Document111111 (AutoRecovered)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Pengenalan Perniagaan

Saya Joshua Yii Ming Yih dan rakan saya Yong Xing Ying ialah pemilik Butik
Joshua & Yong yang menjual pakaian. Perniagaan ini ditubuhkan pada 1Julai 2023. Saya
telah menyewa sebuah kedai di pusat beli belah City Mall yang beralamat Lot M-2-2,City
Mall,Jalan Lintas, Lintas, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Kami menjalankan perniagaan jualan pakaian secara tunai di pusat membeli belah.
Produk jualan kami terdiri daripada baju cheongsam, baju jersi badminton, baju sukan dan
seluar sukan. Saya mendapat bekalan pakaian secara Kredit daripada dua orang pembekal
initu Pemborong Pakaian Kelvin dan Pemborong LG.

Untuk melicinkan perniagaan, saya dibantu oleh dua orang pekerja yang dibayar gaji
RM 1, 500 sebulan seorang. Nama mereka ialah Noel Ng dan Nick Owen. Mereka bekerja
shift iaitu sama ada 9:00 pagi - 6:00 petang atau 1:30 petang - 10:30 malam.

Sebab-sebab saya memilih perniagaan butik adalah segala pengalaman atau


pandangan rakan dapat dikongsi untuk menyelesaikan masalah Kewangan seperti aliran
tunai, pentadbiran, pemasaran dan lain -lain, dan pekongsi yang mempunyai kemahiran,
pengetahuan dan pengalaman yang berlinan boleh melaksanakan pengkhususan kerja
berdasarkan kemahiran dan Kepakaran tersendiri.

Kelebihan perniagaan butik ini ialah lokasi premis di pusat membeli belah adalah
strategik. Banyak pelanggan mengunjungi pusat membeli belah khasnya hujung minggu dan
hari cuti umum.

Walau bagaimanapun, perniagaan saya tetap mempunyai risiko. Risiko yang akan
saya hadapi ialah kami menghadapi banyak persaingan di pasaran kerana terdapat beberapa
kedai butik di pusat membeli belah tersebut.
(u) Cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang

Perniagaan kami, telah memperoleh untung bersih sebanyak RM37,115 setakat bulan Julai
ini. Meninjau keputusan nisbah keberuntungan bulan Julai, perniagaan saya berjaya
memperoleh untung bersih yang agak memuaskan. Di mana peratus untung bersih atas jualan
dan kadar pulangan atas modal telah mencapai matlamat 13% dan 31% masing-masing.

Di samping itu, prestasi tempoh pembayaran hutang yang dalam 15hari juga menunjukkan
kemampuan menjelaskan hutang yang memang cekap.

Belanjawan Tunai perniagaan kami bagi tiga bulan berakhir Oktober 2023 menunjukkan
lebihan tunai yang berterusan iaitu Ogos RM16,493, September RM34,275 dan Oktober
RM54,115. Keadaan ini menunjukkan aliran tunai perniagaan adalah menggalakkan.

a. Cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan


Berdasarkan analisis nisbah dan belanjawan, kami merancang beberapa cadangan untuk
meningkatkan prestasi perniagaan butik kami:

(i) Mempelbagaikan jenis barang niaga dan barang jualan sampingan


Untuk menambahkan lagi pilihan pelanggan, kami cadang mempelbagaikan jenis pakaian
seperti pakaian trendi yang lebih menarik perhatian orang muda.

Selain itu, kami juga boleh menjual aksesori fesyen seperti rantai leher, tali pinggang fesyen
dan beg. Jualan aksesori fesyen akan mendatangkan pendapatan tambahan kepada
perniagaan.

(ii) Memudahkan pembayaran

Kami juga bercadang memperkenalkan pembayaran seperti QR Pay, Boost, ewallet, dan
mana- mana yang memudahkan pembayaran.

(iii) Meningkatkan promosi jualan dan tempahan online

Kami ingin memperkenalkan produk serta meningkatkan promosi jualan melalui media social
seperti Facebook dan Instagram. Tempahan online juga dapat memudahkan jualan pakaian
butik.

