Pilihan Sem 3 2022

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 54

STPM 2022

SEJARAH 940/3
MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA
(1800-2000)

Analisis Tajuk dan Soalan-Soalan


Tahun Lepas

&

Jangkaan Tajuk-Tajuk Pilihan

oleh

Cikgu Nazri

2022

Cikgu Nazri 1
SEJARAH MALAYSIA (1800-2000)

Analisis Tajuk dan Soalan-soalan Tahun Lepas

Tema 1 : Masyarakat

Bil Tajuk Soalan-Soalan STPM


2013-2021

1.1 Institusi Pemerintahan Jelaskan peranan raja-raja Melayu sebelum tahun 1874. (2013)

a) Menjelaskan konsep dan peranan raja Sebelum campur tangan British, masyarakat Melayu telah
mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik dan teratur.
b) Menghuraikan konsep, hierarki dan Huraikan hierarki pentadbiran dan tugas-tugas yang berkaitan
peranan pembesar dengannya. (2016)

Pembesar memainkan peranan penting bagi menjamin kestabilan


kerajaan Melayu tradisional. Huraikan. (2018)

1.2 Hukum adat dan undang-undang Bincangkan peranan undang-undang adat dalam mengekalkan
keharmonian masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan
a) Menerangkan bentuk dan pelaksanaan British. (2014)
Adat Perpatih dan Adat Temenggung
Terangkan bentuk dan pelaksanaan adat Perpatih dan adat
b) Menghuraikan prinsip-prinsip umum Temenggung di Tanah Melayu (2015 U)
Undang-Undang 99 Perak dan Undang-
Undang Tubuh Johor Huraikan prinsip umum Undang-Undang Tubuh Johor dalam
mengekalkan kestabilan sosiopolitik di Johor pada abad ke-19
(2015)

Bincangkan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat


Temenggung yang diamalkan di negeri-negeri Melayu sebelum
campur tangan British pada tahun 1874 (2021)

1.3 Sistem sosial Terangkan susun lapis masyarakat Melayu di Tanah Melayu
sebelum tahun 1874 (2014 U)
a) Menerangkan konsep dan susun lapis
masyarakat Jelaskan struktur sosial masyarakat yang terdapat di Tanah Melayu
sebelum campur tangan British pada tahun 1874. (2020)

1.4 Sistem ekonomi Kegiatan ekonomi di Tanah Melayu sebelum campur tangan British
lebih bersifat sara diri, Walau bagaimanapun, terdapat juga kegiatan
a) Menjelaskan ciri-ciri dan kegiatan ekonomi lain yang diusahakan. Bincangkan. (2013 U)
ekonomi tradisional
Jelaskan ciri-ciri ekonomi masyarakat Melayu tradisional sebelum
b) Menjelaskan ciri-ciri dan kegiatan campur tangan British. (2017)
ekonomi komersial
Terangkan ciri-ciri ekonomi komersial yang diamalkan oleh
masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.
(2019)

Cikgu Nazri 2
Tema 2 : Transformasi Masyarakat

Bil Tajuk Soalan-Soalan STPM


2013-2021

2.1 Peluasan kuasa asing Bincangkan faktor-faktor yang menyekat penguasaan British
a) Membincangkan faktor dan cara peluasan di Johor hingga tahun 1914. (2014 U)
kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan
Sarawak

2.2 Penentangan terhadap kuasa asing Analisiskan sebab-sebab berlaku penentangan terhadap
a) Menilai sebab-sebab penentangan masyarakat penjajah British oleh pemimpin tempatan di Perak pada abad
tempatan terhadap peluasan kuasa asing di ke-19 dan di Terengganu pada awal abad ke-20. (2013 U)
Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak
Bincangkan sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan
terhadap British di Kelantan pada awal abad ke-20. (2017)

2.3 Pengubahsuaian dalam pentadbiran, ekonomi “Selain daripada beberapa faktor yang lain, masalah
dan pendidikan kewangan Pahang dikatakan telah mempengaruhi British
a) Menerangkan perubahan pentadbiran di untuk menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada
Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak tahun 1896.” Bincangkan pernyataan tersebut. (2014)
b) Menghuraikan perubahan perkembangan
ekonomi di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Bincangkan perubahan sistem pendidikan di Sarawak dan di
Sarawak Sabah sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
c) Menjelaskan perubahan sistem pendidikan di (2018)
Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak
Bincangkan perubahan ekonomi yang berlaku di Tanah
Melayu akibat campur tangan British. (2020)

2.4 Masyarakat pelbagai kaum Huraikan kewujudan masyarakat pelbagai kaum di Sabah
a) Menghuraikan perkembangan masyarakat dari abad ke-19 hingga abad ke-20 (2021)
pelbagai kaum di Negeri-Negeri Melayu, Sabah
dan Sarawak

Cikgu Nazri 3
Tema 3 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Bil Tajuk Soalan-Soalan STPM


2013-2021

3.1 Gerakan nasionalisme


a) Membincangkan faktor-faktor kemunculan
nasionalisme
i) pengaruh agama Islam
ii) peranan Bahasa dan kesusasteraan
iii) pengaruh kewartawanan
iv) peranan pendidikan
v) peranan golongan intelektual
vi) pengaruh luar

b) Membincangkan sebab penubuhan dan Bincangkan perjuangan Kesatuan Melayu Muda dalam gerakan
matlamat gerakan, persatuan, kelab dan kesatuan nasionalisme di Tanah Melayu dari tahun 1938 hingga tahun
yang mendukung gerakan nasionalisme 1942. (2015 U)
i) Gerakan Islah/Islamiah
ii) Persatuan dan kelab Negeri-negeri Melayu
iii) Kesatuan Melayu Muda

3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu biarpun singkat telah
a) Menghuraikan dasar dan kesan pendudukan meninggalkan pelbagai kesan terhadap aspek politik, sosial dan
Jepun ke atas gerakan mencapai kemerdekaan ekonomi di Tanah Melayu. Berikan ulasan anda tentang
1941-1945 pernyataan tersebut. (2013)

b) Penentangan orang Melayu terhadap Malayan


Union 1946

c) Faktor dan sebab-sebab kegagalan Gerakan Jelaskan reaksi penduduk tempatan di Sarawak terhadap British
Anti Penyerahan di Sarawak 1946 pada tahun 1946. (2015)

Jelaskan faktor yang menyumbang kegagalan Gerakan Anti


Penyerahan di Sarawak pada tahun 1946. (2019)

d) Sebab-sebab dan cara-cara pembentukan


Persekutuan Tanah Melayu 1948

e) Perkembangan perlembagaan di Sabah dan


Sarawak

f) Langkah-langkah mengatasi ancaman Parti


Komunis Malaya 1948-1960

g) Langkah-langkah mencapai kemerdekaan


1948-1957

h) Faktor-faktor pembentukan Malaysia 1963 Ancaman komunis di Singapura dan di Sarawak merupakan
faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia pada tahun
1963. Jelaskan. (2016)
i) Reaksi dalam dan luar negara terhadap
pembentukan Malaysia

j) Isi-isi Perjanjian Malaysia 1963

Cikgu Nazri 4
Tema 4 : Pengisian Kemerdekaan
Bil Tajuk Soalan-Soalan STPM
2013-2021

4.1 Sistem pemerintahan Huraikan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja
a) Menghuraikan bentuk pemerintahan Berpelembagaan dalam sistem pemerintahan Malaysia (2020)
i) Persekutuan
ii) Raja Berpelembagaan Huraikan bentuk pemerintahan Persekutuan di Malaysia sejak tahun
iii) Demokrasi berparlimen 1948 (2021)

4.2 Pembinaan negara bangsa Bincangkan usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi
mewujudkan pembangunan sosial melalui pelaksanaan Dasar
a) Menjelaskan usaha-usaha ke arah Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1970-an. (2013 U)
pembangunan sosial:
i) Bahasa Kebangsaan Bincangkan dasar pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga
ii) Dasar Pendidikan Kebangsaan tahun 1979. (2014)
iii) Dasar Kebudayaan Kebangsaan
iv) Rukun Negara

b) Menganalisis usaha-usaha ke arah Analisiskan rancangan pembangunan ekonomi yang dilaksanakan


pembangunan ekonomi: oleh kerajaan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963. (2014 U)
i) Dasar Pembangunan Luar Bandar
ii) Dasar Ekonomi Baru (DEB) Terangkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia
iii) Dasar Pembangunan Nasional (DPN) untuk mencapai matlamat Dasar Perindustrian Negara dari tahun
- Dasar Perindustrian Negara 1980-an hingga tahun 2000. (2015)
- Dasar Pertanian Negara
Analisiskan usaha-usaha ke arah pembangunan ekonomi Malaysia
melalui Dasar Pertanian Negara. (2018)

c) Menilai sumbangan tokoh: Nilaikan sumbangan Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dalam
i) Tunku Abdul Rahman Putra al Haj pembangunan ekonomi di Malaysia hingga tahun 1974. (2015 U)
ii) Tun Abdul Razak bin Dato’
Hussein Tun Hussein bin Onn memberikan pelbagai sumbangan penting
iii) Tun Hussein bin Onn dalam mengukuhkan pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia
iv) Tun Dr Mahathir bin Mohamad dari tahun 1976 hingga tahun 1981. (2017)

Bincangkan sumbangan Tun Dr Mahathir bin Mohamad dalam


pembangunan ekonomi Malaysia dari tahun 1981 hingga tahun 2000.
(2019)

4.3 Wawasan 2020


a) Menerangkan cabaran dan hala tuju
negara melalui Wawasan 2020

4.4 Perhubungan luar Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia dalam
a) Mengenal pasti asas-asas dasar luar Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC). (2013)
negara
b) Membincangkan penglibatan Malaysia Huraikan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-negara
dalam organisasi antarabangsa Asia Tenggara (ASEAN) dari tahun 1967 hingga tahun 1997. (2016)
i) Komanwel
ii) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
iii) Pertubuhan Negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN)
iv) Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
(NAM)
v) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Cikgu Nazri 5
SEJARAH ASIA TENGGARA (1800-2000)

Senarai Tajuk dan Soalan-Soalan Tahun Lepas


Tema 1 : Masyarakat

Bil Tajuk Soalan-Soalan STPM


2013-2021

1.1 Institusi Pemerintahan Bincangkan peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja yang
1.1.1 Konsep dan peranan raja diamalkan di Thailand pada abad ke-19. (2013 U)
di Vietnam dan Thailand (Abad ke-19)
Perihalkan peranan Raja Vietnam dalam aspek politik, ekonomi dan
sosial sebelum penjajahan Perancis. (2015)

Perihalkan institusi kemaharajaan di Vietnam dan institusi perajaan di


Thailand pada abad ke-19. (2016)

Bincangkan peranan raja berkuasa mutlak di Thailand sebelum


pemodenan Thailand oleh Raja Mongkut. (2020)

1.1.2 Konsep, sistem dan peranan Jelaskan sistem pembesar di Thailand sebelum kedatangan kuasa Barat.
pembesar di Vietnam dan Thailand (2014 U)
(abad ke-19)
Bincangkan peranan pembesar di Vietnam sebelum campur tangan
Perancis pada tahun 1884 (2021)

1.2 Konsep dan susun lapis masyarakat di Bincangkan struktur sosial masyarakat di Vietnam sebelum campur
Vietnam dan Indonesia (abad ke-19) tangan Barat. (2014)

Huraikan susun lapis masyarakat tradisional di Indonesia sebelum


penjajahan Belanda. (2019)

1.3 a) Ciri-ciri dan kegiatan ekonomi Bincangkan ciri-ciri ekonomi tradisional di Vietnam sebelum
tradisional di Vietnam dan Indonesia (abad berlakunya perluasan kuasa Perancis. (2013)
ke-19)
Terangkan pengkomersialan ekonomi pertanian di Indonesia pada abad
b) Ciri-ciri dan kegiatan ekonomi ke-19. (2015 U)
komersial di Vietnam dan Indonesia
(abad ke-19) Jelaskan aktiviti ekonomi tradisional yang dijalankan oleh masyarakat
Indonesia sebelum kedatangan kuasa Barat. (2017)

Jelaskan kegiatan ekonomi tradisional di Vietnam pada abad ke-19.


(2018)

Cikgu Nazri 6
Tema 2 : Transformasi Masyarakat

Bil Tajuk Soalan-Soalan STPM


2013-2021

2.1 Faktor dan cara peluasan kuasa asing di


Indonesia dan Myanmar (abad ke-19)

2.2 a) Sebab-sebab penentangan masyarakat Bincangkan faktor meletusnya penentangan masyarakat tempatan di
tempatan terhadap peluasan kuasa asing di Indonesia terhadap pentadbiran Belanda pada abad ke-19. (2016)
Indonesia dan Myanmar (abad ke-19)

b) Peranan tokoh Huraikan peranan Raja Thibaw dalam menyekat peluasan kuasa British
i) Diponegoro di Myanmar dari tahun 1878 hingga tahun 1885. (2019)
ii) Raja Thibaw

2.3 Pengubahsuaian dalam pentadbiran, Bincangkan perkembangan dasar pendidikan Belanda di Indonesia pada
ekonomi dan pendidikan abad ke-19. (2013 U)

a) Kesan penjajahan asing terhadap “Penjajahan Belanda di Indonesia pada abad ke-19 telah mengakibatkan
pentadbiran tempatan di Indonesia dan transformasi ekonomi berlaku di negara itu.” Bincangkan pernyataan
Myanmar (abad ke-19) tersebut. (2014)

b) Perkembangan ekonomi di Indonesia Huraikan kesan campur tangan British terhadap pentadbiran tempatan
dan Myanmar (abad ke-19) di Myanmar pada abad ke-19 hingga abad ke-20. (2015)

c) Perkembangan pendidikan di Indonesia Huraikan kesan penjajahan British terhadap sistem pentadbiran di
dan Myanmar (abad ke-19) Myanmar pada abad ke-19 (2021)

Cikgu Nazri 7
Tema 3 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Bil Tajuk Soalan-Soalan STPM


2013-2021

3.1 3.1.1 Faktor-faktor kemunculan Analisiskan faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan kesedaran
nasionalisme Indonesia dan Myanmar nasionalisme di Indonesia pada abad ke-19. (2013)
(abad ke-19)
i) Pengaruh agama Islam
ii) Peranan Bahasa dan kesusasteraan
iii) Pengaruh kewartawanan
iv) Peranan pendidikan
v) Peranan golongan intelektual
vi) Pengaruh luar

3.1.2 Sebab penubuhan dan matlamat Terangkan perkembangan peranan Young Men Buddist Association
gerakan, persatuan, kelab dan kesatuan (YMBA) dalam perkembangan nasionalisme di Myanmar. (2015 U)
yang mendukung gerakan nasionalisme
i) Sarekat Islam Bincangkan matlamat penubuhan Sarekat Islam di Indonesia dari tahun
ii) Partai Nasional Indonesia 1912 hingga tahun 1930. (2020)
iii) Young Men Buddist Association
(YMBA)
iv) Poor Man’s Party

3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan “Pendudukan Jepun dari tahun 1941 sehingga tahun 1945 di Indonesia
3.2.1 Dasar dan kesan pendudukan Jepun telah mempengaruhi perkembangan gerakan nasionalisme di Indonesia.”
ke atas gerakan mencapai kemerdekaan Jelaskan. (2014 U)
1941-1945 di Indonesia dan Myanmar
(abad ke-20) Bincangkan dasar pendudukan Jepun di Indonesia dari tahun 1942
hingga tahun 1945. (2018)

3.2.2 Perjuangan secara


berpelembagaan dan bersenjata
a) Penentangan rakyat terhadap penjajah
secara berpelembagaan di Indonesia dan
Myanmar (abad ke-20)

b) Penentangan rakyat secara bersenjata di


Indonesia dan Myanmar (abad ke-20)

3.2.3 Kemerdekaan Huraikan langkah-langkah untuk mendapatkan kemerdekaan di


a) Langkah-langkah mencapai Myanmar selepas Perang Dunia Kedua. (2017)
kemerdekaan di Indonesia dan Myanmar
(abad ke-20)

Cikgu Nazri 8
Tema 4 : Pengisian Kemerdekaan

Bil Tajuk Soalan-Soalan STPM


2013-2020

4.1 Bentuk pemerintahan


i) Republik di Filipina (abad ke-20) Huraikan bentuk pemerintahan sistem republik di Filipina pada abad ke-
ii) Raja berpelembagaan di Thailand 20. (2013 U)
(abad ke-20)
iii) Demokrasi Berparlimen di Filipina dan Huraikan bentuk pemerintahan raja berpelembagaan yang diamalkan di
Thailand Thailand pada abad ke-20. (2015)

Terangkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang dijalankan


di Filipina pada abad ke-20. (2017)

4.2 Dasar-dasar pembangunan ekonomi di di Jelaskan dasar ekonomi di Thailand dan tahap perkembangannya dari
Filipina dan Thailand (abad ke-20) tahun 1958 hingga 1990-an. (2016)

4.3 4.3.1 Sistem pemerintahan ke arah


pembinaan negara bangsa di Filipina
dan Thailand (abad ke-20)
i) demokrasi
ii) ketenteraan

4.3.2 Sumbangan tokoh Nilaikan sumbangan Phibun Songkram terhadap perkembangan


i) Macapagal nasionalisme di Thailand dari tahun 1938 hingga tahun 1944. (2014)
ii) Phibun Songkram
Huraikan sumbangan Presiden Diosdado Macapagal di Filipina dari
tahun 1961 hingga tahun 1965. (2018)

Phibun Songkram telah memberikan sumbangan penting terhadap


pembinaan negara bangsa di Thailand dari tahun 1938 hingga tahun
1957. Bincangkan (2021)

4.4 Penglibatan dalam organisasi Nilaikan dasar luar Filipina dari tahun 1945 hingga tahun 1963. (2013)
antarabangsa
i) Dasar luar Filipina dan Thailand Bincangkan penglibatan Filipina dalam organisasi antarabangsa selepas
ii) Penglibatan Filipina dan Thailand Perang Dunia Kedua. (2014 U)
dalam organisasi antarabangsa
iii) Penglibatan Filipina dan Thailand Terangkan penglibatan Thailand dalam South East Asia Treaty
dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Organisation (SEATO). (2015 U)
(United Nations)
iv) Penglibatan Filipina dan Thailand Huraikan penglibatan Thailand dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
dalam South East Asia Treaty Bersatu selepas Perang Dunia Kedua. (2019)
Organisation (SEATO)
v) Penglibatan Filipina dan Thailand Bincangkan penglibatan Filipina dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
dalam Association of South East Asian Bersatu (PBB). (2020)
Nations (ASEAN)

Cikgu Nazri 9
ANALISIS BERDASARKAN KAWASAN KAJIAN (NEGARA)

Bil Tajuk Tahun Peperiksaan


13 13 14 14 15 15 16 17 18 19 20 21 22 23
U U U
1 VIETNAM / / / / / /
2 THAILAND / / / / / // / / /
3 INDONESIA / / / / / / / / / /
4 MYANMAR / / / / /
5 FILIPINA / / / / / /

TAJUK-TAJUK PILIHAN 2022

Bahagian A (Sejarah Malaysia)

1. Konsep dan peranan raja-raja Melayu sebelum tahun 1874


2. Prinsip umum Undang-Undang 99 Perak
3. Kegiatan ekonomi di Tanah Melayu sebelum campur tangan British
4. Penentangan di Sabah dan Sarawak
5. Matlamat dan strategi perjuangan Gerakan Islah
6. Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union
7. Langkah-langkah mengatasi ancaman PKM
8. Langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia
9. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia
10. Prinsip Rukun Negara
11. Strategi Dasar Ekonomi Baru
12. Sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra al Haj
13. Asas-asas penggubalan dasar luar negara
14. Penglibatan Malaysia dalam Komanwel

Bahagian B (Sejarah Asia Tenggara)

15. Peranan raja di Vietnam


16. Peranan pembesar di Thailand
17. Struktur sosial masyarakat di Vietnam
18. Struktur sosial masyarakat di Indonesia
19. Ciri ekonomi / kegiatan ekonomi komersial di Vietnam
20. Ciri ekonomi tradisional di Indonesia
21. Ciri ekonomi komersial di Indonesia
22. Faktor dan cara peluasan kuasa British di Myanmar
23. Peranan Diponegoro dalam Perang Jawa
24. Perubahan ekonomi Myanmar selepas campur tangan British
25. Matlamat penubuhan Partai Nasional Indonesia (PNI)
26. Langkah-langkah ke arah kemerdekaan Indonesia
27. Bentuk pemerintahan republik di Filipina
28. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Thailand
29. Dasar pembangunan ekonomi di Filipina
30. Sistem pemerintahan ketenteraan di Thailand
31. Dasar luar Thailand
32. Penglibatan Filipina dalam SEATO
33. Penglibatan Thailand dalam ASEAN
34. Penglibatan Filipina dalam ASEAN

Cikgu Nazri 10
1) Konsep daulat telah memperkukuhkan kedudukan raja-raja Melayu sebelum campur
tangan British. Bincangkan

Dalam hierarki masyarakat Melayu yang berbentuk piramid, raja merupakan golongan yang
menduduki kedudukan yang tertinggi. Ketinggian darjat raja dalam masyarakat telah memberikan mereka
kuasa pemerintahan yang tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat. Konsep
daulat telah memperkukuhkan kedudukan raja-raja Melayu sebelum campur tangan British. Namun
demikian terdapat juga elemen lain yang turut mempengaruhi iaitu gelaran amirul mukminin, kuasa
mutlak dan hak istimewa yang dimiliki oleh raja-raja Melayu.

