View of Penggunaan Kaedah Visualisasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Perbendaharaan Kata Bahasa Inggeris

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 6
ar ioral Da Poncitinr eISSN: 2682-201] Fok, 3, No.3, 44-449, 2021 htnayme nohe gos mide pioidod Penggunaan Kaedah Visualisasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Perbendaharaan Kata Bahasa Inggeris (Using Method Visualization in the Teaching and Learning of English Vocabulary) Ngui Ching Ching", Nurfaradilla Mohamad Nasri! + Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, Malaysia *Pengarang Koresponden: p105835@siswa.ukm.edu.my Accepted: 15 October 2021 | Published: 1 November 2021 Abstrak: Penguasaan Perbendaharaan kata Bahasa Inggeris merupakan kemahiran yemg penting bagi pelajar yang belajari bahasa asing iaitu Bahasa Inggeris. Kaedah pengajaran perbendaharaan kata bermasalah kerana banyak pelajar tidak memahami perbendaharaan kata. Dalam ini, pengkaji meneroka keberkesanan teknik visualisasi dalam pengajaran perbendaharaan kata Bahasa Inggeris sebagai salah satu teknik pengajaran yang berkesan. Kata kun penguasaan, kaedah, visualisasi, perbendaharaan kata bahasa inggeris Abstract: Mastery of English Vocabulary is an important skill for students who learn a foreign language, English. Vocabulary teaching methods are problematic because many students do not understand the meanings of vocabulary. In this, the researcher explores the effectiveness of visualization techniques in teaching English vocabulary as one of the effective teaching techniques. Keywords: mastery, method, English vocabulary 1. Pengenalan Dalam meniti arus kemodenan ini, Bahasa Inggeris menjadi bahasa penghantar di peringkat global, negara mampu bersaing setaraf dengan negara maju ke arah cemerlang. Penguasaan Bahasa Inggeris menjadi kehendak di seluruh negara yang ingin bersaing dengan global. Rakyat mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris dengan taraf tinggi maka terdapat persediaan sebelum menceburi diri dalam kerjaya. Kebanyakan perniagaan antarabangsa mengadakan perjumpaan dalam Bahasa Inggeris, universiti mengajar kursus dalam Bahasa Iggeris dan juga berbahasa Inggeris semasa melancong ke seluruh dunia. Bahasa Inggeris menjadikan tanda penting pada media, aktiviti perdagangan dan perniagaan. Bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi dari $3 negara dan ia digunakan sebagai bahasa lingua franca oleh orang-orang dari seluruh, dunia (Britsh Study Centres, tth.). Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua di Malaysia (Hasimi Muhamad, 2019). Kesedaran Kementerian Pendidikan Malaysia tentang pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris, dalam kalangan pelajar Malaysia, maka Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Program Dwibahasa (DLP) dalam pengajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk Teknologi dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mulai tahun 2018, Pelaksanaan ini selaras dengan 444 CCopysisht © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All sight reserved ioral Da Poncitinr eISSN: 2682-201] Fok, 3, No.3, 44-449, 2021 htnayme nohe gos mide pioidod anjakan kedua dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu memastikan setiap murid menguasai kemabiran dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Inggeris. Pendidile disarankan memperluaskan peluang untuk memberi pendedahan Bahasa Inggeris. Dasar ini diperkenalkan untuk membuat persediaan terhadap kerjaya masa depan pelajar berkomunikasi dalam bidang perniagaan. Bukan itu sahaja, setelah pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti, mereka memerlukan rujukan dan maklumat untuk membuat kajian dan jumnal mereka, Kebanyakan maklumat dan rujukan adalah berbahasa Inggeris, jadi tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang tinggi akan memudahkan pelajar untuk memahami ilmiah terdiri