Sistem Sosial Dan Susun Lapis Masyarakat Di Vietnam Pada Abad Ke 19

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

SISTEM SOSIAL

Sistem sosial bermaksud susun lapis masyarakat berasaska hieraki.Setiap lapisan masyarakat mempunyai
kedudukan dan fungsi yang tersendiri.

Sistem sosial masyarakat di Asia Tenggara pada abad ke 19 berbentuk tradisional dan berasaskan kepada
sistem feudal.Struktur sisitem sosial berbentuk piramid dan dibahagikan mengikut kelas iaitu golongan pemerintah dan
yang diperintah.Kedudukan individu dalam masyarakat berdasarkan keturunan atau warisan . Kedua-dua kelas ii saling
bergantungan dan memerlukan. Golongan pemerintah terdiri daripad araja,anak raja, bangsawan,pembesar,pemimpin
agama dan pendeta.Manakala golongan yang diperintah pula ialah rakyat biasa dan hamba.

KONSEP SUSUN LAPIS MASYARAKAT

Susun lapis masyarakat (SLM) bermaksud pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas sosial
yang tersusun berasaskan hieraki tertentu. SLM menyebabkan wujudnya perbezaan taraf dalam masyarakat sari aspek
kedudukan,kekayaan,kekuasaan,gaya hidup,peluang, hak, serta tanggungjawab masing-masing dalam masyarakat.
Kebiasaannya taraf seseorang berdasarkan kepada keturunan, hubungan keluargaan,pangkat dan kedudukan. Namun
taraf sesorang itu juga berdasarkan kepada warisan atau taraf yang telah tersedia melalui keturunan dan tidak akan
terjejas walaupun berlaku perubahan tugas atau pekerjaan. Taraf kedudukan juga boleh diperolehi berdasarkan taraf
capaian, terutama jika mempunyai keistimewaan dalam memberi khidmat kepada pemerintah.

SUSUN LAPIS MASYARAKAT DI VIETNAM

Sistem sosial di Vietnam menunjukkan kedudukan seseorang mengikut hieraki iaitu terdiri daripada golongan yang
memerintah dan yang diperintah.Susun lapis masyarakat di Vietnam terdiri daripada:

Maharaja

Golongan ini menduduki lapisan teratas dalam hieraki sosial masyarakat dan mewarisi takhta secara warisan atau
dinasti seperti Nguyen dan Tuc.Maharaja mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan pusat, pemilikan tanah dan
harta.Amalan system feudal berpengaruh dari Negara China yang mengamal “mandate dari syurga”.Maharaja dianggap
suci serta dikaitkan dengan ajaran Buddha dan diwajibkan mendapat pendidikan Conficius.

Semasa majlis pertabalan maharaja,wakil daripada maharaja China akan melakukan upacara pertabalan dan memberi
pengiktirafan kepada maharaja Vietnam yang baru dilantik, dan maharaja Vietnam tersebut dianggap sebagai
pemerintah yang sah dan berwibawa.

Kebijaksanaan dan kewibawaan Maharaja dalam pemerintahan mempengaruhi kesejahteraan rakyat dan Negara.Jika
maharaja menyalahguna kuasa terhadap rakyat, maka mandat yang diterima dari tuhan akan hilang.Kesannya, Negara
akan menghadapi musibah seperti bencana alam, atau peperangan.
QUAN ATAU MANDARIN

Quan menduduki hieraki kedua elepas maharaja dalam SLM di Vietnam.Mereka membantu maharaja dalam
pemerintahan dan mempunyai bidang kuasa yang besar serta sengat berpengaruh kerana mereka merupakan
pemerintah sebenar yang bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas maharaja.Mereka mendapat sokongan dan
penghormatan daripada rakyat. Mereka juga dianggap penjamin,penegak keadilan,pentafsir undang-undang dan
bertindak sebagai pegawai kehakiman.

Quan yang utama dan bertaraf tinggi ialah Quan Awam.Ketua-ketua Quan merupakan golongan yang berpendidikan
tinggi berdasarkan keupayaan mereka menguasai ajaran Conficius. Pegawai awam juga terdiri daripada rakyat biasa jika
mereka pintar dan berpendidikan Conficius.

Golongan Quan menjadi perantara antara rakyat dengan Maharaja dan bertanggungjawab menyampaikan maklumat
atau perintah dari[ada maharaja kepada rakyat. Quan juga ditugaskan mengetuai kementerian seperti Kementerian
Kewangan dan Kementerian Kehakiman. Mereka juga mengutip cukai, menjaga kebajikan rakyat dan keamana Negara
serta mengetuai segala upacara keagamaan. Hal ini membuktikan wujudnya mobiliti sosial dalam masyarakat. Mobiliti
sosial bermaksud pergerakan individu atau kumpulan antara kedudukan yang berbeza dalam hieraki stratifikasi sosial
masyarakat. Mobiliti sosial adalah peluang yang diberikan kepada status sosial seseorang untuk menaikkan taraf diri
daripada tahap yang rendah ke aras yang lebih baik.

Pembesar komun atau kampong merupakan golongan pembesar yang paling rendah yang dilantik dalam kalangan
masyarakat kampong yang terdiri daripada orang tua yang bijak serta berpengalaman.Mereka mendapat kelulusan
daripada pihak istana serta bertanggungjawab menjalankan perintah dan arahan daripada pihakm istana,
mendamaikan pergaduhan serta mengutip cukai.

PETANI

Golongan ini menduduki tempat ketiga dalam hieraki masyarakat , merupakan rakyat biasa dan mewakili golongan
terbesar dalam masyarakat. Mereka tidak berkuasa dalam pemerintahan. Mereka bertani secara sara diri seperti
menanam padi yang membantu peningkatan ekonomi Vietnam.Oleh itu, golongan petani dipandang sangat tinggi
dalam masyarakat kerana berperanan membekalkan makanan kepada penduduk .

Petani diwajibkan membayar cukai dan terpaksa menyumbangkan tenaga dalam urusan kerajaan seperti membina
empangan dan tali air bagi tempoh Antara 20 sehingga 60 hari setahun. Selain bertani rakyat biasa juga menjalankan
ativiti seperti menghasilkan tembikar, barangan logam serta menenun kain.

HAMBA

Golongan ini menduduki lapisan yang paling bawah dalam hieraki sosial di Vietnam. Mereka juga merupakan bekas
penjenayah dan dihantar ke kem tentera di sempadan untuk membuka tanah baru bagi kerja pertanian, Setelah tamat
tempoh hukuman,mereka dibebaskan dan boleh menjadi petani di tanah yang diusahakan oeleh mereka.

You might also like