Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

Peta Konsep
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

Kertas cadangan kajian tindakan mempunyai banyak persamaan dengan kertas


cadangan penyelidikan/kajian umum. Namun, terdapat sedikit perbezaan
memandangkan kajian tindakan mempunyai refleksi di dalamnya. Secara amnya,
kertas cadangan kajian tindakan mempunyai perkara-perkara seperti berikut:

Nama penyelidik/ahli kumpulan penyelidik:

Tajuk kajian: Penggunaan kaedah …. (apa) untuk membantu murid … (apa)

 Latar belakang kajian


 refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
(pernyataan masalah)
BAB 1  isu keprihatinan/ fokus kajian
(Pengenalan)  objektif kajian dan /persoalan kajian/hipotesis
kajian
 kepentingan kajian
 definisi konsep dan definisi operasi
 batasan kajian
 rumusan

BAB 2 Literatur yang berkaitan dengan kajian


(Tinjauan Literatur)

 Reka bentuk kajian – Kajian Tindakan


 Model Kajian Tindakan
 Prosedur Menjalankan Kajian (ikut model yang
dipilih):
BAB 3 • Langkah 1 - Tinjauan Awal Masalah
(Metodologi) • Langkah 2 – Merancang Tindakan
• Langkah 3 – Melaksana Tindakan
• Langkah 4 - Mengumpul dan
Menganalisis data
• Langkah 5 – Membuat refleksi
dan Menilai
 Kumpulan sasaran
 Instrumen Kajian

BAB 4
 Hasil Kajian
(Dapatan Kajian &
Perbincangan)  Perbincangan
 Rumusan

BAB 5  Kesimpulan dan Cadangan


(Kesimpulan)

** Tulisan yang gelap (bold) berfokus kepada format kajian tindakan


PROGRAM SEHARI SELEMBAR BENANG:
MEMPERKAYA KOSA KATA MURID
TINGKATAN 4
Tajuk hendaklah ringkas,
mengandungi hala tuju,
Nama penyelidik : Salsa Bt Sasil tindakan dan sasaran kajian.

Institusi :SMK Makmur Selalu, Balik Bukit, 25050, Sempadan, Melukut.


Catatkan nama penuh
penyelidik / ahli kumpulan
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu beserta alamat

Sewaktu saya menyemak karangan murid Tingkatan 4 Bestari, saya rasa sungguh
terkejut kerana saya dapati walaupun mereka telah berada di menengah atas, tahap
penguasaan kosa kata di kalangan murid ini sungguh terhad. Isi yang ditulis juga
tidak berkembang. Selain itu, masih ramai murid yang melakukan kesilapan ejaan.
Banyak ayat tergantung dibina oleh murid. Mereka menggunakan perkataan yang
biasa mereka gunakan dan berulang-ulang apabila ingin menghuraikan tentang
sesuatu perkara. Dalam ujian Topikal 1 iaitu soalan 2 yang hanya meminta murid
menulis ayat berasaskan perkataan yang diberi, saya dapati 37% daripada jumlah
murid dari kelas ini tidak menjawab soalan tersebut………
Kaitkan Refleksi pengalaman PdP lepas
danrujuk bahan yang berkaitan seperti
Perlukah saya ajar semua kosa kata yang
buku terdapat
latihan, dalam Kamus Dewan untuk
ujian, keputusan
memperkaya kosa kata murid? Adakah cara sukatan
peperiksaan, saya mengajar
pelajaran danselama ini dapat
membantu murid menambahkan kosa bahan-bahan yang berkaitan
kata mereka? Apakahuntukyang boleh saya
membantu penyelidik mengingat
lakukan untuk menarik minat murid memperkaya kosa kata mereka? kembali
Mampukah saya
apa-apa yang telah dilaksanakan/ berlaku.
menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk membantu murid saya? Apabila saya
membincangkan perkara ini dengan rakan-rakan dalam mesyuarat panitia, ada guru
mengatakan yang murid hari ini malas membaca dan suka disuapkan apa-apa sahaja
ilmu yang diperlukan untuk membolehkan mereka cemerlang apabila menjawab
soalan. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani
masalah ini?

