Taklimat Pelajar Latihan Mengajar Praktikum DPL

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 38

TAKLIMAT LATIHAN MENGAJAR

PELAJAR PROGRAM DIPLOMA


PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)
KOHORT 2

Oleh :
Dr. Syar Meeze Mohd Rashid
Ketua Hal Ehwal Jaringan, Industri dan Masyarakat (HEJIM)
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
LATIHAN MENGAJAR

PENGENALAN LATIHAN
MENGAJAR

PROFESIONALISME
KEGURUAN

PENILAIAN LATIHAN
MENGAJAR
GGGE5016: PRAKTIKUM

1. Latihan Mengajar (LM) di Semester 3 adalah wajib diikuti oleh setiap guru pelatih.

❑ Dilaksanakan selama DUA BELAS (12) minggu iaitu;


10/11 MAC 2024 – 6/7 JUN 2024 (TIDAK TERMASUK CUTI SEKOLAH)

Objektif utama praktikum adalah untuk:


❖ Memberi pengalaman kepada guru pelatih untuk mengintergrasikan semua teori dan amalan
yang dipelajari dalam situasi sebenar, iaitu di dalam bilik darjah.

❖ Membantu guru pelatih menguasai kemahiran dan pengurusan yang berkaitan dengan aktiviti
PdPc di dalam/luar bilik darjah.

❖ Persediaan untuk menyiapkan guru pelatih yang berkualiti apabila ditempatkan di sekolah apabila
tamat pengajian.
Templet Rancangan Pengajaran Harian
❖ Setiap guru pelatih mesti memiliki E-RPH (Rancangan Pengajaran Harian) yang dikeluarkan
oleh Fakulti Pendidikan. Mereka yang gagal berbuat demikian akan dianggap gagal.

❖ RPH mestilah disiapkan di rumah, selewat-lewatnya pada malam sebelum mengajar pada hari
yang berikutnya.

❖ Persediaan R P H mestilah dirancang dengan sempurna dan ditulis rapi. Dalam RPH, guru
pelatih mesti menyimpan rekod lengkap tentang kerja dan tanggungjawab yang diberikan.

❖ Guru pelatih hendaklah menyerahkan RPH kepada pentadbir untuk pemeriksaan dan
pengesahan setiap minggu.

❖ Bagi memastikan pensyarah pembimbing menyemak pastikan guru pelatih memasukkan RPH dan
fail google drive yang dibangunkan sendiri. Sentiasa memaklumkan pensyarah tentang
penghantaran RPH.
❖ RPH perlu diprintkan dan dimasukkan ke dalam fail RPH serta pastikan pentadbir dan guru
pembimbing cop dan tandatangan RPH setiap kali anda diselia.
Fail Porfolio Guru Pelatih (Fail Putih)
❖ Setiap guru pelatih mesti memiliki satu Fail Guru dan satu Fail RPH.
❖ Persediaan fail guru adalah pada KREATIVITI guru pelatih
❖ Antara perkara PENTING yang perlu ada di dalam Fail Guru adalah :
a. Latar belakang diri
b. Maklumat sekolah (Latar belakang, jawatankuasa dsb)
c. Rancangan Pengajaran Tahunan Sekolah
d. Rekod kehadiran ke sekolah
e. Kertas Kerja Pelaksanaan projek
f. Laporan Penglibatan aktiviti di sekolah (laporan dan gambar)
❖ Fail guru mestilah siap sepenuhnya sebelum tamat praktikum.
❖ Dalam fail, guru pelatih mesti menyimpan rekod lengkap tentang kerja dan tanggungjawab
yang diberikan.
❖ Guru pelatih hendaklah menyerahkan Fail Guru kepada pentadbir untuk pemeriksaan
dan pengesahan setiap bulan. Pastikan guru pelatih mendapatkan cop daripada pentadbir
sekolah dan guru pembimbing.
❖ Pastikan fail guru disemak dan diberikan komen serta ditandatangi oleh
pensyarah, guru pembimbing dan pentadbir sebelum tamat praktikum.
FAIL AMALAN PROFESIONALISME KEGURUAN

