Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 6 Sesi 2023/2024
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN: Untuk Kegunaan Pemeriksa


1. Buka kertas ujian ini apabila Nama Pemeriksa:
diberitahu.
Markah Markah
2. Tulis nama dan nama kelas kamu Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
pada ruang yang disediakan.
A 1-10 10
3. Jawapan anda hendaklah ditulis
pada ruang jawapan yang 1 5
disediakan di dalam kertas ujian B
ini. 2 5

4. Kertas ujian ini hendaklah C 1 10


diserahkan kepada guru bertugas D 1 20
pada akhir ujian.
Jumlah 41

011
2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Suara murid yang memenangi Pertandingan Bintang Kecil itu ____________ merdu.
A agak
B sekali
C sungguh
D benar

2 Ibu bapa pasti berasa gembira sekiranya anak-anak ____________ berjaya dalam
pelajaran.
A nya
B dia
C beliau
D mereka

Soalan 3
Pilih ayat yang betul.
3
A Makanlah ubat ini jikalau kamu cepat sembuh.
B Kumar akan menggantikannya sejak dia tidak hadir.
C Syikin gemar bermain permainan video serta abangnya tidak.
D Semua ahli keluarga Chen memakai cermin mata kecuali ibunya.

011
3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SUBANG JAYA, 9 November – Kempen keceriaan telah diadakan di SJKT Mawar. Kempen
itu diadakan untuk menceriakan kawasan sekolah dan dirasmikan oleh pegawai pendidikan
daerah.

Warga sekolah telah bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Ibu bapa


menanam pokok bunga di taman sains untuk mencantikkan kawasan itu. Pekerja dan
beberapa orang guru mengecat dinding tandas supaya kelihatan bersih. Danish, Selva dan
beberapa orang rakan melukis mural pemandangan air terjun pada dinding bangunan
sekolah.

4 Siapakah yang menanam pokok bunga di taman sains?


A Warga sekolah
B Guru-guru
C Ibu bapa
D Pekerja

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Kempen kebersihan sekolah telah diadakan di SJKT Mawar.
B Murid-murid dan guru-guru sahaja yang menyertai kempen ini.
C Tujuan kempen ini adalah untuk menceriakan kawasan sekolah.
D Guru Besar telah merasmikan Kempen Keceriaan SJKT Mawar.

6 Berikut ialah aktiviti untuk menceriakan kawasan sekolah berdasarkan petikan kecuali
A mengecat dinding bangunan sekolah.
B melukis mural pada dinding sekolah.
C menanam pokok bunga di taman sains.
D membersihkan sekolah dengan bergotong-royong.

011
4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

Jia Wen dan Melisa ialah rakan karib. Mereka disenangi oleh guru-guru kerana
mempunyai adab yang baik. Mereka suka membantu rakan-rakan dalam pelajaran.

Jia Wen dan Melisa aktif dalam sukan. Mereka berjaya menjadi johan dalam
pertandingan badminton acara beregu di peringkat negeri. Guru Besar menyampaikan
sijil dan hadiah kepada mereka semasa perhimpunan rasmi sekolah.

BAHAN 2

011
5 011

7 Guru-guru menyukai Jia Wen dan Melisa kerana mereka


A beradab baik.
B berkawan rapat.
C memenangi pertandingan.
D membantu dalam pelajaran.

8
Guru Besar menyampaikan sijil dan hadiah kepada mereka semasa perhimpunan
rasmi sekolah.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A helai.
B lembar.
C keping.
D naskhah.

9 Perkataan aktif dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A cergas.
B cekap.
C hebat.
D pantas.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas


A Murid cemerlang fokus kepada kokurikulum sahaja.
B Jia Wen dan Melisa pemain beregu acara badminton.
C Guru besar menyampaikan hadiah sahaja bagi pertandingan itu.
D Guru perlu beradab dan berbudi bahasa untuk menjadi cemerlang.

011
6 011

Bahagian B
[10markah]
[1 markah]

Soalan 1
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya .

Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara kita. Terdapat pelbagai
langkah yang boleh kita ambil supaya selamat di jalan raya. Antaranya, melintas jalan
raya apabila lampu isyarat pejalan kaki bertukar warna hijau dan menunggu ketika
warna merah.

Jejantas juga disediakan kepada pejalan kaki untuk melintas agar tidak bersesak-
sesak ketika kenderaan berpusu-pusu di jalan raya. Selain itu, kita hendaklah
mengayuh basikal dalam satu barisan, tidak saing-menyaing antara satu sama lain dan
sentiasa berhati-hati.

1 (a) Kita boleh melintas jalan raya apabila lampu isyarat pejalan kaki berwarna
____________.
[1 markah]

(b) Apakah cara menunggang basikal yang selamat ketika berada di jalan raya?

[2 markah]

(c) Bulatkan satu kata ganda separa yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Jejantas juga disediakan kepada pejalan kaki untuk melintas agar tidak
bersesak-sesak ketika kenderaan berpusu-pusu di jalan raya.

[1 markah]

011
7 011

(d) Pilih dan tuliskan (BETUL) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang
diberikan.

Terdapat pelbagai langkah supaya selamat di jalan raya.

Kita boleh ambil pelbagai langkah supaya selamat di jalan raya.

Pelbagai langkah yang boleh kita ambil supaya jalan raya


selamat.

[1 markah]

011
8 011

Soalan 2
Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

Ibu mahu menemani kamu dalam pertandingan bercerita. Dalam perjalanan tersebut
kereta yang dipandu oleh ibu kamu mengalami kerosakan. Semasa menunggu
mekanik tiba, seorang kawan ibu kamu datang dan menawarkan diri untuk
menghantar kamu ke tempat pertandingan.

2 Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang patut kamu lakukan?

[5 markah]

011
9 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan cinta akan negara.

Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara menyayangi negara.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

011
10 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah
antara 50 hingga 80 patah perkataan.
KELUARGA HARMONI

1 Tuliskan sebuah cerita berdasarkan gambar di atas.

ATAU

2 Tuliskan sepucuk surat kepada rakan kamu untuk bercerita berdasarkan gambar di atas.

011
11 011

011
12 011

[20 markah]

011 KERTAS UJIAN TAMAT

You might also like