daripada 99% diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan mudah diperolehi. Sumber-sumber atas talian lebih daripada separuh kandungan di internet ditulis dalam Bahasa Inggeris. Tabap penguasaan Bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk kerjaya dalam kalangan pelajar tala Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan seperti yang dikaji oleh Nor Fadila Mohd Amin dan Adibah Abd. Rahim (2010). Oleh sebab ita, terdapat ribuan sekolah dan universiti telah menawarkan program dalam Bahasa Inggeris supaya menambah peluang untuk mencari pekerjaan tanpa mengira negara. Di samping itu, menurut Miller (2010) diperkenalkan sebagai “Literacy Ambassador” di negara Barat menyatakan bahawa perbendaharaan kata yang kuat merupakan bahagian penting dalam ‘menguasai tahap kefahaman atas balan bacaan Bahasa Inggeris. Kajian beliau membuktikan bahawa penggunaan strategi visualisasi dapat merangsang minat murid dan meningkatkan peringatan terhadap pembelajaran perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Visual seperti gambar dan corak juga dapat membantu murid memahami maksud perbendaharaan kata baru serta menjadikan iklim bilik darjah lebih aktif dan menarik pethatian kepada pelajaran, Justeru, penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris merupakan persediaan awal yang penting. Penggunaan Visualisasi dalam pengajaran dan pembelajaran perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dapat bantu pelajar meningkatkan kemahiran membaca, bertutur dan menulis Bahasa Inggeris sekirannya menambah perbendaharaan kata yang kuat. 2. Ulasan Kajian Lepas Pada tahun 1997, kajian Segenchuk bertajuk “The Role of Visualization in Education” ‘memberi penjelasan tentang visualisasi adalah paparan maklumat secara grafik dengan tujuan untuk memberikan maklumat secara visual kepada penonton. Beliau juga menyatakan bahawa guru boleh menggunakan banyak pengaruh Iuaran seperti filem, rancangan TV, program ‘komputer dengan memudahkan pembelajaran seperti idea, konsep, hubungan atau fakta dalam konteks pendidikan, Visualisasi mesti dijalankan antara hubungan dengan pengetahuan yang perlu dipelajari oleh murid (Zorfass, Gray, & PowerUp, 2014). Menurut Card (2008) memberi definisi visualisasi merupakan rangsangan gambar, diagram, animasi dalam menampilkan snatu informasi, Visualisasi merupakan penggunaan media komputer sebagai alat pendukung, dalam melakukan penggambaran visual interaktif agar dapat_memperkuat pengamatan informasi yang dilakukan. Berdasarkan penelitian Algahtani (2015) pembelajaran kosa kata adalah bahagian penting dalam pembelajaran bahasa asing sebagai makna perkataan baru sangat kerap ditekankan, sama ada di buku atau di bilik darjah. Beliau juga menjelaskan bahawa penguasaan perbendaharaan kata sering dititikberatkan sebagai alat kritikal bagi pelajar bahasa kedua iaitu membelajari Bahasa Inggeris. Beliau menyatakan bahawa perbendaharaan kata yang terhad menjadi halangan komunikasi. Menurut Berita Harian pada tahun 2020 yang dikarya oleh Shafizan 445 CCopysisht © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All sight reserved || eISSN 2682-826X)| Vol. 3, No. 5, 444-448, 2021 htnayme nohe gos mide pioidod Johari (2020) menunjukkan seorang guru Bahasa Inggeris dari sebuah sekolah di Kedah menyatakan bahawa murid di luar bandar menganggap Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing. Pembelajaran perbendaharaan kata menjadi masalah bagi sekolah yang berbahasa kedua dalam Bahasa Inggeris (Kolodii, Kovalchuk & Syvak, 2017). Amalan gua menggunakan kaedah seperti “Chait and Talk” dalam proses pengajaran dan aktiviti lebih berpusatkan guru, mengakibatkan murid tidak mengingati apa yang harus dipelajari. Murid jarang berpeluang mengeluarkan pendapat sendiri. Murid akan berasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid diminta menghafal sahaja tanpa mengetahui maksud perkataan. Ini menyebabkan