Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

UNIT SUKAN RAGBI DAN KOKURIKULUM

SK TENGKERA 1 2023

KERTAS KERJA
KEJOHANAN RABGI SENTUH U12
‘ TRANQUERAH 7S’
ANJURAN:
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKERA 1
&
PIBG SK TENGKERA 1

TARIKH : NOVEMBER 2023

HARI : SABTU

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : PADANG SK TENGKERA 1

( TRANQUERAH GREEN )

0
UNIT SUKAN RAGBI DAN KOKURIKULUM
SK TENGKERA 1 2023

1.0 Pengenalan

Sukan ragbi merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan
ke peringkat yang lebih tinggi. Usaha mencungkil bakat ragbi dalam kalangan murid
seharusnya bermula di peringkat sekolah lagi. Menyedari hakikat ini, SK Tengkera 1
mengambil inisiatif untuk menggilap bakat-bakat muda terutama dibawah umur bawah
12 tahun dalam sukan ragbi. Ini sejajar dengan usaha berterusan pihak kerajaan
menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menjadikan sukan sebagai medium
dalam kemenjadian murid di sekolah.

Selain itu, melalui kejohanan ini juga menjadi satu usaha bagi mempromosikan
Melaka dan Tengkera kepada masyarakat luar. Dengan kehadiran pasukan daripada
pelbagai negeri tidak langsung mempromosikan Tengkera serta keunikan yang terdapat
di sini . Syarikat dan badan-badan korporat amat dialu-alukan untuk turut sama
menjayakan kejohanan ini melalui penajaan dan sumbangan yang diberikan. Diharapkan
dengan penganjuran kejohanan ini, ia dapat dijadikan sebagai acara tahunan dalam
kalendar utama Tengkera.

Pengelola kejohanan ini iaitu SK Tengkera 1 merupakan sebuah sekolah yang


tidak asing lagi dalam sukan ragbi di. Kejohanan ini juga turut mendapat sokongan dan
kerjasama daripada PIBG SK Tengkera 1 dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ( JPNM
). Oleh yang demikian, pihak penganjur mengharapkan kejohanan edisi sulung ini
mendapat sambutan dan dilaksanakan dengan gilang - gemilang.

2.0 Tajuk

KEJOHANAN RAGBI SENTUH U12 (TRANQUERAH 7’S)

3.0 Latar Belakang


Sukan ragbi pada hari ini mula mendapat tempat dimata peminat sukan. Jumlah
kelab, institusi pengajian tinggi malah sekolah, kian bertambah dari hari ke hari. Melaka

1
UNIT SUKAN RAGBI DAN KOKURIKULUM
SK TENGKERA 1 2023

merupakan sebahagian daripada negeri-negeri di Malaysia yang bergiat aktif dalam


sukan ragbi ini. SK Tengkera 1 merupakan pengiat baru dalam sukan ragbi di Melaka
tetapi mempunyai jurulatih-jurulatih yang bergiat aktif dalam sukan ragbi sangat
bersemangat menjadi salah satu penyumbang kepada atlet-atlet di Melaka. Kejohanan
ini dirancang untuk diadakan selama 1 hari dan melibatkan penyertaan 20 pasukan
sekolah rendah dari umur bawah 12 tahun bagi kategori lelaki dalam kejohanan ini.
Kejohanan ini akan dilaksanakan berdasarkan cadangan ketetapan yang berikut:

Tarikh : November 2023


Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Hari : Sabtu
Tempat : Padang SK Tengkera 1 ( Tranquerah Green )
Kategori : U12 (Lelaki) - 20 pasukan
( 8 pasukan luar Melaka & 12 pasukan dalam Melaka )

4.0 Objektif
a) Jangka pendek:
1. Memperkenalkan pasukan ragbi SKT1 – City Boyz RC
2. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara sekolah melalui aktiviti kesukanan.
3. Mewujudkan persaingan yang sihat melalui aktiviti sukan.
4. Memberi peluang kepada peniaga mempromosikan produk mereka.
5. Peluang kepada pelajar dan guru untuk mengurus dan melaksanakan sesuatu
program.

b) Jangka Panjang :
1. Menggalakkan sekolah terutamanya di Melaka untuk menubuhkan pasukan
ragbi.
2. Mempromosikan Melaka , Tengkera dan kawasan sekitar kepada masyarakat
luar Melaka.

