Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Dalam dunia pendidikan, kita seringkali berhadapan dengan pentaksiran dan

penilaian yang bersesuai untuk murid-murid di sekolah antara kaedah pentaksiran


seperti pengujian, pengukuran dalam semua keadaan yang memerlukan guru
membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan. Guru juga perlu membuat
pertimbangan dan keputusan berhubungkait dengan murid di dalam bilik darjah
sebelum, semasa, selepas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Di Sekolah Menengah pentaksiran yang dijalankan adalah secara berterusan di
dalam bilik darjah, bagi membantu guru mendapatkan maklumat tentang
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan percapaian seseorang murid. Pentaksiran
bilik darjah dilakukan secara formatif dan sumatif. Pentaksiran Formatif dijalankan
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran seperti portfolio, kerja kursus amali,
esei manakala Pentaksiran Sumatif dijalankan pada hujung fasa pengajaran
pembelajaran seperti di akhir tahun seperti peperiksaan PT3 dan SPM. Kaedah yang
digunakan dalam pentaksiran formatif seperti latihan amali dan pemerhatian serta
tugasan dilakukan secara individu atau berkumpulan. Seterusnya kaedah yang
digunakan dalam Pentaksiran Sumatif ujian kertas, ujian lisan tugasan dilakukan
secara individu atau berkumpulan. Menurut Sidhu, Kaur & Chi (2018) Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) memberi peluang samarata kepada semua murid ruang
pembelajaran bagi memperkembangkan potensi mereka melalui tugasan port folio
mahupun peperiksaan dan ujian petengahan tahun serta akhir tahun.
Di Sekolah Seni Malaysia Johor pentaksiran formatif dalam pendidikan seni
visual dilakukan melalui kaedah portfolio bagi proses pembelajaran yang
membolehkan guru dan murid mendapatkan eviden pembelajaraan yang berterusan
untuk pernambahbaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa dan masa
hadapan. Tujuan pentaksiran formatif ini untuk menilai perkembangan dan tahap
penguasaan sesuatu unit atau topik pembelajaran pendidikan seni visual. Sebagai
contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran penghasilan portfolio rekabentuk kerusi
mudahalih kanak-kanak. Di dalam proses penghasilan porfolio rekabentuk kerusi
mudahalih kanak-kanak, murid telah diberi penerangan oleh guru tentang tugasan
portfolio serta proses penilaian tahap penguasaan. Tahap Penguasaan bermula dari
TP 1 hingga TP 6 yang paling tinggi. Tahap Penguasaan adalah skema
permarkahan bagi menilai tahap penguasaan murid dalam proses penghasilan
portfolio yang berkaitan dengan tugasan, Contoh dalam kaedah penghasilan portfolio
murid perlu mengikut skema tahap penguasaan iaitu (TP1) tahap penguasaan 1 :
mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, teknik dan proses dalam
penghasilan karya / produk. (TP2) tahap penguasaan 2 : menerangkan tentang
bahasa seni visual, media, teknik dan proses dalam penghasilan karya / produk.
(TP3) tahap penguasaan 3 : mengaplikasikan kefahaman dan kemahiran bahasa
seni visual, media, teknik dan proses dlam penghasilan karya / produk. (TP4) tahap
penguasaan 4 : menganalisis aplikasi bahasa seni visual, media, teknik, dan proses
dalam penghasilkan karya / produk melalui eksplorasi dan penjanaan idea serta
mengamalkan nilai murni. (TP 5) tahap penguasaan 5: menjustifikasikan aplikasi
bahasa seni visual, media, teknik dan proses dalam penghasilan karya / produk
pengolahan idea serta mengamalkan nilai murni. (TP 6) tahap penguasaan 6 :
mencipta hasil karya / produk secara kreatif, inovatif dan mengamalkan nilai-nilai
murni dengan mengaplikasi bahasa seni visual, media, teknik dan proses serta
mampu membuat apresiasi secara intelektual dan ilmiah. Skema penilaian
pemarkahan tahap penguasaan berfungsi untuk melihat tahap penguasaan murid,
kaedah ini digunakan dengan konsisten dan boleh dipercayai. Tahap penguasaan
juga berfungsi sebagai rubrik bagi mentaksir hasil karya / produk murid. Menurut Siti
Hayati Haji Mohd Yussuf dan Lee (2018) pentaksiran formatif adalah 1 kaedah
menganalisis tahap murid sepanjang proses pembelajaran dan pemudahcara
dijalankan di dalam kelas.
