B. SURAT MOHON SUMBANGAN KOPERASI KRS

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN NUSA JAYA,

81550 GELANG PATAH,


JOHOR

Ruj. Kami : SMKTNJ 600-3/4/15(2)


Tarikh : 26 JULAI 2023
Kepada :

Tn. Hj. Adib Adham Bin Daud,


Pengerusi,
Koperasi Smk Taman Nusa Jaya Berhad,
81550 Gelang Patah,
Johor Darul Takzim.

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN PERUNTUKAN MAKANAN DAN MINUMAN MURID UNTUK


PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM (PBB) SEKOLAH MENENGAH
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2023.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menghantar dua pasukan pasukan badan
beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) iaitu peserta lelaki dan perempuan untuk Pertandingan
Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform (Pbb) Sekolah Menengah Kadet Remaja Sekolah (Krs)
Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2023 pada 1 dan 2 Ogos 2023 bertempat di SMK Taman
Nusajaya

3. Pihak kami sangat berbesar hati dan memohon jasa baik tuan untuk meluluskan permohonan
sumbangan peruntukan tersebut yang melibatkan kos sebanyak RM 770.00 (Ringgit Malaysia Tujuh
Ratus Tujuh Puluh Sahaja).

4. Bersama surat ini disertakan Kertas Kerja Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan
Beruniform (PBB) Sekolah Menengah Kadet Remaja Sekolah (KRS) Peringkat Daerah Johor Bahru
Tahun 2023. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan sangat kami hargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan.

Sekian, terima kasih.

“Malaysia Madani”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah,

............................................................
(MUHAMMAD TAUFIK BIN GHALID)
Setiusaha Program,
SMK Taman Nusa Jaya

You might also like