murid tidak dapat mengingati ejaan dan maksud kosa kata, perbendaharaan kata yang dipelajari sepanjang proses PdPc. Murid juga tidak dapat menyatakan atau menulis tanpa mengetahui maksud kosa kata semasa penulisan, Perbendaharaan kata telah memainkan peranan yang sangat penting bagi memartabatkan kemahiran literasi Bahasa Inggeris (Simmons, 2002) dan menguasai tahap pemahaman tethadap bahan bacaan (Miller, 2010). Penguasaan perbendaharaan kata dapat meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris. Berdasarkan Miller, (2010) menyarankan bahawa penggunaan visualisasi dapat membantu pelajar memahami maksud perbendaharaan kata. Ini juga selaras dengan hasil kajian Norasikin Fabil el at. (2011) bahawa penggunaan teknik visualisasi berupaya dalam meningkatkan proses pemahaman dalam pembelajaran. Peningkatan bilangan perbendaharaan kata seseorang pelajar, maka pelajar berupaya untuk memahami maksud ayat semasa membaca bahan Bahasa Inggeris, menulis ayat yang berkualiti dalam pemulisan. ‘Semua hasil dapatan yang disenaraikan boleh dijadikan sumber rujukan kepada guru Bahasa Inggeris supaya prihatin dalam pengajaran perbendaharaan kata agar pelajar dapat menguasai bahasa yang baru yang berbeza dari bahasa ibunda pelajar iaity menguasai kemahiran Bahasa Inggeris. 3. Perbincangan dan Kesimpulan Setiap orang murid mempunyai gaya pembelajaran yang tidak sama. Gaya pembelajaran dapat membantu murid menguasai, memaliami dan mengingsti perbendaharaan kata yang telah dipelajari dalam kelas (Oxford & Crookall, 1990) . Gaya pembelajaran VAK (Visual, Audio, Kinestik) dapat membantu pelajar menguasai kemahiran pelbagai matapelajaran. Terdapat pelbagai gaya pembelajaran yang boleh membantu murid menguasai bukan sahaja aspek linguistik dan juga kemabiran akademik (Noor Zuhidayah Mud Zulkipli, 2019). Ciri-ciri gaya pembelajaran visual paling mudah membantu pelajar memahami maksud perkataan-perkataan baru. Ja juga dapat merangsang pelajar mengingati apa yang dibaca atau ditonton dan berfikir dalam bentuk gambar atau rajah dan boleh menggambarkannya dalam pemikiran dengan baik sehingga mempunyai imaginasi dengan baik. Jadi, guru boleh menggunakan bahan visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Penelitian oleh Oxford dan Crookall (1990) dengan judul artikal “Vocabulary learning: A critical analysis of techniques”. Astikal ini sekadar membahas imej visual merupakan alat bantu semi-kontekstual yang sangat berguna untuk belajar L2 perbendaharaan kata, Penggunaan imej visual bagi mempelajari perbendaharaan kata adalah berdasarkan berkaitan antara gambar dan perkataan. Melalui penggunaan imej visual seperti gambar, flashcard (Kolodii, 2017) mampu membantu murid mengaitkan maklumat baru kepada konsep dalam ingatan, Oleh itu, guru perlu mengetabui apa yang perlu diketahui oleh murid maka perancangan visualisasi dapat berkesan 446 CCopysisht © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All sight reserved ioral Da Poncitinr eISSN: 2682-201] Fok, 3, No.3, 44-449, 2021 htnayme nohe gos mide pioidod Di samping itu, kajian Kolodii et al. (2017) dengan judul artikal “Zhe Impact Of Visualization Techniques Of Students Learning Vocabulary” menegaskan bahawa imej visual merupakan salaf satu bantuan bahan bantu mengajar yang paling ketara digunakan dalm pembelajaran kosa kata. Kelebihan bagi penggunaan ini mampu mengaitkan maklumat baru dengan konsep dalam ingatan dengan cara gambar visual yang bermakna dan akan menjadikan pembelajaran lebih cekap, Bukan itu sahaja, pengkaji juga menyatakan gabungan bergambar dengan verbal dapat melibatkan bahagian otak memberikan daya kognitif yang lebih besar. Contohnya, apabila kita melihat notis bertanda larang merokok, maka kita terus memahami tempat tertentu dilarang merokok. Gabungan visual dan verbal dapat membantu pelajar cepat memahami dan mengingati perkataan. Visual juga melibatkan dengan pengekodan warna