Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

No.

Dokumen SOP - 01

HOSPITAL BAU, SARAWAK Tarikh


01/08/2017
Berkuatkuasa
Versi 01
SOP KAWALAN KEBERSIHAN PERSONEL
Muka surat 1/3

OBJEKTIF : Untuk mengelakkan kontaminasi silang ke atas makanan.

SKOP : Digunapakai untuk semua anggota yang terlibat dalam pengendalian makanan
di dalam kawasan penyediaan makanan termasuk pelawat/pembekal makanan
dan kakitangan Syarikat Konsesi.

PROSEDUR

1. Semua anggota Unit Sajian yang mengendalikan makanan secara langsung adalah
diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan suntikan thyphim dan
mengikuti kursus Latihan Pengendali Makanan yang dijalankan oleh Sekolah Latihan
Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh KKM.

2. Semua pengendali makanan yang dikenalpasti atau disyaki menghidap atau pembawa
penyakit bawaan makanan dan air seperti demam kuning, hepatitis, cirit - birit, muntah,
demam dan sakit tekak bersama demam atau lain-lain tidak boleh memasuki kawasan
pengendalian makanan sekiranya, berpotensi menyebabkan pencemaran makanan dan
hendaklah segera melaporkan status kesihatan mereka kepada pihak pengurusan dan
menjalankan pemeriksaan kesihatan secara klinikal jika perlu.

3. Tukang Masak bertugas dikehendaki menukar pakaian seragam yang bersih di bilik
persalinan yang disediakan apabila tiba di tempat bertugas serta memakai apron,
penutup kepala dan kasut yang sesuai apabila memasuki ruang operasi. Pemeriksaan
kebersihan personel dilakukan setiap hari sebelum anggota memasuki tempat
penyediaan makanan dengan menggunakan HB/US/GMP/BORANG 01 (Versi 01).

4. Pengendali makanan hendaklah :-

4.1. Menanggalkan barang kemas seperti gelang, cincin, kerongsang, jam tangan,
subang dan lain-lain aksesori (seperti tanda nama) sebelum memasuki kawasan
penyediaan makanan.

4.2. Barangan peribadi atau pakaian tidak boleh disimpan di tempat pemprosesan
makanan.

4.3.

a. Tiada penyemburan pewangi dan penggunaan losyen selepas berpakaian


seragam kerja.
No. Dokumen SOP - 01

HOSPITAL BAU, SARAWAK Tarikh


01/08/2017
Berkuatkuasa
Versi 01
SOP KAWALAN KEBERSIHAN PERSONEL
Muka surat 2/3

4.4. Rambut ditutup selepas berpakaian seragam kerja. Janggut dan misai
dijaga rapi.

4.5. Kuku palsu dan bulu mata palsu tidak dibenarkan. Kuku sentiasa pendek
dan tiada pewarna kuku.

4.6. Bahagian anggota badan yang luka ditutup dengan pembalut yang bersih dan
kalis air serta memakai sarung tangan.

4.7. Individu yang mempunyai luka bernanah di tangan yang terdedah harus
dielakkan daripada mengendalikan makanan.

4.8. Memakai pakaian pelindung diri yang bersih.

4.9. ‘Glove’ dan ‘face mask’ wajib dipakai ketika proses penyediaan makanan sedia
dihidang, memasak dan menghidang makanan.

4.10. Tidak bersin, batuk, meludah, menjilat jari, menggaru badan, menghembus
hidung, merokok atau mengunyah makanan atau melibatkan diri dalam
perlakuan yang boleh menyebabkan pencemaran makanan.

4.11. Membasuh tangan dengan cara yang betul apabila:-

● Pada setiap permulaan aktiviti penyediaan makanan.

● Selepas menggunakan tandas.

● Selepas mengendalikan bahan mentah atau bahan tercemar.

● Selepas melakukan perkara 4.10. sekiranya tidak dapat dielakkan.

5. Bagi pelawat / kakitangan syarikat konsesi dikehendaki mematuhi perkara berikut


sebelum memasuki kawasan operasi dapur) :-

5.1. Melaporkan status kesihatan sebelum memasuki ke dalam premis dengan


menggunakan HB/US/GMP/BORANG 2 (Versi 01).

5.2. Menanggalkan barang kemas seperti gelang, cincin, kerongsang, jam tangan,
subang dan lain-lain aksesori (seperti tanda nama) sebelum memasuki kawasan
penyediaan makanan.

5.3. Memakai pakaian perlindungan diri seperti apron, penutup kepala, dan sarung
kasut yang disediakan. ‘Glove’ dan ‘face mask’ dipakai sekiranya perlu sahaja.
No. Dokumen SOP - 01

HOSPITAL BAU, SARAWAK Tarikh


01/08/2017
Berkuatkuasa
Versi 01
SOP KAWALAN KEBERSIHAN PERSONEL
Muka surat 3/3

5.4. Mencuci tangan dan sentiasa mempraktikkan Amalan Kebersihan Diri serta
mematuhi lain–lain peraturan atau apa-apa arahan semasa berada di dalam
kawasan operasi dapur.

5.5 Sebelum keluar dari unit ini, sila pastikan pakaian perlindungan diri ditanggalkan
dan diletakkan di tempat asal yang dikhaskan atau dilupuskan.

6. Penolong Pegawai Penyediaan Makanan / Pegawai Memantau:

6.1. Menanggalkan barang kemas seperti gelang, cincin, kerongsang, jam tangan,
subang dan lain-lain aksesori (sekiranya ada) sebelum memasuki kawasan
penyediaan makanan.

6.2. Memakai pakaian pelindung diri yang lengkap ketika melakukan pemantauan
didalam kawasan operasi. Pemakaian ‘white coat’ bagi Pegawai Memantau
adalah dibenarkan.

6.3. Mencuci tangan sebelum menjalankan pemantauan dan mengamalkan


kebersihan diri sepanjang berada didalam kawasan operasi dapur.

6.4. ‘Glove’ dan ‘face mask’ dipakai sekiranya perlu.

7. Rujukan:

7.1. Fail Pekerja


7.2. Manual Diet Hospital 2016.
7.3. Guideline Hospital Catering.

You might also like