(iv) Peragaan butik yang menarik

Kami juga cadangkan peragaan serta hiasan butik dipertingkatkan dengan lebih menarik dan
cantik. Tindakan ini akan menarik prehatian dan minat pelanggan agar mereka terpikat untuk
mengunjungi butik kami.

(v) Penyertaan dalam pameran dan pengiklanan

Penyertaan dalam pameran atau anjuran agensi kerajaan setempat seperti DBKK atau
MATRADE dapat menambah popularity jenama butik kami. Selain itu, melalui promosi dan
pengiklanan, perniagaan kami dapat menarik lebih ramai pelanggan mengunjungi butik kami.
b. Cadangan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan

Bagi meningkatkan pretasi jangka panjang, kami bercadang untuk melaksanakan beberapa
tindakan seperti:

(i) Cadangan membuat pelaburan

Kami bercadang melaburkan lebihan tunai yang berterusan ke dalam skim pelaburan yang
bersesuaian untuk menjana pendapatan sampingan bagi perniagaan.

(ii) Cadangan memperbesarkan perniagaan

Kami boleh memperluas pasaran dengan membuka cawangan di lokasi berlainan yang
perpotensi sama ada di bandar yang sama atau di daerah lain.

(iii) Mengeluarkan produk berjenama sendiri

Kami juga berancang untuk mengeluarkan jenama pakaian sendiri. Kami akan mengurangkan
belian pakaian daripada pembekal sekiranya pakaian jenama kita mendapat sambutan yang
baik

(iv) Mengurangkan kos operasi.

Kami boleh membuat kajian yang lebih teliti dan menentukan strategi yang boleh
dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi perniagaan butik kami.
(v) Rumusan
RUMUSAN

Perniagaan kami, Perniagaan Butik Joshua dan Yong, telah mengamalkan konsep, prinsip dan
andaian perakaunan dalam merekod urus niaga dalam buku-buku perakaunan. Antaranya
ialah:

(i) Konsep entiti berasingan

Konsep entiti berasingan telah menyatakan bahawa perniagaan dan pemiliknya dianggap
sebagai dua entiti yang berlainan. Oleh sebab itu, ambilan barang niaga oleh pekongsi
dicatatkan ke Akaun Ambilan buku akaun perniagaan.

(ii) Prinsip catatan bergu

Prinsip catatan bergu menyatakan setiap urus niaga direkodkan dalam dua akaun yang
berasingan di sebelah yang bertentangan dengan amaun yang sama. Contohnya, belian
lengkapan dengan cek, akaun yang didebitkan ialah Akaun Lengkapan manakala akaun yang
dikreditkan ialah Akaun Bank.

(iii) Wang sebagai ukuran


Perniagaan kami merekodkan semua urus niaga dalam nilai Ringgit Malaysia.
(iv) Tempoh perakaunan
Tempoh perakaunan perniagaan ialah selama 12 bulan, mulai 1 Julai 2023 sehingga 30 Jun
2024.

(v) Konsep ketekalan.


Konsep ini menerangkan kaedah perakaunan yang digunakan harus diteruskan dari satu
tempoh perakaunan ke tempoh perakaunan yang akan datang. Sebagai contoh, Lengkapan
disusutnilaikan mengikut kaedah garis lurus. Kaedah susut nilai bagi aset bukan semasa ini
tidak ditukar.

Bagi aspek EMK (Elemen Merentas Kurikulum), kami telah mempelajari:

(i) Pendidikan kewangan


Kami telah mempelajari cara menyediakan penyata kewangan yang lengkap daripada
dokumen- dokumen perniagaan sehingga ke penyata kewangan.

(ii) Keusahawan
Ciri keusahawan seperti amanah dan bertanggungjawap telah diterapkan dalam
mengendalikan perniagaan kami untuk memacu idea ke pasaran.

(iii) Kreativiti dan inovasi


Kreativiti dan inovatif telah diaplikasikan dalam menjana idea untuk meningkatkan prestasi
perniagaan.

You might also like