Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Pusat Bahasa dan Asasi (CELFOS)

Universiti Sultan Azlan Shah.


Sidang Akademik 2023/2024
Semester I

MPU 1242 INTEGRITI DAN ANTIRASUAH

Tugasan Kumpulan Kajian Kes

‘RASUAH

NAMA : 1) NURUL ANISHA BINTI HAMID


2) AINA FARHANI SHAHARUDIN
3) NUR SYAFIA NABILAH BINTI WAZI
4) MUHD HAIKAL DANIAL BIN HALIM

NO MATRIK : 1) (I23106774)
2) (I23106783)
3) (I23106666)
4) (I23106746)

TARIKH :

PENSYARAH : MOHD NOR AZREN BIN KAMARUDIN

Tugasan ini diserahkan untuk memenuhi keperluan kursus MPU 1242 Integriti dan Antirasuah. Kami
yang bertandatangan di bawah dengan ini mengaku bahawa tugasan yang diserahkan ini merupakan
hasil kerja kami dan sebarang rujukan telah dilakukan seperti yang sepatutnya mengikut peraturan
membuat rujukan ilmiah.

Tandatangan pelajar : Tarikh :

Ulasan Pensyarah/Pemeriksa :
Tandatangan Pensyarah/Pemeriksa: Gred:

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat


1.0 Pengenalan 1

2.0 Latar Belakang Kes

3.0 Isi Perbincangan:

3.1 Kesalahan yang dilakukan


3.2 Kesan kepada individu atau organisasi

3.3 Pengajaran

4.0 Rumusan

5.0 Kesimpulan

6.0 Rujukan

7 Lampiran

1.0 PENGENALAN
2.0 LATAR BELAKANG KES

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan pelbagai maklumat mengenai jenayah rasuah yang
dapat dikenalpasti. Jenayah rasuah merupakan satu tindakan sama ada penerimaan atau pemberian
yang dilakukan dengan memberi sesuatu suapan sebagai upah untuk seseorang individu dengan tujuan
untuk mempengaruhi seseorang terutamanya, dalam sektor swasta ataupun kerajaan. Menurut Yusuf
al-Qardhawi, rasuah salah satu sifat memakan harta orang lain dengan cara jalan batil. Rasuah
merupakan sesuatu perbuatan memberikan wang kepada penguasa atau petugas, supaya penguasa atau
petugas tersebut dengan memenangkan hukum untuknya dengan mengalahkan pihak lawan, atau
supaya mendahulukan urusannya atau melambatkan. Secara umumnya, jenayah rasuah ini perlu
dipandang dengan serius dan menggalakkan usaha untuk membanteraskan jenayah rasuah ini agar
dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa jenayah rasuah ini satu amalan yang
merugikan dan merosakkan integriti sesebuah syarikat.

Jenayah rasuah yang dilakukan oleh Isa Samad iaitu bekas Menteri Negeri Sembilan yang
didakwa menerima wang rasuah sebagai ganjaran dengan membantu meluluskan pembelian Merdeka
Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak. Beliau dituduh menerima wang tersebut
daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) iaitu Ikhwan Zaidel
dan Muhammad Zahid Md Arip merupakan bekas pengawai politik khas. Mohd Isa Samad didakwa
melakukan pertuduhan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No.11, Persiaran KLCC di Kuala
Lumpur antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015. Mohd Isa Samad juga dijatuhi hukuman denda
sebanyak RM15.45 juta oleh mahkamah. Tetapi beliau telah memohon untuk menangguhkan
pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Jenayah rasuah berlaku disebabkan beberapa faktor dalaman yang menyebabkan seseorang

3.0 ISI PERBINCANGAN

3.1 KESALAHAN YANG DILAKUKAN

Mohd Isa yang berumur 74 tahun dan juga merupakan bekas Menteri Besar
Negeri Sembilan telah melakukan kesalahan rasuah iaitu menerima suapan yang bernilai
RM 3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh
FELDA. Kesalahan tersebut dilakukan di Tingkat 49, Menara FELDA di Persiaran
KLCC antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015. Suapan berkenaan dikatakan
diterima Mohd Isa melalui bekas pembantunya, Muhammad Zahid Arip Zahid. Beliau
juga berkata, suapan itu dibayar kerana bimbang Mohd Isa mungkin menggunakan
pengaruhnya untuk membatal atau menangguhkan pembayaran bagi pengambilalihan
hotel itu, sambil menambah bahawa anak syarikat FELDA iaitu FELDA Investment
Corporation Sdn Bhd sebelum ini menolak cadangan untuk membeli hotel itu.

Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Mohd Isa.
Hakim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, menjatuhkan hukuman penjara enam tahun
bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara 54 tahun serta
denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila
mahkamah memerintahkan supaya semua hukuman penjara itu berjalan serentak. Namun
begitu, ketika prosiding rayuan pada 16 Oktober 2023, peguam bela Mohd Isa, Datuk
Salehuddin Saidin, berkata anak guam perlu dilepas dan dibebaskan daripada semua
pertuduhan kerana fakta kes menunjukkan tiada bukti Mohd Isa menerima wang
berkenaan.

Beliau juga berhujah bahawa Mahkamah Tinggi menggunakan prinsip undang-


undang salah kerana gagal memberi perhatian sewajarnya kepada semua keterangan yang
tidak dinilai secara keseluruhan sebelum membuat kesimpulan. Bagaimanapun,
Afzainizam berhujah, Mohd Isa berhasrat untuk mendapatkan suapan walaupun tidak
berurusan secara langsung dengan ahli perniagaan Sarawak, Ikhwan Zaidel, dalam mana-
mana urus niaga yang membabitkan jumlah berkenaan.

3.2 KESAN KEPADA INDIVIDU ATAU ORGANISASI

Seperti mana yang semua sedia maklum, perbuatan rasuah bukan sahaja memberi
kesan kepada si penerima dan si pemberi, malah kepada individu yang berada di sekeliling
mereka. Apa yang dikaji dalam kajian ini ialah kesan perbuatan rasuah oleh si pelaku
kepada seseorang individu dan kepada sesebuah organisasi. Menurut Dr Sim (2023),
amalan integriti seharusnya terlebih dahulu bermula dari diri individu itu sendiri sebelum
ia diperluas ke organisasi lebih besar. Katanya, gejala rasuah jika tidak dibendung ia
boleh menyebabkan kehilangan pelanggan, cukai, keyakinan dan memberi imej negatif
kepada organisasi dan syarikat sama ada kerajaan atau swasta.

Kesan perbuatan rasuah kepada individu yang pertama ialah terhakisnya nilai moral
seseorang individu. Menurut Yusuf al-Qaradhawi (2016), meletakkan rasuah sebagai perbuatan batil
yang mengundang kesan buruk terhadap individu, masyarakat dan negara. Apabila dilihat dari sudut
moral, akan lahir masyarakat yang mementingkan diri sendiri, menghasilkan nilai kerja yang buruk,
tiada skil dan kemahiran terhadap pekerjaan serta menghancurkan keadilan kesan dari perbuatan
rasuah yang diamalkan. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang individu menjadi
seorang yang mementingkan diri, berikutan kesanggupannya dalam melakukan apa-apa sahaja demi
kebaikan diri mereka sendiri.

Selain itu, berlaku penindasan kepada seseorang individu. Hal ini demikian kerana perbuatan
rasuah menghalang hak yang sepatutnya diterima oleh seseorang individu. Noraida Harun (2017)
menegaskan, rasuah selain melebarkan jurang perbezaan antara golongan miskin dan kaya, jenayah ini
juga amat menekan golongan miskin dan menutup hak yang sepatutnya menjadi milik mereka. Ia
berpunca dari kelemahan individu terhadap penghayatan nilai-nilai murni dalam menjalankan tugas,
terlalu rakus dan tamak hingga menghakis nilai etika dan agama dalam diri mereka. Oleh itu, sifat
tamak merupakan salah satu punca berlakunya gejala rasuah.