Kuasa raja-raja Melayu diperkukuh sebagai kuasa yang tertinggi dalam sistem politik Melayu
sebelum kedatangan kuasa Barat kerana seseorang raja dianggap mempunyai daulat. Dalam masyarakat
Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat, raja merupakan ketua negeri yang berdaulat dan harus
dihormati. Raja dianggap mempunyai kuasa sakti yang bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang
raja. Rakyat yang melanggar titah raja dianggap menderhaka dan akan mendapat tulah. Justeru konsep
daulat dikaitkan dengan kesempurnaan seseorang raja, kuasa politik tertinggi, kebolehan, keistimewaan
dan kebahagiaan yang dimiliki oleh seseorang raja.Tujuan konsep daulat ini diwujudkan adalah untuk
memberi kuasa tertinggi kepada seseorang raja bagi membolehkan raja mengawal pembesar dan
rakyatnya.

Selepas kedatangan Islam gelaran raja diganti dengan gelaran sultan, Baginda mula dianggap
sebagai pemimpin dan ketua agama Islam melalui konsep Amirul Mukminin. Selepas kemasukan
pengaruh Islam di alam Melayu, raja beperanan sebagai Ketua Agama Islam. Seiring dengan kedudukan
ini baginda sentiasa dihormati dan disanjung oleh rakyat. Titah perintah raja tidak boleh dibantah oleh
rakyat kerana raja dianggap sebagai Khalifah Allah di dunia. Ini bermakna segala titah raja tidak boleh
disanggah kerana segala urusan pentadbiran raja bererti itu perintah Allah, dan jika tidak dipatuhi
dianggap melanggar perintah Allah. Baginda juga melantik para pemimpin agama dalam kalangan ulama
untuk membimbing rakyat dalam urusan keagamaan serta memastikan rakyat taat setia kepada raja yang
memerintah.

Raja mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran seperti mempunyai kuasa politik pusat ke atas
kawasan yang ditadbir oleh raja melalui pembesar. Oleh yang demikian pelantikan seseorang pembesar
adalah di bawah kuasa raja. Pembesar bertanggungjawab menjalankan pentadbiran di sesebuah kawasan
yang telah dikurniakan oleh raja sebagai kawasan pegangan. Raja mendapat sokongan daripada pembesar
dalam menentukan kedudukannya sebagai raja, contohnya pelantikan Sultan Perak banyak bergantung
kepada sokongan pembesar. Dalam aspek perundangan dan kehakiman, raja memainkan peranan sebagai
ketua hakim bagi mengadili sebarang perbicaraan yang memerlukan keputusan raja. Raja boleh
mengampunkan kesalahan dan hukuman bunuh hanya boleh dijatuhkan oleh raja. Raja juga mempunyai
kuasa untuk memungut cukai ke atas kawasannya serta bertanggungjawab untuk mengawal keamanan
dan kemakmuran negeri dengan bantuan pembesar-pembesar yang berwibawa.

Kedudukan raja juga diperkukuhkan lagi dengan hak istimewa yang membezakan raja dan rakyat.
Raja memiliki alat kebesaran untuk membuktikan kekuasaannya, contohnya cop mohor, keris, payung,
ceper, tombak dan kendi untuk menjadi lambang kedudukannya. Raja juga mempunyai keistimewaan
dalam penggunaan warna tertentu, bahasa istana dan alat muzik seperti nobat dan nafiri.

Sebagai kesimpulannya, kuasa raja-raja Melayu telah diperkukuh sebagai kuasa yang tertinggi
dalam sistem politik Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat melalui konsep daulat, kuasa mutlak dan
keistimewaan yang dikaitkan dengan kedudukan dan status seseorang raja. Namun demikian selepas
termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, kuasa raja telah diambil alih oleh Residen British
dan kedudukan raja semakin merosot

Cikgu Nazri 11
2) Jelaskan peranan raja-raja Melayu sebelum tahun 1874

Dalam hierarki masyarakat Melayu yang berbentuk piramid, raja merupakan golongan yang
menduduki kedudukan yang tertinggi. Sebelum kedatangan kuasa barat, pemerintahan di negeri-negeri
Melayu adalah kepada seorang raja atau sultan. Sultan berperanan penting dalam pemerintahan sebagai
pusat kekuasaan. Sultan mempunyai kedudukan sebagai ketua kerajaan dan mempunyai peranan yang
sangat penting dalam pemerintahan sebelum tahun 1874.

Dalam aspek politik, raja berperanan sebagai pentadbir negeri. Raja berada pada kedudukan
yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Raja bertindak sebagai ketua kerajaan
di negeri masing-masing. Raja mempunyai kuasa mutlak dan hak raja tidak boleh dipersoal. Rakyat
termasuk pembesar tidak boleh membantah perintah raja kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan.
Raja juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta
berhak mengampunkan pesalah.

Raja juga berperanan dalam pelantikan pembesar. Baginda berkuasa melantik sesiapa sahaja
untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda juga berhak melantik sesiapa sahaja untuk
memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang lain. Pembesar-pembesar daerah yang
dilantik oleh raja akan menerima sepucuk surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya.
Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga pembesar berkenaan. Raja
hanya akan campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan lain sekiranya keturunan
pembesar tadi ketiadaan waris. Ini menunjukkan pembesar hanya menjalankan peranannya di bawah
kuasa raja. Apabila raja berkuasa melantik pembesar, baginda juga mempunyai hak untuk melucutkan
jawatan mana-mana pembesar.

Peranan raja yang seterusnya ialah dalam aspek perundangan apabila bertindak sebagai pemutus
kepada segala aspek kehakiman. Raja bertanggungjawab melaksanakan hukuman yang adil terhadap
rakyat. Baginda menjadi tempat rakyat mengadu masalah dan baginda perlu menyelesaikan masalah
tersebut. Baginda akan bertindak memberi bantuan dan menyediakan sebarang bentuk keperluan rakyat.
Jika berlaku pertikaian dalam kalangan rakyat, raja bertindak sebagai perantara dan pemutus hukuman.
Hukuman mati adalah hak yang hanya dimiliki oleh raja.

Dalam aspek ekonomi, raja mempunyai hak ke atas sumber ekonomi yang terdapat di dalam
negeri. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai.
Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil
pungutan cukai negerinya. Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) daerah
Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di muara Sungai
Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat bertani.
Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.

Raja juga bertindak sebagai ahli perniagaan. Raja memperkenalkan peraturan agar rakyat
membawa hasil dagangan dari pendalaman ke muara dan raja bertindak sebagai pembeli. Bekalan bahan
dagangan yang banyak menyebabkan raja melantik kiwi mengendalikan perdagangan untuk baginda.
Rakyat juga dikehendaki membayar cukai dalam pelbagai bentuk seperti hasil pertanian, cukai pelabuhan
dan cukai labuh batu. Hasil cukai tersebut akan menjadi sumber pendapatan utama raja

Dalam aspek sosial pula, raja memainkan peranan sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat
Melayu. Selepas kedatangan Islam raja digelar sebagai Sultan dan bertindak sebagai ketua agama Islam
dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada
masyarakat Melayu. Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam
negeri dan seluruh tanah jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat
penyebaran agama Islam di Tanah Melayu. Pada masa perayaan besar tahun Islam seperti Hari Raya
Puasa, sultan akan mengadakan majlis jamuan.

Kesimpulannya, sebelum 1874 raja-raja Melayu mempunyai segala kuasa dalam pemerintahan.
Namun selepas campur tangan British kuasa raja-raja telah berkurangan serta hilang yang menyebabkan
tercetusnya penentangan dalam kalangan sultan dan pembesar terhadap pemerintahan British.

Cikgu Nazri 12
3) Huraikan prinsip-prinsip umum Undang-Undang 99 Perak yang berjaya mewujudkan
keharmonian dalam masyarakat tempatan di Perak pada abad ke-19.

Undang-undang 99 Perak merupakan undang-undang yang tertua di Perak. Undang-undang ini


berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi masyarakat Melayu yang dikanunkan pada tahun 1867 dan
dikuatkuasakan pada 1890 yang dibawa oleh Syed Hassan Jaafar dari Hadramaut dan disalin semula oleh
Syed Jaafar Syed Yunus. Undang-undang 99 Perak mengandungi 99 hukuman bagi 99 jenis kesalahan.

Prinsip umum dalam Undang-undang 99 Perak yang berjaya mengharmonikan masyarakat


Melayu di Tanah Melayu ialah melalui aspek pemerintahan. Dalam fasal 77 menjelaskan jika raja
mangkat, maka takhta pemerintahan akan diwarisi oleh anak lelaki raja yang paling sulung ataupun yang
paling tua. Namun jika berlaku keadaan sebaliknya, maka anak lelaki raja yang paling kecil yang akan
mewarisi takhta dengan syarat anak itu ialah anak gahara. Panduan dan syarat pertabalan raja ini telah
berjaya mewujudkan masyarakat yang harmoni kerana tiada pertelingkahan yang berlaku antara
pembesar daan pengikut semasa proses pemilihan pengganti yang baharu.
Selain itu, undang-undang 99 Perak berjaya mengharmonikan masyarakat Melayu di Tanah
Melayu melalui hukuman yang dikenakan ke atas pembunuh. Fasal 23 menyatakan dengan jelas
mengenai pembunuhan sesama orang Islam, manakala fasal 4 pula mengenai pembunuhan antara orang
kafir dan orang Islam. Dalam fasal 23 menjelaskan bahawa pembunuh tidak boleh dijatuhi hukuman
bunuh tetapi dihukum denda 4 tahil 2 peha emas dan dijatuhi hukuman kafir. Manakala fasal 4 pula
menghuraikan mengenai orang kafir yang membunuh orang Islam juga tidak boleh dibunuh kerana
bimbang tidak sempat masuk Islam. Selain itu, pewaris pembunuh hanya dikehendaki membayar wang
dalam bentuk emas kepada keluarga si mati. Oleh itu, keadilan yang ditonjolkan melalui undang-undang
ini telah menjadi satu asas dalam mengharmonikan masyarakat Melayu pada masa ini .

Seterusnya, undang-undang 99 Perak berjaya mengharmonikan masyarakat Melayu di Tanah


Melayu melalui hukuman yang dikenakan terhadap penzina. Hukuman mengenai kesalahan zina
diterangkan dengan terperinci di dalam fasal 50. Fasal ini menjelaskan sekiranya kedua-dua penzina
melakukan kesalahannya, maka hukuman akan dijatuhkan. Mereka akan diperintah bernikah dan denda
sepeha emas. Dengan itu, fasal ini menunjukkan kebijaksaan dan sifat tolak ansur dalam menangani
kesalahan zina supaya keluarga kedua-dua belah pihak tidak bertelagah. Oleh itu, masyarakat Melayu
harmoni berjaya dibentuk.

Di samping itu, masyarakat harmoni terbentuk kerana undang-undang 99 Perak memperuntukkan


peraturan berkaitan hal ehwal penduduk kampung. Fasal 22 menjelaskan perihal bagaimana hukuman
dijatuhkan. Jika penduduk kampung mendakwa penduduk daripada kampung lain melakukan kesalahan,
dari segi perlakuan atau pertuturan, tidak boleh dijatuhkan hukuman. Hal ini demikian kerana,
pertuduhan kali pertama tidak boleh dijatuhkan hukuman. Namun begitu, jika kali kedua kesalahan
dilakukan barulah hukuman boleh dijatuhkan. Ini disebabkan supaya hukuman yang dijatuhkan pada
pesalah yang sebenar. Oleh itu, dengan ketelusan yang terkandung di dalam fasal 22 ini dapat
mengelakkan penduduk kampung sekitar daripada bersengketa sesama sendiri sehingga berjaya
mewujudkan masyarakat harmoni.

Akhirnya, undang-undang 99 Perak berjaya mengharmonikan masyarakat melalui peraturan


tentang binatang ternakan. Dalam fasal 14 sekiranya binatang dicederakan oleh orang lain, maka
pelaku perlu membayar separuh harga binatang itu kepada tuannya. Namun begitu, jika binatang itu
haram dan mencederakan orang, binatang itu akan dibuang dan tuannya perlu membayar sepeha emas
kepada mangsa dan jika orang itu mati, maka binatang itu perlu diserahkan kepada waris simati serta
empunya binatang perlu membayar denda sebanyak sepeha emas. Hal ini dapat mewujudkan sikap
bertanggungjawab antara anggota masyarakat dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu, sikap
bertanggungjawab ini telah melahirkan masyarakat Melayu di Tanah Melayu hidup dalam keadaan
harmoni kerana segala masalah telah diselesaikan dan tiada dendam yang tersimpan.

Kesimpulannya, undang-undang 99 Perak sememangnya telah berjaya melahirkan masyarakat


Melayu di Tanah Melayu yang hidup dalam keadaan harmoni. Namun begitu, setelah kedatangan British,
undang-undang tradisional yang digunakan oleh masyarakat terhapus dan British telah memperkenalkan
sistem perundangan Barat di Tanah Melayu

Cikgu Nazri 13
4) Kegiatan ekonomi masyarakat tempatan di Tanah Melayu sebelum campur tangan British
adalah lebih bersifat tradisional. Bincangkan.

Sebelum abad ke-19, masyarakat Melayu telah terlibat secara dalam pelbagai bentuk aktiviti
ekonomi. Pandangan yang mengaitkan masyarakat Melayu hanya terlibat dalam aktiviti pertanian seperti
bercucuk tanam, menangkap ikan dan memburu binatang semata-mata adalah tidak benar. Ini kerana
selain pertanian, masyarakat Melayu juga terlibat dalam aktiviti komersial seperti perlombongan dan
perdagangan.

Dari aspek pertanian, padi merupakan tanaman utama. Terdapat dua jenis padi utama, padi
sawah ditanam di kawasan lembah sungai atau tanah rendah dan rata. Ia memerlukan air yg banyak. Padi
huma ditanam di kawasan tanah tinggi atau lereng bukit dan tdk memerlukan air yg banyak. Kawasan
penanaman padi yg utama ialah di Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan. Sistem pengairan dpt
memajukan sistem penanam padi pada awal adak ke-19.

Selain itu, terdapat juga tanaman seperti kopi, tembakau, sagu, pisang, jagung, ubi kayu, lada
hitam dan gambir. Pokok buah-buahan juga ditanam utk kegunaan sendiri seperti kelapa, durian, manggis,
langsat dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga pokok pinang, kabung, nibung dan nipah yg mempunyai
nilai-nilai perniagaan. Jika berlebihan, ia akan dijual utk membeli barang yg tdk mereka hasilkan seperti
pakaian.

Selain bercucuk tanam terdapat juga aktiviti menangkap ikan, berburu dan menternak binatang.
Kegiatan menangkap ikan secara kecil-kecilan penting sebagai mata pencarian bagi penduduk TM yg
tinggal berhampiran dgn laut, sungai dan tasik. Kegiatan memburu binatang juga dijalankan seperti
pelanduk, kancil, dan ayam hutan. Ternakan secara kecil-kecilan seperti lembu, kerbau, ayam itik
dilakukan dii samping kegiatan pertanian.

Masyarakat Melayu tradisional juga menjalankan mengutip hasil hutan seperti damar, rotan,
getah perca, jelutung, kayu dan buluh. Dalam masyarakat Melayu tradisional, kegiatan ini dipanggil
“meramu”. Hasil-hasil ini dijual sebagai pertukaran bagi mendapatkan beras, garam dan kain.
Perkembangan pusat perdagangan di Kedah dan Melaka membolehkan hasil-hasil hutan dijual kepada
pedagang-pedagang asing.

Antara kerja-kerja pertukangan ialah bertukang, bertenun, menganyam kain dan manghasilkan
kraftangan. Kegiatan pertukangan melibatkan pertukangan kayu seperti mambuat rumah dan sampan
serta pertukangan logam seperti mambuat alat-alat senjata. Di samping itu, terdapat juga aktiviti membuat
periuk belanga daripada tanah. Penduduk di Pantai Timur juga menjalankan aktiviti menenun kain,
songket dan membuat alat penangkapan ikan terutama pada musim tengkujuh.

Selain aktiviti pertanian sara diri terdapat juga kegiatan ekonomi lain yang diusahakan.
Sebelum campur tangan British, penduduk TM juga menjalankan sistem ekonomi komersial antaranya
pertanian dagangan. Pertanian dagangan merupakan kegiatan pertanian yg dijalankan utk perdagangan
di samping kegunana harian. Awal abad ke-19, ladang-ladang gambir yg luas milik kongsi Cina tlh
dimajukan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Di Johor, lada hitam dan gambir diusahakan
di antara tahun-tahun 1840-1850an. Kedua-dua tanaman ini ditanam di bawah sistem kangchu. Tanaman
ini mendapat pasaran yg menguntungkan di Singapura dan Eropah. Di seberang Prai, buah pala, cengkih
dan tebu telah diusahakan olh saudagar Eropah pada awal abad ke-19. Ubi kayu ditanam di Melaka pada
pertengahan abad ke-19. Dianggarkan pada tahun 1860, terdapat kira-kira 400 hektar ladang ubi kayu di
Melaka.

Perlombongan bijih timah telahpun diusahakan oleh orang-orang Melayu (pembesar-pembesar


Melayu). Pengeluaran terhad kerana kaedah yg digunakan ialah mendulang. Dianggarkan bahawa hanya
500 tan bijih timah setahun diusahakan oleh orang-orang Melayu hingga pertengahan abad ke-19.
Pengeluaran emas dikuasai olh orang-orang Cina. Kawasan utamanya ialah Pulai, Gua Musang. Hasil
eksport Kelantan yg lain seperti kayu-kayan, getah perca, damar, buluh dan sebagainya. Perlombongan
bijih timah tertumpu di kawasan pantai barat Semenanjung TM. Di Perak, bijih timah di kawasan Hilir
Perak dan Kinta diusahakan pada abad ke-19 oleh pelombong Cina dari Pulau Pinang, contohnya Kapitan

Cikgu Nazri 14
Chong Ah Kwee. Kawasan Larut menjadi kawasan utama selepas 1840-an. Di Negeri Sembilan pula,
pelombong-pelombong cina telah melombong di Sungai Ujong sejak 1828. Kawasan ini berkembang
pesat pada pertengahan abad ke-19 di bawah Dato’ Bandar Kulup Tunggal dan Dato’ Kelana. Eksport
bijihnya meningkat daripada 7000 pikul pada tahun 1830-an hingga 20 000 pikul pada tahun 1855.
Kebanyakan bijih dari sini dieksport ke negeri-negeri Selat terutama Melaka.

Sebelum campur tangan British, kegiatan perdagangan juga turut diusahakan. Contohnya
Terengganu menjalankan kegiatan perdagangan dengan China menjelang tahun 1830. Masyarakat Cina
Terengganu sudahpun mempunyai seorang kapitan China. Sultan Omar menggalakkan perdagangan luar
yg mengeksport emas, bijih timah, kopi, pinang, rotan dan damar. Baginda mengarahkan supaya kegiatan
carigali emas di Ulu Nerus dan bijih timah di Kemaman dipergiatkan. Terengganu mengimport barang
seperti candu, barang-barang buatan British dan barang-barang dari China. Perdagangan dgn negara-
negara Eropah dijalankan melalui pelabuhan entrepot Singapura dan ke China.

Kesimpulannya, sistem ekonomi TM sebelum campur tangan ritish merupakan sistem ekonomi
sara diri dengan tumpuannya ke atas pertanian dan sistem ekonomi komersial yg berat kepada
perlombongan dan perdagangan. TM begitu kaya dengan hasil alam sehingga perdagangan dapat
dijalankan dgn negara-negara Eropah dan neger-negeri Selat sejak awal abad ke-19 lagi. Kekayaan hasil
bumi ini juga menarik ramai saudagar Cina dan Eropah menanam modal dalam perusahaan pertanian,
dagangan dan perlombongan.

5a) Huraikan penentangan masyarakat tempatan terhadap pentadbiran Brooke di Sarawak

Satu perjanjian telah ditandatangani antara James Brooke dengan wakil Sultan Brunei, Raja
Muda Hashim pada tahun 1841. Di antara syarat- syarat Perjanjian 1841 ialah James Brooke diberi kuasa
memerintah Sarawak serta jajahannya. James Brooke diberi hak memungut cukai di Sarawak. Implikasi
daripada perjanjian tersebut, James Brooke dilantik sebagai Gabenor dan Raja Sarawak oleh Sultan
Brunei pada 24 November 1841. Sarawak di bawah pemerintahan Brooke telah berlaku banyak
perubahan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Perubahan ini telah menyebabkan penduduk pribumi
bangun untuk menentangnya kerana perubahan ini telah melanggar adat dan kepercayaan mereka.

Syarif Masahor dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Beliau
adalah pembesar yang sangat dihormati dan disegani oleh orang Melanau dan Iban. Walau bagaimanapun,
kuasa Syarif Masahor telah tergugat apabila James Brooke mengambilalih kawasan Sungai Rajang
daripada Sultan Brunei pada tahun 1853. James Brooke kemudian membina sebuah kubu di Kanowit di
Sungai Rajang. Tindakan Brooke telah mencabar kewibawaan Syarif Masahor sebagai pembesar di
Sungai Rajang. Syarif Masahor telah berpakat dengan Dato’ Patinggi Abdul Gapur di Kuching untuk
menyerang kubu Brooke di Kanowit dan mengusirnya keluar dari Sarawak. Tentera bersekutu Syarif
Masahor dan Dato’ Patinggi Abdul Gapur telah menyerang kubu Kanowit dan membunuh 2 orang
pegawai Inggeris, iaitu Charles Fox dan Henry Steel. Pada tahun 1860, angkatan perang Syarif Masahor
telah menyerang Kuching tetapi dapat dipatahkan oleh pasukan tentera Brooke di bawah pimpinan
Charles Brooke. Syarif Masahor dapat menyelamatkan diri dan berlindung di Brunei. Namun James
Brooke telah memaksa Sultan Brunei supaya Syarif Masahor dibuang negeri ke Singapura. Dengan itu,
Syarif Masahor dihantar ke Singapura dan meninggal dunia di situ pada tahun 1890. Dato’ Patinggi
Abdul Gapur cuba menyerang Kuching dari Pontianak tetapi beliau ditahan oleh Belanda dan
dipenjarakan di Betawi.