Dalam proses penghasilan porfolio murid perlu menjana idea, membuat olahan
idea, perkembangan idea, konsep, kajian warna, eksperimentasi bahan, teknik dan
media. Semasa dalam proses penghasilan portfolio ini, guru melakukan
permerhatian dari segi idea dan kreativiti tahap penguasaan bahasa seni visual pada
karya / produk yang dicipta oleh murid tidak mencapai (TP 1) guru perlu memainkan
peranan dengan mengambil tindakan dalam membimbing murid menguasai tahap
penguasaan TP1 seperti memberi latihan pengukuhan bahasa seni visual yang
berterusan sehingga murid benar-benar faham dan memahami fungsi bahasa seni
visual pada produk ciptaan mereka. Dalam proses penghasilan portfolio murid juga
dinilai dari segi sahsiah mereka melalui rubrik penilaian kriteria yang digunakan
sebagai penilaian setiap bulan dan sepanjang tahun. Contoh penilaian sahsiah
seperti rajin dan kreatif dalam penghasilan karya / produk seni visual dan
bertanggungjawab dalam setiap perkara yang berkaitan dengan seni visual. Menurut
Arumugham dan Kalai Selvan (2020) aktiviti dalam penilaian pentaksiran formatif
seperti pembentangan, port folio, berasaskan projek dan pembelajaran bersifat
penerokaan dapat menentukan tahap percapaian kemenjadian murid.
Seterusnya kita ke Pentaksiran Sumatif, pentaksiran ini dijalankan di sekolah
bagi mengukur tahap penguasaan murid dalam sesuatu topik mahupun modul
pembelajaraan. Pentaksiran Sumatif ini ialah aktiviti atau tugasan yang digunakan
untuk mendapatkan eviden dan tahap prestasi pembelajaran murid di akhir sesuatu
topik. Tujuan pentaksiran sumatif untuk memberikan pengrendan atau pensijilan bagi
menentukan kejayaan pelajar dan penambahbaikkan pada kurikulum. Kebiasaan
pentaksiran sumatif di Sekolah Seni Malaysia Johor menggunakan kaedah
penyoalan bentuk subjektif dan penulisan esei dalam pendidikan seni visual
menengah rendah dan menengah atas. Bentuk soalan yang digubal berdasarkan
dari rubrik tahap pengguasaan kriteria yang telah ditetapkan dalam skema penilaian
markah. Contoh soalan bersama rubrik penilaian seperti bahagian A : Soalan 1 tahap
penguasaan (Band 4 A1), murid di minta mengulas dengan fakta yang betul tentang
karya seni visual tanah air dan antarabangsa. Kriteria Band 4 : Membuat apresiasi
dan menilai dengan terperinci pada karya seni visual. Kriteria A1 : Menyatakan
bahasa seni visual secara asas dan jelas dengan kriteria yang ditetapkan iaitu unsur
seni, prinsip rekaan dan teori gestalt. Ujian penulisan kertas sebagai kaedah dalam
pentaksiran sumatif merupakan instrumen ujian petengahan tahun dan akhir tahun
yang diberikan pada semua murid tanpa melakukan diskriminasi melalui kelas
hadapan atau kelas belakang semua murid wajib mengambil ujian penulisan kertas
bagi pendidikan seni visual. Berdasarkan skema jawapan yang telah dibuat dan
diselaraskan untuk semua murid di sekolah dan diberikan gred pecapaian murid
berdasarkan tahap band yang ditetapkan oleh pengubalan dalam bidang pendidikan
seni visual dari Dokumen Standard Pentaksiran Kurikulum Standard Sekolah
Menengah Seni Visual. Menurut Rozita Radhiah said (2019) guru banyak menilai
tahap kemampuan intelektual dan kebolehan kognitif murid berdasarkan ketetapan
penilaian secara sumatif.
Secara keseluruhanya kesimpulan yang dapat saya rumuskan, dimana
pentaksiran formatif dan sumatif dapat dihubungkaitkan dalam menilai aktiviti
pendidikan seni visual sekolah menengah dengan pencapaian murid dinilai standard
prestasi pendidikan seni visual melalui tahap penguasaan bagi port folio dan ujian
serta penulisan esei melalui kriteria band. Pencapaian penilaian yang diwujudkan
sebagai kriteria umum untuk guru mentaksir percapaian murid. Dengan pentaksiran
formatif dan sumatif ini juga dapat mengukur percapaian murid berdasarkan tahap
penguasaan dan direkod dalam pelaporan sekolah. Seterusnya pentaksiran formatif
dan sumatif juga dapat membantu guru mengesan murid yang lemah dan menguasai
sesuatu topik atau subjek secara khusus dan terperinci dan membolehkan guru
membuat tindakan susulan dalam membantu murid yang lemah dengan membuat
latihan tubi atau latihan pengukuhan berkaitan topik atau subjek yang murid tidak
dapat kuasai dengan baik atau menyeluruh.
Info Grafik Pentaksiran Formatif : Portfolio