2
UNIT SUKAN RAGBI DAN KOKURIKULUM
SK TENGKERA 1 2023

3. Memperkenalkan dan menggalakkkan penglibatan NGO dan Kementerian di


dalam penganjuran sukan ragbi.
4. Menggalakkan perkembangan sukan ragbi dalam Melaka pada akar umbi.
5. Menjadikan kejohanan ini sebagai kejohanan tahunan bagi SK Tengkera 1.

5.0 Pengelolaan/Penganjuran Bersama.

SK Tengkera 1 dan PIBG SK Tengkera 1

6.0 Sasaran Peserta.

1. Murid-murid lelaki sekolah rendah bawah 12 tahun dari 8 pasukan dari luar Melaka
dan 12 pasukan dari dalam Melaka.
2. Melibatkan 240 orang murid, 60 orang guru , dan 30 orang guru penganjur.

3. Khemah jualan juga akan dibuka bagi memeriahkan lagi suasana kejohanan
Tengkera 7s.
4. Masyarakat setempat juga dijemput menyaksikan kejohanan ini dan dijangka
lebih 500 orang awam akan hadir di sepanjang kejohanan ini.

7.0 Jawatankuasa Kejohanan


Rujuk lampiran A

8.0 Cadangan Pihak Serta Agensi Luar Yang Sama-Sama Terlibat Dalam
Penganjuran Kejohanan

Bil. Pihak Peranan


1 Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Menyediakan keperluan logistik
Kesidang. kejohanan (khemah, bunga hiasan, set
VIP)
2 Majlis Pembandaran Melaka Menyediakan keperluan logistik
Bersejarah ( MBMB) kejohanan (khemah)

3
UNIT SUKAN RAGBI DAN KOKURIKULUM
SK TENGKERA 1 2023

3 Parlimen Kota Melaka Menyediakan keperluan logistik


kejohanan (khemah )

4 Jabatan Pertahanan Awam Menyediakan kemudahan pasukan


Malaysia ( JPAM ) medical.
5 PIBG SK Tengkera 1 Penaja bersama kejohanan dengan
menyediakan bantuan kewangan bagi
penganjuran kejohanan

6 Syarikat swasta yang berminat Penaja bersama kejohanan dengan


membekalkan air minuman kepada
pasukan bertanding serta urusetia
kejohanan
7 Syarikat swasta yang berminat Menyediakan kemudahan siaraya bagi
keperluan sepanjang kejohanan dan
kewangan.
8 Syarikat swasta yang berminat Penaja bersama kejohanan dengan
menyediakan bantuan kewangan serta
menaja hamper kepada pasukan
bertanding
9 Syarikat swasta yang berminat Penaja bersama kejohanan dengan
membekalkan air minuman bertenaga
kepada urusetia kejohanan serta bantuan
kewangan.
10 Syarikat Mamee Penaja bersama kejohanan dengan
menyediakan ‘goodies’.

9.0. Anggaran Pembelanjaan


BIL. ITEM HARGA 1 UNIT JUMLAH
UNIT DIPERLUKAN

1 Bayaran pengadil dan RM 150.00 x 1 12 orang RM 1800.00


pembantu pengadil hari

2 Piala Pusingan (Johan Cup) RM 300.00 1 RM 300.00

3 Baju pengadil dan urusetia RM 35.00 50 helai RM 1750.00

4
UNIT SUKAN RAGBI DAN KOKURIKULUM
SK TENGKERA 1 2023

4 Baju VIP RM 45.00 20 helai RM 900.00

5 Banner kejohanan RM 100.00 4 RM 400.00

6 Ais RM 5.00 60 beg RM 300.00

7 Air mineral untuk pasukan RM15.00 60 kotak RM 900.00


bertanding

8 Air mineral urusetia kejohanan RM 15.00 30 kotak RM 450.00

9 Jamuan pengadil dan urusetia


kejohanan sarapan pagi,
makan tengah hari dan minum RM 15.00 50 orang x 1 hari RM 750.00
petang

