Tan Wai Huat.
Keputusan hakim adalah muktamad.
Majlis dimulakan dengan pertandingan bagi kategori B
 Peserta pertama untuk kategori B pelajar Leow Xue Ling
daripada kelas J1Zhen dengan tajuk syarahannya
Kepentingan Hidup Berjiran, dipersilakan.
 Peserta seterusnya pelajar Chan Kin Wai daripada kelas
J1Shan dengan tajuk syarahannya Masalah Kesesakan
Jalan Raya dipersilakan.
 Seterusnya kita mempersilakan peserta Lam Yi Hen daripada
kelas J2Shan dengan tajuk syarahannya Kepentingan
Kegiatan Kokurikulum kepada murid-murid.
 Peserta seterusnya pelajar Tong Zhi Dong daripada kelas
J2Shan dengan tajuk syarahannya Kepentingan Disiplin
kepada Murid-murid, dipersilakan.
 Peserta seterusnya pelajar Kong Xi Wen daripada kelas
J2Zhen dengan tajuk syarahannya Kebaikan Kemajuan
Sains dan Teknologi kepada Manusia, dipersilakan.
 Peserta seterusnya pelajar Chew Ching Ching daripada
kelas J2Zhen dengan tajuk syarahannya Cara-cara
memulihara Alam Sekitar, dipersilakan.
 Peserta seterusnya pelajar Ngan Wai Man daripada kelas
J3Zhen dengan tajuk syarahannya Budi Bahasa Cermin
Diri, dipersilakan.
 Peserta akhir sekali bagi pertandingan kategori B ialah
pelajar Ang Chong Min daripada kelas J3ZHEN dengan
tajuk syarahannya Persekitaran Sekolah yang Baik turut
mempengaruhi Prestasi Pelajar. Silakan.

Nampaknya masa agak mencemburui kita, masa pertandingan untuk


kategori B sudah pun sampai di penghujung.
Selepas ini, marilah kita saksikan pertandingan kategori A

 Pertandingan kategori A yang dinanti-nantikan sudah tiba,


majlis menjemput peserta pertama pelajar Lim Zhi Qi
daripada kelas S3 ART dengan tajuknya Mengenang Jasa
Ibu Bapa.
 Peserta seterusnya pelajar Chan Yin Ying daripada kelas
S3Sains dengan tajuk syarahannya Budi Bahasa Budaya
Mulia, dipersilakan.
 Peserta seterusnya pelajar Gan Rong Shen daripada kelas
S3Sains dengan tajuk syarahannya Alam Sekitar,
dipersilakan.
 Peserta seterusnya pelajar Chong Ye Kang daripada kelas
S2ART dengan tajuk syarahannya Kitar Semula Dapat
Mengurangkan Pembaziran, dipersilakan
 Peserta seterusnya pelajar Lee Hoi Yee daripada kelas
S2ART dengan tajuk syarahannya Pencemaran Udara dan
Air, dipersilakan
 Peserta seterusnya pelajar Yip Pei En daripada kelas
S2Sains dengan tajuk syarahannya Kepentingan
Menguasai Bahasa Asing, dipersilakan
 Peserta seterusnya pelajar Lee Zhan Hui daripada kelas
S2Sains dengan tajuk syarahannya Langkah-langkah
Mengawal Penularan Penyakit Berjangkit, dipersilakan
 Peserta seterusnya pelajar Chew Hong Yit daripada kelas
S1Sains dengan tajuk syarahannya Amalan Membaca
Wajar Dipupuk Sejak Kecil, dipersilakan
 Peserta seterusnya pelajar Loke Ching Yuek daripada kelas
S1ART dengan tajuk syarahannya Peranan Komputer
Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran, dipersilakan
 Peserta akhir sekali bagi pertandingan kategori A ialah pelajar
Khoo Zheng Yi dengan tajuk syarahannya Pentingnya
Persatuan-persatuan di sekolah. Silakan.

Pertandingan syarahan bagi kategori A sudah pun tamat. Kita


menunggu keputusan daripada barisan panel hakim.

Penyampaian Hadiah Nama para pemenang telah diketahui, para hadiran… adakah anda
juga menanti-nantikan saat ini?
Majlis mempersilakan Tuan Pengetua untuk naik ke pentas bagi
upacara penyampaian hadiah.
Tempat Ketiga jatuh pada ____________, tahniah diucapkan.
Tempat Kedua jatuh pada ____________, tahniah diucapkan.
Saudari _________ kamu rasa pemenang juara tahun ini jatuh
kepada siapa?
Tanpa melengah-lengahkan masa mari kita umumkan Tempat
Pertama Kategori B jatuh kepada pelajar ______________. Tahniah
pelajar ____________.
Majlis diikuti dengan penyampaian hadiah Kategori A.
Tempat Ketiga jatuh pada ______________, tahniah,tahniah!
Tempat kedua jatuh pada ________________, tahniah diucapkan.
Tempat Pertama bagi pertandingan syarahan Bahasa Malaysia
tahun 2022 jatuh pada __________________. Tahniah,tahniah!

Perasmian penutup Kita telah sampai ke penghujung majlis pertandingan syarahan


Bahasa Malaysia tahun 2022, izinkan saya mengakhiri majlis dengan
serangkap pantun:

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan
Sekian, terima kasih.

You might also like