Port folio rekabentuk kerusi


mudahalih

KAJIAN SUMBER RUJUKAN SUBJEK HAL BENDA OLAHAN IDEA

Mengenal pasti bahan / Mengenalpasti subjek hal Mengaplikasikan kefahaman


teknik / media yang sesuai benda dan menerangkan dan kemahiran pada
dengan produk dan karya bahasa seni visual pada rekabentuk olahan idea &
yang akan dihasilkan produk dan karya kreativiti idea
(Tahap Penguasaan TP 1) ( Tahap Pengusaan TP 2) (Tahap Penguasaan TP 3)

REKALETAK KAJIAN WARNA KAJIAN WARNA YANG DIPILIH

Menjustifikasikan aplikasi
Mengaplikasikan kefahaman bahasa seni visual pada
dan kemahiran bahasa seni media,teknik, dan proses Mencipta hasil produk dan
visual pada rekaletak produk penghasilan produk dan karya secara kreatif inovatif,
dan karya karya & mengamlkan nilai murni
(Tahap Penguasaan TP 4) (Tahap Penguasaan TP 5) dengan mengaplikasikan
bahasa seni visual,
media,teknik,proses serta
mampu membuat apresiasi
secara intelektual dan ilmiah
(Tahap Penguasaan TP 6)

PRODUK / KARYA SIAP


Jadual Aliran Skema Penilaian Formatif : Portfolio

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

Mengenal pasti bahasa seni visual,media,teknik dan proses


TP 1
dalam penghasilan portfolio untuk karya / produk
Mengenalpasti dan menerangkan bahasa seni visual, media,
TP 2 teknik dan proses dalam penghasilan portfolio untuk karya /
produk
Mengaplikasikan kefahman dan kemahiran bahasa seni
TP 3 visual,media,teknik dan proses dalam penghasilan portfolio
untuk karya / produk
Menganalisis aplikasi bahasa seni visual, media ,teknik dan
TP 4
proses dalam penghasilan portfolio untuk karya / produk
Menjustifikasikan bahasa seni visual, media, teknik dan proses
TP 5
dalam penghasilan portfolio untuk karya / produk
Mencipta hasil karya produk secara kreatif, inovatif dan
mengamalkan nilai murni dengan mengaplikasikan bahasa seni
TP 6
visual, media, teknik dan proses serta mampu membuat
apresiasi secara intelektual dan ilmiah
Pentaksiran Sumatif: Soalan Subjektif PSV (Peperiksaan / Ujian)

