Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Rujukan Kami : JPNM.SPBM.PBM.600-4/2/20 Jld.

4 (6)
Tarikh : 22 November 2023
Guru Besar,
SK Kampong Gelam.
Tuan,
PELEPASAN BERTUGAS BAGI ANGGOTA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
UNTUK TERLIBAT SEBAGAI PEGAWAI TEKNIKAL DI KEJOHANAN RAGBI NRDP BUNGA
RAYA 7’S CUP PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023
Dengan segala hormatnya surat BSKK, KPM rujukan KPM.600-5/5/21 Jld.2 (94) bertarikh 21
November 2023 adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah menerima


makluman dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan Pelepasan Bertugas Bagi
Anggota Kementerian Pendidikan Malaysia Untuk Terlibat Sebagai Pegawai Teknikal Di
Kejohanan Ragbi NRDP Bunga Raya 7’S Cup Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 seperti
ketetapan berikut:

Tarikh Kejohanan : 27 hingga 30 November 2023


Tempat : Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Gong
Badak, Terengganu.

3. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka tiada halangan bagi
pelepasan pegawai tersebut. Pegawai (seperti di lampiran) perlulah mendapatkan kebenaran
pelepasan bertugas daripada ketua jabatan masing-masing. Segala kos pengangkutan,
penginapan, perbelanjaan makan dan minum sepanjang program tersebut tidak ditanggung
oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. PGB hendaklah memastikan guru yang diberikan
kebenaran hadir disediakan guru ganti “relief”.

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Hafiz Bin Husaini, Penolong
Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka di talian
06-232 6842 / 011-2708 2437.
Kerjasama dan keprihatinan tuan di dalam hal ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT”
Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI JAMSARI BIN MARIMAN)


Timbalan Pengarah Pendidikan,
Sektor Pembangunan Murid.
b.p Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
sk 1. Fail Penyelaras
JM/mhh/UPBM/pelepasanpegawaisebagaipengadilkejohananragbibungaraya
________________________________________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakaBITARA
LAMPIRAN

PELEPASAN BERTUGAS BAGI ANGGOTA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNTUK TERLIBAT SEBAGAI PEGAWAI TEKNIKAL DI KEJOHANAN RAGBI NRDP BUNGA
RAYA 7’S CUP PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

Tarikh Kejohanan : 27 hingga 30 November 2023


Tempat : Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Gong
Badak, Terengganu.

BIL NAMA SEKOLAH

SYED AMIRUL HAZIQ BIN SYED AHMAD


1 SK KAMPONG GELAM
JAAFAR

You might also like