Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

JAWAPAN TETAP PETA

1. Nyatakan dua ciri fizikal yang terdapat dalam segi empat grid di atas.

(a) hutan (b) sungai (c) bukit/gunung/tanah tinggi

2. Nyatakan dua ciri budaya yang terdapat dalam segi empat grid di atas.

(a) petempatan (b) jalan raya (c) sekolah

3. (i) Nyatakan tiga fungsi Pekan/Bandar/Bandar Satelit yang terdapat dalam segi empat grid di atas.
(a) Pusat petempatan (b) Pusat pengangkutan (c) Pusat pendidikan (d) Pusat kesihatan

(ii) Terangkan faktor yang mempengaruhi perletakan Pekan/Bandar/Bandar Satelit tersebut.


(a) Terletak di kawasan tanah pamah yang rata dan luas memudahkan pembinaan rumah/bandar.
(b) Terdapat kemudahan pengangkutan iaitu jalan raya yang dapat memudahkan pergerakan penduduk.
(c) Terdapat kawasan pertanian iaitu tanaman getah/kelapa sawit/padi.
(d) Berhampiran dengan sungai yang membekalkan sumber air kepada penduduk dan tanaman.

4. Mengapakah Pekan/Bandar ___________________ tidak berkembang ke arah utara?


(a) Terdapat kawasan hutan simpan yang menyukarkan pembinaan kawasan petempatan.
(b) Mempunyai kawasan yang berpaya/berair memerlukan kos pembinaan yang tinggi.
(c) Terdapat banyak sungai/anak sungai tidak sesuai untuk pembinaan petempatan.
(d) Terdapat kawasan pertanian iaitu tanaman kelapa sawit/getah/padi.

5. (i) Apakah peringkat aliran sungai yang terdapat dalam segi empat grid di atas?
(a) Peringkat hilir.

(ii) Berikan dua bukti bagi menyokong jawapan anda di atas


(a) Terdapat kawasan tanah rendah/tanah pamah.
(b) Aliran sungai semakin perlahan kerana alur sungai yang lebar.
(c) Terdapat kawasan delta dan tetambak.

6. (i) - Apakah kegiatan ekonomi yang berpotensi dijalankan di kawasan dalam segi empat grid di atas?
- Apakah kegiatan ekonomi yang tidak menjejaskan alam sekitar yang boleh dimajukan di ___________

(a) Ekopelancongan. (b) Pertanian – pilihan jawapan kedua.

(ii) Berikan alasan mengapa anda memilih jawapan tersebut.

(a) Terdapat flora. (c) Terdapat sungai/anak sungai.

(b) Terdapat fauna. (d) Terdapat kawasan hutan simpan.

7. (i) Nyatakan dua jenis tanaman kontan/tanaman utama yang terdapat di dalam peta di atas?

(a) getah (b) kelapa sawit

(ii) Terangkan bukti yang terdapat dalam peta bagi menyokong jawapan anda di atas?
Fizikal
(a) Kawasan tanah beralun/tanah pamah memudahkan tanaman getah/kelapa sawit dijalankan
(b) Terdapat kemudahan sistem pengairan iaitu sungai.
Budaya
(a) Terdapat bekalan tenaga buruh yang ramai dan murah seperti warga tempatan/asing.
(b) Terdapat permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara seperti Indonesia.
(c) Terdapat kemudahan pengangkutan iaitu jalan raya yang memudahkan hasil pertanian dibawa ke kilang.

8. Mengapakah taburan penduduk sangat padat di kawasan _____________________


(a) Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam sektor perikanan/perkhidmatan/pertanian.
(b) Terdapat kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti jalan raya.
(c) Terdapat kemudahan kesihatan seperti klinik/hospital.
(d) Bentuk muka bumi tanah pamah memudahkan pembinaan rumah/kilang/jalan raya/infrastruktur.

9. Jelaskan halangan yang menyebabkan ______________________ sukar dimajukan/ dibangunkan


(a) terdapat kawasan pertanian/ tanaman padi/ getah/ kelapa sawit
(b) terdapat kawasan tanah tinggi memerlukan kos yang tinggi
(c) kawasan petempatan yang padat
(d) kawasan sungai menghalang pembinaan
(e) kawasan hutan simpan
(f) terdapat banyak jalan raya
10. Terangkan kepentingan tasik/sungai/kolam yang terdapat dalam peta topografi di atas.
(a) Membekalkan sumber protein seperti ikan.
(b) Sumber air domestik seperti membasuh.
(c) Sumber bekalan air bersih seperti minuman.
(d) Mengairi kawasan pertanian seperti padi/kelapa sawit.

11. Terangkan kepentingan pembinaan lebuh raya/jalan raya tunggal/jalan kereta api di _________________

kepada penduduk di kawasan sekitarnya?


(a) Dapat membangunkan kawasan luar bandar kerana terdapat kemudahan infrastruktur seperti jalan raya.
(b) Dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang dapat meningkatkan taraf hidup rakyat seperti pekerja tol.
(c) Dapat meningkatkan darjah ketersampaian kerana jalan raya menghubungkan ke kawasan pedalaman.
(d) Dapat menjimatkan masa perjalanan kerana wujudnya jalan pintas.
(e) Dapat meningkatkan mobiliti penduduk kerana pergerakan yang cepat.

