Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KERTAS PENERANGAN KK- MPU 2412-Edisi 3/2023

Edisi ke-3 2023


KERTAS PENERANGAN

KURSUS KHIDMAT
KOMUNITI
MPU 2412

Edisi ke-3 2023

Dibangunkan Oleh :

Mohd Fahmy Bin Ismail


Nadia Fazila Binti Mohd Zamzuri
Arifah Binti Ahmad

Jurulatih Utama, Kelompok U4-Kemahiran


Insaniah Dan Kokurikulum
Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional,
Kementerian Pelajaran Malaysia

1|Page
KERTAS PENERANGAN KK- MPU 2412-Edisi 3/2023

MODUL : KHIDMAT KOMUNITI


KOD : MPU 2412

Kokurikulum kolej telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di


institusi pendidikan di Malaysia ketika ini. Ianya telah menjadi satu kegiatan yang di
wajibkan kepada setiap pelajar di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia. Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai alat untuk
memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan
pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum. Di Kolej-kolej Vokasional, konsep
khidmat komuniti menjadi satu aktiviti kokurikulum yang menjurus kepada
pembangunan insaniah yang merujuk kepada perkembangan kognitif, afektif dan
psikomotor.

A. PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

1. Pengenalan

Khidmat komuniti ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara


berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja
khidmat untuk komuniti sekiranya dilaksanakan dengan sempurna sudah pasti
akan menghasilkan sesuatu hasilan ataupun output yang berguna. Khidmat
komuniti juga merupakan suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk
perasaan muhibah antara pelajar dan komuniti. Bukan itu sahaja, malahan
dengan perancangan khidmat komuniti yang sempurna sama ada di dalam kolej
atau luar kolej akan dapat memberikan impak kepada pelajar itu sendiri
khususnya dalam memberikan khidmat serta komitmen kepada komuniti sama
ada di peringkat daerah ataupun di peringkat nasional.

2. Definisi Sukarela

Kerja sukarela (volunteer work) atau khidmat sukarela (volunteer service) ialah
kegiatan yang dilakukan dengan rela hati, ikhlas, tanpa paksaan daripada mana-
mana pihak, tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan material, dan dapat
memberi manfaat kepada golongan atau pihak yang disasarkan sasaran. Kerja
sukarela melibatkan penyertaan sukarelawan dalam sesuatu aktiviti bersama
komuniti. Dalam maksud yang luas, kesukarelawanan boleh dilihat sebagai suatu
konsep perkhidmatan dan perkongsian, suatu proses pendidikan atau
pengalaman pembelajaran, dan penglibatan aktif warganegara dalam isu-isu dan
hal-ehwal komunitian.

2|Page
KERTAS PENERANGAN KK- MPU 2412-Edisi 3/2023
3. Konsep Khidmat
Komuniti

3.1 Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri individu
terhadap komuniti yang ada di persekitaran.

3.2 Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran

kepada komuniti dan negara

3.3 Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta

tolong menolong antara satu dengan yang lain.

3.4 Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa

mengira agama, bangsa, kepercayaan, dan ideologi.

3.5 Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin, dan bertanggungjawab


terhadap

komuniti dan negara.

3.6 Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan

tulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan.

4. Kepentingan Khidmat Komuniti Kepada Pelajar

Aktiviti khidmat komuniti dapat memberikan input positif kepada


perkembangan diri setiap pelajar. Banyak kebaikan yang akan diperolehi
daripada pelaksanaan aktiviti khidmat komuniti.

Di antaranya ialah :

4.1 Aktiviti khidmat komuniti yang dijalankan secara bersama akan


mewujudkan rasa persefahaman dan pengukuhan jati diri di dalam
sesuatu kumpulan.

4.2 Aktiviti yang dilaksanakan secara bersama dalam sebuah komuniti


berbilang kaum akan memberikan impak toleransi dan ikatan perpaduan
yang lebih utuh.

4.3 Mewujudkan rasa bertimbang rasa dan menyayangi orang lain khususnya
dalam kehidupan bermasyarakat.

4.4 Aktiviti khidmat komuniti dalam bentuk gotong royong akan


mengurangkan kos pelaksanaan.

3|Page
KERTAS PENERANGAN KK- MPU 2412-Edisi 3/2023

4.5 Mewujudkan rasa semangat kejiranan dan persefahaman yang lebih dalam
kalangan komuniti di sesuatu kawasan kejiranan.

4.6 Aktiviti khidmat komuniti ini juga membantu meningkatkan kemahiran


pelajar dalam kehidupan seharian.