MUKA HADAPAN FAIL

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAIL LATIHAN MENGAJAR


AMALAN PROFESIONALISME KEGURUAN

NAMA GURU FAIZ BIN ROZAIN


PELATIH
NO MATRIKS
NO KAD
PENGENALAN
ALAMAT SEKOLAH SMK TINGGI KAJANG
JALAN KAMPUNG INDAH,
4300 KAJANG SELANGOR
TEMPOH 20 MAC HINGGA 21 JULAI 2023
LATIHAN (16 MINGGU)
MENGAJAR
NAMA DR. SYAR MEEZE MOHD RASHID
PENSYARAH
PEMBIMBING
NAMA GURU PN HAFIZAH BINTI ROSLI
PEMBIMBING
TEPI FAIL

FAIL LATIHAN MENGAJAR


AMALAN
PROFESIONALISME
KEGURUAN

FAIZ BIN ROZAIN

A 98165

980218-14-5655
ISI KANDUNGAN FAIL

1. MAKLUMAT DIRI
2. SURAT PENEMPATAN LATIHAN MENGAJAR
3. KEHADIRAN LATIHAN MENGAJAR
4. MAKLUMAT SEKOLAH (sila minta di sekolah)
a. Latar belakang sekolah
b. Organisasi pentadbiran sekolah
c. Gambar suasana persekitaran sekolah
5. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (sila minta di sekolah)
6. RANCANGAN PENGAJARAN MINGGUAN (sila rujuk contoh 1)
7. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
8. GAMBAR BAHAN BANTU MENGAJAR
9. JADUAL KELAS
10. SENARAI NAMA PELAJAR
11. KERTAS KERJA PROJEK (mengikut format sekolah)
12. LAPORAN PROJEK
a. Laporan projek
b. Refleksi projek : kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan
c. Gambar pelaksanaan projek
13. REFLEKSI BULANAN PENGALAMAN DI SEKOLAH (kekuatan, kelemahan / isu
dan cadangan penambahbaikan)
Pertukaran Tempat Praktikum

❖ Guru pelatih mesti menjalani praktikum di sekolah yang telah ditetapkan oleh Fakulti
Pendidikan. Fakulti tidak membenarkan sebarang pertukaran suka sama suka.

❖ Jika terdapat guru pelatih yang berpindah ke sekolah-sekolah selain yang ditetapkan
TANPA KELULUSAN PIHAK FAKULTI, latihan mengajar mereka tidak akan diakui oleh
Fakulti.

❖ Pertukaran sekolah HANYA BOLEH DIBUAT jika sekolah pilihan pertama MENOLAK
penempatan Guru pelatih. Guru pelatih perlu mendapatkan BUKTI PENOLAKAN.

❖ Guru pelatih perlu mendapat PERSETUJUAN sekolah seterusnya sebelum mengisi


maklumat mengenai sekolah pilihan di Google Form. (Link Google Form akan diberi selepas
tamat taklimat)
Cuti

❖ Sekiranya guru pelatih mengambil cuti kerana sakit atau cuti kecemasan kerana masalah
peribadi, sijil atau surat cuti daripada klinik/hospital kerajaan hendaklah diserahkan
kepada Pengetua secepat mungkin selepas cuti tersebut. Cuti kecemasan wajib diganti
sekiranya lebih daripada lima hari. Guru pelatih perlu memaklumkan segera kepada pihak
sekolah sekiranya sakit.

❖ Surat asal cuti sakit perlu diserahkan kepada pentadbir sekolah dan salinannya ditampal
pada buku RPH dan fail guru. Cuti sakit juga wajib diganti sekiranya lebih daripada lima hari.
Namun, segalanya atas budi bicara sekolah.

❖ Sekiranya guru pelatih hendak mengambil cuti atas urusan lain, kebenaran daripada Pengetua
mestilah diperoleh terlebih dahulu kemudian wajib diganti.

❖ Guru pelatih yang menjalani praktikum tidak layak mengambil “Cuti Upacara atau cuti ibadah”
kerana masih belum dilantik sebagai kakitangan kerajaan.
Borang Kehadiran

❖ Setiap guru pelatih perlu menghantar Borang Kehadiran ke sekolah yang telah siap
ditandatangani Pengetua/pentadbir sekolah sebagai bukti anda menjalani praktikum di
sekolah berkenaan.