12. Mengapakah kawasan dalam segi empat grid di atas sesuai dibina kawasan petempatan/bandar baru/

kawasan perindustrian/kawasan petempatan?


(a) Tanah pamah yang rata dan luas dapat menjimatkan kos pembinaan seperti membina ______________
(b) Berdekatan dengan jalan raya yang dapat memudahkan pergerakan penduduk.
(c) Terdapat kawasan petempatan yang dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

13. Terangkan kepentingan pusat pendidikan/pusat perubatan/lapangan terbang/pusat perindustrian/pusat


perniagaan yang terdapat dalam segi empat grid di atas kepada penduduk di kawasan sekitarnya?
(a) Menyediakan peluang pekerjaan yang dapat meningkatkan taraf hidup penduduk.
(b) Mewujudkan pusat perniagaan seperti pasaraya.
(c) Dapat memajukan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya.
(d) Dapat membangunkan kawasan luar bandar dengan mempelbagaikan fungsi petempatan.

14. Terangkan tiga jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di dalam segi empat grid berikut.
(a) Perikanan (ada sungai, tasik, kolam, laut) (c) Pelancongan (sungai, laut, hutan)
(b) Pertanian (ada ladang sawit, getah, padi) (d) Perkhidmatan (ada pejabat pos, balai polis,klinik)

15. Terangkan kepentingan kawasan hutan rezab di bahagian timur laut kepada kawasan persekitarannya?
(a) Kawasan tadahan hujan yang membekalkan sumber air.
(b) Membekalkan oksigen dan menyerap karbon dioksida dan dapat menyederhanakan suhu setempat.
(c) Habitat flora seperti periuk kera dan habitat fauna seperti harimau.

16. Huraikan kepentingan kawasan hutan rezab/hutan simpan kepada pembangunan ekonomi penduduk.
(a) Meningkatkan pendapatan negara melalui eksport kayu balak seperti cengal.
(b) Kawasan pelancongan kerana mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna seperti periuk kera/harimau.
(c) Sumber perubatan iaitu herba seperti tongkat ali.
(d) Mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor pembalakan seperti renjer hutan.

17. Pada pendapat anda, wajarkah kawasan dalam segi empat grid di atas dimajukan sebagai sebuah bandar

baharu/petempatan/pusat pendidikan?
WAJAR
(a) Dapat mewujudkan peluang pekerjaan seperti pekerja kontrak.
(b) Dapat meningkatkan taraf hidup rakyat kerana mempunyai pekerjaan.
(c) Dapat membangunkan kawasan luar bandar seperti kemudahan infrastruktur iaitu jalan raya.

TIDAK WAJAR
(a) Akan menyebabkan flora musnah kerana habitatnya terganggu contoh pokok cengal.
(b) Akan menyebabkan fauna musnah kerana habitatnya terganggu seperti harimau.
(c) Akan memusnahkan kawasan tadahan hujan kerana kawasan tanah tinggi telah diterokai.
(d) Akan berlakunya peningkatan suhu kerana pertambahan gas karbon dioksida di udara.
(e) Akan menyebabkan berlakunya kejadian hakisan tanih/tanah runtuh kerana struktur tanih yang longgar

18. (i) Apakah jenis pola petempatan yang terdapat dalam segi empat grid di atas?
(a) Berpusat

(ii) Mengapakah terbentuknya pola petempatan seperti dalam segi empat grid di atas?
(a) Terdapat kemudahan pengangkutan seperti jalan raya.
(b) Kawasan tanah pamah yang rata memudahkan pembinaan petempatan.
(c) Terdapat peluang pekerjaan dalam sektor pertanian/perkhidmatan.
(d) Terdapat kemudahan awam/sosial seperti rumah ibadat.

19. Nyatakan simbol titik yang terdapat dalam segi empat grid di atas
(masjid, tokong, kuil, stesen trigonometri)

20. Nyatakan simbol kawasan yang terdapat dalam segi empat grid di atas
(kelapa sawit, getah, hutan, kolam)

BAB 5 : PERGERAKAN PLAT TEKTONIK


STRUKTUR BUMI

HUBUNGKAIT BENTUK MUKA


LAPISAN CIRI-CIRI BUMI DENGAN ARUS PEROLAKAN
DALAM MANTEL

KERAK BUMI LAPISAN SIAL

- SILIKA & ALUMINIUM -Arus perolakan dalam MANTEL yang


merupakan magma cair menyebabkan
- Batuan utama : Granit berlaku pergerakan tektonik pada kerak
bumi. Pergerakan ini menyebabkan atau
- Tebal : 30-50km pencapahan plat-plat bumi sama ada plat
daratan atau plat lautan yang akan
- Ketumpatan 2.65 -2.7 g.cm3 menyebabkan fenomena, tsunami, letusan
- Berada di atas SIMA gunung berapi, pembentukan gunung lipat
dan gunung bongkah, gempa bumi dan
sebagainya