4.7 Melahirkan warganegara yang berjiwa besar, patriotik dan sayang akan
negara di mana tempat tumpah darah mereka.

5. Senarai Khidmat Komuniti Yang Boleh Dilaksanakan.

5.1 Projek membersihkan, mengindahkan atau membaikpulih kawasan kolej.

5.2 Projek membersihkan dan mengindahkan tanah perkuburan

5.3 Projek membersihkan, mengindahkan atau menyelenggara Balai Raya


kampung.

5.4 Projek membersihkan, mengindahkan atau menyelenggara surau, Masjid


atau rumah ibadat.

5.5 Projek khidmat komuniti di rumah anak yatim atau rumah orang-orang tua.

5.6 Dan pelbagai lagi projek khidmat komuniti sama ada di peringkat kolej,
sekolah, kampung, bandar, dan nasional yang dirasakan sesuai dengan
kawasan persekitaran kolej.

B. KOMUNIKASI

1. Pengertian Komunikasi

Kata atau istilah komunikasi ( dari bahasa inggeris “communication” ), secara


epistemologis atau menurut asal katanya adalah dari bahasa latin
“communicatus”, dan perkataan ini bersumber pada kata communis. Kata
communis memiliki makna “berbagi” atau “menjadi milik bersama” iaitu usaha
yang memiliki tujuan untuk kebersamaan atau kesamaan makna. Komunikasi
secara terminilogis merujuk pada adanya proses penyampaian suatu
pernyataan oleh seseorang kepada orang lain.

Kemahiran berkomunikasi merupakan elemen yang penting dalam proses


kehidupan manusia. Menurut Abdul Aziz Yusof (2003), komunikasi melibatkan
penyampaian idea dan perasaan kepada pihak lain. Tanpa berkomunikasi,
maklumat tidak dapat disampaikan daripada satu pihak kepada pihak yang
lain.
4|Page
KERTAS PENERANGAN KK- MPU 2412-Edisi 3/2023

Kita berkomunikasi kerana kita ingin mempengaruhi pemahaman, sikap dan


tindakan pihak lain sama ada mereka bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu
sebagaimana yang kita kehendaki. Proses komunikasi ini dapat berlaku pada
bila-bila masa dan tidak dapat dielakkan oleh mana-mana individu (Hashim,
2001). Manusia akan sentiasa berkomunikasi dalam kehidupan sehariannya
sama ada sesama manusia bahkan dengan penciptanya.

2. Komunikasi dalam kumpulan.

Devito (1997) mendefinasikan kumpulan sebagai himpunan individu yang


berstruktur dan berinteraksi bagi mencapai matlamat yang sama. Definasi
menggariskan tiga unsur asas yang membentuk kumpulan iaitu matlamat,
interaksi dan struktur. Tanpa unsur-unsur ini, sesuatu himpunan individu itu
tidak boleh dikatakan sebagai kumpulan. Napier dan Gershenfeld (1993)
berpendapat lima hingga tujuh orang adalah bilangan yang optimum. Walau
bagaimanapun saiz kumpulan yang optimum sebenarnya bergantung pada
bentuk tugasan dan matlamat kumpulan.

C. KERJA BERKUMPULAN

Kerja berkumpulan boleh dikenali sebagai “Team Work” atau “ Kerja Berjemaah”
adalah selari dengan tuntutan agama dan juga tuntutan sosial. Dengan
berjemaah atau berkumpulan, serta beretika dalam pekerjaan, seseorang itu
dapat atau lebih mudah memenuhi keperluan sosial dan psikologikal serta
mencapai matlamat hidup. Organisasi di zaman moden ini beroperasi menerusi
pelbagai jenis kumpulan kerja. Ada kumpulan dibentuk khusus untuk
menyelesaikan masalah, untuk membuat perangkaan dan perancangan, ada
pula khusus untuk menyelaraskan kerja, ada pula khusus mencari idea baru dan
perubahan. Pendek kata, sesuatu kumpulan dibentuk merangkumi pelbagai
aspek kehidupan samaada dari segi sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.
1. Kepentingan Kerja dalam kumpulan.

Kerja secara berkumpulan memberikan banyak manfaat dan kelebihan terutama


dalam membuat keputusan. Antara Kelebihan kerja berkumpulan adalah seperti
berikut:

1.1 Dengan berkumpulan, kita mempunyai banyak maklumat dan idea.


Konsep berkumpulan membolehkan ahli kumpulan berkongsi maklumat
dan bertukar-tukar pandangan.

