Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

Pulau Pinang Era Penjajahan Barat

Secara penuhnya, Pulau Pinang diserahkan kepada penjajah Inggeris iaitu British East India
Company pada 1786 oleh Paduka Seri Perdana Menteri, Sultan Muhammad Jiwa, kerana leka
dan bersahabat dengan Penjajah Francis Light untuk mendapat perlindungan pihak British pada
diri sendiri. Pada 11 Ogos 1786, Francis Light, yang kononnya sebagai pengasas Pulau Pinang,
menamakan Pulau Pinang seperti Prince of Wales Island sebagai penghormatan Putera Muda
Britain. Penempatan di Tanjung Penaga, Batu Uban yang terletak di hujung timur laut diletak
nama "haram" iaitu "Georgetown", dari nama Raja George III ,Britain.

Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka serta kawasan Laut Kedah telah menaik minat
Syarikat Hindia Timur British untuk menubuh sebuah pelabuhan "haram" untuk kapal dagang
perdagangan serta sebagai sebuah pangkalan tentera laut yang menentang cita-cita orang
Perancis di wilayah ini.

Tanpa pengetahuan D.Y.M.M. Yang Di Pertuan Nagara Kedah Pasai Ma, Francis Light telah
membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur
British.[1] membantu Kedah sewaktu ia diserang, Paduka Seri Perdana Menteri cuba mengambil
kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Paduka Seri Sultan Muhammad
Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000
guilders Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 guilders kemudian, dengan
penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran
diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada Kerajaan Kedah.

Pada 1826, Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura akan menjadi sebahagian
Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri
ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang
menjadi perancangan sebahagian muslihat licik Malayan Union, sebelum menjadi sebuah
wilayah di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Pulau_Pinang
Penjajahan Pulau Pinang – Francis Light
Saingan daripada Perancis ekoran Perang Napoleon di Eropah menyebabkan pihak British
terpaksa mencari sebuah pangkalan baru bagi menyaingi Perancis di Asia Tenggara. Setelah
mendapati Pulau Pinang sesuai sebagai pelabuhan baru British, mereka menghantar Francis
Light ke Kedah untuk mendapat persetujuan Sultan Mukarram Shah untuk menubuhkan sebuah
pangkalan di Pulau Pinang. Kapten Light berjaya memujuk Sultan Kedah untuk menyerahkan
Pulau Pinang dan sebagai balasannya, berjanji bahawa British akan membantu tentera Kedah
dari segi bantuan pertahanan sungguhpun dia mengetahui bahawa dia tidak memiliki kuasa untuk
berbuat sedemikian.[2]

Francis Light memungkiri janjinya selepas Kedah meminta bantuan British menentang Siam
setelah British menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786. Keengganan Francis Light membantu
Kedah menyebabkan Kedah menyerang British di Pulau Pinang.

Malang sekali Kedah kalah dan terpaksa menyerahkan tanah di seberang Pulau Pinang kepada
British pada tahun 1791. British memberi nama kawasan terbabit sebagai Province Wellesley
(kini Seberang Perai). British mahukan Seberang Perai untuk mendapatkan bekalan makanan dan
minuman seperti padi. Seberang Perai juga menjadi penampan pertahanan dari serangan Sultan
Kedah.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Francis_Light
Penubuhan Singapura Moden (1819)
Antara kurun ke-16 dan kurun ke-19, Kepulauan Melayu secara beransur-ansur menjadi milik
penjajah dari Eropah. Permulaan penjajahan dari Barat bermula apabila orang Portugis tiba di
Melaka pada tahun 1509. Manakala pada kurun ke-17, Belanda telah menguasai kebanyakkan
pelabuhan-pelabuhan utama di Kepulauan Melayu. Pihak Belanda telah memonopoli kesemua
perdagangan rempah ratus yang pada ketika itu merupakan bahan perdagangan yang penting.
Penjajah Eropah yang lain termasuk British, cuma mempunyai hak perdagangan yang kecil.

Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles telah dilantik menjadi gabenor di salah sebuah pelabuhan
British iaitu di Bengkulu, Sumatera. Raffles percaya bahawa British perlu mencari jalan untuk
menjadi kuasa dominan di rantau ini. Salah satu jalan ialah dengan membina sebuah pelabuhan
baru di Selat Melaka. Pelabuhan British sedia ada seperti Pulau Pinang adalah terlalu jauh di
utara Selat Melaka manakala Bengkulu pula menghadap Selat Sunda.