LAPISAN SIMA

-SILIKA & MAGNESIUM

-Batuan utama : Basalt

-terletak di bawah SIAL

-Tebal : 5-10km

-ketumpatan 2.8-3.1 g/cm3

MANTEL -lapisan ke2 di bawah kerak bumi

-batuan yang cair+separa cair : ada arus perolakan

-ketumpatan: 3.0-3.37g/cm3

Tebal : 2900km

-suhu : 800 – 1600 darjah Celcius

TERAS BUMI Teras Luar

dikenali sbg -bentuk cecair


barisfera
-Tebal : 2250
-berada dibawah
mantel -suhu 3000 C

-tebal : 3840km

- kaya dgn logam +


nikel

- suhu 3000-
5000darjah celcius

Teras Dalam
-Pepejal/besi waja

-Tebal 1230km
-suhu 5000 C

KESAN PERGERAKAN PLAT TEKTONIK


JENIS
BENTUK MUKA BUMI CONTOH
PERGERAKAN PLAT
Plat lautan + plat lautan
PERTEMBUNGAN -pembentukan jurang lautan
-Jurang Per-Chile
PLAT
-pembentukan arka pulau -Kepulauan Hawaii
Plat lautan + plat benua
-Jurang lautan -Jurang Mariana Failipina
-Banjaran gunung lipat -Banjaran Andes Amerika selatan
Plat benua + plat benua
-Banjaran gunung lipat Banjaran Himalaya
PECAPAHAN PLAT Plat lautan – plat lautan
(berpisah) -Permatang tengah laut Permatang tengah lautan atlantik

Plat benua – plat benua


-lurah gelinciran -Lurah gelinciran Afrika Timur
-Gunung bongkah - Gunung Black Forest . Jerman
KESAN FENOMENA TSUNAMI, GEMPA BUMI DAN LETUSAN GURUNG BERAPI KEPADA MANUSIA

KESAN NEGATIF
FAKTA HURAIAN CONTOH
-kejadian tersebut telah banyak mengorbankan Gempa bumi di mexico
Boleh menyebabkan kematian/
nyawa penduduk pada kejadian-kejadian lalu.\ mengorbankan 465 org
mengorbankan nyawa
penduduk
Kemusnahan harta benda kerana runtuhan dan dihanyutkan Berapi Sinabung pada jun 2014
Memusnahkan harta benda penduduk tsunami merugikan penduduk. Kos pembaikan juga . Menyebabkan kemusnahan
harta benda
Infrastruktur seperti jalan raya boleh mengalami keretakan Letusan gunung berapi di
Kemusnahan kemudahan infra struktur
dan ditenggelami air kerana tsunami. indonesia pada Jun 2014

KESAN POSITIF

FAKTA HURAIAN CONTOH


Menggalakkan pelancongan/ Tasik kawah-terhasil daripada letusan gunung Danao Toba, indonesia
ekopelancongan berapi menarik kedatangan pelancong
Menggalakkan aktiviti pertanian Kawasan gunung berapi mempunyai tanih lava bes Penanaman padi di cerun gungng berapi di
yg subur utk pertanian jawa
Menjadi sumber tenaga alternatif Kawasan gunung berapi mempunyai geiser yang Kawasan geiser di new zealand
dpt mdimanfaatkan untuk menjana tenaga eletrik
Menjadi tempat perlombongan sulfur Sulfur yang penting unqtuk industri mancin,baja Kawasan Ijen, indonesia
fosfat dapat dilombong di kawasan gunung berapi

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN RISIKO BENCANA

FAKTA HURAIAN CONTOH


Memasang alat pengesan Tsunami Tujuan pemasangan diperairan sebagai langkah Contoh DART (deep ocean and Reporting
berjaga-jaga dan alat dapat amran tsunami lebih of Tsunamis)
awal kepada penduduk
Mewujudkan zon penampan (utk Dengan menanam hutan bakau di pinggir laut untuk Contoh Sepang, selangor
tsunami) mengelak hakisan pantai
Latihan menghadapi bencana Memberikan latihan tentang cara-cara Murid-murid di Jepun diajar berlindung di
menyelamatkan dirisekiranya berlaku gempa bumi, bawah meja jika berlaku gempa bumi.
letusan gunung berapi dan sebagainya
Kempen kesedaran alam sekitar Dijalankan untuk memberi kesedarandan Kempen penanaman bakau di UMW
pendedahan kpd masyarakat tentang kepentingan Mumbai India
menjaga hutan dan serbagainya
Menggunakan teknologi kalis gempa Ini digunakan untuk mengurangkan runtuhan Contoh negara Jepun banyak menggunakan
bangunan semasa gempa bumi teknologi ini
BAB 6 : PEMBENTUKAN DAN KEPENTINGAN BATUAN
Untuk Bab 7: buka link ni untuk any flip topik lengkap luluh hawa tingkatan 4

https://online.anyflip.com/uujs/gjlv/mobile/

You might also like