Rentap ialah seorang pahlawan Iban yang bangkit menentang pemerintahan James Brooke di
Sarawak. Rentap ialah ketua orang Iban yang sangat berpengaruh di hulu Sungai Sekrang. Beliau digelar
“Raja Darat”. Nama sebenar beliau ialah Libau. Rentap tidak suka kemaraan kuasa Brooke ke kawasan
orang Iban. Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Sungai Sekrang dan membunuh
seorang pegawai Brooke yang bernama Alan Lee. Kemudian Rentap meminta sebuah kubu yang kuat di
Bukit Sadok di hulu Sekrang. Kubu itu dilengkapkan dengan meriam besi yang besar yang telah dirampas
dari Pontianak, Kalimantan. Kubu di Bukit Sadok sangat kuat sehingga serangan Charles Brooke
sebanyak 2 kali pada tahun 1854 gagal menawan kubu tersebut. Pada tahun 1861, Charles Brooke telah

Cikgu Nazri 15
menyerang Bukit Sadok dengan sebuah meriam tembaga bernama Bujang Sadok yang dibuat di Kuching.
Kali ini, kubu Rentap di Bukit Sadok dapat ditawan oleh Charles Brooke. Rentap berjaya melepaskan diri
ke kawasan pedalaman.

James Brooke telah menggalakkan kemasukan orang Cina ke Sarawak kerana mereka dapat
menyumbang dalam pembangunan ekonomi. Ramai orang Cina telah datang ke Sarawak sama ada untuk
berniaga di bandar-bandar atau bekerja di lombong antimoni di kawasan Bau. Namun orang Cina
menunjukkan sikap tidak suka menerima arahan daripada pentadbiran British di Kuching. Sikap ini telah
mendatangkan masalah kepada pentadbiran Brooke. Orang Cina juga tidak puas hati tehadap pentadbiran
Brooke kerana, mengawal kegiatan kongsi gelap, mengawal penyeludupan, dan menyekat perdagangan
candu. Pada 1857, orang Cina menyerang kediaman James Brooke, bangunan, dan rumah kediaman
kakitangan kerajaan di Kuching sehingga berjaya menawan bandar Kuching. Walau bagaimanapun,
James Brooke berjaya menewaskan kumpulan pemberontak ini dengan bantuan anak saudaranya, Charles
Brooke bersama-sama sekumpulan orang Melayu dan Dayak. Sejak itu kemasukan orang Cina telah
dikawal ketat.

Pada tahun 1893, orang Iban di bawah pimpinan Banting bangkit menentang pemerintahan
kerajaan Brooke di Sarawak. Banting ialah penghulu Iban di hulu Sungai Batang Lupar di kawasan Hulu
Air. Banting menentang Charles Brooke yang cuba menghapuskan adat dan upacara yang diamalkan oleh
orang Iban. Pada tahun 1902, Charles Brooke telah menghantar satu pasukan tentera untuk menawan
Banting tetapi beliau dapat mempertahankan dirinya dan memerintah dengan bebas sehingga tahun 1908.
Pada tahun itu, tentera Brooke berjaya menewaskan Banting tetapi gagal menangkapnya. Selepas itu,
kuasa Banting semakin lemah dan beliau menamatkan penentangannya terhadap Kerajaan Brooke.

Kesimpulannya, gerakan penentangan penduduk tempatan terhadap pentadbiran British di


Sarawak telah menemui kegagalan, malah turut mengukuhkan kedudukan mereka. Namun demikian
kebangkitan jelas menggambarkan bahawa telah muncul semangat nasionalisme dalam kalangan
penduduk tempatan.

5b) Huraikan penentangan masyarakat di Sabah terhadap Syarikat Berpiagam Borneo Utara
(SBBU) sehingga awal abad ke-20.

Pada abad ke 19, Sabah telah ditadbir oleh pihak berkuasa British yang diwakili oleh Syarikat
Berpiagam Borneo Utara (SBBU). Di Sabah, SBBU telah mentadbir Sabah bermula dari tahun 1881.
Sepanjang pendudukan dan penguasaan tersebut banyak perubahan telah dilakukan oleh SBBU.
Tindakan itu telah menyebabkan rasa tidak puashati penduduk tempatan yang membawa kepada
penentangan dari masyarakat setempat seperti Pangeran Samah, Malingkote, Mat Salleh dan Antanum.

Penentangan yang pertama ialah daripada Pangeran Samah (1884). Pada tahun 1884,
masyarakat tempatan daripada suku kaum Bajau yang diketuai oleh Pangeran Samah telah bangkit
menentang pihak berkuasa British. Kebangkitan dan kemarahan itu dikatakan berpunca daripada tindakan
SBBU mengenakan cukai ke atas aktiviti mengutip sarang burung. Pangeran Samah dikatakan dengan
sengaja melambat-lambatkan kutipan sarang burung untuk jualan bagi mengelakkan cukai yang
dikenakan oleh pihak berkuasa British. Selepas lima tahun berlalu, pihak berkuasa SBBU telah
memutuskan untuk mengambil alih perusahaan tersebut. Keputusan dan tindakan yang dibuat oleh pihak
berkuasa British itu telah menyebabkan Pangeran Samah dan pengikutnya bertindak menutup jalan ke
gua Gomantong, tempat kutipan sarang burung dijalankan. Apabila pasukan peneroka tiba untuk
membuka jalan yang ditutup oleh Pangeran Samah, mereka telah diserang. Dalam pertempuran tersebut,
pasukan suku kaum Sulu dapat dikalahkan manakala Pangeran Samah sendiri telah terbunuh.

Seterusnya penentangan daripada Malingkote atau Tahang (1891). Pada tahun 1891,
masyarakat tempatan terdiri daripada orang-orang Murut dari daerah Padas dan Tenom telah bangkit
menentang SBBU. Kebangkitan dan penentangan ini diketuai oleh seorang pemimpin yang bernama
Malingkote. Beliau dipercayai mempunyai kuasa ghaib dan kebal. Keistimewaan yang ada pada beliau
telah tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa British malah telah cuba untuk menghapuskannya.Tindakan

Cikgu Nazri 16
British untuk menghapus kekuatan dan keistimewaan Malingkote telah melahirkan rasa tidak puashati
pengikutnya, menyebabkan mereka bangkit menentang SBBU. Penentangan tersebut berlanjutan selama
setahun tetapi akhirnya berjaya dihapuskan oleh pihak berkuasa SBBU.

Penentangan masyarakat di Sabah terhadap Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) sehingga
awal abad ke-20 yang paling terkesan ialah daripada Mat Salleh (1894-1905). Pada tahun 1894, Mat
Salleh bersama pengikutnya telah bangkit menentang pihak berkuasa SBBU. Nama beliau yang sebenar
ialah Datu Muhammad Salleh bin Datu Balu, merupakan seorang pembesar yang amat dihormati dan
disegani. Berasal dari hulu Sungai Sugat dan berketurunan Suluk dan Bajau. Penentangan tersebut adalah
berpunca daripada tindakan pihak berkuasa SBBU membakar kampung beliau di Sungai Sugat yang
dituduh mencampuri urusan pentadbiran SBBU. SBBU juga telah memaksa penduduk tempatan untuk
dijadikan buruh paksa bagi menjalankan kerja-kerja awam seperti membina jalan raya, jalan keretapi
tanpa dibayar gaji. Malah pegawai-pegawai SBBU juga bersikap sombong serta tidak menghormati adat
resam penduduk tempatan. Mat Salleh bersama pengikutnya telah bertindak membunuh dua orang
pedagang Dayak, tetapi Mat Salleh enggan menyerahkan kedua-duanya kepada pihak SBBU. Ini
menyebabkan pihak SBBU bertindak menyerang dan membakar kampong Mat Salleh di Pulau
Jambongan. Namun Mat Salleh bersama pengikutnya berjaya melarikan diri. Pada tahun 1897, Mat
Salleh telah menyerang kubu British di Pulau Gaya. Tindakannya itu telah menyebabkan SBBU
bertindakbalas dengan memusnahkan kubu Mat Salleh di Ranau. Kegagalan menangkap Mat Salleh
menyebabkan British menukar taktik dengan memujuk Mat Salleh menandatangani perjanjian damai.
Syarat perjanjian tersebut ialah Daerah Tambunan akan diserah kepada Mat Salleh, boleh mentadbir
secara bebas dan pengikut-pengikutnya akan diberi pengampunan. Namun SBBU tidak berpegang pada
janji. Sebaliknya Daerah Tambunan telah diambil semula. Tindakan tersebut menyebabkan Mat Salleh
rasa tidak berpuas hati lalu mengatur strategi menyerang British. Belum sempat mat Salleh dan
pengikutnya melancarkan serangan, pihak British terlebih dahulu melancarkan serangan. Dalam serangan
tersebut, Mat Salleh telah terbunuh manakala Daerah Tambunan menjadi wilayah kepunyaan SBBU.

Seterusnya penentangan Antanum. Penentangan ini berlaku pada 1915, Orang Murut telah
bangun menentang di bawah pimpinan Antanum iaitu ketua kaum Murut di Rundum. SBBU terus
memperkenalkan beberapa perubahan yang bukan sahaja membebankan penduduk tempatan, tetapi juga
bercanggah dengan nilai-nilai tradisi yang mereka warisi. SBBU telah memperkenalkan sistem
pendaftaran hak milik tanah yang bertujuan untuk menyekat pertanian pindah dan mengawal kegiatan
membuat tapai yg menjadi sebahagian daripada cara hidup tradisi penduduk tempatan. Mengenakan
bayaran menyukat tanah untuk menetapkan sempadan. Memperkenalkan lain-lain cukai seperti cukai
untuk setiap pokok kelapa yang menghasilkan nila utk membuat tuak dan bagi membuat tapai.
Menggunakan tenaga orang Murut sebagai buruh paksa utk membina jalan ke kawasan pedalaman dan
memasang kawad telegraf antara Tenom dengan Rundum. Pada bulan Jun 1914, Antanum telah
memimpin orang Murut menyerang dan membakar Pensiangan dan Rundum. Pada bulan Februari 1915,
Antanum bersama-sama dengan 900 orang pengikutnya telah membina kubu di Selangit. Mereka telah
menyerang dan memusnahkan Pensiangan dan pejabat pegawai daerah Rundum. Antanum menyifatkan
serangan tersebut sebagai Perang Agama. Pada bulan April 1915, pasukan tentera SBUB telah
melancarkan serangan dan memusnahkan kubu Antanum di Selangit. Dalam serangan ini, Antanum
bersama-sama 400 orang pengikutnya telah terbunuh. Sementara pengikut-pengikut Antanum yang
terselamat dalam pertempuran tersebut telah berpindah beramai-ramai ke Kalimantan.

Kesimpulannya, gerakan penentangan penduduk tempatan terhadap pentadbiran British di Sabah


telah menemui kegagalan, malah turut mengukuhkan kedudukan mereka. Namun kebangkitan dan
penentangan tersebut, jelas menggambarkan bahawa telah muncul semangat nasionalisme dalam
kalangan penduduk tempatan.

Cikgu Nazri 17
6a) Dasar pentadbiran British telah membawa kepada pembentukan masyarakat pelbagai
kaum di Tanah Melayu pada abad ke-20. Bincangkan.

Menurut J.S Furnivall – masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat pelbagai kaum yang
mempunyai budaya, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun berada di bawah sistem
politik yang sama tetapi kehidupan mereka berasingan. Masyarakat majmuk muncul akibat daripada
dasar penjajahan yang menggalakkan penghijrahan mengikut keperluan ekonomi. Kedatangan imigran
dari negara China dan India menyebabkan terbentuknya tiga kaum utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu,
Cina dan India. Dasar pentadbiran British telah membawa kepada pembentukan masyarakat
pelbagai kaum di Tanah Melayu pada abad ke-20. Namun begitu terdapat juga faktor-faktor lain.

Dasar pentadbiran British. British menggalakkan kemasukan buruh India dan Cina untuk
kepentingan perkembangan sektor perladangan dan perlombongan. Kedatangan orang India melalui
sistem kangani. Sistem Kangani adalah suatu bentuk pengambilan pekerja dan organisasi di beberapa
bahagian di Asia Tenggara di bawah pemerintahan kolonial Inggeris, umumnya beroperasi dari awal abad
ke-19 hingga awal abad ke-20, khususnya daerah yang sekarang dikenal sebagai Myanmar, Malaysia, dan
Sri Lanka. Sistem ini mirip dengan perbudakan yang dilindungi dan keduanya beroperasi dalam tempoh
yang sama, dengan sistem kangani menjadi lebih popular dari akhir abad ke-19 dan seterusnya. Di bawah
sistem kangani, pengambilan dan pengurusan diambil oleh orang-orang yang disebut kangani (dari
perkataan Tamil untuk mandur), yang secara langsung merekrut pendatang dari India - terutama India
Selatan di wilayah yang majoriti Tamil - melalui rangkaian rakan, keluarga dan kenalan lain , dengan
orang yang sama maka bertanggungjawab untuk pengawasan pekerja yang mereka rekrut. Galakkan
daripada kerajaan British juga merupakan faktor penarik kemasukan buruh- buruh Cina. British
menggalakkan kedatangan orang Cina dengan menyediakan pelbagaikemudahan seperti subsidi tambang,
jaminan keselamatan dan sebagainya memandangkankeperluan tenaga buruh yang murah dan banyak.
Selain itu, kerajaan British telahmemperkenalkan undang-undang dan peraturan emigresen di Tanah
Melayu bagimempercepatkan kemasukan tenaga buruh dari luar. Keadaan ini mewujudkan banyak
peluang pekerjaan dan menarik minat buruh asing untuk datang ke Tanah Melayu.

Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah. Perkembangan perusahaan bijih timah dan
getah telah menyebabkan kemasukan buruh dari China dan India.Keadaan ekonomi dan politik yang
tidak tenteram seperti berlaku Pemberontakan Taiping dan Pemberontakan Boxer yang menyebabkan
ribuan nyawa terkorban. Keadaan ekonomi yang buruk seperti pertambahan Penduduk yang pesat ,
kekurangan makanan, bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi yang sering berlaku
mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan harta benda telah menjadi faktor penolak untuk
berhijrah ke Tanah Melayu.Perkembangan ekonomi yang pesat dan pertapakan modal asing di Tanah
Melayu terutamanya dalam sektor perlombongan bijih timah telah menarik minat orang Cina ke negara
ini. Penghijrahan kaum India pula adalah disebabkan masalah ekonomi dan sosial seperti pertambahan
penduduk yang pesat dan tidak seimbang dengan keluasan tanah pertanian , bencana alam seperti banjir,
kemarau , kebuluran yang kerap berlaku dan merebaknya wabak penyakit telah mendorong mereka
berhijrah ke negara ini. Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad Ke-20
meningkatkan keperluan tenaga buruh. Akibat perkembangan revolus perindustrian, permintaan tenaga
buruh semakin tinggi dan dasar British yang menggalakkan kemasukan buruh-buruh India telah menarik
minat mereka ke negara ini. Kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum, iaitu orang Cina bekerja
sebagai pelombong , orang India bekerja sebagai pekerja ladang dan buruh jalan raya dan jalan kereta api.
Manakala orang Melayu kekal sebagai nelayan dan petani

Kawasan penempatan yang berbeza. Orang Cina tinggal di lombong- lombong bijih timah
yang kemudiannya berkembang menjadi Bandar seperti ipoh, Taiping , Kuala Lumpur dan Seremban.
Manakala orang India tinggal di kawasan ladang getah yang terpencil daripada orang Cina dan Melayu.
Masyarakat Melayu pula tinggal di kampung-kampung di luar Bandar. Penempatan yang berbeza ini
menyebabkan mereka tidak berhubung antara satu sama lain.

Agama dan sosiobudaya. Setiap kaum mengamalkan agama yang berbeza dan rumah ibadat
yang berbeza. Orang Cina dan India membawa bersama agama mereka ke kawasan petempatan baru
tersebut. Mereka juga membina rumah ibbadat di kawasan penempatan mmasing-masing. Orang Melayu
beragama Islam , orang India sebahagian besarnya beragama hindu manakala orang Cina pula beragama
Cikgu Nazri 18
Buddha. Setiap kaum Cina, India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza .Bagi Cina dan
India , mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti pakaian, bahasa dan budaya. Di
samping itu, wujud pertubuhan di petempatan masing-masing yng kegiatannya berdasarkan kepentingan
sesuatu kaum. Perkembangan ini menyebabkan masyarakat Cina , India dan Melayu hidup sebagai
sebuah masyarakat tersendiri.

Pendidikan/persekolahan. Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum. Pendidikan Cina


untuk orang Cina , buku-buku dan guru-gurunya juga dibawa dari China. Kebanyakan sekolah Cina
dibina di kawasan perlombongan yang kemudiannya menjadi Bandar. Sekolah tamil pula dibina untuk
anak-anak kaum India yang tinggal di kawasan ladang getah . Buku –buku dan guru-gurunya dibawa dari
India. Manakala Pendidikan Melayu hanya untuk orang Melayu. Perbezaan ini telah mewujudkan
masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

6b) Bincangkan kewujudan masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak pada abad ke-
19.

Pembentukan masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak pada abad ke-19 adalah
disebabkan oleh kemasukan buruh-buruh asing ke kedua-dua negeri tersebut.

Kemasukan orang Cina ke Sabah belaku akibat galakkan darpada syarikat tembakau dan Syarikat
Berpiagam Borneo Utara. Pada tahun 1880-an, ladang tembakau mula dibuka di Sabah dan hampir semua
buruhnya dibawa masuk dari China. Selain itu, perkembangan perusahaan getah pada awal abad ke-20
juga menarik perhatian buruh asing Cina untuk datang ke Sabah. Pada tahun 1930, terdapat 30 buah
ladang getah dengan hampir separuh tenaga buruhnya daripada orang Cina. Petempatan orang Cina
berkembang sehingga munculnya bandar Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau dan Kudat.

Buruh Jawa juga digalakkan masuk ke Sabah oleh SBBU untuk bekerja di ladang tembakau dan
getah. Buruh-buruh dari Jawa tiba pada tahun 1882. Seramai 70 orang Jawa dibawa masuk dari Singapura
oleh seorang agen Kompeni, W.H.Read. Buruh Jawa dibawa ke Silam untuk bekerja di Stesyen
Percubaan Pertanian Kerajaan. Mulai tahun 1907, pengambilan buruh dari Jawa dilakukan secara teratur
apabila pihak SBBU menjalin satu persetujuan dengan Belanda untuk mendapatkan buruh kontrak selama
tiga tahun, kesan dari perkembangan pesat perusahaan getah di Sabah. Sebelum Perang Dunia Pertama,
bilangan buruh dari Jawa yang berhijrah ke Sabah bertambah ramai ketika perusahaan getah berkembang
pesat. Pada tahun 1911, bilangan buruh Jawa termasuk sebilangan kecil orang Indonesia yang lain tiba di
Saah berjumlah 5510 orang. Pada tahun 1921 bilangan orang Indonesia meningkat kepada 11 223 orang
dan seterusnya 10 014 orang menjelang tahun1931.

Orang India datang ke Tanah Melayu untuk bekerja dalam bidang pentadbiran, sokongan dan
teknikal. Mereka terdiri dari orang Sikh, Pathan, Telegu dan Tamil yang ditempatkan di beberapa buah
jabatan seperti Jabatan Audit, Pelabuhan, Pos dan Telegraf, Keselamatan, Polis dan Penjara. Mereka
diambil berkhidmat sebagai kakitangan sama ada pada peringkat pentadbiran, mahu pun pada peringkat
bawahan. Orang India dibawa masuk untuk mengisi jawatan kerajaan di bawah pentadbiran SBBU.
Keadaan ini berlaku kerana SBBU menghadapi masalah kekurangan kakitangan akibat keengganan
bangsa Eropah yang lain berkhidmat di Sabah atas alasan negeri Sabah masih mundur. Mereka lebih
gemar dihantar berkhidmat ke Hong Kong atau Singapura.

Manakala di Sarawak pula Penghijrahan buruh asing ke Sarawak orang Cina merupakan
kelompok terbesar dalam kalangan masyarakat bukan bumiputera yangmeliputi 23.3% daripada jumlah
penduduk Sarawak.Kawasan petempatan mereka tertumpu di bandar-bandar besar. Orang Cina di
Sarawak dibahagikan kepada beberapa suku kaum seperti Hikkien, Foochow, Hakka, Teochew, Kantonis
danHenghua. Mereka bertutur dengan menggunakan bahasa Mandarin dan Hokkien. Sebelum kedatangan
James Brooke pada tahun 1840, terdapat sejumlah kecil orang Cina yang telah menetap di Sarawak.
Mereka menjalankan beberapa kegiatan seperti bedagang, melombong emas dan bercucuk tanam. Orang
Cina semakin ramai berhijrah ke Sarawak menjelang akhir abad ke-19, iaitu semasa pemerintahan
Charles Brooke. Kebanyakan mereka berasal dari China Selatan iaitu dari wilayah Canton, Fukien dan
Kwangtung. Mereka tidak datang secara langsung dari China, tetapi melalui kawasan Sambas-Pontianak.

