Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

BOOTH RIANG RIA MEMBACA SEMPENA HARI KANA-KANAK


TAHUN 2023
SEKOLAH KEBANGSAAN KELEBANG BESAR

TARIKH : 20 NOVEMBER 2023


HARI : ISNIN
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SK KELEBANG BESAR
ANJURAN : PUSAT SUMBER SEKOLAH
KERTAS KERJA BOOTH RIANG RIA MEMBACA SEMPENA HARI KANAK-KANAK
SEKOLAH KEBANGSAAN KELEBANG BESAR
TAHUN 2023

1.0 PENGENALAN
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959, setelah
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan meminta
semua negara meraikannya setiap tahun sebagai “ Satu Hari Bagi Persaudaraan Dunia dan
Persefahaman Di Kalangan Kanak-kanak”. Malaysia adalah di antara 150 buah negara yang
menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia pada bulan Oktober setiap tahun. Sebagai membuktikan
keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah turut serta
meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia setiap tahun. Dalam menyambut saranan ini, pihak PSS tidak
melepaskan peluang mengambil iniastif untuk menceriakan lagi sambutan Hari Kanak-kanak dengan
menganjukan Booth Riang Riang Membaca. Di samping bergembira, murid dapat mempelajari dan
mengaplikasi pelbagai strategi, teknik dan peraturan setiap permainan yang boleh diperoleh daripada
pelbagai bahan bacaan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meraikan murid-murid sempena hari kanak-kanak melalui aktiviti galakan membaca

2.2 Meningkatkan pengetahuan murid dalam pelbagai cabang ilmu dan membuka minda
murid bahawa setiap ilmu yang dipelajari ialah fenomena dan perkara yang berlaku
dalam kehidupan seharian kita.
2.3 Menerapkan unsur-unsur kegembiraan dalam kalangan murid dalam aktiviti membaca.

2.4 Mengadakan aktiviti-aktiviti membaca secara berterusan, meliputi aktiviti asas, aktiviti

pemupukan dan aktiviti pengayaan.


2.5 Menarik minat murid-murid dan guru-guru membaca dan terus menjana idea kreatif dan
inovatif untuk membina tabiat membaca yang berterusan.

3 .0 KUMPULAN SASARAN
Semua murid SK Kelebang Besar.
4.0 PELAKSANAAN
4.1 Tarikh : 20 November 2023
4.2 Hari : Isnin
4.3 Masa : 7.30 pagi – 1.10 petang
4.4 Tempat : SK Kelebang Besar
5.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
5.1 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Pn. Noor Azimah binti Amat (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Pn. Siti Norliza binti Talip (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : En Zakaria binti Muhammad (GPK HEM)
En. Norazlan bin Nudin (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Nor Fitri binti Zainal Abidin (GPM)

5.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

AKTIVITI MEMANAH
Nor Fitri binti Zainal Abidin
Syairah Najihah binti Wan Yusof

ART SAND
Norhayati binti Ismail

STACKING CUP
Liyana Dalila binti Ghafar

NERF STATION
Irdawati binti Basri
Janatunaim binti Abd Wahab

BALING GELUNG ROTAN


Shawalinda binti Zakaria

MEMANCING IKAN
Pn. Fatin Khairiyah binti Osman

6.0 ATURCARA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2023


7.20 pagi - Semua murid dan guru mengambil tempat.
7.30 pagi - Ucapan aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Wakil Murid
- Perasmian Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak 2023 oleh:
Puan Noor Azimah binti Amat
- Gimik Perasmian
8.30 pagi - Peragaan Pakaian Beragam
9.30 pagi - Booth Riang Ria
10.10 pagi - REHAT
- Agihan Sumbangan dan Cenderahati
11.10 pagi - Bengkel Pendidikan Metamorfosis Rama-rama:
 Ceramah (Tahap 1)
 Pameran (Tahap 2)
11.55 pagi - Bengkel Pendidikan Metamorfosis Rama-rama:
 Ceramah (Tahap 2)
 Pameran (Tahap1)
12.40 tgh - Persembahan Murid
- Majlis Penyampaian Hadiah dan cenderamata
1.10 petang - Bersurai dan mengemas

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Harga Kuantiti
Bil. Perkara Jumlah
Seunit
1. Cenderamata Booth Riang Riang RM 5.00 200 RM 1000.00
Hadiah memanah:
Tempat Pertama Berkumpulan RM 30.00 1 RM 30.00
2
Tempat Kedua Berkumpulan RM 20.00 1 RM 20.00
Tempat ketiga Berkumpulan RM 15.00 1 RM 15.00
JUMLAH RM 1065.00

8.0 SUMBER KEWANGAN


8.1 PCG Pusat Sumber
9.0 PENUTUP
Program seperti ini perlu didedahkan kepada semua guru dan murid kerana aktiviti dan pengisian
sepanjang program ini merupakan salah satu medium yang terbaik untuk membentuk insan yang
cemerlang. Semoga dengan adanya program ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara
semua guru dan murid-murid SK Kelebang Besar dengan lebih akrab. Diharapkan program ini dapat
berjalan lancar dan sempurna serta mendapat kerjasama dari semua pihak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………… ……………………………………………………
Nama : Nor Fitri binti Zainal Abidin Nama : Siti Norliza binti Talip
Jawatan : Penyelaras Sambutan Hari Kanak-Kanak Jawatan : GPK Pentadbiran
Nama Sekolah: SK Kelebang Besar Nama Sekolah: SK Kelebang Besar
Tarikh : Tarikh :

KERTAS CADANGAN: BOOTH RIANG RIA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK


SK KELEBANG BESAR 2023

KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Booth Riang Ria Sambutan Hari Kanak-kanak


SK Kelebang Besar 2023

Atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Booth Sambutan Hari Kanak-kanak


SK Kelebang Besar 2023

Ulasan:
……………………………………………………………………………………………………
..………………………………..
……………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………….

………………………………………………………………
(NOOR AZIMAH BINTI AMAT)
Guru Besar,
SK Kelebang Besar Melaka
Tarikh:

You might also like