10 Jamuan VIP RM 10.00 20 RM 200.00

11 Medal pemenang untuk setiap RM 6.00 300 unit RM 1800.00


pemain

12 Piala iringan RM 50.00 10 RM 500.00

13 Cenderamata Perasmi RM 80.00 1 RM 80.00

14 Bola kejohanan (saiz 3) RM 100.00 10 RM 1000.00

15 Khemah RM 200.00 15 RM 3000.00

16 PA sistem RM 400.00 1 RM 400.00

17 Cenderahati iringan :
a) Pengadil RM 20.00 12 RM 240.00
Pemain terbaik RM 20.00 2 RM 40.00

18 b) Percetakan sijil RM 1.50 400 RM 600.00


kejohanan
19 Bunga hiasan dan set VIP RM 300.00

20 Jersi pasukan RM 150.00 15 helai RM 2250.00

5
UNIT SUKAN RAGBI DAN KOKURIKULUM
SK TENGKERA 1 2023

JUMLAH KESELURUHAN RM 17960.00

*Sumber kewangan

BIL. ITEM HARGA 1 UNIT JUMLAH

1 Sumbangan Penyertaan RM 300 x 20 pasukan RM 6000.00

2 Sewaan Gerai Jualan RM 50 x 10 tapak RM 500.00

3 Penajaan Syarikat Swasta RM 5460.00 RM 5460.00

4 Penajaan DUN Kesidang RM 6000.00 RM 6000.00


dan Parlimen Kota Melaka

JUMLAH KESELURUHAN RM 17960.00

9.0 PUBLISITI
9.1 Publisiti kejohanan akan dilakukan melalui media cetak, elektronik, sosial,
papan iklan dan banner.
9.2 Setiap logo rakan penaja akan disertakan di dalam buku program, poster,
banner dan iklan kejohanan.

10.0 CADANGAN PAKEJ TAJAAN

a. Penajaan
Platinum RM 5,000 • Logo bersaiz besar di banner, poster,
iklan, buku program dan media sosial
• Pengiktirafan oleh pengacara majlis
• 4 tempat duduk VIP
• Logo syarikat di A-board padang
• Percuma 1 booth jualan

6
UNIT SUKAN RAGBI DAN KOKURIKULUM
SK TENGKERA 1 2023

b. Penajaan
Emas RM 4,000 • Logo bersaiz sederhana di banner,
poster, iklan, buku program dan
media social
• Pengiktirafan oleh pengacara majlis
• 2 tempat duduk VIP
• Percuma 1 booth jualan

c. Penajaan • Logo bersaiz kecil di banner, poster,


Perak RM 3,000 iklan, buku program dan media sosial
• 2 tempat duduk VIP

7
UNIT SUKAN RAGBI DAN KOKURIKULUM
SK TENGKERA 1 2023

11.0 Agihan Medal Piala Dan Iringan Kepada Pemenang


AGIHAN BAGI SETIAP KATEGORI
Kumpulan Kedudukan Medal Piala iringan
pemenang
Johan / /
CUP Naib Johan / /
Ketiga /
Keempat /
Johan / /
PLATE Naib Johan / /
Ketiga /
Keempat /
Johan / /
BOWL Naib Johan / /
Ketiga /
Keempat /
Johan / /
SHIELD Naib Johan / /
Ketiga /
Keempat /
SPOON Johan / /
Naib Johan / /
Ketiga /
Keempat /

8
UNIT SUKAN RAGBI DAN KOKURIKULUM
SK TENGKERA 1 2023

12.0 Penutup
Kerjasama dari seluruh pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung adalah
amat diharapkan bagi melancarkan lagi perjalanan program yang julung-julung kali
diadakan ini.

Disediakan oleh :
Disemak oleh :

zamirabdrahman
……………………………………… ……………………………………..
( En Zamir Bin Abd Rahman ) ( Pn. Norziaton Bt Hamid )
Setiausaha Kejohanan Tengkera 7s GPK KOKU SK Tengkera 1

Disahkan oleh :

……………………………………..
(Pn Salmiah Bt Sirajab)
Guru Besar SK Tengkera 1

You might also like