Cikgu Nazri 19
Kongsi Cina daripada suku Hakka telah melombong emas di kawasan itu sejak tahun 1760-an. Apabila
Belanda menguasai Pantai Barat Kalimantan pada tahun 1823 dan longgokan emas semakin berkurangan
pada tahun 1830-an, pemombong Cina mula berpindah ke tempat lain. Pada tahun 1841, pelombong Cina
dari Sambas mula berpindah ke kawasan Bau di Hulu Sungai Sarawak. Sebelum kemasukan mereka
secara besar-besaran, sebilangan kecil orang Cina telah melombong emas di Bau. Sehingga akhir tahun
1840-an hampir semua orang Cina di Sarawak daripada suku kaum Hakka. Pedagang Cina daripada suku
kaum Hokkien menetap di Kuching mulai tahun 1840-an.

Orang India pula meliputi 0.3% daripada penduduk Sarawak merupakan kelompok terkecil
dalam kalangan masyarakat bumiputera Sarawak. Mereka terdiri daripada orang Sikh dan Punjabi
Muslim yang dibawa masuk oleh James Brooke untuk bekerja sebagai polis di Sarawak. Setelah Sarawak
mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia, keturunan mereka terus menetap di Sarawak sehingga kini.
Orang India berketurunan muslim datang ke Sarawak sebagai peniaga kain dan pedagang. Namun tidak
ramai orang India yang bekerja sebagai buruh kerana dari segi geografi kedudukan Sarawak agak jauh
dari benua India.

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk secara tidak langsung telah mempengaruhi


dan mengubah sistem sosial di Tanah Melayu, Sabah ataupun Sarawak yang akhirnya mewujudkan
jurang perbezaan antara kaum.Walaupun ketiga-tiga kaum ini tinggal di negara yang sama tetapi masih
mengekalkan identiti masing-masing dan mengamalkan tradisi tersendiri tanpa mengasimilasikan budaya
antara satu sama lain.

7) Bincangkan perjuangan Gerakan Islah dalam gerakan kesedaran kebangsaan di Tanah


Melayu hingga Perang Dunia Kedua.

Gerakan kesedaran yang pertama digerakkan oleh mereka yang berpendidikan agama dari timur
tengah. Mereka menerima pengaruh dan ilham dari gerakan Reformis Islam yang diketuai oleh Syed
Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Kaum muda ini bermatlamat untuk memajukan
bangsa Melayu berasasaan perjuangan agama Islam. Lidah rasmi yang pertama bagi Kaum Muda ini ialah
al-Imam. Di antara para pemimpin umatnya ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi,
Hj. Abbas bin Mohd Taha dan Syeikh Mohd Salim al-Kalali.

Matlamat Perjuangan Gerakan Islah ialah memajukan kaum Melayu berasaskan ajaran
lslam.yang sebenar iaitu berpandukan al-Quran dan al-Hadis. Mereka bermatlamat untuk membebaskan
orang Melayu dari amalan-amalan taklid buta serta amalan khurafat serta bida’ah. Semua amalan inilah
yang menghalang kemajuan orang Melayu. Pengamalan Islam yang sebenarnya merupakan jawapan
kepada segala masalah sosial, ekonomi dan politik yang dihadapi oleh orang Melayu.

Kaum Muda menekankan kepentingan sistem pendidikan kepada bagi kemajuan orang Melayu.
Pendidikan adalah kunci kepada kemajuan. Kaum muda melihat pendekatan pendidikan dari sudut yang
lebih liberal. Pendidikan di kalangan kaum perempuan juga dipentingkan. Selain menekankan
kepentingan pendidikan agama, pendidikan bercorak moden seperti penekanan Bahasa Inggeris juga
dititikberatkan.

Di dalam aspek politik, Kaum muda bersikap anti penjajah dan bersikap tidak mahu bekerjasama.
Kaum muda mengacak penjajah Inggeris kerana gagal memberikan pendidikan yang cukup dan
seterusnya memajukan orang Melayu. Kaum muda berhasrat untuk membebaskan Tanah Melayu dari
penjajahan British. Kaum muda juga bersifat anti birokrasi elit Melayu. Raja-raja dan para pembesar
Melayu diingatkan supaya memelihara kepentingan orang Melayu. Mereka diseru agar melakukan
sesuatu seperti menubuhkan persatuan bagi menggalakkan pendidikan dan pembangunan ekonomi.Kaum
muda turut menuntut orang Melayu menceburkan diri di datam bidang perniagaan, menubuhkan koperasi
dan menggunakan sistem kemudahan di bank.

Strategi dalam perjuangan kaum muda ialah melalui akhbar dan majalah. Contohnya akhbar Al-
Imam muncul pada bulan Julai 1906 di Singapura. Ianya satu penerbitan bulanan dan dihentikan

Cikgu Nazri 20
penerbitannya pada bulan Disember 1908. Tujuan al-Imam ialah untuk mengingatkan mana yang lalai
dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara yang
menyeru dengan kebajikan kepada mereka itu (orang Melayu). Selain itu terdapat juga akhhbar dan
majalah lain yang menjadi medan kepada idea dan penulisan kaum muda; Neraca (Singapura 1911-1915),
Al-Ikhwan (P.Pinang 1926-1931), Saudara (P. Pinang 1928-1941), dan Edaran Zaman (P. Pinang 1925-
1930)
Penyampaian idea perjuangan gerakan Islah juga melalui perbincangan agama dimasjid dan
madrasah. Kaum muda juga terlibat di dalam penubuhan Madrasah Al-Ikbal yang dibuka pada 21
November 1907. Melalui madrasah ini mata pelajaran yang bukan bersifat keagamaan seperti bahasa
Inggeris, bahasa Melayu, Matematik, Geografi, dan Sejarah telah diperkenalkan bersama mata pelajaran
bersifat keagamaan. Madrasah-madrasah lain yang turut diasaskan oleh Kaum Muda ialah seperti
Madrasah al- Hadi (Melaka 1917), Madrasah Muhammadiah (Kota Bharu 1917), dan Madrasah al-
Diniah (Kg. Lalang Perak, 1924)

Perjuangan Gerakan Islah telah mencetuskan perselisihan antara kaum muda dan kaum tua.
Kaum muda mendapat tentangan daripada kaum tua. Kaum tua merupakan terdiri daripada hierarki
agama rasmi, elit Melayu tradisional dan golongan agama di luar bandar. Pertentangan pendapat ini
berlaku melalui akhbar-akhbar. Lidah rasmi kepada kaum Tua adalah aklbar Lidah Benar dan Suara
Benar. Kaum muda telah dianggap sebagai kurang ajar dan tidak bertata susila. Kaum tua menentang
kaum muda kerana kegiatan dan idea-idea kaum muda ini menggugat kedudukan mereka sebagai elit
agama di dalam masyarakat Melayu sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat kampung-
kampung. Para mufti telah mengeluarkan fatwa yang mengutuk kaum muda sebagai kafir dan Qadiani.
Kaum muda telah dilarang untuk berkhutbah dan memberi syarahan di masjid. Terdapat beberapa
penerbitan kaum yang diharamkan penyebarannya di beberapa negeri.

Kesimpulannya, perjuangan kaum muda boleh dianggap berjaya dilemahkan oleh perjuangan
kaum tua. Kaum tua telah menggunakan kelebihan kedudukan mereka sebagai elit agama untuk
mempengaruhi sultan dan juga pemerintah Inggeris bagi menekan dan menindas perjuangan kaum muda.
Kaum muda telah gagal untuk mewujudkan gerakan massa. Menjelang tahun-tahun sebelum meletusnya
Perang Dunia Kedua, perjuangan nasionalisme Melayu lebih tertumpu pula kepada usaha-usaha untuk
memperbaiki taraf sosio ekonomi orang Melayu. Perjuangan corak ini pula lebih mendapat tempat dalam
gerakan massa.

8) Bincangkan faktor-faktor yang menyatukan orang Melayu untuk menentang Malayan


Union pada tahun 1946

Malayan Union telah ditubuhkan pada 1 April 1943 berdasarkan kajian Malayan Planning Unit,
satu kertas putih yang dikeluarkan oleh Parlimen Britain di London pada 22 Januari 1946. Penubuhan
Malayan Union telah mendapat tentangan yang kuat daripada kaum Melayu berikutan terdapat perkara-
perkara yang mengancam kedudukan orang-orang Melayu sebagai penduduk pribumi di Tanah Melayu.
Justeru terdapat pelbagai faktor yang menyatukan orang Melayu untuk menentang Malayan Union
pada tahun 1946

Dalam menyatukan orang Melayu untuk menentang MU, akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu,
Warta Negara dan Majlis telah memainkan peranan mendedahkan keburukan dan kerugian yang dialami
oleh orang Melayu sekiranya MU dilaksanakan. Orang Melayu telah diseru untuk bersatu melalui
pertubuhan yang sedia wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Semua pertubuhan tersebut digalakkan
supaya bergabung dalam menyuarakan bantahan dan penentangan

Golongan pemimpin juga telah memainkan peranan penting menyatukan orang Melayu untuk
menentang Malayan Union pada tahun 1946. Dalam menyuarakan penentangan, pemimpin telah menulis
surat kepada Raja Britain dan bekas pegawai Inggeris yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu
memohon sokongan mereka terhadap isu yang sedang berlaku. Mereka mendesak kerajaan Britain dan
Pejabat Tanah jajahan Britain di London supaya membatalkan idea penubuhan Malayan Union dan
merangka perlembagaan baru yang sesuai di Tanah Melayu khususnya yang dapat melindungi
kepentingan orang Melayu. Idea ini telah mendapat tindak balas positif daripada bekas pegawai-pegawai

Cikgu Nazri 21
Inggeris seperti Frank Swettenham,George Maxwell, Ronald Bradell, Cecil Clementi dan R.O. Winstedt.
yang menulis di akhbar Times di London untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan orang
Melayu. Mereka bersimpati dengan nasib orang Melayu apabila Malayan Union dilaksanakan. Mereka
telah menulis dalam akhbar Times menyatakan kekesalan mereka terhadap pengenalan Malayan Union
yang tidak sesuai untuk Tanah Melayu.

Kongres Melayu sebagai alat penyatuan orang Melayu. Dato’ Onn b. Ja’afar dan Persatuan
Melayu Selangor telah berusaha mengadakan Kongres Melayu Se-Malaya. Pada 29 dan 30 Mac 1946,
Kongres Melayu Se-Malaya telah mengadakan mesyuarat tergempar dan beberapa persetujuan telah
dicapai. Antaranya ialah, orang Melayu mesti bersatu padu menentang Malayan Union, Raja-raja Melayu,
ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan upacara pengisytiharan Malayan
Union dan Kongres sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan parti politik yang kuat untuk menentang
Malayan Union. Akhir sekali, Kongres mahu kerajaan British menarik balik Malayan Union dan
mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum tahun 1941. Akibatnya lahirlah Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu atau UMNO dalam Kongres Melayu SeMalaya ketiga di Johor Bahru pada 11 Mei 1946.
Dato Onn bin Jaafar telah dilantik sebagai Presiden Umno yang pertama

Faktor yang turut menyumbang kepada penyatuan orang Melayu ialah ciri-ciri Malayan Union
yang mengancam kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Pertama ialah kedaulatan dan kuasa sultan
terancam. Orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana Malayan Union telah mengancam
kedaulatan raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja Melayu dikurangkan dan pentadbiran diambil alih oleh
Gabenor yang mempunyai kuasa veto. Akibat raja-raja kehilangan kuasa, orang Melayu bimbang tentang
masa hadapan untuk menghadapi persaingan daripada kaum bukan Melayu. Gabenor Malayan Union
akan menjadi Pengerusi Majlis Islam dan ini menjatuhkan maruah dan kesucian agama Islam kerana
orang bukan Islam menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam. Orang Melayu bimbang sultan akan
kehilangan kuasa politik dan hak keistimewaan. Orang Melayu tidak rela melihat Sultan mereka
dilucutkan kuasa politik. Kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu menjadi
Tanah Jajahan British. Ciri Malayan Union yang kedua ialah pemberian taraf kerakyatan. Prinsip
kerakyatan berdasarkan jus soli telah menebalkan perasaan kebencian orang Melayu kepada kaum lain.
Syarat kerakyatan yang longgar membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan
orang Melayu. Orang Melayu meragui kesetiaan orang Cina dan orang India. Jika orang bukan Melayu
mendapat hak yang sama dengan orang Melayu ini menyebabkan hak istimewa dan kedudukan politik
orang Melayu akan tergugat. Keadaan ini amat berbahaya untuk kedudukan politik, ekonomi dan masa
hadapan orang Melayu.

Faktor yang turut memainkan peranan menyatukan orang Melayu juga adalah disebabkan cara
Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan daripada sultan juga mendapat bantahan daripada orang-
orang Melayu. Mac Michael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan. Beliau
mendapatkan persetujuan sultan Melayu dengan paksaan. Beliau mengugut akan melucutkan jawatan
sultan kerana telah bersubahat dengan Jepun. Mac Michael tidak memberi masa dan peluang kepada
sultan-sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar masing-masing. Orang
Melayu marah kerana Mac Michael tidak menerangkan kepada sultan-sultan tentang syarat-syarat
gagasan Malayan Union secara terperinci sebelum sultan menandatangani perjanjian tersebut. Pemimpin-
pemimpin pula marah dan berasa terhina dengan keangkuhan British yang tidak mempedulikan
kepentingan orang Melayu. Mereka menganggap tindakan British sebagai tidak berpelembagaan dan
tidak demokratik.

Kesimpulannya, sebab-sebab yang menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union adalah
kerana bimbang kedaulatan raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu akan lenyap. Oleh itu,
berlakunya penentangan daripada pemimpin-pemimpin Melayu yang ingin membela nasib orang Melayu.
Banyak persatuan-persatuan berjuang bersama. Akhirnya, Malayan Union tidak dilaksanakan dan
kerajaan British telah memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Cikgu Nazri 22
9) Bincangkan usaha-usaha kerajaan British membanteras ancaman komunis dari tahun 1948
hingga tahun 1960.

PKM telah melancarkan pemberontakan bersenjata di Tanah Melayu pada tahun 1948 dengan
tujuan menggulingkan kerajaan British dan kemudiannya sebuah Republik Komunis Tanah Melayu.
PKM telah melakukan kekejaman seperti membunuh pegawai British dan tiga orang peladang British di
Sungai Siput pada tahun 1948; oleh itu British telah mengisytiharkan darurat pada tahun 1948. Selama 12
tahun Tanah Melayu diisytiharkan darurat, terdapat pelbagai usaha kerajaan British membanteras
ancaman komunis

Mengisytiharkan undang-undang darurat. Undang-undang Darurat telah diisytiharkan pada


18 Jun 1948 di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. British berkuasa mengharamkan parti2 politik
berhaluan kiri, menangkap tanpa bicara sesiapa sahaja yang disyaki sebagai komunis, membuang negeri
sesiapa yang menggugat keamanan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas orang yang membantu pihak
komunis. Orang ramai tidak dibenarkan berkumpul lebih daripada lima orang dalam satu2 masa dan
tempat. PKM diharamkan pada tahun 1948, PUTERA dihalang bergerak bebas. Pada tahun 1949, 6000
orang telah ditahan dan 7000 orang Cina yang dianggap berbahaya dihantar pulang ke negara China.

Memperkuatkan pasukan keselamatan. Pasukan polis persekutuan dan mata-mata ditambah


kepada 70 000 orang dan ditugaskan mengawal kawasan lombong bijih timah dan ladang getah. 25 000
orang Home Guard dilantik untuk mengawal kawasan kampung dan 29 897 orang Special Constable
dikerah untuk menjaga kawasan pertanian

Memperkenalkan Rancangan Briggs. Diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs untuk


melumpuhkan kegiatan Min Yuen. Penduduk Cina dari kawasan pinggir hutan dipindahkan ke kawasan
petempatan baharu atau kampung baru. Tujuannya untuk menyelamatkan mereka daripada diugut dan
dipergunakan oleh Min Yuen bagi mendapatkan bekalan makanan dan sebagainya. Petempatan baru ini
dilengkapi dengan pelbagai infrastuktur dan dikawal ketat serta dipagari kawat berduri untuk menjaga
keselamatan mereka.

Perang Saraf. Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer telah melaksanakan kempen “memenangi
hati dan fikiran rakyat” bagi memujuk rakyat bekerjasama dalam menghapuskan komunis. Antara
langkahnya ialah melonggarkan syarat kewarganegaraan dan menawarkan hadiah wang tunai kepada
sesiapa yang memberi maklumat/membantu menangkap komunis - $250 000 ditawarkan kepada sesiapa
yang dapat menangkap Chin Peng. Kawasan hitam dan kawasan putih diperkenalkan. Kawasan hitam
ialah kawasan yang diduduki oleh komunis yang aktif dan kawasan ini dikenakan perintah berkurung.
Kawasan putih ialah kawasan yang berjaya dibersihkan daripada anasir komunis. Sistem pendaftaran kad
pengenalan juga diperkenalkan oleh British. Setiap rakyat yang berumur 12 tahun ke atas dikehendaki
membuat kad pengenalan bagi memudahkan pasukan keselamatan mengenal pasti ejen komunis . Sekatan
jalan raya turut diadakan di merata-rata tempat untuk menghalang gerakan komunis daripada mendapat
bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian dan senjata daripada rakyat. Kerajaan juga memberikan
kesedaran tentang kekejaman pengganas kepada rakyat melalui ceramah di kawasan luar bandar dan
mengedarkan poster serta risalah tentang pengampuan kepada komunis yang bersetuju menyerah diri
digugurkan di kawasan hutan

Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum. Dibentuk pada tahun 1949 untuk
memupuk kerjasama antara masyarakat Melayu dengan Cina. Hubungan orang Melayu dengan orang
Cina masih renggang pada masa darurat. Usaha penggabungan parti politik MCA dan UMNO pada tahun
1952 berjaya mengatasi perselisihan faham dan mewujudkan kerjasama antara kaum sekali gus dapat
membasmi kegiatan komunis di Tanah Melayu

Kesimpulannya, usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan telah berjaya meredakan kegiatan
komunis di Tanah Melayu. Menjelang tahun 1954, seramai 6 500 orang komunis terbunuh, ditangkap
atau menyerah diri. Disember 1955 Rundingan Baling diadakan antara PKM dengan kerajaan tetapi gagal
kerana kedua-dua pihak tidak mahu menerima tuntutan/tawaran masing-masing. Walaupun darurat
diisytiharkan tamat pada 1960, namun PKM terus menjadi ancaman kepada keselamatan negara sehingga
tahun 1989.

Cikgu Nazri 23
10) Bincangkan langkah-langkah ke arah penubuhan Malaysia

Gagasan pembentukan Malaysia diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961. Ia
bertujuan untuk mewujudkan persatuan ekonomi dan politik antara Sabah, Sarawak, Brunei, Persekutuan
Tanah Melayu dan Singapura. Terdapat langkah-langkah yang dilaksanakan ke arah pembentukan
Malaysia pada tahun 1963

Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) 1961. Dibentuk pada


23 Julai 1961 dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Anggotanya terdiri daripada Tunku Abdul
Rahman, wakil Persekutuan Tanah Melayu, Lee Kuan Yew wakil Singapura, Temenggung Jugah Anak
Barieng wakil Sarawak, dan Datu Setia Pengeran Ali wakil Brunei. Antara 21 Ogos 1961 hingga 1
Februari 1962, beberapa siri rundingan telah diadakan di Kota Kinabalu, Kuching, Kuala Lumpur, dan
Singapura. JPPM bertujuan untuk menerangkan cadangan penubuhan Malaysia dan mengumpulkan
pandangan rakyat. Pada 23 Februari, satu memorandum telah diserahkan oleh JPPM kepada Suruhanjaya
Cobbold yang dibentuk oleh PBB dan Kerajaan Britain. Laporan JPPM adalah:
 Menubuhkan satu suruhanjaya untuk mendapatkan suara rakyat Sabah dan Sarawak
 Perlembagaan Persekutuan 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
 Sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat, berkuasa dalam bidang perhubungan luar,
pertahanan dan keselamatan akan ditubuhkan.
 Perwakilan di Parlimen diasaskan kepada luas kawasan.
 Pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri tetapi Sabah dan
Sarawak mempunyai kuasa istimewa meliputi bidang imigresen.
 Islam agama rasmi.
 Bahasa Melayu bahasa rasmi.
 Taraf kesitimewaan bumiputera Sabah dan Sarawak dikekalkan.

Suruhanjaya Cobbold 1962. Berdasarkan kepada laporan yang dikemukakan oleh JPPM, satu
suruhanjaya telah dibentuk yang dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold. Tujuan suruhanjaya ini ialah
untuk memungut dan menentukan pandangan rakyat Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak sama ada
menyokong atau tidak cadangan untuk membentuk Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya,
Singapura, Sabah, dan Sarawak. Suruhanjaya ini diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord
Cameron Cobbold dan telah memulakan tugas dari 19 Februari hingga 18 April 1962 dan diumumkan
pada bulan Ogos 1962. Syor tambahan telah diusulkan. Antaranya Majlis Undangan Negeri diberikuasa
meliputi pendidikan, agama, imigresen dan perwakilan dalam parlimen, taraf kedudukan bumiputera,
kewangan, dan kewarganegaraan. Mengesyorkan ditubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan atau dikenali
juga sebagai Jawatankuasa Lord Landsdowne. Hasil laporan yang dibuat, 80% rakyat Sabah dan
Sarawak menyokong penubuhan Malaysia.