5|Page
KERTAS PENERANGAN KK- MPU 2412-Edisi 3/2023

1.2 Kerja berkumpulan mempunyai daya kreatif yang lebih berbanding daya
kreatif orang perseorangan.
1.3 Pembelajaran secara berkumpulan adalah lebih berkesan berbanding
pembelajaran seorang diri.
1.4 Penglibatan dalam kumpulan memberikan kepuasan kerana ia
membolehkan kita memenuhi keperluan sosial, misalnya dapat
mewujudkan jaringan hubungan dengan orang lain.

2. Sungguh pun bekerja secara kumpulan digalakkan kerana kelebihannya,


namun kumpulan juga tidak terlepas daripada kelemahan dan masalah. Ia
timbul lantaran ada anggota tidak mengetahui dan memahami tugas masing-
masing. Antara kelemahan-kelemahan kerja berkumpulan ialah:

2.1 Anggota kumpulan mungkin didesak atau terdorong untuk mengikut


pendapat majoriti. Fenomena ini dikenali sebagai pemikiran kelompok.
Masalah pemikiran ini boleh menjejaskan proses pembuatan keputusan
dan kualiti keputusan.
2.2 Ada kemungkinan anggota mendominasikan perbincangan atau kumpulan
bagi tujuan tertentu.
2.3 Wujud sikap bergantung kepada anggota lain dengan anggapan anggota
lain akan melakukannya.
2.4 Kumpulan, berbanding dengan individu, mengambil masa untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

3. Terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira dalam penggunaan kaedah
kumpulan iaitu:

3.1 Anggota di dalam kumpulan tersebut mesti boleh menyumbang dan


mempunyai pengetahuan dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran
untuk menjayakan kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan memainkan
peranan dalam setiap perkara yang dibincangkan supaya percambahan
dan pemurnian idea. Jika setiap ahli melontarkan buah fikiran dan idea,
maka setiap perbincangan akan berlaku dengan cepat dan tepat.
3.2 Kepimpinan kumpulan tersebut diterima. Setiap ketua yang dilantik
memimpin kumpulan ialah individu yang diberi kepercayaan oleh ahlinya.
Gaya kepimpinan perlu diolahkan mengikut kesesuaian ahli dalam
kumpulan.
3.3 Kerjasama dari semua yang terbabit adalah sangat diperlukan. Setiap ahli
dalam kumpulan perbincangan mestilah mempunyai tanggungjawab
dalam melaksanakan tugasan kumpulan tersebut.

6|Page
KERTAS PENERANGAN KK- MPU 2412-Edisi 3/2023

D. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KUMPULAN MELALUI PROJEK KHIDMAT


KOMUNITI

1.0 MATLAMAT

Projek khidmat komuniti digunakan sebagai medan menguji potensi diri


pelajar dan mengaplikasi “ Soft Skills “ dalam melahirkan modal insan yang
cemerlang dan mantap bersesuaian dengan Transformasi Pendidikan Teknik
dan Vokasional.

2.0 OBJEKTIF

 Mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang


diperolehi semasa pengajaran dan pembelajaran.
 Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat dan
idea secara jelas dan meyakinkan.
 Menggunakan pendekatan kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan
masalah.
 Mengamalkan budaya kerja berpasukan dalam menjayakan aktiviti.
 Mengamalkan nilai perpaduan, kerjasama, bertolak ansur dan empati
dalam menjayakan aktiviti.
 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat
membentuk murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sahsiah.

3.0 TATACARA PELAKSANAAN


3.1 Kumpulan pelaksana : Pelajar Semester
2 Kumpulan sasaran :
 Warga emas
 Orang kelainan upaya (OKU)
 Anak yatim
 Gelandangan
 Fakir miskin
 Orang Asli / pedalaman
 Ibu tunggal
 Pelajar sekolah dan lain-lain
3.2 Pemilihan aktiviti khidmat komuniti yang dilaksanakan adalah berdasarkan:
3.2.1 Lokasi
3.2.2 Kelulusan Institusi
3.2.3 Keperluan lojistik