Isu Keprihatinan/Fokus Kajian

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya
hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata. Murid saya
mempunyai kosa kata yang sangat terhad. Mereka hanya mampu menggunakan
perkataan yang biasa mereka temui dan gunakan semasa di sekolah rendah. Mereka
melakukan banyak kesilapan apabila menulis ayat. Kesilapan yang sering dilakukan
oleh murid ialah:

• Kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat.


• Murid menggunakan kosa kata yang berulang-ulang dalam satu ayat menjadikan
ayat itu tidak gramatis.
• Murid tidak menjawab soalan bina ayat kerana tidak faham maksud perkataan
yang diberi.
Objektif hendaklah
Dengan membantu murid memperkaya kosa masalah
berkaitan dengan kata, saya yakin murid boleh
danHal
membina ayat yang tepat, jelas dan gramatis. kaitkan dengan
ini……..
tindakan aktiviti.

Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif
berikut:
i. Objektif Umum
Meningkatkan nilai GNP sekolah dengan peningkatan peratus kelulusan
Bahasa Melayu.

ii. Objektif Khusus


 Meningkatkan bilangan kosa kata baru yang diketahui dan difahami oleh
para murid.
 Meningkatkan keupayaan mengaplikasikan perkataan
Sebutkan bilangan murid yang baru dalam ayat
yang dibina oleh murid. akan dikaji (mestilah
 Membantu murid menguasaikumpulan
kemahiran
muridbelajar dengan merujuk kamus
yang diajar
bagi meningkatkan penguasaan kosa
oleh kata mereka.
penyelidik).
 Meningkatkan peratus murid yang mendapat markah yang cemerlang bagi
bahasa dalam penulisan karangan.

Kumpulan Sasaran
Kajian ini akan melibatkan 30 orang murid Tingkatan 4 Bestari yang terdiri daripada
10 orang murid Melayu, 2 orang murid India dan 18 orang murid Cina.

Tindakan yang dicadangkan


i. Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan
Nyatakan aktiviti-
kajian ini, tinjauan terhadap masalah
aktivitiyang dikenal pasti akan dibuat
yang akan
bertujuan untuk memahami dengan dilaksanakan.
lebih mendalam masalah tersebut.
Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:

a. Ujian khas membina ayat berasaskan perkataan yang diberi bagi


menganalisis kelemahan penguasaan kosa kata.

b. Latihan karangan murid bagi mengesan kesilapan penggunaan


tentukan tema/isu keprihatinan
perkataan dalam ayat penggunaan kosa kata yang berulang-ulang dalam
kajian /masalah dan Rumuskan
satudikenalpasti
masalah yang ayat. …. daripada
refleksi P&P yang lalu
ii. Program “Sehari Selembar Benang”
Cara Pelaksanaan:
a. Guru mengumumkan sepatah perkataan sehari berserta definisi dan
contoh ayat dalam perhimpunan pagi.
b. Murid mencatat dalam buku catatan khas.
c. Guru menampal ……

iii. Program 200-4


(200 perkataan dalam tempoh 4 minggu)
Cara Pelaksanaan:
a. Guru meminta murid mencatat perkataan sukar daripada teks yang
dibaca serta mencatat perkataan tersebut dalam buku catatan.
b. Murid merujuk kamus untuk mengetahui maksud dan mencatatkannya
dalam buku catatan.
c. Murid membina ayat berasaskan …..

Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tarikh


Masukkan aktiviti yangPelaksanaan
1 dirancang bagi
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan 5 Februari 2014
menjalankan kajian.
data awal
2 Menulis proposal Kajian 13 Februari 2014
3 Merancang Tindakan – (individu/panitia) 18 Februari 2014
4 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 1 23 Februari 2014
5 Membincangkan masalah yang timbul dalam 27 Februari 2014
Tindakan 1 (dalam panitia)
6 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 2 5 Mac, 2014
7 Membincangkan masalah yang timbul dalam 8 Mac 2014
Tindakan 2 (dalam panitia) Rujukan dalam teks dan dalam
…. …… Senarai Rujukan hendaklah ditulis
…..
mengikut sistem American
Psychological Association(APA) yang
Rujukan terkini

Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan…


Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee & Boon,
2005).
Aktiviti 5.1 Menulis Cadangan/Proposal Kajian Tindakan
(~60 minutes)

Arahan: Berdasarkan format penulisan cadangan kajian tindakan yang telah


dibincangkan, bincang dalam kumpulan anda berkenaan kajian tindakan yang akan
dilakukan dan tulis satu cadangan kajian tersebut.