dapat memahami sifat sesuatu benda dengan mendalam. Melalui lakaran yang dilukis oleh murid sendiri, terutamanya kata-kata abstrak dapat diingati melalui gambaran visual murid. Penelitian oleh Zorfass et al. (2014) dalam judul “Visualizing to Make Meaning” membahas bahawa visualisasi adalah suatu kaedah menggunakan teknologi komputer untuk menentukan kaedah terbaik dalam menampilkan data visual yang interaktif untuk memperkuat pengamatan, Contohnya seperti menggalakan murid melukis, gunakan dramatisasi, atau mencipta muzik. Pelajar dapat menggunakan kamera untuk mengambil foto, atau mereka dapat mencari foto, gambar, dan grafik lain. Mereka boleh membuat video mereka sendiri atau menonton video ‘yang dihasilkan oleh orang lain; mereka dapat mendengar muzik atau menggunakan program untuk membuat sendiri. Pelbagai alat dan aplikasi perisian tersedia dapat merangsang visualisasi pelajar dan menyokong usaha mereka untuk melukis, membuat rajah, dan membuat gambar. Beliau juga mendapati bahawa gabungan visual dan audio dapat memudahkan murid memahami dan hubungan dalam kandungan (Oxford & Crookall, 1990; Zorfass, et al. 2014) serta membolehkan murid menumbubkan rasa suka membaca dan belajar perbendaharaan kata, Dalam kajian Card pada tahun 2008 bertajuk “Jnformation Visualization” menegaskan bahawa teknik Visualisasi bukan sekadar membantu kognisi gambar mengenai bentuk pemikiran dan komunikasi lain, ia juga membantu pemikiran seseorang menjadikan nyata di luar minda. Proses visualisasi dapat menguatkan kognisi dengan meningkatkan memori seseorang dan gabungan pengetahuan yang sedia ada. Menurut Miller (2010) telah membuktikan dalam kajian beliau bahawa visualisasi dapat mengubah pelajar dari semua peringkat umur dari pembaca pasif kepada aktif visualisasi dapat membantu pelajar melintasi batas untuk meningkatkan pemahaman, Penelitian kajian Algabtani (2015) menegaskan bahawa guru bahasa Inggeris perlu mempraktikkan supaya mengingati perbendaharaan kata baru, Guru boleh menggabungkan lebih daripada satu teknik mengajar perbendaharaan kata baru Bahasa Inggeris. Teknik-teknik merangkumi penggunaan objek, alat bantu visual, melukis gambar secara ilustrasi dan berbentuk cerita, Gambar untuk pengajaran perbendaharaan kata yang dilukis oleh pelajar atau guru dapat menambah peringatan pelajar. Potongan gambar surat khabar, majalah atau buku teks mengandungi tarikan minat pelajar. Bukan itu sahaja, sokongan visual ini dapat membantu pelajar memahami makna dan membantu menjadikan perbendaharaan kata baru tidak mudah dilupai Menurut penelitian Scurletis (2009) menunjukkkan bahawa pelaksanaan konsep visualisasi dalam pembelajaran perbendaharaan kata dalam bilik darjah dapat terlepas dari gambar spesifik yang mereka hasilkan di mata fikiran mereka, hasilnya harus sama dengan — proses memvisualisasikan gambar konkrit yang menangkap makna suatu kata harus membantu mereka mengingat makna itu pada saat mereka bertemu dengan kata itu. Tindakan visualisasi 447 CCopysisht © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All sight reserved || eISSN 2682-826X)| Vol. 3, No. 5, 444-448, 2021 htnayme nohe gos mide pioidod atau tindakan membuat gambar mental dapat membantu pelajar mempelajari kata-kata baru dan juga dapat membantu pemahaman dan pengekalan membaca secara keselumhan. Tuntasnya, penggunaan strategi Visualisasi dapat meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Kesimpulannya, penguasaan kemshiran Bahasa Inggeris memainkan peranan penting dalam dunia globalisasi ini untuk menjamin kerjaya seseorang individu. Sekirannya ingin menguasai Bahasa Inggeris, maka hendaklah bermula dengan belajar perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dianggap sebagai kemahiran yang paling asas. Penerapan visualisasi dalam pembelajaran perbendaharaan kata sangat kerap digunakan dan berkesan dalam pendidikan di luar negara, Oleh itu, teknik pengajaran perbendaharaan