Seterusnya, kesan perbuatan rasuah kepada organisasi adalah menjatuhkan imej organisasi.
Hal ini dikatakan sedemikian kerana apabila pelanggan mendapati berlakunya kegiatan rasuah dalam
sesebuah organisasi, mereka akan hilang rasa percaya kepada organisasi dalam menguruskan urusan
mereka. Mohd Taqiuddin bin Mohamad dan Mohamad Hafiz bin Abdul Wahab (2008) berdasarkan
takrifan yang diambil dari David Ng (2006) mengaitkan rasuah sebagai aktiviti yang sinonim dengan
kakitangan awam. Sebagai pihak yang bertanggungjawab meluluskan sesuatu perkara bagi sesebuah
negara dan mempunyai kuasa dalam pentadbiran kerajaan, kakitangan awam sering terdedah dengan
aktiviti rasuah. Penglibatan kakitangan awam dengan gejala rasuah secara tidak langsung telah
merosakkan kepercayaan, amanah dan tanggungjawab yang diberi demi kepentingan diri sendiri. Oleh
itu, kegiatan rasuah boleh menyebabkan pelanggan memandang serong terhadap organisasi.

Rasuah juga memberi kesan kepada organisasi daripada berkembang. Hal ini demikian
kerana, gejala rasuah boleh menyebabkan ketidakstabilan dalam organisasi. Hal ini akan
menyebabkan pemegang taruh ragu-ragu untuk terus melabur dan bakal pelabur yang berpotensi akan
mengelakkan diri mereka daripada membuat pelaburan di organisasi tersebut. Satu kajian kualitatif
berbentuk kepustakaan telah dijalankan oleh Sarah Dina dan Mohd Adib (2013) dengan
menyenaraikan pelbagai kesan buruk rasuah dari sudut ekonomi seperti kehilangan hasil negara,
menghancurkan pentadbiran, menurunkan keyakinan orang ramai termasuk pelabur dari dalam dan
luar negara yang akhirnya akan melumpuhkan ekonomi negara.

Wujudnya budaya kerja yang tidak sihat dalam organisasi juga merupakan kesan
rasuah kepada organisasi. Deal dan Kennedy menyatakan bahwa budaya organisasi adalah
“keseluruhan dari keyakinan, norma, dan tradisi yang diterima oleh anggota suatu
organisasi dan yang menentukan bagaimana organisasi tersebut berperilaku.” Budaya
organisasi didefinisikan sebagai sistem keyakinan, norma, dan nilai yang diterima oleh
anggota suatu organisasi yang menentukan bagaimana organisasi tersebut berperilaku dan
mencapai tujuannya. Apabila pekerja terbiasa untuk mengambil rasuah daripada
pelanggan dengan alasan untuk memastikan kelancaran sesuatu tugas atau urusan, ia
secara tidak langsung menjadi sebahagian daripada budaya organisasi. Hal ini bukan
sahaja menyebabkan keputusan yang dibuat oleh pekerja tidak tepat malah mungkin akan
menyebabkan kerugian kepada organisasi.

3.3 PENGAJARAN
Apa yang dapat kita pelajari daripada kes Mohd Isa adalah rasuah bukan sahaja memberi kesan
kepada individu yang terlibat iaitu antara si penerima dan si pemberi malah kepada sesebuah
organisasi. Sebagai pengajaran kepada semua, rasuah menyebabkan seseorang individu itu melupakan
nilai moral atau pegangan mereka demi kesenangan diri mereka sendiri. Rasuah juga menyebabkan
sesetengah individu ditindas kerana berlaku ketidakadilan dalam membuat sesuatu keputusan atau
sesuatu tugas rasmi. Sebagai contoh, ketika pemilihan tender, pegawai tender memlih tender daripada
Syarikat Kasturi kerana telah menerima suapan dari syarikat tersebut.

Hal ini menyebabkan peluang sama rata yang sepatutnya dimiliki oleh semua pihak menjadi
tidak berguna. Hal ini secara tidak langsung menindas hak orang lain yang terlibat dalam pemilihan
tender tersebut. Rasuah juga menyebabkan budaya organisasi berubah menjadi satu budaya yang tidak
sihat dan menjatuhkan imej organisasi yang mana membawa kepada kehilangan kepercayaan
pelanggan dan para pelabur. Oleh itu, perbuatan rasuah perlu dihindari oleh semua pihak agar tidak
berlaku penindasan, terhakisnya nilai murni, budaya organisasi yang tidak sihat dan lain-lain lagi.

