Surat Mohon Guna Dewan Ikbn

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN KINCHIR


26650 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 011-65731317/ 011-65731655
Emel : CBA5035@moe.edu.my

Ruj Kami : SKKCR.600-3/5/8(01)


Tarikh : 23/06/2023
Pengarah,
Institusi Kemahiran Belia Negara
KM 55 Jalan Kuantan Segamat,
Paloh Hinai,
26650 Pekan.

Tuan,

MEMOHON MENGGUNAKAN DEWAN IKBN DAN MEMINJAM PERALATAN


SUKAN SEPAK TAKRAW UNTUK KEJOHANAN SUKAN SEPAK TAKRAW
BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT ZON PALOH HINAI.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, pertandingan ini melibatkan 10 buah sekolah yang
berada di bawah Zon Paloh Hinai. Berikut merupakan butiran pertandingan :
TARIKH : 12 Julai 2023 (RABU)
MASA : 8.00 pagi
BILANGAN : 70 0rang (50 Orang Peserta dan 20 orang Urusetia)

3. Besarlah harapan kami agak pihak tuan dapat memberi pertimbangan dan meluluskan
permohonan pihak kami untuk menggunakan Dewan IKBN dan peralatan sukan sepak takraw
bagi kejohanan Sepak Takraw pada 12 Julai 2023.

4. Sebarang pertanyaan dan keterangan berkaitan kejohanan tersebut, pihak tuan boleh
menghubungi Puan Nor Sabariah binti Abdul Samad, GPK Kokurikulum SK Kinchir di talian
013-2103242.

5. Semoga mendapat tindakan serta pertimbangan daripada pihak tuan agar Kejohanan
Sukan Sepak Takraw Zon Paloh Hinai dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ucapan terima
kasih di atas sokongan, keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan.
Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

……………………………..
(KAMSIAH A/P KANSAR)
Pemangku Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kinchir

SK 1. Fail Sekolah

You might also like