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK). Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne (Menteri Hal
Ehwal Tanah Jajahan) danTun Abdul Razak, wakil Kerajaan British, wakil Tanah Melayu, Sabah, dan
Sarawak. Merangka perlembagaan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan 1957 dan menilai
memorandum 20 tuntutan daripada parti politik Sabah. Antara tuntutan adalah pengecualian agama Islam
sebagai agama rasmi di Sabah, bidang kuasa imigresen, bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Laporan
JAK telah dibentang di Majlis Negeri Sarawak dan Sabah pada 8 dan 13 Mac 1963. Mei 1963, Parlimen
telah meluluskan laporan ini dan dikenali sebagai Akta Malaysia 1963. Perjanjian Malaysia telah
ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.

Gagasan Maphilindo. Ditubuhkan akibat rasa tidak puas hati Filipina dan Indonesia terhadap
penubuhan Malaysia. April 1965, ketua kerajaan ketiga-tiga negara; iaitu Malaysia, Filipina dan
Indonesia telah bersetuju agar satu Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu meninjau kembali pandangan
rakyat Sabah dan Sarawak dalam cadangan penubuhan Malaysia. U Thant, Setiausaha Agong Bangsa-
Bangsa Bersatu telah menghantar Michaelmore untuk melaksanakan tugas ini. Rakyat Sabah dan
Sarawak menyokong cadangan penubuhan Malaysia. Filipina dan Indonesia enggan mengiktiraf Malaysia
dan Indonesia telah melancarkan konfrontasi ke atas Malaysia pada November 1963. Singapura
dikeluarkan daripada Malaysia akibat sentiment perkauman yang dimainkan oleh People Action Party
sewaktu kempen pilihan raya 1964 sehingga mencetuskan rusuhan kaum. Persekutuan Malaysia
ditubuhkan dengan dianggotai oleh Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak.
Cikgu Nazri 24
11) Huraikan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia selepas 1957

Selepas pembubaran Malayan Union, pemerintahan Malaysia diganti dengan Persekutuan Tanah
Melayu 1948. Perlembagaan PTM menjadi teras sistem demokrasi berparlimen di Malaysia selepas
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pentadbiran Malaysia terdiri dari tiga badan iaitu Badan
Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada
Yang Dipertuan Agong yang menjadi simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Setiap badan dipegang
oleh pihak berasingan untuk mengelakkan pertindihan kuasa.

Kedudukan dan peranan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara. Mengikut
perlembagaan Malaysia ketua negara ialah DYMM Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Baginda
ialah seorang raja berperlembagaan. Dalam menjalankan kuasa pemerintahan di bawah perlembagaan
Yang Dipertuan Agung bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Satu
perbezaan dalam perlembagaan yang tidak ada dalam mana-mana negara lain ialah Yang Dipertuan
Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja daripada kalangan 9 orang Sultan Melayu. Sebagai ketua negara,
baginda mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahn lain dalam Wilayah Persekutuan Kula
Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah,
Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Baginda juga memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan
kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Baginda juga Boleh mengisytiharkan undang-undang tentera
atau darurat.

Badan Perundangan. Mengikut undang-undang Parlimen Malaysia terdiri daripada Yang


Dipertuan Agung. Dewan Negara (wakil dari perkhidmatan awam) dan Dewan Rakyat (wakil yang
dipilih) Perlembagaan boleh diubah dengan keizinan sekurang-kurangnya dua pertiga ahli Dewan Rakyat.
Dewan Negara adalah majlis tertinggi Parlimen. Tugas utama ialah membahaskan rang undang-undang
yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli dipilih dan dilantik.
26 orang ahli dipilih oleh Dewan Undngan Negeri dan 43 orang ahli yang dilantik oleh YPA. Ahli
Dewan Negara berkhidmat sebagai anggota Dewan selama 3 tahun dan tertakluk sama ada dia akan
dilantik dan dipilih semula. Dewan Rakyat terdiri daripada 192 orang wakil rakyat yang dipilih melalui
pilihanraya.Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang dan meluluskan undang-
undang. Badan Perundangan diperingkat negeri dilaksanakan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) yang
mana anggotanya adalah dipilih melalui pilihanraya di negeri masing-masing

Badan Eksekutif. Badan eksekutif memainkan peranan menjalankan dasar-dasar pentadbiran


kerajaan mengikut perlembagaan dan undang-undang yang ada. Pentadbiran kerajaan terbahagi kepada
peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Pentadbiran peringkat Persekutuan dijalankan oleh Kabinet
atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong
mengikut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan. Perdana Menteri bertanggungjawab memimpin kerajaan
dan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Jemaah Menteri yang terdiri daripada Menteri-Menteri
yang dilantik oleh YDP Agong sebagai ahli. Manakala Ketua Setiausaha Negara bertindak sebagai
Setiausaha Jemaah Menteri. Bagi menjalankan tugas-tugas eksekutif Kerajaan Persekutuan beberapa
buah kementerian, jabatan dan badan berkanun diwujudkan. Setiap kementerian diketuai oleh seorang
menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha
Kementerian, Pegawai Kementerian dan kakitangan yang dikenali sebagai pegawai kerajaan. Kuasa
eksekutif peringkat negeri terletak pada Sulatn/Raja atau Yang Dipertuan Besar atau Yang Dipertua
Negeri.

Kuasa tersebut dijalankan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Badan ini diketuai
oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri yang dilantik oleh Sultan/Raja/YDP Besar atau YDP Negeri.
Majlis ini bersama-sama bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dipanggil Majlis Tertinggi
manakala Di Sabah di panggil Jemaah Negeri. Menteri Besar/Ketua Menteri dan ahli Majlis Mesyuarat
Negeri bertindak sebagai pembuat dasar pentadbiran kerajaan negeri dan tertakluk kepada senarai negeri
dan senarai bersama yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Pentadbiran meliputi tanggungjawab hal
ehwal tanah dan galian, air, agama dan pertanian. Di peringkat daerah, pentadbiran diketuai oleh pegawai
daerah. Kerajaan Tempatan terdiri daripada Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Majlis Perbandaran
diketuai oleh seorang YDP dan ditadbir oleh sebuah majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Fungsi
utama kerajaan tempatan ialah memberi tumpuan kepada pembangunan sosio-ekonomi. Di Sabah

Cikgu Nazri 25
pentdbirannya dibahagikan kepada daerah dan kampung. Setiap daerah ditadbir oleh Pegawai daerah
yang dibantu oleh Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung. Di Sarawak pentadbirannya dibahagikan
kepada bahagian, daerah, daerah kecil dan kampung. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan
dibantu oleh Temenggung. Di daerah ditadbir oleh Pegawai Residen dan Pegawai-pegawai Perkhidmatan
Tadbir Sarawak. Manakala kampung ditadbir oleh Penghulu.

Badan Kehakiman. Bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman yang


dilaksanakan oleh pihak mahkamah. Kuasa kehakiman terletak pada dua mahkamah tinggi (Tanah
Melayu dan Borneo) dan beberapa Mahkamah Rendah. Mahkamah mempunyai bidang kuasa besar dalam
mentaksir perlembagaan dan undang-undang. Kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah
di sisi undang-undang dan kuasa mengisytiharkan sesuatu undang-undang persekutuan dan negeri tidak
sah dan batal. Mengikut perlembagaan persekutuan , badan kehakiman sebagai sebuah badan yang bebas
bagi membolehkan mahkamah menjalankan tugas dengan adil dan saksama.

Kesimpulannya, sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963 telah distruktur
dengan jelas di peringkat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Dengan ini
pentadbiran Kerajaan Pusat ke Kerajaan Negeri dapat berjalan sistematik dan lancar. Keadaan ini
menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi sehingga hari ini.

12) Bincangkan usaha kerajaan bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu
melalui lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.

Penggubalan Rukun Negara pada tahun 1970 adalah bersandarkan kepada keperluan
menimbulkan semangat dan identiti yang sama bagi semua rakyat Malaysia. Rukun Negara yang
disifatkan sebagai ideologi kebangsaan difikirkan boleh mengeratkan perpaduan kaum memandangkan
masyarakat akan mempunyai fikiran, perasaan dan nilai-nilai yang sama. Di antara prinsip-prinsip Rukun
Negara ialah kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran Perlembagaan,
kedaulatan Undang-undang; dan ksopanan dan kesusilaan. Secara umumnya, kelima-lima prinsip ini
bertujuan mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia
yang adil, demokratik, liberal dan progresif .

Berdasarkan prinsip yang pertama, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan di mana semua rakyat
Malaysia harus mengakui bahawa Tuhan melebihi sebarang kuasa lain. Islam yang dipilih sebagai agama
rasmi Persekutuan Malaysia telah menjadi rujukan dan panduan keseluruhan umat manusia. Walau
bagaimana pun, agama-agama lain boleh dianuti oleh rakyat. Secara umumnya, seseorang yang patuh dan
taat kepada ajaran agamanya mempunyai budi perkerti yang mulia serta sifat-sifat yang terpuji.
Keteguhan imannya dan bersikap tolong menolong kepada orang yang susah tanpa mengira kaum.
Berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Berkuasa rakyat Malaysia mempunyai sikap rendah
diri dan sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat yang diberikan oleh Tuhan.

Prinsip kedua yang menekankan aspek Kesetiaan kepada Raja dan Negara meletakkan Yang
diPertuan Agong adalah lambang perpaduan negara kita. Dalam konteks perhubungan rakyat dan Raja;
rakyat harus mencurahkan taat setianya kepada Raja manakala Raja atau pemerintah harus menyediakan
perlindungan kepada negara dan seluruh rakyat jelata. Hubungan timbal balas ini meletakkan asas
kesetiaan tidak berbelah bahagi dalam kalangan rakyat lantas membentuk semangat kebangsaan yang
boleh menyatupadukan rakyat semua. Sebagai contoh, jika seseorang rakyat Malaysia yang berada di luar
negara menghadapi kesusahan, maka kedutaan negara kita sebagai wakil Yang diPertuan Agong
bertanggungjawab untuk membantunya. Justeru, setiap rakyat Malaysia sewajarnya mengetahui asal-usul
masing-masing supaya tidak lupa aan kedudukannya di mata pihak lain. Sikap rendah diri dan memahami
akan kepentingan orang lain dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat kita.

Keluhuran Perlembagaan mengkehendaki setiap rakyat menghormati dan mematuhi


Perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara. Oleh yang demikian, setiap
warganegara Malaysia seharusnya patuh akan Perlembagaan supaya negara menjadi aman dan damai.
Dalam konteks ini, tiada individu yang terkecuali daripada mematuhi Perlembagaan. Perlembagaan

Cikgu Nazri 26
bertanggungjawab menjaga hak rakyat serta menjamin kemakmuran dan perpaduan negara. Sebagai
contoh, seseorang tidak boleh mempersoalkan kesetiaan seseorang rakyat lain berdasarkan keturunan atau
kaum. Pada hakikatnya, Perlembagaan menentukan bentuk pentadbiran serta melindungi hak asasi
manusia secara keseluruhannya.

Prinsip Kedaulatan Undang-Undang bertujuan menjamin keadilan dalam negara Malaysia. Ini
kerana undang-undang dapat menjamin keadilan serta keamanan kerana setiap rakyat tertakluk pada
perlaksanaan undang-undang. Dengan kata lain, semua rakyat adalah sama di sisi undang-undang.
Sesiapa yang melanggar undang-undang negara akan dihukum tanpa mengira bangsa dan kaumnya. Di
Malaysia, undang-undang yang sedia ada memang cukup baik dan relevan dalam membendung masalah
seperti jenayah,penipuan, penindasan dan sebagainya. Keadaan ini dapat dibuktikan di mana kes-kes
jenayah berada pada indek rendah berbanding dengan negara-negara lain di rantau ini. Keadaan masih
terkawal kerana setiap rakyat Malaysia memahami situasi ini, aspek keamanan dan keselamatan harus
dipelihara selamanya.

Prinsip kelima bermakna bahawa rakyat Malaysia harus bertolak ansur, bertimbang rasa dan
berkelakuan baik. Pengamalan prinsp Kesopanan dan Kesusilaan ini boleh membawa kepada
perhubungan yang harmoni dalam masyarakat kita. Rakyat yang bersopan santun dan bertatasusila dapat
membentuk masyarakat yang bersatu-padu. Prinsip ini sangat penting untuk mewujudkan masyarakat
yang menghormati dan menghargai kepentingan kaum lain. Sesuai dengan Malaysia yang terdiri daripada
masyarakat majmuk, rakyat harus menghormati dan sling memahami adat resam dan nilai hidup kaum
lain dan tidak menyinggung perasaan orang lain.

Sebagai kesimpulannya, prinsip-prinsip Rukun Negara sangat penting dan wajar dipraktikkan
agar pembentukan masyarakat Malaysia yang adil, demokratik, liberal dan progresif dapat direalisasikan.

13) Bincangkan strategi kerajaan untuk merealisasikan matlamat membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak iaitu
Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970 selepas negara dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei
1969. Atas dasar demi kemakmuran dan keamanan yang perlu dikekalkan, maka kerajaan mengambil
langkah mengagihkan kekayaan negara kepada semua kaum terutama kaum bumiputera yang jauh
ketinggalan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang
Pertama yang meliputi tempoh antara tahun 1970-1990. . Rancangan –rancangan pembangunan di bawah
DEB dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
dan penyusunan semula masyarakat .Kerajaan telah melakukan pelbagai strategi dan usaha untuk
melaksanakan DEB ini.

Antara strategi membasmi kemiskinan yang dilaksanakan dalam DEB ialah memodenkan
keadaan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah sama ada di bandar atau di luar bandar dengan
meningkatkan lagi penyediaan kemudahan asas khususnya kepada masyarakat di luar
bandar. Keadaan masyarakat Malaysia sebelum DEB sangat berbeza-beza apatah lagi hanya masyarakat
yang tinggal di bandar sahaja menikmati kemudahan-kemudahan asas seperti perubatan, pendidikan dan
sebagainya manakala masyarakat di luar jauh ketinggalan. Kerajaan memodenkan keadaan kehidupan
rakyat dengan menyediakan kemudahan asas iaitu pendidikan, perkhidmatan, perubatan, bekalan air dan
bekalan elektrik. Tegasnya kemudahan asas yang disediakan ini telah dapat membantu mengurangkan
jurang kemiskinan.

Selain itu kerajaan turut meluaskan lagi peluang pekerjaan bagi semua rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum juga dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan. Kerajaan telah membuka lebih
banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum tanpa terikat lagi dengan dasar ekonomi pecah dan
perintah penjajah. Kerajaan juga telah mengalakkan penyertaan semua kaum dalam sektor-sektor yang
berpotensi tinggi dan daya pengeluaran yang tinggi seperti perniagaan, perindustrian dan juga
perkhidmatan. Hal ini bertujuan agar rakyat Malaysia yang mempunyai modal yang besar dapat

Cikgu Nazri 27
membantu pembangunan ekonomi negara dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada
semua kaum.Contohnya Kaum Melayu diberi peluang luas menceburkan diri dalam bidang perniagaan
dan bidang-bidang lain yang sebelum ini kaum Melayu amat terikat dengan kegiatan pertanian sara diri di
luar bandar. Begitu juga dengan kaum lain seperti Cina dan India turut diberi peluang mencebur diri
dalam bidang ekonomi lain seperti bidang perkhidmatan dan perindustrian. Jelaslah bahawa penyertaan
semua kaum dalam semua bidang ekonomi ini dapat membasmi kemiskinan.

Strategi lain yang dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan ialah memajukan lagi
daya pengeluaran golongan miskin yang seterusnya dapat meningkatkan pendapatan penduduk.
Kerajaan berusaha menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan
kemudahan-kemudahan yang lebih baik, dengan program-program tanaman padi dua kali setahun;
tanaman padi luar musim; kemudahan parit dan tali air; kemudahan pasaran dan kredit demi membantu
golongan bumiputera di kawasan luar bandar. Antara langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan
ialah menambahkan peluang untuk menukarkan kegiatan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah
kepada yang tinggi seperti rancangan tanah FELDA, FELCRA, projek perikanan dan ternakan moden;
kegiatan perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan moden; kemudahan bantuan kewangan dan teknik;
serta peluang pendidikan dan latihan. Tegasnya peningkatan daya pengeluaran ini telah dapat
menambahkan peluang pendapatan khususnya golongan miskin

Bagi menyusun semula masyarakat pula kerajaan telah menambahkan pemilikan rakyat
dalam sektor swasta. Strategi ini bertujuan meningkatkan pemilikan kaum bumiputera sekurang-
kurangnya 30% daripada jumlah saham dalam sektor swasta dan perniagaan. Perkara ini tidak bermakna
menafikan hak bukan bumiputera kerana DEB juga jelas menggariskan bahawa penglibatan mereka boleh
mencapai sehingga tahap 40% dalam tempoh yang sama dan selebihnya pelabur-pelabur asing. Hal ini
disebabkan kaum bumiputera memang ketinggalan dalam pemilikan ekonomi sejak negara kita mencapai
kemerdekaan. Contohnya penubuhan Permodalan Nasional Berhad dan Dasar Penswastaan Negara,
kerajaan telah mengembangkan pemilikan harta dan saham perindustrian serta memindahkan
perkhidmatan,perusahaan,pelaburan kepada sector swasta untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi.
Tegasnya strategi ini berjaya mengurangkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia.

Selain itu, strategi menyusun semula masyarakat juga termasuk membina satu masyarakat
perdagangan dalam kalangan bumiputera. Matlamat untuk membentuk sebuah Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) telah disokong oleh kerajaan melalui pemberian
kontrak,kuota dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera dan syarikat usaha sama dengan bumiputera.
Antara langkah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat pedagang ialah menambahkan
pemilikan bumiputera dalam ekonomi melalui penubuhan UDA .Selain itu, Akta Penyelarasan
Perindustrian (1975) juga telah diluluskan dalam tempoh DEB. Perkara ini jelas ingin memastikan
penglibatan 30% bumiputera dalam pemilikan ekonomi tercapai. Kerajaan juga telah menyediakan
beberapa pakej sokongan baru untuk mencapai matlamat ini seperti Dasar Persyarikatan Malaysia bagi
meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus
kadar pengangguran negara dapat dikurangkan. Jelaslah bahawa langkah yang dilakukan ini merupakan
strategi berkesan untuk menyusun semula masyarakat.

Strategi lain dalam menyusun semula masyarakat yang pelbagai ras ialah membangunkan
kawasan-kawasan yang selama ini mundur tetapi berpotensi tinggi. Antaranya ialah pembangunan
wilayah. Objektif rancangan dan pembangunan wilayah di bawah DEB adalah mengurangkan
ketidaksamaan tingkat kehidupan di antara kawasan-kawasan dengan menggandakan kadar pertumbuhan
yang berhubung dengan kawasan-kawasan yang kurang membangun, mengeksploitasi sepenuhnya
potensi sumber-sumber tenaga manusia dan fizikal di kawasan kurang membangun dan dengan
menyamaratakan agihan perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan asas. Contohnya
Perancangan untuk pembangunan sumber-sumber kawasan seperti Johor Tenggara (KEJORA), Pahang
Tenggara (DARA) dan Rancangan kawasan-kawasan utara atau pusat-pusat pertumbuhan, termasuklah
Rancangan Lembah Kelang, Pelan Induk Pulau Pinang, Rancangan Johor Selatan dan Rancangan
Kuantan. Tegasnya perancangan pembangunan wilayah ini dapat merapatkan jurang perbezaan ekonomi
dan menyusun semula masyarakat

Cikgu Nazri 28
DEB juga turut memberi ruang kepada pembangunan bandar, Kerajaan telah mencorakkan
perbandaran-perbandaran baru dan pembinaan industri-industri baru supaya kepentingan kaum Melayu
sentiasa diuatamakan. Kerajaan telah menitikberatkan latihan kemahiran kepada kaum Melayu agar
mereka berkebolehan mengurus, mentadbir, atau memiliki perusahaan-perusahaan. Perkara ini telah
mengalakkan penghijrahan orang Melayu dari luar bandar ke bandar. Orang Melayu yang berhijrah ke
bandar pada umumnya terdiri daripada golongan msikin muda dalam lingkungan umur antara 20-30
tahun. Untuk mencapai matlamat itu, pelbagai institusi disaran memberi peluang kepada bumiputera iaitu
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Nasional (PERNAS), dan Urban Development Authority
(UDA) yang menyediakan keperluan-keperluan teknikal dan bantuan kewangan kepada kaum Melayu
dan bumiputera yang lain dalam bidang moden, sama ada secara keseluruhan ataupun secara usaha
bersama. Jelaslah bahawa penubuhan institusi-institusi ini telah dapat membantu kaum Melayu dan
seterusnya membangunkan kawasan bandar.

Di samping itu, dalam menyusun semula masyarakat kerajaan juga telah berusaha meluaskan lagi
peluang-peluang pelajaran dalam dan luar negeri. Hal ini bermaksud kerajaan telah mengalakkan lebih
golongan bumiputera melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara demi menambahkan jumlah pekerja
bumiputera dalam bidang profesional seperti guaman, perubatan dan lain-lain lagi. Kerajaan juga telah
membina dan menyediakan lebih banyak sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan juga turut
menyediakan kemudahan sampingan yang lain bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan
rakyat. Kerajaan turut menyediakan kemudahan biasiswa dan memberi kuota kepada orang Melayu
untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam. Hal ini juga disebabkan kaum bumiputera jauh
ketinggalan ke belakang dalam bidang pendidikan dan ini juga menjadi asas penting kepada perubahan
besar ekonomi Malaysia serta pemindahan secara beransur-ansur pekerja-pekerja Bumiputera ke sektor-
sektor moden industri dan bidang yang diharapkan. Hasilnya daripada itu, kenaikkan pendapatan purata
bulanan isi rumah kaum Melayu di Semenanjung adalah 5 kali ganda antara tahun 1970 dengan 1990,
berbanding kaum Cina yang cuma 4 kali ganda pada tempoh yang sama. Dari segi guna tenaga, didapati
kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertama, khususnya pertanian masih tinggi. Walau
bagaimanapun, penglibatan kaum Melayu dalam sektor kedua dan ketiga telah bertambah. Keahlian
bumiputera dalam kumpulan profesional seperti arkitek, akauntan, jurutera dan doktor di Malaysia juga
telah berkembang dengan cepat. Tegasnya peluang pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan ini telah
berjaya meningkatkan pendapatan dan taraf kaum Melayu.