Pada tahun 1818, telah berjaya menyakinkan Syarikat Hindia Timur British (EIC) untuk mencari
pelabuhan baru di rantau ini. Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Dia menjumpai
sebuah perkampungan Melayu kecil di muara Sungai Singapura yang diketuai oleh Temenggung
Johor iaitu Temenggung Abdul Rahman. Pulau itu ditadbir oleh Kesultanan Johor tetapi keadaan
politiknya tidak stabil. Waris Sultan Johor, Tengku Abdul Rahman dikuasai oleh Belanda dan
Bugis. Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Abdul Rahman menjadi sultan hanya
kerana abang sulungnya, Tengku Hussain tidak ada semasa ayahnya meninggal dunia. Mengikut
adat Melayu, bakal sultan perlu berada disisi sultan sekiranya ingin dilantik menjadi sultan.

Sedar bahawa dia boleh memanipulasikan keadaan ini, Raffles telah menyokong Tengku Hussein
untuk menjadi Sultan sekiranya Tengku Hussain sanggup membenarkan British membuka
pelabuhan di Singapura dan sebagai balasan British akan membayar wang tahunan kepada
Tengku Hussain. Perjanjian ini menjadi sah pada 6 Februari 1819.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Singapura
Pemerintahan Jajahan -- Melaka
Melaka ditawan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis pada 24 Ogos 1511 dan
menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur.
Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan
menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah
daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro
Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang
melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke
Kampar, Sumatera di mana beliau mangkat dua tahun kemudian.

St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun
1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.

Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui
bantuan Sultan Johor. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka
sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan
pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka.

Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda
pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British
(British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia
menjadi sebahagian Petempatan Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan
Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang
menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia.

Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Melaka
Isi Dari Traktat London 1824 (Treaty Of London)
Di Kota London pada tanggal 17 Maret 1824, United Kingdom of Great Britain (Britania Raya)
dan Koninkrijk der Nederlanden (Kerajaan Belanda) menandatangani Perjanjian Britania-
Belanda 1824, yang juga dikenal dengan Perjanjian London. Perjanjian ini ditujukan untuk
mengatasi konflik yang bermunculan akibat pemberlakuan Perjanjian Britania-Belanda 1814.
Belanda diwakili oleh Hendrik Fagel dan Anton Reinhard Falck, sedangkan Britania diwakili
oleh George Canning dan Charles Watkins Williams Wynn.
Perjanjian ini menjelaskan, bahwa kedua negara diijinkan untuk tukar menukar wilayah pada
British India, Sailan (Sri Lanka) dan Indonesia, berdasarkan kepada negara yang paling
diinginkan, dengan pertimbangan masing-masing negara harus mematuhi peraturan yang
ditetapkan secara lokal. Antara lain:
• Pembatasan jumlah bayaran yang boleh dikenakan pada barang dan kapal dari negara
lain.
• Tidak membuat perjanjian dengan negara bagian Timur yang tidak
mengikutsertakan/membatasi perjanjian dagang dengan negara lain.
• Tidak menggunakan kekuatan militer dan sipil untuk menghambat perjanjian dagang.
• Melawan pembajakan dan tidak menyediakan tempat sembunyi atau perlindungan bagi
pembajak atau mengizinkan penjualan dari barang-barang bajakan.
• Pejabat lokal masing-masing tidak dapat membuka kantor perwakilan baru di pulau-pulau
Hindia Timur tanpa seizin dari pemerintah masing-masing di Eropa.
Pertimbangan-pertimbangan dalam perjanjian ini, juga turut mengikutsertakan :
• Belanda menyerahkan semua dari perusahaan/bangunan yang telah didirikan pada
wilayah India dan hak yang berkaitan dengan mereka.
• Belanda menyerahkan kota dan benteng dari Melaka dan setuju untuk tidak membuka
kantor perwakilan di semenanjung Melayu atau membuat perjanjian dengan
penguasanya.
• Belanda menarik mundur oposisinya dari kependudukan pulau Singapura oleh Britania.
• Britania meminta untuk diberikan akses perdagangan dengan kepulauan Maluku,
terutama dengan Ambon, Banda dan Ternate.
• Britania menyerahkan pabriknya di Bengkulu (Fort Marlborough) dan seluruh
kepemilikannya pada pulau Sumatra kepada Belanda dan tidak akan mendirikan kantor
perwakilan di pulau Sumatra atau membuat perjanjian dengan penguasanya.
• Britania menarik mundur oposisinya dari pendudukan pulau Biliton oleh Belanda.
• Britania setuju untuk tidak mendirikan kantor perwakilan pada kepulauan Karimun atau
pada pulau-pulau Batam, Bintan, Lingga, atau pulau-pulau lain yang terletak sebelah
selatan dari Selat Singapura atau membuat perjanjian dengan penguasa-penguasa daerah.
Semua serah terima dari kepemilikan dan bangunan yang didirikan terjadi pada tanggal 1
Maret 1825. Hal ini di luar dari jumlah yang harus dibayarkan oleh Belanda sebesar
100.000 poundsterling sebelum akhir tahun 1825. Perjanjian ini disahkan pada tanggal 30
April 1824 oleh Britania dan tanggal 2 Juni 1824 oleh pihak Belanda. Dengan
ditandatanganinya Perjanjian Inggris-Belanda 1814 ini maka Kepulauan Hindia terbagi
atas pengaruh dua kekuasaan tersebut, maka status Singapura, Malaka dan kawasan utara,
termasuk Pulau Pinang, menjadi hak milik Inggris telah dikukuhkan. Sedangkan kawasan
di sebelah selatan berada di bawah pengaruh Belanda. Pada tahun 1826, Singapura
bersama-sama dengan Pulau Pinang dan Melaka digabungkan di bawah satu
pemerintahan yaitu Pemerintahan Negeri-Negeri Selat.
Termasuk penyerahan Jawa kembali kepada Belanda, seperti yang dijelaskan pada Convention
on Java tanggal 24 Juni 1817.