kata berdasarkan visualisasi dapat menolong pelajar memahami makna perbendaharaan kata dengan lebih berkesan. Begitu juga, teknik visualisasi dapat membantu kepada orang yang ingin belajari bahasa asing. Melalui teknik visualisasi, pembelajaran dapat menjadi lebih menarik dan juga dapat mencungkil potensi unik setiap pelajar menjadi lebih kreatif, Rujukan Algahtani, M. (2015). The importance of vocabulary in language learning and how to be taught. International Journal of Teaching and Education 3(3):21-34. Berita Harian Online. (2014). Guna bahasa ibunda ajar BI lebih berkesan. bittps://swww.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2014/1 1/15252/guna-bahasa-ibunda- ajar-bi-lebih-berkesan. Britsh Study Centres. (n.4.). The Importance of the English Language. Dimuat turun daripada https://www.british-study.com/en/importance-of-english-language!. Card, S.K. (2008). The human computer interaction handbook: Fundamentals, evolving techologies and emerging applications. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates. Hasimi Muhamad. (2019). Laporan kedudukan Malaysia dalam penguasaan Bahasa Inggeris buka cerminan sebenar. Dimuat turun daripada https://www.astroawani.convberita- malaysia/laporan-kedudukan-malaysia-dalam-penguasaan-bahasa-inggeris-bukan- cerminan-sebenar-225135. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013- 2025. Dimuat turn daripada _https://www-moe.gov.my/menumedia/media- cetak/penerbitan/ 1813-pppm-2013-2025/file Kolodii, O., Kovalchuk, I. & Syvak, O. (2017). The impact of visualization techniques of students learning vocabulary. International Journal of New Economics and Social Sciences 2(6):359-367. Miller, C. P. (2010). Cathy Puett Miller New York Jounal of Books. Dimuat turun daripada /iwww nyjournalofbooks.com/reviewer/cathy-puett-miller. Miller, C. P. (2010). The hidden side of strategic vocabulary instruction. Dimuat turun daripada https://www.educationworld.com/a_curr/columnist’/miller/miller037.shtml ‘Noor Zuhidayah Muhd Zutkipli, Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad & Shahlan Surat, (2019). Pengaplikasian Gaya Pembelajaran VAK Bagi Pembelajaran Budaya Melayu Dalam Kalangan Pelajar Di Tufs, Jepun. JMS, 2 (1), 112-142. ‘Nor Fadila, Mohd. Amin, Abd. Rahim& Adibah (2010). Tahap penguasaan bahasa inggeris sebagai persediaan untuk kerjava dalam kalangan pelajar pendidikan teknikal dan Kejuruteraan. Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, 1-10. Norasikin Fabil, Zawawi Ismail, Shahrul Azman Mohd Noah & Zarina Shukur, (2011). Aplikasi reka bentuk sistem visualisasi maklumat berasaskan teori persepsi visual dalam ilmu Hadis. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 3 (1),1-12. 448 CCopysisht © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All sight reserved ioral Da Poncitinr eISSN: 2682-201] Fok, 3, No.3, 44-449, 2021 htnayme nohe gos mide pioidod Oxford, R. & Crookall, D. (1990). Vocabulary learning: A critical analysis of techniques. Journal Revue Tes! Du Canada, 7(2), 9-30. Scurletis, G. (2009). Visualization and vocabulary retention. Dimuat turun daripada https://www. visualthesaurus.com/em/wordshop/visualization-and-vocabularyretention/ Segenchuk, S. (1997). The role of visualization in education. Dimuat turun daripada https:// ‘web.cs.wpi.edu/~matt/ conrses/cs563/talks/education/IEindex. html. Shafizan Johari. (2020). Pelajar luar bandar takut belajar Bahasa Inggeris, ibarat belajar bahasa jerman, Dimuat turun daripada_https://www astroawani.com/berita-malaysia/pelajar- Tuar-bandar-takut-belajar-bahasa-inggeris-ibarat-belajar-bahasa-jerman-230160. Simmons, E. (2002). Visualizing vocabulary. The Quaeteriy, 24(3), 13-17. Zorfass, J, Cray, T. & PowerUp What Works. 2014, Visualizing to make meaning. bitp://www.ldonline.org/asticle/61454/, 449 CCopysisht © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All sight reserved

You might also like