Kesimpulannya jelaslah kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mencapai matlamat
DEB Tahun 1990, telah menandakan berakhirnya DEB yang menjadi asas rancangan pembangunan
negara untuk jangka masa 1970 -1990 . Secara keseluruhannya DEB tidaklah mencapai sasaran 100%
matlamatnya, namun DEB telah berjaya dalam beberapa strategi yang dibuat dengan jayanya. Antara
faktor yang dilihat mengekang dasar DEB ialah masalah kemeseletan ekonomi dunia yang berterusan
sejak awal tahun 1980-an turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Apa yang pasti, DEB
banyak memberi pelbagai sumbangan kepada kehidupan masyarakat majmuk di negara kita sekali gus
keamanan dapat dikekalkan sehingga hari ini. DEB tamat pelaksanaannya pada tahun 1990.

14) Huraikan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra al Haj dalam mewujudkan kestabilan
politik dalam negara antara tahun 1955 hingga 1969

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj lahir pada 8 Februari 1903. Beliau belajar di sekolah Melayu
sebelum berpindah ke Penang Free School. Pada tahun 1919, beliau melanjutkan pelajaran ke St
Catherine's College. Pada tahun 1925, beliau lulus dari Universiti Cambridge. if dalam bidang politik.
Pada tahun 1955, Tunku telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu selepas Pilihanraya Umum
1955 dan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 Tunku kemudiannya dilantik sebagai
Perdana Menteri yang pertama. Dasar toleransi dan permuafakatan antara kaum membuktikan
keunggulan beliau sebagai seorang pemimpin yang berkarisma antara tahun 1957 hingga 1969.

Dalam bidang politik, beliau telah memimpin Parti Perikatan dalam Pilihanraya Umum
Persekutuan 1955. Pada 1953, Perikatan UMNO-MCA-MIC mencadangkan kepada British supaya
diadakan pilihanraya umum untuk mewujudkan kumpulan majoriti dalam MPP. Pesuruhjaya Tinggi, Sir

Cikgu Nazri 29
Gerald Templer bersetuju mengadakan Pilihanraya Umum pertama pada 27 Julai 1955. Perikatan
UMNO-MCA-MIC memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan 1 kerusi dimenangi oleh
PAS di Krian, Perak. Kemenangan ini adalah hasil kerjasama dan tolak ansur antara semua kaum untuk
mencapai kemerdekaan. Kemenangan Parti Perikatan telah membolehkan pembentukan kerajaan dengan
Tunku Abd Rahman sebagi Ketua Menteri. Sebuah kabinet terdiri dari 10 orang menteri iaitu 6 UMNO, 3
MCA, 1 MIC serta 5 orang Eropah. Perikatan telah diberi mandat untuk berunding dengan British tentang
kemerdekaan Tanah Melayu.

Beliau juga telah mengetuai rombongan ke London untuk mengadakan rundingan


kemerdekaan Selepas perbincangan dengan Lennox Boyd (Setiausaha Tanah Jajahan British) pada Ogos
1955, Rombongan Kemerdekaan telah dibentuk pada Jan 1956 yang diketuai oleh Tunku Abd Rahman ke
London untuk perundingan tentang kemerdekaan bersama 4 wakil UMNO dan 4 wakil raja-raja Melayu.
Rundingan selama 3 minggu dari 18 Jan hingga 8 Feb 1956 dan beberapa persetujuan telah dicapai iaitu
tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, TM kekal dalam lingkungan Komanwel dengan mengamalkan
sistem pemerintahan demokrasi, rakyat tempatan akan ganti pegawai British, British dibenar tempatkan
tentera di TM dan sebuah Suruhanjaya bebas akan dibentuk. Rombongan Tunku disambut meriah di
Bandar Hilir Melaka pada 19 Feb 1957 dan mengisytiharkan tarikh kemerdekaan negara kepada umum.

Membenteras ancaman komunis. Sumbangan Tunku seterusnya ialah terus berusaha untuk
menamatkan ancaman komunis di Tanah Melayu. Beliau sanggup mengadakan Rundingan Baling dan
bertemu dengan Chin Peng. Hal ini jelas membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang
mengambil berat tentang keamanan dan keselamatan negara. Rundingan Baling telah berlangsung di
Sekolah Rendah Baling pada 28 Disember 1955. Rundingan ini tidak berjaya kerana Tunku enggan
mengiktiraf PKM sebagai parli politik yang sah. Namun demikian, perjuangan PKM bertambah lemah
kerana tidak mendapat sokongan daripada penduduk tempatan yang sudah pun yakin terhadap
pemerintahan Tunku. Malahan terdapat gerila PKM yang menyerah diri dan ada juga yang melarikan diri
ke sempadan Thailand. Ancaman komunis tamat semasa pemerintahan Tunku dan darurat diisytiharkan
tamat pada tahun 1960.

Mencadangkan dan seterusnya membentuk Gagasan Malaysia. Sumbangan politik Tunku


yang masih disanjung tinggi ialah usaha beliau membentuk Gagasan Malaysia. Pada 27 Mei 1961, Tunku
telah mengemukakan idea pembentukan Malaysia di Hotel Adelphi Singapura. Tujuan beliau adalah
untuk menjamin kekukuhan politik, keselamatan, ekonon.ri dan sosial semua negara yang terlibat. pada
peringkat awal, gabungan ini melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah. Sarawak dan Brunei tetapi
kemudiannya Brunei telah menarik diri kerana rnenghadapi pemberontakan daripada rakyat yang
dipirnpin oleh A.M.Azahari selain disebabkan isu hasil minyak.

Menangani tentangan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia.


Pembentukan Gagasan Malaysia juga mendapat reaksi negatif dari negara jiran seperti Filipina dan
Indonesia yang kemudiannya melancarkan konfrontasi. Tunku dengan kebijaksanaannya berjaya
mengatasi segala cabaran ini dengan mendapat sokongan padu dari rakyat, kerajaan British dan PBB.
pada l6 Septernber I963, Persekutuan Malaysia telah dibentuk dan Tunku digelar 'Bapa Malaysia'.

Dalam aspek dasar luar, Tunku telah memberikan sumbangan yang amat besar, diantaranya
melaksanakan dasar luar pro Barat dan anti Komunis. Tunku juga telah merintis jalan dalarn
menggubal dasar luar negara dengan mengambil kira beberapa faktor penting. Pada peringkat awal
kemedekaan, beliau mengamalkan dasar pro barat dan anti komunis. Dasar ini dapat menjamin
kedauiatan negara daripada ancaman musuh. Pada masa yang sama, dasar ini dapat menjamin kestabilan
politik dan ekonomi negara. Melalui Dasar Pro-Barat, Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA)
telah termeterai pada tahun 1957. Kerajaan British menajmin bantuan tentera sekiranya tanah Melayu
diserang oleh mana-mana negara. Melalui dasar ini Tanah Melayu telah mengamalkan dasar perdagangan
bebas (laissez–faire) dengan negara-negara Barat. Perjanjian pelaburan telah ditandatangani dengan
beberapa negara seperti Jerman Barat, Amerika Syarikat dan Jepun. Melalui Dasar anti-Komunis pula
Tunku Abdul Rahman telah memberi sokongan penuh kepada Amerika Syarikat untuk membendung
perluasan pengaruh komunis di Vietnam Selatan. Beliau juga telah melawat Vietnam selatan pada tahun
1958 dan memberi jaminan persahabatan kepada Presiden Ngo Dinh Diem. Beliau juga tidak

Cikgu Nazri 30
mengiktirafkan Republik Rakyat China yang diperintah oleh kerajaan Komunis serta mengutuk sekeras-
kerasnya pencerobohan China ke atas Tibet pada tahun 1959.

Beliau juga mengadakan hubungan baik dengan negara-negara serantau, Islam dan
antarabangsa yang mempunyai ideologi yang sama Tunku juga menjalinkan hubungan baik dengan
negara jiran dengan mencadangkan penubuhan ASA dan MAPHILINDO. Tujuan pertubuhan-pertubuhan
tersebut adalah untuk rneningkatkan persahabatan dan penyertaan dalam ASEAN. ASEAN yang dibentuk
pada tahun 1967 bertujuan mewujudkan hubungan serantau yang baru dan memberi manfaat kepada
negara-negara anggota. Dalam hubungan luar, sumbangan Tunku yang amat besar ialah penyertaan
beliau dalam pentubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bagi menghargai sumbangannya, Tunku
telah dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama. Tunku berusaha mendapatkan kerjasama OIC
untuk menyelesaikan peperangan Iran-lraq. pada masa yang sama Malaysia juga rnenyokong perjuangan
rakyat palestin dalam memerangi kezaliman rejim lsrael. Tunku juga menubuhkan Bank Pembangunan
Islam yang rnemberi bantuan kewangan kepada negara anggota OIC. Selain dari itu, Tunku juga
mementingkan hubungan antarabangsa. Malaysia bergerak aktif dalam badan-badan antarabangsa seperti
PBB dan Komanwel Tunku telah menghantar misi perdamaian dan kearnanan ke Congo pada tahun 1961.
Beliau juga sangat menghormati hak asasi manusia dan ini digambarkan dalam usaha beliau mengkritik
keras Dasar Aparteid di Afrika Selatan sehingga negara tersebut disingkirkan daripada Komanwel.

Kesimpulannya, Tunku Abdul Rahman merupakan seorang pemimpin yang berwibawa dan
berkaliber.Beliau mempunyai pandangan jauh untuk membawa Malaysia ke arah kemajuan dan
kegemilangan. Usaha-usaha Tunku rnenunjukkan beliau seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan
sangat mementingkan perpaduan kaum. Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember 1990. Namun,
sumbangan besar Tunku sebagai 'Bapa Kemerdekaan' dan ‘Bapa Malaysia’ tetap dikenang oleh setiap
rakyat Malaysia.

15) Huraikan asas-asas yang menentukan dasar luar Malaysia dari tahun 1957 hingga 1970

Dasar luar negara ditakrifkan sebagai dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam menjalin
hubungan dengan negara lain. Pada tahun 1957 hingga 1970, negara kita mengamalkan dasar pro-Barat
dan antikomunis. Pada masa itu negara dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Keutamaan
menjamin keselamatan dan pertahanan negara serta ancaman komunis menjadi faktor yang
mempengaruhi pembentukan dasar luar pada masa itu. Namun terdapat juga asas lain yang
mempengaruhi penggubalan dasar luar ketika itu.

Kepimpinan. Kerajaan Perikatan dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman menjalinkan


hubungan dengan Amerika Syarikat yang mengamalkan dasar anti-komunis untuk mendapat bantuan
menentang komunis. Hubungan dengan Britian tetap diteruskan meskipun selepas kemerdekaan dan
perjanjian pertahanan dengan Britian ditandatangani pada Oktober 1957. Tunku bersikap pro-barat dan
hanya mengadakan hubungan dengan negara-negara bukan komunis seperti Britian, Amerika Syarikat,
Australia dan negara-negara jiran yang mengamalkan fahaman demokrasi.

Keselamatan dan pertahanan negara. Dasar luar negara yang bercorak pro-Barat disebabkan
oleh faktor keselamatan negara. Persekutuan Tanah Melayu memerlukan bantuan, kerjasama, dan
hubungan yang erat dengan Britain. Persekutuan Tanah Melayu meletakkan tanggungjawab pertahanan
kepada Britain melalui Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) pada tahun 1957. Melalui
perjanjian ini, Britain berjanji akan memberi bantuan ketenteraan kepada Tanah Melayu jika diceroboh
atau diancam oleh mana-mana kuasa lain. Perjanjian itu ditandatangani kerana kedudukan pertahanan
negara ketika itu tidak kuat dan tidak mampu menghadapi ancaman dari luar.

Ideologi juga mempengaruhi penggubalan dasar luar negara. Malaysia mewarisi sistem
pemerintahan demokrasi dari Britain. Sistem ini bertentangan dengan ideologi komunis. Negara
berideologi komunis dianggap sebagai ancaman kepada Tanah Melayu pada masa itu. Persekutuan Tanah
Melayu mengutuk tindakan negara China yang berideologi komunis apabila negara itu menyerang

Cikgu Nazri 31
Taiwan. Apabila negara diancam oleh Parti Komunis Malaya, ini mendorong negara mengamalkan dasar
pro-Barat dan antikomunis.

Penggubalan dasar luar negara juga mengambil kira asas ekonomi. Malaysia mengamalkan
ekonomi pasaran bebas. Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara lain di dunia untuk memajukan
ekonomi. Malaysia menjadi pengeluar utama bijih timah dan getah sejak zaman penjajahan British.
Walaupun sudah merdeka, Britain masih menguasai agensi dan syarikat perdagangan utama. Persekutuan
Tanah Melayu masih mengharapkan pasaran dan modal daripada Britain dan Amerika Syarikat.
Hubungan yang baik dengan negara Britain dan Amerika Syarikat menjamin kepentingan ekonomi.
Kebergantungan kepada barat menyebabkan Tanah Melayu memerlukan bantuan terutama dari Britian
dan Amerika Syarikat untuk memasarkan getah dan bijih timah.

Politik dan hubungan antarabangsa. Asas politik juga diambil kira dalam penggubalan dasar
luar negara. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan menentukan hala tuju masa depan
berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Malaysia berperanan dalam menyelesaikan konflik di
Kampuchea. Contohnya Malaysia aktif membincangkan mengenai Kampuchea dengan menyertai
Mesyuarat Tidak Rasmi di Jakarta, dan Persidangan Antarabangsa Tentang Kampuchea di Paris.
Malaysia juga menyertai Majlis Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan PBB di New York.
Malaysia menyokong semua resolusi yang dibuat oleh PBB untuk mengekalkan keamanan dunia.
Malaysia menyertai beberapa agensi PBB seperti UNESCO, UNCTAD dan WHO. Selain itu, Malaysia
juga turut menjadi ahli Komanwel dan ASEAN.

Asas Sejarah. Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud hubungan perdagangan
dengan China, Arab dan Siam. Terdapat hubungan berasaskan rumpun Melayu seperti Brunei, Singapura
dan Indonesia. Setelah merdeka, Malaysia menyertai Komanwel untuk meneruskan hubungan diplomatik
dengan Britain, Australia dan New Zealand

Geografi. Kedudukan Malaysia yang strategik di rantau Asia Tenggara. Malaysia bersempadan
dengan hampir semua negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Filipina, Brunei dan Indonesia.
Perairan Malaysia menjadi laluan kapal-kapal dagang selurah dunia. Kawasan ini sering menjadi fokus
kepada kuasa-kuasa besar dalam menegakkan pengaruh dan kuasa masing-masing. Keselamatan negara
serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan negara Malaysia

Demografi. Majoriti penduduk Malaysia beragama Islam dan menjalinkan hubungan baik
dengan negara-negara Islam. Malaysia tidak membuat hubungan diplomatik dengan Israel kerana negara
itu menceroboh dan menindas penduduk Palestin. Malaysia juga turut menjalin hubungan dengan negara-
negara Islam (OIC) kerana dipengaruhi oleh sejarah perkembangan Islam. Malaysia menentang keras
dasar Aparteid di Afrika Selatan dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan

Kesimpulannya, dasar luar negara Malaysia sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa di
bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman memperlihatkan pendirian pro-barat yang cukup kukuh.
Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik
dengan semua negara. Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA
dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar juga berlaku apabila Malaysia berkeinginan
menjalin hubungan persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran. Secara
keseluruhannya dasar luar Malaysia telah menempuh pelbagai peringkat perkembangan yang didorong
oleh perubahan dari segi persekitaran, sosial, ekonomi, politik dan keselamatan semasa.

Cikgu Nazri 32
16) Huraikan penglibatan Malaysia dalam Komanwel

Pertubuhan Komanwel merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-
negara berdaulat yang pernah menjadi tanah jajahan British yang ditubuhkan pada tahun 1931. Matlamat
penubuhannya adalah untuk membina semangat setia kawan di kalangan negara anggota serta
mewujudkan kerjasama dalam semua bidang. Komanwel mempunyai 54 buah negara anggota yang
terdiri daripada negara maju dan negara membangun. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Malaysia menjadi anggota Komanwel demi menjamin keharmonian dan membangunkan ekonomi negara.

Perjanjian Pertahanan (AMDA). Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain,


Australia, dan New Zealand menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh
mana-mana pihak semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia. Tindakan Malaysia menanda
tangani Perjanjian AMDA didorong oleh kedudukan pertahanan negara yang tidak kuat. Tanah Melayu
ketika itu hanya mempunyai satu pasukan Rejimen Melayu Diraja dan tidak mempunyai angkatan tentera
laut dan udara. Sebarang ancaman dan serangan dari luar tidak mungkinmampu dihadapi oleh Tanah
Melayu secara bersendirian.

Penglibatan dalam CHOGM. Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam
penglibatan sebagai anggota Komanwel. Pada tahun 1989, Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah
persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM). Mesyuarat CHOGM diadakan dua tahun sekali
bagi membincangkan isu-isu semasa antarabangsa yang berkaitan dengan negara-negara anggota. Dalam
mesyuarat tersebut, Malaysia mengetengahkan isu alam sekitar dan hasilnya Deklarasi Langkawi telah
dimeterai yang mendorong negara anggota yang miskin turut memberi perhatian kepada isu alam sekitar
ketika negara anggota sibuk membangunkan ekonomi negara masing-masing.

Menentang dasar Apartheid. Malaysia juga dengan lantang bersuara menentang dasar
Apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama
masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan
Malaysia menentang keras dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia turut menyokong
sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar ini dilaksanakan oleh orang kulit putih. Malaysia
tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan sehinggalah dasar itu dihapuskan.

Kerjasama ekonomi. Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam bidang ekonomi. Malaysia
mengharapkan permintaan dari Britain dalam mengeksport dua komoditi utamanya iaitu bijih timah dan
getah. Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam
bidang perladangan dan perindustrian. Begitu juga dari egi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-
negara Komanwel dikenakan cukai yang rendah. Pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, hubungan
Malaysia dengan Komanwel menjadi renggang akibat dasar perdagangan yang memihak kepada negara
maju. Beliau mengambil tindakan ekonomi “Buy British Last”.

Mendapat manfaat daripada Rancangan Colombo. Rancangan Colombo ditubuhkan atas


usaha Negara-negara Komanwel untuk memerangi kemiskinan dan wabak penyakit serta bantuan
kewangan dan kemahiran teknik kepada negara-negara yang memerlukan. Malaysia mendapat manfaat
seperti bantuan kepakaran, teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. Melalui rancangan ini pelajar
Malaysia mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand. Selain itu,
Malaysia mendapat bantuan bagi pembinaan Lebuh Raya Timur Barat serta pembinaan jalan raya dan
jambatan di Sabah dan Sarawak.

Sukan Komanwel. Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan yang berlangsung setiap
empat tahun sekali yang melibatkan atlet dari negara anggota. Malaysia pernah menjadi tuan rumah dan
menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan stadium
utama yang dijadikan tempat berlangsungnya acara pembukaan dan penutupan rasmi. Stadium tersebut
boleh menempatkan sehingga 100,000 penonton dan mempunyai trek balapan.

Cikgu Nazri 33
Kesimpulannya, banyak faedah yang diperolehi Malaysia dalam Komanwel. Malaysia dapat
menyuarakan pendapat secara terbuka dalam membincangkan isu-isu antarabangsa. Sumbangan Malaysia
amat banyak dalam keanggotaan Komanwel.

17) Huraikan peranan Maharaja di Vietnam dalam aspek politik, ekonomi dan sosial sebelum
penjajahan kuasa Perancis pada pertengahan abad ke-19.

Sistem pemerintahan beraja merujuk kepada satu bentuk pemerintahan yang meletakkan raja
pada kedudukan tertinggi dan berkuasa mutlak. Raja bertindak sebagai ketua negara, ketua pentadbiran,
penggubal undang-undang, menguasai ekonomi, mengetuai angkatan tentera dan menjadi pemimpin
agama. Di Vietnam, pemerintahan beraja menggunakan gelaran Maharaja iaitu berdasarkan konsep
mandat dari syurga yang diamalkan di negara China. Maharaja di Vietnam pada abad ke-19 adalah
daripada Dinasti Nguyen yang diasaskan oleh Maharaja Gia Long pada tahun 1802.