CONTOH SOALAN

BAHAGIAN A

SOALAN 1

BAND 4 A1 – mengulas dengan fakta yang betul tentang karya seni visual tanah air
dan antarabangsa
Arahan : Sila huraikan dengan jelas karya didalam ruang yang disediakan dibawah.
TAJUK

NAMA PENGKARYA

TAHUN

MEDIA

10 BAHASA SENI -

INTERPRETASI
(15 Markah)
Pentaksiran Sumatif: Soalan Subjektif PSV (Peperiksaan / Ujian)

CONTOH SOALAN

SOALAN 2

BAND 4 A2– mengulas dengan fakta yang betul tentang karya seni visual tanah air
dan antarabangsa
Arahan :Sila huraikan dengan jelas karya didalam ruang yang disediakan dibawah.

TAJUK

NAMA PENGKARYA

TAHUN

MEDIA

TEMA

GAYA

NILAI

MAKNA –MESEJ

7 BAHASA SENI -

PRODUK / KARYA SIAP


(15 Markah)
Jadual Aliran Skema Penilaian Sumatif : (Peperiksaan / Ujian)

BAND 1 BAND 2 BAND 3 BAND 4


Mengetahui dan Mengaplikasikan Menbandingbezakan Membuat apresiasi
memahami bahasa bahasa seni visual dan memberi dan penilaian
seni visual dalam dalam penghasilan pendapat tentang terperinci dan karya
penghasilan karya karya serta karya seni visual seni visual dengan
menjana idea serta menghubungkaitkan
berdasarkan kajian mempelbagaikan konsep dalam
budaya seni visual penjanaan idea penjanaan idea
melalui penerokaan berdasarkan
karya seni penghayatan karya
seni visual tanah air
dan antarabangsa
A 1 : Menyata A1 : A1 : A1 : Mengulas
bahasa seni visual Mengaplikasikan Membandingbezaka dengan fakta yang
secara asas bahasa seni visual n penerokaan karya betul tentang karya
dengan jelas dengan tetap pada seni visual tanah air seni visual tanah air
karya dan antarabangsa dan antarabangsa
dengan betul dengan betul
A2 : A2 : Menganalisis A2 : Menyatakan A2 : Menilai karya
Menyenaraikan karya tanah air dan pendapat tentang dengan
unsur dan prinsip antarabangsa karya seni visual menghubungkaitkan
rekaan dalam seni berdasrkan kajian tanah air dan konsep dalam
visual dengan antarabangsa penjanaan idea
tepat dengan jelas dengan jelas
mengenai karya
seni visual
A3 : Menyata dan A3 : Penerokaan A3 : Penerokaan A3 : Melakukan
menyenaraikan spesifikasi pelbagaian teknik sintesis pada pada
proses apresiasi pelbagai teknik dan idea dengan karya seni visual
karya dalam karya baik dan betul tempatan dan luar
negara

PRODUK / KARYA SIAP


Rujukan :

Arumugham dan Kalai Selvan (2020) Kurikulum, Pengajaran & Pentaksiran dari
Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Curriculum, Teaching and
Assessment in The Perspective of Classroom. Jurnal Unisza.
Halimah Jamil dan Rozita Radhiah Said (2019) Pelaksanaan Penskoran Pentaksiran
Lisan Bahasa Melayu dalam Pentaksiran Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu.
Sidhu, Kaur & Chi (2018) Adult Education : An Ideology of Individualism. In Adult
Siti Hayati Haji Mohd Yusoff dan Lee H.Y (2018) Pengetahuan dan Kesediaan Guru
PSV Hilir Perak dan Bagan Datok Dalam Melaksanakan PBS dalam PdP.
Jurnal Dedikasi.
Tan Jia Yuh, Husaina Banu Kenayathullah (2020) Pentaksiran Bilik Darjah dan
Prestasi Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Di Hulu Langat, Selangor.
Jurnal Kepimpinan Pendidikan.

You might also like