4.0 RUMUSAN

Objektif utama kajian ini untuk melihat kesan rasuah terhadap individu atau organisasi. Ia
juga dapat dinyatakan di dalam tajuk kajian kes ini iaitu “Penjara enam tahun, denda RM15.45 juta,
ini kronologi rasuah Isa Samad.” Walau bagaimanapun, hasil dapatan sumber daripada Astro Awani
menyatakan pada 14 Disember 2018, Mohd Isa didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas
satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah. Mohd Isa mengaku tidak
bersalah atas kesemua pertuduhan. Beliau dituduh dengan menerima wang secara berperingkat
daripada Ikhwan Zaidel, iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB),
menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip sebagai ganjaran membantu
meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak. Kesalahan itu
didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, antara 21
Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Pada 16 Jun 2020 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mohd Isa untuk membela
diri atas sembilan pertuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan segala intipati
pertuduhan. Selain itu, Hakim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhi tertuduh hukuman
penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan keseluruhan 54 tahun serta denda RM15.45
juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan. Bagaimanapun, Mohd Isa, hanya
perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila mahkamah memerintahkan, kesemua hukuman
penjara itu berjalan serentak. Dapatan kajian di atas adalah selari dengan pertuduhan menurut Seksyen
16(a)(A) Akta Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen
24(1) akta sama. Serta ia memperuntukkan hukuman penjara maksimal 20 tahun dan denda tidak
kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi jika
disabit kesalahan. Dalam kes ini, akibat daripada amalan rasuah dapat meningkatkan kadar inflasi bagi
sesebuah negara. Oleh yang demikian, dengan peningkatan kadar inflasi akan menjejaskan
pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara.

5.0 KESIMPULAN

Apa yang dapat kita simpulkan ialah Mohd Isa atau dikenali sebagai Isa Samad telah
dikenakan hukuman penjara 54 tahun dan denda sebanyak RM 15 juta bagi 9 kesalahan rasuah yang
berjumlah RM 3 juta. Akan tetapi, Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun
apabila mahkamah memerintahkan supaya semua hukuman penjara itu berjalan serentak. Kes ini
berkaitan dengan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh FELDA.
Mahkamah membenarkan beliau membuat rayuan dan prosiding akan dijalankan pada pada bulan
Januari 2024.

Selain itu, terdapat juga beberapa kesan perbuatan rasuah kepada organisasi dan individu.
Bagi individu kesannya adalah terhakisnya nilai-nilai moral atau agama dan berlakunya penindasan
kepada individu tertentu. Organisasi pula terkesan dari segi hilangnya kepercayaan pelabur sedia ada
dan bakal pelabur terhadap keupayaan organisasi. Organisasi juga dipandang serong oleh pelanggan
yang mana menyebabkan imej sesebuah organisasi itu jatuh. Terdapat juga pengamalan budaya
organisasi yang tidak sihat dalam kalangan pekerja. Perkara-perkara ini sekaligus mencerminkan
akibat gejala rasuah kepada individu dan organisasi.
Kesimpulannya, rasuah merupakan salah satu perbuatan yang tidak berintegriti yang mana
bukan sahaja memberi kesan kepada individu dan organisasi malah ekonomi negara. Hal ini
menunjukkan betapa bahayanya rasuah kerana ia dapat merosakkan masyarakat serta menggugat
kestabilan ekonomi negara. Oleh itu, sebagai rakyat yang berintegriti, kita perlulah menghindari diri
daripada perbuatan ini agar kepentingan dan keamanan semua pihak terjaga.

6.0 RUJUKAN

Yusuf Qardhawi, Fatwa-Fatwa Semasa, Terj Sulaiman Ibrahim, Kota Baru : Penerbit Pustaka Aman
Press, 1994.
LAMPIRAN

You might also like