https://id.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Inggris-Belanda_1824
Sejarah dan pentadbiran – Negeri-Negeri Selat
Penubuhan Negeri-negeri Selat adalah melalui Perjanjian Inggeris - Belanda pada tahun 1824
diantara British dan Belanda, yang menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada Kawasan
Jajahan British di bahagian utara dan Kawasan Jajahan Belanda di bahagian Selatan. Sebagai
balasan, kawasan penempatan British di Bencoolen (Bengkulu di Sumatera) diserahkan kepada
Belanda dan Koloni Belanda di Melaka diserahkan kepada British serta Belanda tidak akan
menuntut haknya ke atas Singapura. Pusat Pentadbiran Negeri - Negeri Selat telah dipindahkan
dari Pulau Pinang ke Singapura pada tahun 1832.
Pada tahun 1867, Negeri - Negeri Selat telah dijadikan sebagai Koloni Mahkota British yang
mana pusat pentadbirannya telah dipindahkan dari Calcutta ke Pejabat Tanah Jajahan di London
pada 1 April. Pada 4 Februari "Letters Patent" telah diberikan kepada penempatan sebagai
Perlembagaan Koloni. Bagi memberi kuasa yang lebih kepada Gabenor Negeri - Negeri Selat
yang mentadbir Koloni Negeri - Negeri Selat, sebuah badan telah ditubuhkan bagi membantu
Gabenor iaitu Majlis Eksekutif Negeri - Negeri Selat yang mengandungi keseluruhan ahli - ahli
majlis rasmi (i.e. ex officio), dan sebuah Badan Perundangan yang mengandungi ahli - ahli rasmi
dan ahli - ahli yang dipilih. Jentera Pentadbiran bagi Koloni Negeri - Negeri Selat dan Negeri -
Negeri Melayu Bersekutu telah dilaksanakan oleh Perkhidmatan Awam yang mana anggotanya
telah dilatihkan dengan peperiksaan atau ujian yang kompetitif yang dilaksanakan setiap tahun di
London. Pulau Pinang dan Melaka ditadbir secara langsung dari Gabenor dan Konsulat Residen.

Jajahan Dindings dan Seberang Perai – Negeri-Negeri Selat


Jajahan Dindings yang merangkumi beberapa pulau berhampiran dengan muara Sungai Perak
dan sebahagian kawasan yang bersambungan dengan tanah besar Perak telah diserahkan kepada
British melalui Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Walau bagaimanapun, Jajahan Dindings
telah dikembalikan oleh British kepada Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1937 kerana sukar
untuk ditadbir secara langsung dari Pulau Pinang selain kelemahan dari segi politik dan
kewangan.
Seberang Perai (dahulunya dikenali sebagai Province Wellesley), terletak di Tanah Besar
Semenanjung Malaysia dan berhampiran dengan Pulau Pinang telah diserahkan kepada United
Kingdom oleh Sultan Kedah pada masa itu iaitu Sultan Muhammad Jiwa selepas kekalahan
Angkatan Perang Kedah di dalam peperangan untuk merampas kembali Pulau Pinang oleh
British pada tahun 1798 dan bersempadanan dengan Utara dan Barat Perak. Sempadan dengan
Kedah telah dipersetujui oleh British melalui Perjanjian ditandatangai oleh British dengan Siam
kerana pada ketika itu Kedah adalah dibawah naungan Siam. Kawasan ini ditadbir oleh Pegawai
Daerah dan dibantu oleh beberapa orang pembantu yang berhubung dengan Penasihat British di
Pulau Pinang.
Pada masa kini, sempadan bagi negeri - negeri Pulau Pinang dan Kedah adalah tertakluk kepada
Akta Kedah dan Pulau Pinang 1984.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-Negeri_Selat

You might also like