Peranan Maharaja Vietnam dalam aspek politik ialah sebagai ketua pemerintah yang berkuasa
mutlak dalam pemerintahan dan urusan kerajaan berpusat di Hue. Maharaja berperanan sebagai ketua
Negara dan ketua pentadbir. Maharaja mempunyai kedudukan yang tertinggi dan berkuasa penuh dalam
politik, ekonomi dan sosial. Maharaja berkuasa melantik golongan pembesar dan pegawai kerajaan bagi
membantu mentadbir Negara dengan baik dan berkesan. Hal ini membolehkan maharaja melantik
pegawai dalam kalangan kerabat diraja untuk menjalankan tugas rasmi kerajaan. Contohnya, Maharaja
Gia Long telah melantik golongan pembesar dalam kalangan golongan intelektual yang lulus cemerlang
dalam peperiksaan Awam China berdasarkan ajaran Confucius. Golongan ini dikenali sebagai golongan
Mandarin atau Quan. Oleh itu,Maharaja Gia Long terpaksa mengenepikan kuasa dan hak istimewa
golongan bangsawan sebagai golongan pembesar dengan membayar satu gaji tetap. Dalam pentadbiran,
maharaja bertindak sebagai ketua kerajaan dalam sistem birokrasi pusat dan dibantu oleh enam
kementerian atau Quan yang diketuai oleh golongan mandarin. Maharaja menjadi pengerusi kepada Noi-
cac atau majlis tertinggi yang dianggotai oleh enam orang Menteri Kanan. Dalam konteks membuat
keputusan, Maharaja mempunyai kuasa pemutus berdasarkan nasihat daripada golongan Mandarin.
Maharaja bertanggungjawab memelihara keamanan, kedaulatan negara serta mempertahankan negara
daripada sebarang ancaman sama ada dari luar mahupun dalam negara.

Maharaja Vietnam juga memainkan peranan sebagai Ketua Hakim. Maharaja bertindak sebagai
penjamin dan penegak keadilan. Maharaja merupakan sumber kepada undang-undang dan mempunyai
kuasa tertinggi. Maharaja merupakan Ketua Hakim yang bertanggungjawab menggubal undang-undang
dan menjatuhkan hukuman kepada pesalah. Maharaja tidak boleh didakwa walaupun mempunyai
kesalahan. Undang-undang dibentuk untuk menyelesaikan kes-kes jenayah, kes awam dan kes tanah.
Golongan agama merupakan penasihat kepada Maharaja dalam menggubal undang-undang. Sekiranya
rakyat tidak bersetuju dengan undang-undang yang digubal, rakyat akan dianggap sebagai penderhaka.
Oleh itu Maharaja berhak menjatuhkan hukuman termasuklah membabitkan hukuman bunuh. Jadi jelas
bahawa undang-undang tersebut sebenarnya untuk mengukuhkan kedudukan Maharaja dalam
pentadbiran.

Dalam aspek ekonomi, Maharaja mempunyai hak untuk menentukan sistem sukatan dan
timbangan untuk hasil-hasil pengeluaran yang diperolehi. Sumber ekonomi utama bagi Vietnam ialah
beras dan hasil-hasil pertukangan. Maharaja Vietnam menguasai segala hasil ekonomi Negara contohnya
hasil cukai, perkhidmatan, hasil pertanian dan aktiviti perdagangan. Pegawai akan dilantik untuk
melaksanakan tugas bagi pihak Maharajaseperti mengutip cukai,duti import serta seksprt barangan
tempatan.Maharaja menjalinkan hubungan yang baikdengan kawasan pedalaman yang membekalkan
sumber barangan supaya bekalan sentiasa mencukupi. Kemajuan ekonomi bergantung kepada coak
pentadbiran Maharaja kerana baginda menentukan hala tuju dan dasar ekonomi Negara

Manakala dalam aspek sosial, Maharaja menduduki hierarki teratas dalam struktur masyarakat
Vietnam. Maharaja menjadi pemimpin agama Buddha dan penaung kepada golongan sangha (sami
Buddha) dan merupakan penaung kepada majlis keagamaan negara. Maharaja juga mengetuai adat resam
dan memastikan adat istiadat dalam masyarakat terpelihara. Selain itu Maharaja menjamin keamanan

Cikgu Nazri 34
dan keharmonian hidup rakyat selaras dengan kepercayaan umum (ajaran Confucius) bahawa maharaja
diumpamakan sebagai bapa kepada rakyat serta memastikan rakyat sentiasa dilindungi daripada sebarang
ancaman. Kewibawaan Maharaja membawa bentuk dan imej ibu kota negara China ke Asia Tenggara
melalui pembinaan bangunan yang berasaskan model dari negara tersebut.

Kesimpulannya, Maharaja di Vietnam mempunyai peranan penting dalam politik, ekonomi dan
sosial. Kedudukan maharaja amat penting dalam memelihara keharmonian dan kesejahteraan masyarakat
kerana maharaja merupakan lambang perpaduan dan kemakmuran ekonomi negara.

18) Bincangkan sistem pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Perancis pada
pertengahan abad ke-19

Secara umum, pembesar bermakna pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau
maharaja yang menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugas-tugas dalam bidang kuasa yang telah
diberikan kepadanya. Dari segi kedudukan, golongan pembesar berada di kedudukan kedua selepas
maharaja dalam hierarki pemerintahan dan bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pemerintahan
kerana maharaja tidak berupaya untuk menanggung segala urusan pentadbiran secara sendirian. Pembesar
di Vietnam mempunyai hierarki tersendiri dan peranan pembesar dapat dilihat pada peringkat pusat,
daerah atau wilayah dan kampung sebelum kedatangan Perancis.

Pembesar pusat dikenali sebagai Mandarin yang merupakan golongan intelektual yang telah lulus
peperiksaan awam. Mereka akan mengetuai Quan atau kementeriaan. Hierarki pembesar di Vietnam
sebelum kedatangan Perancis dapat mewujudkan sistem pentadbiran yang teratur dan sistematik seperti
mana yang diamalkan zaman pemerintahan Maharaja Gia Long. Jika dia gagal melaksanakan tugasnya,
sama ada kepada raja dan pengikutnya, raja atau maharaja mempunyai kuasa untuk melucutkan
jawatannya dan digantikan dengan pembesar lain yang lebih dipercayai.

Semasa pemerintahan Maharaja Gia Long juga golongan Mandarin merupakan pembesar di
peringkat pusat yang membentuk birokrasi dan membantu maharaja dalam sistem pentadbiran. Mereka
adalah golongan intelektual yang lulus dalam peperiksaan awam dan berkemahiran dalam bahasa,
falsafah dan klasik Confucius. Bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk
memastikan jawatannya dikekalkan. Jika gagal melaksanakan tugas, raja mempunyai kuasa untuk
meluncutkan jawatannya dan digantikan dengan pembesar yang lain.

Golongan Mandarin akan mengetuai enam kementerian utama seperti perkhidmatan awam, kerja
raya, kewangan, upacara, kehakiman dan peperangan. Quan yang penting ialah Quan Perkhidmatan
Awam yang bertaraf tinggi. Quan juga menganggotai badan tertinggi kerajaan yang dikenali sebagai
Majlis Tertinggi atau Noi-Coc yang dipengerusikan oleh Maharaja serta enam orang Menteri Kanan.
Majlis ini berfungsi memberi pandangan kepada maharaja dalam semua hal berkaitan pemerintahan dan
pentadbiran.

Kebergantungan maharaja kepada pembesar atau golongan Mandarin dipantau dengan


penubuhan Badan Penapis atau Do Sat Vien. Badan ini menyediakan pegawai-pegawai yang tinggal di
ibu negeri untuk melawat wilayah, memerhati kelakuan pegawai tauliah tetap dan mengenalpasti pegawai
yang melanggar arahan maharaja dan bertindak mengeluarkan memorandum kepada istana akibat
kelakuan pegawai terbabit. Pembesar kanan yang bertanggungjawab menasihati dan membantu raja dan
juga membuat keputusan.

Seterusnya pembesar peringkat daerah / wilayah. Pembesar daerah akan mentadbir daerah
tertentu dan mempunyai kuasa tertentu. Jawatan ini dipegang secara warisan. Bagaimanapun kuasa
pembesar daerah adalah terhad mengikut peranan dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada maharaja di pusat dan mempunyai kebergantungan yang
tinggi kepada sokongan maharaja. Hal ini kerana kedudukan mereka akan terjejas jika hilang sokongan
maharaja. Mereka diberi hak oleh raja untuk mengawal sesuatu kawasan sama ada sebatang sungai utama
atau satu daripada cabangnya. Di kawasan ini pembesar diberi hak mengutip cukai dan tol daripada
perdagangan sungai, pemberian konsesi dan monopoli serta hak memungut hasil dan tenaga daripada
Cikgu Nazri 35
penduduk-penduduk daerahnya. Pembesar peringkat ini juga mempunyai tanggungjawab besar kepada
pengikutnya. Keperluan pengikut membantu pembesar daerah melaksanakan tugas yang diarahkan oleh
maharaja. Bilangan pengikut yang ramai melambangkan kedudukan, status, kekayaan serta kejayaan
mengekploitasi sumber ekonomi. Pembesar di peringkat daerah juga bertanggungjawab menjalankan
upacara keagamaan dan adat istiadat, mengambil dan melatih tentera dan bertanggungjawab dalam soal
keselamatan.

Pembesar peringkat kampung pula merupakan pembesar paling bawah atau dikenali sebagai
komun yang terdiri daripada Majlis Orang Tua yang bijak dan berpengalaman. Setiap orang merupakan
anggota komun. Komun-komun merupakan agensi yang menyatukan seluruh tenaga ahlinya dalam
bidang ekonomi, politik, sosial dan agama sebagai satu unit. Dalam lingkungan sebuah kampung pula,
wujud adat kampung dan di luarnya pula undang-undang maharaja. Mengikut tradisi, autonomi di
peringkat kampung sangat dipandang tinggi. Mereka akan mengendalikan urusan pentadbiran kampung
dan berperanan dalam bidang kehakiman sebagai ketua hakim dan pentafsir undang-undang. Antara tugas
pembesar komun ialah menjalankan perintah dan arahan istana, mendamaikan perselisihan yang wujud
secara rundingan atau tolak ansur dan mengutip cukai. Pembesar peringkat kampung juga menjalankan
tugas seperti menyelia projek awam, membahagikan tanah dan air untuk pertanian, membahagikan tanah
kepada petani dan menentukan individu yang akan terlibat dalam memenuhi kerahan kerajaan.

Kesimpulannya, walaupun sistem pembesar di Vietnam diwujudkan untuk membantu raja dalam
sistem pemerintahan, namun pembesar ini mempunyai kuasa terhad dan sentiasa diawasi oleh pihak
istana. Kedatangan barat telah mengubah sistem pemerintahan yang sedia ada dan telah diganti dengan
sistem pengurusan dan pentadbiran baru.

19) Bincangkan sistem pembesar di Thailand sebelum penjajahan Barat.

Pembesar ialah pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan
tertentu dan melaksanakan tugas-tugas dalam bidang kuasa yang diberikan. Pembesar melaksanakan
tugas pemerintahan. Pembesar adalah orang kedua penting dan berada pada paras kedua selepas
kedudukan raja. Pembesar di Thailand terdiri daripada golongan bangsawan ( Nai ) yang digelar Khunang
dan kerabat diraja yang dipanggil Chao. Dalam sistem pemerintahan beraja, kedudukan pembesar amat
penting dan berada pada hierarki kedua selepas raja/ Maharaja. Pembesar di Thailand melaksanakan
peranan berdasarkan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dan mempunyai kadar
kebergantungan yang tinggi kepada sokongan raja yang memiliki kuasa mutlak dan merupakan penaung
agama Buddha.

Dalam pentadbiran di peringkat pusat, raja menerima nasihat daripada pembesar-pembesar kanan
yang terdiri dari golongan tua yang dikenali sebagai Mantri-Prasad. Pembesar Thailand terdiri daripada
keluarga diraja dan dikenali sebagai Chao. Golongan Chao bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga
keamanan dan menyelesaikan jenayah kecil. Golongan Chao mengetuai jabatan-jabatan kerajaan seperti
Jabatan Hal Ehwal Pentadbiran Awam (krom Mahattai), Jabatan Pertahanan (krom Kalahon) dan
Jabatan Kewangan dan Hubungan luar (krom Khlang)

Di bawah krom kalahan dan krom Mahattai terdapat empat pembesar yang berjawatan lebih
rendah dikenali “Jatu-sadom” (Jabatan Kanan) untuk membantu melicinkan perjalanan pentadbiran
peringkat pusat iaitu Krom Muang (Jabatan Ibu Kota), Krom Na (Jabatan Tanah), Krom Wang (Jabatan
Istana) dan Krom Khlang (Jabatan Persekitaran dan Hubungan Luar)

Terdapat juga golongan pembesar yang berpengaruh iaitu, Purohita (petugas istana) yang amat
rapat dengan raja sehingga berjaya mempengaruhi tindak tanduk raja. Sistem pentadbiran pembesar
Thailand juga disokong oleh kewujudan barisan pembesar seperti Sannidhatar (pembesar
perbendaharaan), Samahartar (ketua pemungut cukai), Sandhivigrahika (ketua peperangan), Pradvivaka
(hakim) dan Masapatalika (pemegang rekod)

Cikgu Nazri 36
Pembesar peringkat wilayah biasanya dilantik oleh raja dan dikenali sebagai bangsawan
(Khunnang). Jawatan Khunnang merupakan jawatan pembesar yang diwarisi dan diberi kepada
pembesar yang digelar Chao atau Chao Phraya. Sejak zaman Ayudhya, Siam mempunyai empat wilayah
yang pada dasarnya diperintah oleh raja tetapi pelaksanaan pemerintahan dilakukan oleh pembesar
tertentu. Wilayah kelas pertama meliputi kawasan strategi keselamatan termasuk bandar-bandar besar dan
penting. Wilayah kelas kedua dan ketiga meliputi kawasan yang agak besar tetapi tidak termasuk di
bawah penyeliaan ibukota.dikendali oleh Kalahon, Mahattai dan Pra Khlang. Wilayah keempat – Bandar-
bandar kecil sekitar ibu kota yang diletakkan di bawah kerajaan pusat secara langsung.

Pembesar yang berada di lapisan paling bawah ialah Ketua Kampung atau Phan Ban. Mereka
bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan para pengikut dan menjadi penghubung dengan pembesar
atasan. Pembesar di peringkat ini sangat berpengaruh dalam kalangan rakyat tempatan. Mereka akan
mengendalikan urusan pentadbiran kampung dan berperanan dalam bidang kehakiman sebagai ketua
hakim dan pentafsir undang-undang. Antara tugas Ketua Kampung ialah menjalankan perintah dan
arahan istana, mendamaikan perselisihan yang wujud secara rundingan atau tolak ansur dan mengutip
cukai.

Kesimpulannya, terdapat sistem pembesar yang sistematik diamalkan di Thailand sebelum


kedatangan Barat. Walaupun tidak dijajah oleh mana-mana kuasa Barat tetapi pemodenan dalam sistem
pentadbiran sedikit sebanyak telah mengubah sistem pembesar tradisional di Thailand yang terdiri
daripada kerabat diraja dan golongan bangsawan yang amat berpengaruh dan berkuasa dalam sistem
pemerintahan tradisional.

20. Bincangkan struktur sosial masyarakat di Vietnam sebelum campur tangan Barat.

Sistem feudal membawa maksud satu bentuk kerajaan yang hanya dijalankan oleh individu
tertentu yang bebas daripada kawalan kerajaan pusat. Mengikut sistem feudal, kedudukan seseorang
indidvidu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki. Di bawah sistem feudal,
masyarakat Vietnam terbahagi kepada dua golongan utama iaitu golongan pemerintah dan golongan
diperintah.

Maharaja berada pada kedudukan teratas dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.
Baginda akan memastikan kesejahteraan rakyat dan keamanan negara menjadi tanggungjawab Maharaja.
Pada abad ke-18, Maharaja Gia Long telah menghapuskan golongan bangsawan dan memberi kedudukan
yang lebih istimewa kepada golongan Mandarin. Maharaja menerima pengaruh yang kuat dalam aspek
kebudayaan dan sosiopolitik dari negara China serta kuat berpegang kepada ajaran Confucius. Maharaja
akan kehilangan mandat jika berlaku penyelewengan

Golongan yang kedua ialah Mandarin / Quan yang membantu Maharaja dalam pemerintahan,
mempunyai bidang kuasa yang besar dan amat berpengaruh dalam masyarakat disebabkan oleh
ketinggian intelektual. Mereka merupakan golongan sarjana yang berkelulusan Peperiksaan Awam
mengikut kurikulum Confucius yang berasaskan negara China. Golongan Mandarin mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap Maharaja dan Quan dilantik dari kalangan Mandarin untuk mengetuai 6
Kementerian (Quan). Mereka merupakan golongan pegawai yang terpilih untuk melaksanakan tugas
Maharaja. Pangkat mereka tidak diwarisi. Dipilih dalam kalangan mereka yang mampu dan lulus
peperiksaan awam berasaskan ajaran Confucius. Quan mempunyai bidang kuasa yang besar dan luas
serta berpengaruh.

Seterusnya ialah golongan pembesar yang terdiri daripada pembesar peringkat daerah dan
peringkat kampung atau komuniti. Di peringkat daerah, pembesar yang dilantik berperanan mengutip
cukai, menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat dan sebagainya. Komun atau Pembesar
Kampung terdiri daripada Majlis Orang Tua yang bijak dan berpengalaman. Bertanggungjawab untuk
menjalankan perintah istana, menyelesaikan perselisihan antara anggota kampung dan memungut cukai.

Cikgu Nazri 37
Golongan diperintah pula ialah golongan rakyat yang membentuk unit yang terbesar dalam
struktur sosial masyarakat di Vietnam. Golongan petani merupakan golongan yang amat penting dalam
struktur sosial masyarakat di Vietnam. Golongan ini menjalankan kegiatan ekonomi sara diri terutamanya
menanam padi sawah. Mereka dimestikan membayar cukai dan menyumbang tenaga kepada kerajaan
dalam urusan-urusan tertentu. Mobiliti sosial boleh berlaku dalam kalangan masyarakat Vietnam. Anak-
anak petani miskin boleh mengubah status sosial mereka dengan menjadi pegawai perkhidmatan awam
sekiranya pintar, berpengetahuan dalam Confucius, dan lulus dalam peperiksaan awam. Terdapat juga
dalam kalangan rakyat bebas yang menjalankan kerja seperti menenun atau membuat pertukangan tangan.
Terdapat juga yang terlibat sebagai saudagar atau pedagang dan tentera.

Lapisan yang terendah ialah golongan hamba. Hamba terdiri daripada mereka yang melakukan
kesalahan jenayah. Mereka akan dihantar ke kem-kem tentera di sempadan dan membuka tanah tanah
baru. Mereka akan kembali bebas apabila hukuman yang dijalani telah selesai.

Kesimpulannya, sebelum kedatangan kuasa Barat (Perancis), masyarakat Vietnam telah


mempunyai susun lapis yang tersendiri dan relavan dengan keperluan masyarakat ketika itu. Namun
kedudukan dan peranan tersebut berubah selepas kedatangan Barat.

21. Bincangkan ciri-ciri ekonomi komersil di Vietnam pada abad ke-19

Ekonomi komersil merujuk kepada kegiatan mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta
melalui proses penukaran barangan dan jual beli serta melibatkan pembayaran melalui mata wang.
Penglibatan masyarakat tempatan dalan kegiatan ekonomi bercorak komersil di Vietnam telah pun
bermula sejak sebelum kedatangan Perancis. Justeru terdapat ciri-ciri dan kegiatan ekonomi komersial
yang dijalankan di Vietnam pada abad ke-19.

Ciri-ciri ekonomi komersil di Vietnam ialah kegiatan pertanian dijalankan secara besar-
besaran. Vietnam menjalankan kegiatan pertanian secara besar-besaran terutama tanaman komersial
seperrti padi dan getah. Dalam penanaman padi, Vietnam menghasilkan ¼ daripada pengeluaran beras
dunia. Kawasan penanaman padi yang utama di kawasan Delta Sungai Merah (Song-koi) dan Delta
Mekong di selatan. Antara tahun 1870 hingga 1890 pengeluaran beras Vietnam bertambah sebanyak dua
kali ganda dan melibatkan ¾ daripada jumlah penduduk Vietnam. Dalam pengeluaran getah pula,
Vietnam merupakan pengeluar ketiga terbesar getah dunia.

Kegiatan penanaman padi secara komersil dapat dilaksanakan kerana wujudnya sistem pengairan
yang baik. Petani menggunakan teknologi pengairan yang dibawa oleh orang cina ke vietnam. Selain itu,
sistem kawalan air yang baik melalui pembinaan benteng. Sistem ini telah berjaya menghalang limpahan
air hujan dari sungai song-koi ke kawasan pertanian. Oleh itu, kegiatan penanaman dapat dijalankan
secara meluas seperti di wilayah Tonkin dan Annam. Penanaman padi dua kali setahun juga dapat
dijalankan dengan adanya sistem pengairan yang baik.

Ciri yang ketiga ialah terdapatnya pelaburan modal yang banyak. Kegiatan pertanian secara
komersil dibantu oleh keupayaan modal yang banyak. Saudagar Cina dan Eropah menguasai kegiatan
mengeksoprt beras kerana golongan ini menguasai sebahagian besar tanah untuk diusahakan secara
ladang. Buktinya, pada tahun 1890, pemodal Perancis telah berjaya memiliki 35000 ekar tanah di
Wilayah Tongkin. Penguasaan tanah dan modal yang besar membawa kepada perkembangan ekonomi
komersial di Vietnam dengan lebih meluas.

Ciri yang terakhir ialah terdapatnya perdagangan antarabangsa. Hubungan perdagangan antara
Vietnam dan negara luar juga terhad. Perdagangan biasanya dijalankan dengan negara Siam dan China.
Buktinya, pedagang asing yang dibenarkan berniaga di pelabuhan-pelabuhan Vietnam hanyalah
tongkang-tongkang dari negara China dan Siam. Barang dagangan antara negara Siam dan Annam ialah
hasil pengeluaran seperti rempah, besi, lada, gula, dan beberapa barangan mewah. Pedagang-pedagang
dari China pula mendapatkan bahan galian seperti perak. Namun demikian selepas dikuasai oleh Perancis

Cikgu Nazri 38
pada 1862, hubungan perdagangan Vietnam didominasi sepenuhnya oleh penjajah berkenaan yang tidak
membenarkan hubungan perdagangan dengan negara-negara lain.