❖ Borang Kehadiran boleh dihantar kepada Pensyarah Penyelia dan salinannya perlu
diserahkan kepada Penyelaras Praktikum.

❖ Borang Kehadiran perlu sampai selewat-lewatnya pada minggu pertama selepas tamat
menjalani praktikum.
Guru Pelatih Mengandung dan Bersalin

❖ Bagi guru pelatih yang hamil atau dijangka akan bersalin dalam tempoh LM perlu
memaklumkan kepada P e n y e l a r a s P r a k t i k u m serta dinasihatkan
menangguhkan praktikum pada sesi tersebut.

❖ Sekiranya guru pelatih gagal berbuat demikian dan ingin meneruskan praktikum, pihak
Fakulti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang risiko yang berlaku. Guru pelatih
perlu membuat surat berserta surat akaun doktor serta menandatangi borang yang
disediakan oleh Fakulti.
Guru Pelatih Sakit dan Kemalangan

Sekiranya guru pelatih sakit atau ditimpa kemalangan, syarat-syarat berikut perlu dipatuhi.

❖ Memaklumkan secara bertulis berserta sijil cuti sakit daripada Klinik/Pusat Kesihatan kerajaan
kepada penyelia/Penyelaras Program/ Penyelaras Latihan Industri dan Amali/ Timbalan Dekan
Prasiswazah untuk rekod dan proses penyeliaan seterusnya.
❖ Memaklumkan secara bertulis kepada pihak sekolah (Pengetua dan guru pembimbing).
❖ Guru pelatih wajib menggantikan hari praktikumnya berdasarkan tempoh cuti sakit.
❖ Guru perlu menggantikan cuti sakit tetapi atas budi bicara pihak sekolah
Prosedur Penilaian dan Pemberian Markah LM

Pensyarah Penyelia
❖ Guru pelatih dinilai enam kali guru pembimbing dan tiga kali daripada pensyarah

❖ Penilaian dan pemberian markah pensyarah ialah 60 peritus manakala guru pembimbing 40 peratus
berdasarkan Rubrik

❖ Guru pelatih yang tidak menyiapkan/tidak menulis maklumat yang terdapat dalam Bahagian A: E -
R P H (jadual waktu, sukatan pelajaran, rancangan semester, rancangan mingguan, senarai buku
rujukan, senarai nama pelajar dan senarai aktiviti kokurikulum) akan diberi markah kosong.

❖Guru pelatih juga perlu memuat naik video mengajar subjek utama yang mengikut bidang/opsyen guru
pelatih. Durasi video adalah satu (1) jam dan dimuat naik ke dalam Google Drive (link akan diberi
selepas tamat taklimat)

❖ Pensyarah tidak akan menilai video pengajaran guru pelatih jika didapati pelajar berkenaan tidak
membuat RPH dan markah kosong perlu diberi kepada pelajar berkenaan.

❖ Mengadakan perbincangan dan refleksi berkaitan pengajaran dan pembelajaran selepas setiap
pemerhatian.
❖ Memastikan jumlah waktu mengajar minimum 12 waktu seminggu (minimum 70% subjek mengikut opsyen tetapi
bergantung kepada ketentuan sekolah

❖ Pensyarah Penyelia diminta berbincang dengan guru pembimbing bagi memaklumkan prestasi guru pelatih berkenaan
dan tahap penilaian yang sepatutnya diterima oleh guru pelatih berkenaan.

❖ Sekiranya Pensyarah Penyelia mendapati guru pelatih berkenaan layak mendapat gred A atau E, Pensyarah Penyelia
perlu segera berbincang dengan guru pembimbing untuk memastikan guru pelatih berkenaan benar- benar layak
mendapat gred tersebut.