Penulisan Proposal Kajian Tindakan


Bab Perkara Isi Kandungan
Nama-nama Penyelidik
Tajuk Nak buat apa. Untuk atasi apa

Bab 1 Pernyataan Masalah Buat diari satu perenggan sahaja


(Refleksi terhadap
amalan PdP)

Objektif Kajian dan / 1@2 objektif, tak perlu umum dan khusus
Soalan Kajian

objektif kajian
secara umum objektif kajian ini adalah untuk:
1) ….

Persoalan Kajian
1) sejauhmankah/adakah kaedah … dapata atasi
masalah …?
Batasan Kajian/sasaran Lokasi, kelas mana, pelajar mana
kajian
Tindakan yang Jelaskan nak guna kaedah apa
dicadangkan

Bab 2 Tinjauan Literatur Letakkan ulasan artikel/kajian lepas

Rekabentuk kajian Kajian tindakan

Model kajian
Pilih mana2 model dlm nota
Bab 3 Persampelan
Kajian di mana, melibatkan siapa, berapa orang,
kelas mana dan ciri2 sampel/murid kajian
Instrumen Kajian
Kajian menggunakan apa untuk kumpul data
( soal selidik, soalan temubual, borang
pemerhatian, catatan lapangan)
Prosedur Kajian
(Perancangan
Tindakan) Rujuk jadual pelaksanaan. Boleh buat dlm
bentuk jadual. Ada aktiviti dan bila tarikh
dijangka menjalankan kajian

Tatacara Analisis Data


Maklumkan bagaimana nak jawab objektif
/persoalan kajian
Data yang diperolehi akan dianalisis dengan
menggunakan apa: (cari min, cari peratus,
analisis temubual, catatan lapangan, rekod
pemerhatian)
Rujukan
Masukkan 5 rujukan artikel yg dah anda buat

PERKARA PERLU ADA DALAM PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN YIK \JAIPK:

BAB 1

1) PERNYATAAN MASALAH

2) OBJEKTIF

3) CARA PELAKSANAAN …… (CTH: TABUNG TARBIYAH, BICARA BERIRAMA,


HAPPY TRICK)

BAB 2

1) TINJAUAN LITERATUR (5 ULASAN ARTIKEL/ 5 PERENGGAN)

BAB 3

1) KAEDAH KAJIAN – kaedah kajian tindakan menggunakan model ….

2) KUMPULAN SASARAN/SAMPEL KAJIAN

3) INSTRUMEN KAJIAN/ALAT KAJIAN

- SOALAN UJIAN/SOAL SELIDIK/TEMUBUAL/PEMERHATIAN

-SEBELUM (UJIAN PRA)


- SELEPAS (UJIAN POS/UJIAN PASCA)

4) TATACARA ANALISIS KAJIAN

- CARI JUMLAH, CARI MIN, CARI PERATUSAN, PEMERHATIAN, CATATAN


LAPANGAN

- JADUAL PELAKSANAAN

BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN

1. KENALPASTI MASALAH 23 SEPT 2022

2. PENULISAN PROPOSAL 24 SEPT 2022

3. PENGUMPULAN DATA 3 OKT – 15 OKT 2022

4. ANALISIS DATA 1 NOV 2022

5 PENULISAN LAPORAN 26 NOV 2022

Tatacara Analisis

Nilai peratusan…

Senarai pelajar Sebelum (ujian pra) Selepas (ujian


pos/pasca)

Pelajar A

Jumlah 20/30 30/30

Rujukan
Ali & Abu (2021). Kajian…… tesis terbitan ukm.

You might also like