Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG

Jalan Masjid Batu 14, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

KERTAS KERJA

PERMOHONAN MEMBAIKI DAN MENAIKTARAF PAGAR


SK PUCHONG
PERMOHONAN MEMBAIKI DAN MENAIKTARAF PAGAR SK PUCHONG

Perkara PERMOHONAN MEMBAIKI DAN MENAIKTARAF PAGAR SK


PUCHONG

Dikemukakan kepada PROGRAM BANTUAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR

Dikemukakan oleh PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SERTA KUMPULAN SARANA IBU
BAPA SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG (SKP)

1. Tujuan Permohonan ini dikemukakan untuk membaiki dan menaiktaraf


pagar sekolah

2. Rasional a. Merupakan salah satu inisiatif pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru
serta Kumpulan Sarana Ibu Bapa SKP untuk menambah baik
infrastruktur sekolah agar lebih memberi keselesaan kepada
warga sekolah.
b. Sangat risau dengan keselamatan anak-anak terancam dengan
gangguan dari anjing-anjing liar yang bebas keluar masuk ke
perkarangan sekolah walaupun pelbagai inisiatif yang telah
dilaksanakan oleh pihak sekolah
c. Menjaga kerosakkan harta benda dan juga lankskap-lanksap yang
pernah dirosakkan oleh anjing-anjing liar.
d. Menjaga kebersihan sekolah dari benda-benda asing yang telah
ditinggalkan oleh anjing-anjing ini seperti bangkai haiwan dan
najis-najis.

a. Menjaga keselamatan murid-murid dari ancaman anjing-anjing


3. Objektif
liar yang bebas keluar masuk sekolah.
b. Memastikan infrastruktur sekolah adalah selamat untuk
mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.
c. Melengkapkan infrastruktur bangunan dan mewujudkan rasa
seronok kepada murid untuk hadir ke sekolah.
d. Membantu untuk meningkatkan tahap keceriaan sekolah.
4. Jawatankuasa Penasihat : En. Mohd Anuar bin Yahya

Pengerusi : En. Khairul Nidzzam bin Khairudin

Naib Pengerusi : Pn. Syamimi binti Che Razmi

Setiausaha : Pn. Syazwanie binti Mohamed

Bendahari : En. Wan Muhammad Bukhari bin


Wan Mohd Yusof

5. Anggaran
Perbelanjaan Sila rujuk Lampiran 1

6. Peruntukan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor


Kewangan

Yang menjalankan amanah:

( KHAIRUL NIDZZAM BIN KHAIRUDIN )


Yang Di Pertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Puchong.
Lampiran 1
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PROJEK JUSTIFIKASI PROJEK ANGGARAN


PERBELANJAAN

1. Menaiktaraf dan Pada masa ini, pagar ‘chainlink’ telah 1500sqft x RM13.00
membina tembok batu banyak yang rosak dan perlu dibaiki.
di kawasan belakang SK Banyak kejadian anjing liar menceroboh = RM19,500.00
Puchong kawasan sekolah. Ini secara tidak
langsung menimbulkan suasana yang
tidak selamat untuk warga SK Puchong
Material:
Tembok batu dengan
lepaan simen dan di cat
dengan warna yang
sesuai

Ukuran:
300 kaki (Panjang) x 5
kaki (Tinggi)
Lampiran 2

GAMBAR PAGAR YANG TELAH DIROSAKKAN OLEH ANJING-ANJING LIAR

Pagar yang telah dirosakkan berulang kali oleh anjing-anjing liar

Sudut tepi pagar yang semakin roboh

You might also like