❖ Menghantar Borang Penilaian Guru Pelatih yang lengkap kepada urusetia Praktikum pada minggu akhir praktikum
ETIKA PEMAKAIAN
LELAKI
WANITA
SUKAN
BAJU BATIK
PAKAIAN FORMAL LELAKI PAKAIAN FORMAL WANITA
Berkemeja lengan panjang (tidak terlalu ketat) Berbaju kebangsaan : Baju kurung dan berpakaian
Berbaju melayu lengkap bersampin: Jumaat sopan : tidak ketat
Berbaju batik : Khamis
Seluar Slack (tidak terlalu ketat) Warna baju tidak melebih tiga (3) warna. Elakkan
corak bunga yang besar

Bertali leher (dipakai terutamanya ketika penyeliaan Berkasut tutup penuh, berwarna gelap dan
dan hari Isnin) mempunyai sedikit tumit. Jangan pakai sandal

Berkasut tumit warna hitam Bagi muslimah digalakkan bertudung

Stokin warna gelap dan panjang Tudung berwarna plain dan kurang corak. Elakkan
tudung bertingkat dan berlilit keterlalun seperti
tudung shawl dan Fareeda

Bertali pinggang berwarna gelap Bagi yang free hair, sisir rambut kemas, jangan
warnakan rambut

Rambut, janggut dan misai mestilah kemas. Jangan Pemakaian barang kemas tidak digalakkan
berjambang

Pemakaian cincin tidak digalakkan. Solekan yang sederhana dan tidak keterlaluan
TANDA NAMA
ETIKA GURU
1.Sentiasa menjaga tingkah laku : tingkah laku yang positif
2.Peka terhadap peraturan yang ditetapkan dalam institusi
pendidikan
3.Menepati masa
4.Menjaga pertuturan
5.Bersikap professional
6.Tidak bertindak secara emosi
7.Mengamalkan nilai yang baik dalam kehidupan
8. Berwibawa
9.Berintigriti dan amanah
10.Menjaga penampilan setiap masa
11.Minda yang positif
12.Berilmu dan beriman
Sebagai guru pelatih perlu diingatkan :

1. Anda masih lagi pelajar Fakulti Pendidikan UKM. Anda masih belum menjadi pegawai kerajaan
2. Menjaga kelakuan diri. Anda adalah duta UKM
3. Jangan terlibat mana-mana agenda politik di sekolah
4. Tidak menyertai mana-mana kumpulan guru, berbaik dengan semua warga di sekolah
5. Tidak boleh berniaga di sekolah
6. Mengikuti segala peraturan di sekolah
7. Tidak menangguh penyediaan RPH dan Fail Guru. Pastikan sentiasa disemak
8. Berhubung baik dengan guru pembimbing dan pentadbiran
9. Jangan bertanggungjawab menghantar, mengambil atau membawa murid dengan menggunakan kenderaan sendiri ke
mana-mana tempat (acara, pertandingan dan sebagainya). Hanya boleh menemankan guru pengiring tetapi tidak boleh
menggunakan kenderaan sendiri. Pastikan anda memaklumkan kepada pensyarah dan guru pembimbing,
10. Membuat sekurang-kurangnya satu projek di sekolah
11. Anda tidak boleh berkeseorangan di dalam bas sekolah, perlulah bersama-sama dengan guru pengiring.
12. Elakkan membeli makanan kepada murid
13. Utamakan penyeliaan daripada pensyarah dan guru pembimbing. Pastikan anda memaklumkan kepada pensyarah segala
aktiviti dan majlis yang berlaku di sekolah.
14. Sentiasa memberi laporan dan perkembangan diri kepada pensyarah dan guru pembimbing
15. Tidak menyebarkan video dan gambar semasa proses Pdpc berlangsung dalaam media sosial
Guru Pembimbing

❖Guru pelatih dinilai seminggu satu (1) kali.

❖Penilaian dan pemberian markah guru pembimbing


ialah 40 peratus.
RUBRIK PENILAIAN

Penilaian Pensyarah Penyelia = 60%

Guru Pembimbing = 40 %

Aspek yang dinilai :

i. Kemahiran Merancang (20%)

ii.Kemahiran Mengajar (60%)

iii.Sahsiah (10%)

iv.Prestasi umum (10%)


CONTOH BORANG PENILAIAN
Sekian, terima kasih
Selamat menjalani praktikum, jagalah adab dan akhlak sebagai pelajar UKM
Bawa nama baik UKM.
Anda adalah duta kami !

Selamat maju jaya!

You might also like