7|Page
KERTAS PENERANGAN KK- MPU 2412-Edisi 3/2023

3.3 Kategori Program Khidmat Komuniti yang dicadangkan:


3.3.1 Perlaksanaan Khidmat Komuniti Alam Sekitar
3.3.1.1Kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar
untuk
mewujudkan kehidupan yang lebih sihat
3.3.1.2 Huraian dan perbincangan
 Kepentingan kebersihan sungai,laut, tasik dan tempat rekreasi.
 Khidmat keceriaan dengan Menanam dan menamakan pokok
 Program kitar semula bahan boleh jual untuk dana sumbangan.
 Gotong Royong menceriakan persekitaran.
 Membersihkan dan mengindahkan persekitan Masjid / Surau
/ Rumah Ibadat/ Bangunan

3.3.2 Perlaksanaan Khidmat Komuniti kepada Kemudahan Awam


/ Bangunan Awam / Rumah Ibadah
3.3.2.1 Menyelami kepentingan menjaga kemudahan awam
yang digunakan masyarakat secara kolektif
3.3.2.2 Menyelami kepentingan membantu bina / pulih /
baiki bangunan awam / rumah / masjid / surau / rumah
ibadat dan sebagainya
3.3.2.3 Skop perlaksanaan baikpulih
 Membaikpulih kemudahan awam yang rosak.
 Membaikpulih Masjid / Surau / Rumah Ibadat
 Membaikpulih padang permainan / taman permainan
 Membaikpulih rumah komuniti
 Membaikpulih pusat-pusat /rumah kebajikan.

3.3.3 Perlaksanaan Khidmat Komuniti -Skop Khidmat Sosial


3.3.3.1 Memahami dan menghargai kepentingan
perkhidmatan sosial, menyemai sifat simpati dan
keikhlasan untuk menolong komuniti.
3.3.3.2 Khidmat sosial
 Lawatan ke Agensi Kerajaan
 Pameran Peluang Pekerjaan
 Aktiviti Simulasi Oleh Pelajar /Agensi
 Tanggungjawab Pendidikan
 Pembangunan Komuniti
 Kesihatan
 Pengurusan Bencana
 Teknologi Maklumat
 Keusahawan Sosial
8|Page
KERTAS PENERANGAN KK- MPU 2412-Edisi 3/2023

 Kesejahteraan Masyarakat
 Inovasi, kesenian dan kebudayaan
 Sukan dan lain-lain.

3.4 Format kertas cadangan


a) Pengenalan
b) Objektif aktiviti
c) Justifikasi-Tempat/Tarikh/ Masa/ Sasaran
d) Kaedah pelaksanaan/ Tugasan/Jawatan dan tugas
e) Anggaran Perbelanjaan
f) Rumusan/ Penutup
*Kekemasan dan pematuhan format kertas cadangan

3.5 Format laporan


a) Maklumat aktiviti (tarikh, masa, tempat)
b) Objektif Aktiviti
c) Impak/faedah aktiviti
d) Huraian aliran pelaksanaan aktiviti-Bergambar
e) Masalah dan penyelesaian
*Kekemasan format dan tatabahasa

3.6 Pembentangan-Bersemuka dengan persembahan slide atau Video.

4.0 PERANAN PELAJAR


 Mengenalpasti ahli kumpulan
 Membuat pemilihan aktiviti yang sesuai
 Menyediakan kertas cadangan
 Merancang aktiviti
 Mendapatkan kebenaran menjalankan aktiviti
 Melaksanakan aktiviti yang ditetapkan
 Sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan yang
ditetapkan semasa menjalankan aktiviti.

5.0 PERANAN PENYELIA


 Membantu merancang aktiviti yang dijalankan.
 Meneliti kertas cadangan dan mencadangkan penambahbaikan.
 Memantau aktiviti yang dijalankan.
 Memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar diutamakan semasa
aktiviti dijalankan.

9|Page
KERTAS PENERANGAN KK- MPU 2412-Edisi 3/2023
6.0 PROSES PELAKSANAAN PROGRAM

MULA

PEMILIHAN AHLI KUMPULAN

CADANGAN DAN PEMILIHAN AKTIVITI

PENYEDIAAN
DITOLA KERTAS DITERIMA
K CADANGAN

KEBENARAN MENJALANKAN
PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI

PELAKSANAAN AKTIVITI

PENILAIAN

Kertas Penerangan ini hanyalah sebagai panduan dan rujukan untuk pensyarah. Penambahan
dan perubahan maklumat boleh dibuat semasa sesi kuliah mengikut kreativiti pihak pensyarah.

10 | P a g e

You might also like