Kesimpulannya, jelas membuktikan sebelum kedatangan kuasa Perancis, ekonomi komersial


telah dilaksanakan di Vietnam yang melibatkan penduduk tempatan. Namun begitu selepas perluasan
kuasa Perancis pada 1862 telah menyemarakkan lagi perkembangan ekonomi komersial di Vietnam.
Penguasaan ekonomi oleh penjajah telah membawa kepada perubahan ekonomi di Vietnam yang dikuasai
oleh kuasa asing. Keadaan ini telah menyebabkan ekonomi tempatan merudum akibat kegagalan bersaing
dengan orang-orang asing.

22) Bincangkan faktor dan cara peluasan kuasa British di Myanmar pada abad ke-19.

Perluasan kuasa asing atau imperialisme bermaksud kegiatan yang dijalankan oleh sesebuah
negara atau kerajaan untuk meluaskan pengaruh dengan mencampuri hal ehwal dalaman di sesebuah
negara yang lain dari segi ekonomi, politik dan sosial. Justeru perluasan kuasa asing merupakan
kecenderungan sesebuah negara atau kerajaan untuk menguasai dan menjajah negara atau kerajaan yang
lain secara keseluruhannya. Di Myanmar (dahulunya dikenali sebagai Burma) pada abad ke-19,
perluasan kuasa asing dijalankan oleh British tiga siri peperangan. Melalui perang yang pertama pada
1824, British telah menguasai wilayah Arakan dan Tenasserim. Manakala Pegu (Myanmar Hilir) berjaya
ditakluki oleh British dalam Perang Inggeris Myanmar ke-2 pada 1852-53. Penguasaan ke atas Burma
Hulu pada 1885 bermakna seluruh Myanmar telah berjaya dikuasai oleh British. Pada 1 Januari 1886,
Myanmar telah diisytiharkan sebagai sebuah wilayah India yang berada di bawah pentadbiran British.

Sebab-sebab berlakunya peluasan kuasa asing di Myanmar ialah disebabkan faktor ekonomi.
Perkembangan revolusi perindustrian di Eropah menyebabkan kuasa-kuasa barat, khasnya British mula
mencari dan menguasai kawasan yang mempunyai bahan mentah untuk dibekalkan kepada perusahaan
kilang seperti bijih timah dan sebagainya. Justeru itu sasaran mereka untuk perluasan kuasa ialah negara-
negara Asia Tenggara seperti Myanmar yang kaya dengan pelbagai bahan mentah di samping mempunyai
bilangan penduduk yang ramai. British juga ingin menguasai perdagangan kayu jati yang banyak terdapat
di Myanmar. Ini kerana sumber tersebut mempunyai nilai yang tinggi kerana digunakan sebagai bahan
untuk membina dan membaiki kapal. British juga ingin menggunakan Myanmar sebagai pangkalan
kepentingan perniagaannya dengan negara China. Berdasarkan kepentingan ini, British menghantar
Kapten Michael Symes untuk berunding dengan Raja Burma (Raja Bodowpaya) untuk mengadakan
perjanjian perdagangan dengan Myanmar dan pada masa yang sama menutup pelabuhannya kepada
saudagar Perancis. Saudagar-saudagar British juga telah mendesak kerajaan mereka supaya menguasai
Myanmar Hulu yang mempunyai bekalan kayu jati yang banyak dan merupakan pusat perdagangan di
negara tersebut.

Faktor yang kedua disebabkan isu politik. British bimbang Perancis akan menguasai Myanmar
Hulu. Keadaan menjadi semakin membimbangkan apabila Raja Thibaw menjalankan dasar berbaik-baik
dengan kuasa-kuasa barat lain. Kuasa-kuasa barat juga bersaing sesama sendiri untuk menakluki tanah
jajahan kerana mereka menyanjung tinggi mana-mana kuasa barat yang mempunyai tanah jajahan yang
luas. Selain itu, tindakan raja-raja Myanmar seperti Raja Bodawpaya, Raja Bagyidaw, Raja Pagan Min
serta Raja Thibaw merupakan pemerintah yang angkuh dan sombong. Tindakan mereka yang
memandang rendah dan mencabar pihak British telah mengakibatkan ketegangan dalam hubungan
kedua-dua negara.

Dalam aspek sosial pula, British merasa bertanggungjawab untuk memperluaskan kuasanya ke
Myanmar kerana mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun. Dengan menganggap itu sebagai beban
orang putih, mereka memimpin orang Myanmar ke arah kehidupan yang lebih sejahtera. Selain itu
peluasan kuasa British juga bertujuan untuk mengembangkan agama Kristian kepada masyarakat
tempatan. Penyebaran agama Kristian dilaksanakan oleh mubaligh-mubaligh yang menjadikan sekolah-
sekolah Inggeris sebagai pusat perkembangan.

Faktor yang terakhir ialah kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Perkembangan sistem
pengangkutan dan perhubungan meningkatkan lagi keinginan British untuk menjalankan dasar

Cikgu Nazri 39
imperialisme. Perkembangan perhubungan laut khususnya penciptaan kapal berkuasa wap mendorong
perluasan kuasa menjadi semakin giat dijalankan. Selain itu penciptaan telegraf telah memudahkan
urusan perniagaan kerana saudagar-saudagar Eropah dapat menghubungi ejen-ejen mereka di kawasan
lain dengan cepat. Pembukaan Terusan Suez pada 1869 juga menyebabkan jarak antara barat ke timur
dapat dipendekkan dan masa perjalanan dapat dikurangkan. Oleh itu kos perdagangan dapat dijimatkan
dan uruasan perdagangan antara barat dan timur dapat dipercepatkan.

Terdapat dua cara yang membawa kepada peluasan kuasa British di Myanmar. Di antaranya ialah
melalui kekerasan dan ketenteraan. British turut meluaskan kuasanya di Myanmar melalui beberapa siri
peperangan. Pada 5 Mac 1824,Gabnor Jeneral Lord Amrherst secara rasmi mengisytiharkan perang ke
atas Myanmar. Perang Inggeris-Myanmar 1(1824-1826) disebabkan:
• Masalah sempadan antara Myanmar dan India memburukkan hubungan politik kedua-dua pihak.
• British bimbang peluasan kuasa Perancis di Myanmar akan mengancam kepentingan di India.
• Dasar peluasan kuasa Myanmar semasa pemerintahan Raja Bodawpaya dan panglima Maha Bandula
yg telah memasuki Chittagong untuk menangkap Chin Byan,iaitu ketua pemberontak Arakan.

Seterusnya pada Mei 1824, British mengisytiharkan perang keatas Myanmar.Tentera di bawah
Sir Archibald Campbell menyerang Hilir Myanmar dan menawan Ranggon. Perang Inggeris-Myanmar
ke-2 (1852) disebabkan oleh:
• Hubungan diplomatik yang merosot antara kedua-dua pihak kerana keengganan Raja Bagyidaw
menerima duta British atas dasar persamaan taraf.
• Sikap Pagan Min yang anti British dengan memberi layanan yang buruk kepada pedagang British di
Ranggon dan Tenasserim
• British isytiharkan perang ke atas myanmar selepas kegagalan negara tersebut membayar ganti rugi
sebanyak 100 000 pound.
• Peperangan ini membolehkan British menguasai Arakan,Hilir Myanmar dan Tenasserim.

Pada 14 November 1885 telah meletus pula Perang Inggeris-Burma 3 meletus menyebabkan
British menakluki Hulu Myanmar. Faktor yang membawa kepada tercetusnya peperangan ini ialah:
• Dasar luar Raja Mindon Minh yang berbaik-baik dengan Itali dan Perancis telah menimbulkan
kebimbangan kpd British.
• Isu kasut berlaku apabila raja Mindo Minh memerintahkan wakil British yg menghadapnya di istana
menanggalkan kasut mereka. Raja Mindon- Merupakan seorang raja yg kuat berpegang kpd tradisi
Myanmar, iaitu adat menaggalkan kasut sebelum memasuki istana atau biara.
• British beranggapan membuka kasut menjatuhkan maruah mereka. Tindakan British menyebabkan
Raja Mindon murka dan bertindak mengusir wakil2 British dan memutuskan hubungan dgn British.
• Kekacauan dalam negeri berlaku akibat penentangan orang Shan,Kachin,dan Cina terhadap
kekejaman pada masa pemerintahan Raja Thibaw. Masalah Syarikat Perdagangan Bombay-Burma
yang mendapat kontrak membalak kayu jati di Myanmar yg dituduh memberi rasuah dan membalak
lebih drpd had yg diberikan.
Kesannya pada bulan Januari 1886 Hulu Myammar jatuh ke tangan British. Kejayaan ini membolehkan
British menguasai keseluruhan wilayah myanmar dan menjadikannya sebagai tanah jajahan British.

Cara yang kedua ialah melalui perjanjian. Akibat daripada kekalahan dalam Perang Inggeris
Myanmar 1, Myanmar terpaksa menandatangani satu perjanjian pada 24 Febuari 1826. Perjanjian itu
dikenali sebagai perjanjian Yandabo. Kesan perjanjian –
 Kekalahan Myanmar dlm peperangan ini telah menyebabkan maruah negara tersebut tercalar
 Ianya tidak lagi digeruni oleh jirannya terutama selepas terbunuhnya penglima tentera Maha Bandula.
 Perjanjian ini juga menyebabkan myanmar tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan terhadap hal
ehwal di Assam dan Manipur.
 British juga berjaya memperoleh wilayah yang subur dan strategik di Hilir Myanmar seperti
Arakan,Tenasserim,Manipur dan Assam.

Kesimpulannya jelas membuktikan terdapat faktor dan cara yang telah digunakan oleh British
untuk bertapak di Myanmar. Impaknya telah membawa kepada pengukuhan kuasa British apabila pada
bulan Januari 1886 Hulu Myammar jatuh ke tangan British. Kejayaan ini membolehkan British
menguasai keseluruhan wilayah Myanmar dan menjadikannya sebagai tanah jajahan British.
Cikgu Nazri 40
23) Mengikut Van de Krof dalam bukunya Prince Depo Negoro: Progenitor of Indonesia
Nationalism, sejauhmanakan impak yang dibawa oleh Diponegoro dalam tercetusnya Perang Jawa
di Indonesia pada tahun 1825.

Diponegoro dilahirkan pada tahun 1785 dan merupakan seorang putera dari keluarga diraja
Jogjakarta. Beliau ialah putera sulung Sultan Amangkubuwono III yang mangkat pada tahun 1814.
Sumbangan beliau dalam mencetuskan Perang Jawa telah dianggap oleh banyak sarjana sebagai
“progenitor” yang membawa konflik dengan Belanda. Kepemimpinan Diponegoro amat ditagih kerana
pada masa tersebut belum ada sesiapa yang menyamai Diponegoro dalam melancarkan penentangan
terhadap Belanda. Justeru sumbangan Dipnegoro amat penting dalam mencetuskan Perang Jawa

Rasa tidak puas hati terhadap pembatalan kontrak sewa tanah – Diponegoro kehilangan punca
pendapatan apabila terpaksa membayar balik jumlah wang pendahuluan yang mereka terima daripada
penyewa. Beliau telah mempengaruhi tuan-tuan tanah yang lain untuk melancarkan penentangan terhadap
Belanda.

Diponegoro juga telah membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan petani-petani
kerana telah ditindas oleh tuan tanah dengan bekerja lebih keras untuk membolehkan mereka
menyelesaikan hutang-hutang dengan pemajak-pemajak Eropah dan juga Cina. Selain itu golongan petani
juga terpaksa membayar cukai yang tinggi sehingga terpaksa menjual hasil tanaman mereka dengan harga
yang rendah semata-mata mahu membayar cukai. Kemarahan golongan ini semakin memuncak apabila
kerajaan telah memajakkan pengutipan cukai kepada orang Cina yang mengenakan kadar cukai yang
melebihi daripada yang sepatutnya. Justeru perasaan anti Cina telah menebal dalam kalangan petani dan
kini hanya memerlukan seorang pemimpin untuk mencetuskannya secara terbuka.

Kegagalan Diponegoro untuk dilantik sebagai Sultan Jogjakarta telah mencetusnya konflik
dengan Belanda. Diponegoro yang merasakan takhta itu adalah hak milik beliau telah bertindak
melancarkan protes terhadap Belanda. Keadaan menjadi semakin kritikal apabila Belanda melantik putera
Djarot yang berusia 2 tahun sebagai pengganti sekaligus mengenepikan Diponegoro untuk kali kedua.

Imej ulama yang terdapat dalam diri Diponegoro telah menarik sokongan daripada masyarakat
tempatan apabila dilihat sebagai Ratu Adil iaitu dianggap penyelamat kepada masyarakat. Ini kerana
dalam kalangan masyarakat Jawa, mereka percaya akan lahir seorang pejuang yang akan membebaskan
mereka daripada kesusahan dan kekejaman pentadbiran orang-orang kafir.

Perang tidak dapat dielakkan lagi apabila Belanda membuat rancangan membina jalan melalui
tanah hak milik Diponegoro yang seterusnya akan membongkar makam nenek moyang, maka
Diponegoro bertindak mencabut tanda pembinaan jalan tersebut dan menggantikannya dengan mata
tombak. Belanda bertindak balas dan seterusnya berlakunya Perang Jawa pada tahun 1825. Justeru perang
tersebut juga dikenali sebagai Perang Diponegoro

Kesimpulannya, Perang Jawa telah meninggalkan pelbagai kesan terutamanya terhadap


nasionalisme Indonesia. Peperangan ini merupakan gerakan anti-Belanda yang terbesar pada abad ke-19.
Ahli-ahli Sejarah menganggap Perang Jawa sebagai fore runner kepada gerakan anti-Belanda yang lebih
sistematik pada abad ke-20. Hal ini ditegaskan oleh Van de Krof dalam bukunya Prince Depo Negoro:
Progenitor of Indonesia Nationalism

Cikgu Nazri 41
24) “Penjajahan British di Myanmar pada abad ke-19 dan 20 telah mengakibatkan
transformasi ekonomi berlaku di negara itu.” Bincangkan pernyataan tersebut.

Kekalahan Myanmar dalam Perang Inggeris Myanmar ke-3 pada tahun 1886 menyebabkan
seluruh Burma jatuh ke tangan British. Pemerintahan British secara tidak langsung telah membawa
perubahan dalam perkembangan ekonomi Myanmar pada abad ke-19. British telah memperkenalkan
bentuk perdagangan moden dengan menggalakkan rakyat melibatkan diri dalam sistem ekonomi kapitalis.
Sehubungan itu penjajahan British di Myanmar pada abad ke-19 dan 20 telah mengakibatkan
transformasi ekonomi berlaku di negara tersebut.

Selepas menguasai Myanmar, British telah memberi tumpuan untuk mengkomersialkan


penanaman padi. Oleh kerana padi merupakan tanaman utama di Myanmar maka British telah
memajukan tanaman tersebut. Hasilnya Hilir Burma telah muncul sebagai kawasan penanaman padi
utama dan menjadi sumber eksport dan menjana pendapatan utama di Myanmar. Pada akhir abad ke-19,
Myanmar telah berjaya mengeluarkan 2.5 juta tan padi setahun. Burma Hilir mempunyai potensi sebagai
kawasan penanaman padi disebabkan faktor tanahnya yang sesuai dan bekalan air yang banyak.

Tanaman padi berkembang disebabkan: Pemerintahan British memberi galakan seperti jaminan
keselamatan kepada petani, menyediakan pasaran luar untuk hasil keluaran mereka, dan menetapkan
syarat mudah bagi mendapatkan pinjaman. Wujudnya bekalan tenaga buruh mengikut musim.
Kemudahan mengangkut hasil pengeluaran juga bertambah baik dengan wujudnya jalan raya dan jalan
kereta api.. Penggunaan jalan air untuk mengeksport beras menggunakan kapal berkuasa wap menjadikan
Myanmar sebagai negara pengeluar utama padi dunia ketika itu. Kegiatan sektor beras telah dimajukan
terutama di Rangoon dan Myanmar telah menjadi pengeluar beras utama di Asia Tenggara Pada tahun,
1886, 4 juta ekar tanah ditanam dengan padi. Eksport beras telah meningkat daripada 0.5 juta tan pada
tahun 1881 kepada 1.4 juta tanpada tahun 1901. Angka ini terus meningkat kepada 2.5 juta tan pada
tahun 1921.

Selain tanaman padi, British juga memberi tumpuan memajukan bidang pembalakan,
khususnya dalam pengeluaran kayu jati kerana terdapat permintaan yang tinggi di pasaran luar. British
memajukan perusahaan kayu jati melalui firma-firma British. Myanmar merupakan negara yang kaya dgn
kayu jati dan menjadi hasil eksport kedua terpenting terutama di Pegu. Pada tahun 1856, Jabatan
Perhutanan telah ditubuhkan – untuk memastikan pembalakan dijalankan secara efisyen.Hasilnya pada
tahun 1919, Myanmar berjaya mengeluarkan 500 000 tan kayu jati setahun. Kemajuan pembalakan kayu
jati turut memajukan perusahaan kilang papan yang membekalkan pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Pengeluaran balak Burma menjelang tahun 1941 ialah 75% daripada jumlah pengeluaran di dunia.
Syarikat yang terbesar ialah Bombay-Burmah Trading Corporation. Bandar Akyab, Moulmein dan
Ranggoon muncul sebagai pusat memproses kayu jati di Myanmar.

Selain memajukan perusahaan kayu jati, British turut memajukan sektor perlombongan. Pada
tahun 1886, Syarikat Minyak Burma ditubuhkan untuk mencari gali minyak di Myanmar spt Yenangyung
dan Chauk di Irrawaddy Tengah. Firma ini menjalankan kegiatan perusahaan menggali minyak dan
membeli pajakan kerajaan serta persendirian. Selepas lima tahun firma ini beroperasi, ia berjaya
menandingi minyak tanah yang diimport dari Amerika Syarikat di pasaran tempatan. Malah, syarikat ini
mampu mengeksport minyak ke India pada tahun 1896 ke Pulau Pinang.Pada tahun 1908, Myanmar
menjadi pengeluar petroleum secara besar-besaran dari 90 juta liter pada tahun 1898 kepada 1.22 juta
liter pada tahun 1923. Pada tahun1908, berjaya mengeluarkan minyak sebanyak ¾ di Myanmar, di
samping syarikat minyak lain spt Syarikat Petro British-Burma dan Syarikat Minyak Nath Singh. Bijih
Timah – memajukan kegiatan melombong timah dan Myanmar menjadi pengeluar ke-4 terbesar timah di
AT slps PD2. Pada tahun 1910, berjaya mengeluarkan timah sebanyak 100,000 tan di Myanmar Galian
lain – timah hitam dijalankan Badwin dan Namtu, manakala zink, perak, tungsten, batu delima dan nilam
turut diusahakan di Mogok utara Mandalay

Perubahan ekonomi yang dilaksanakan oleh British juga menyebabkan Myanmar semakin
didatangi oleh buruh-buruh asing yang terlibat dalam pelbagai sektor. Kedatangan orang India secara
tidak langsung mengembangkan sektor pertanian khususnya penanaman padi manakala orang-orang Cina
lebih banyak terlibat dalam sektor perdagangan dan perindustrian. Menjelang tahun 1900, kadar

Cikgu Nazri 42
kemasukan orang-orang India ke Myanmar ialah sekitar 250 ribu orang setahun. Terdapat seramai 200
ribu orang Cina di Myanmar pada tahun 1931. Kedatangan kedua-dua imigran berkenaan secara tidak
langsung telah membawa kepada perkembangan ekonomi di Myanmar

Perkembangan ekonomi Myanmar juga telah merangsang kepada kemajuan sistem perhubungan
dan pengangkutan di negara berkenaan. British telah membina jalan-jalan raya, jalan kereta api dan
jambatan-jambatan. Penggunaan bot bot berkuasa wap di Sungai Irrawaddy telah diperluaskan.
Menjelang tahun 1918 terdapat 3 200 kilometer jalan jalan bertar di Myanmar. Menjelang akhir abad ke-
19, Prome, Mandalay dan Myitkyina telah disambungkan dengan Rangoon melalui jalan jalan kereta api

25. Bincangkan matlamat penubuhan dan perjuangan Partai Nasional Indonesia (PNI)
sehingga tahun 1929

Partai Nasional Indonesia atau PNI ialah parti politik yang tertua di Indonesia. Parti ini diasaskan
pada 4 Julai 1927 di Bandung oleh para pelajar yang terlibat dalam Kelab Pelajar Bandung, dan diketuai
oleh Sukarno yang kemudian menjadi presiden Indonesia yang pertama.

Matlamat penubuhan PNI


 Menyatu padukan semua parti politik dalam sebuah persekutuan parti-parti politik kebangsaan
Indonesia tanpa mengira idealogi politik dan atas dasar tidak bekerjasama dengan Belanda.
Penyatuan ini menunjukkan wujudnya kesedaran politik yang akan mencorakkan perjuangan
kebangsaan yang radikal.
 Menyatukan golongan cerdik pandai untuk mencapai kemerdekaan Indonesia.
 Menubuhkan sebuah kerajaan demokratik di Indonesia
 Melalui Kelab Pelajar Bandung, Sukarno telah menubuhkan Parti Nasionalis Indonesia (PNI)
pada 4 Julai 1927 bersama pemimpin-pemimpin lain seperti Dr. Tjipto Mangkunkusumo, Ishaq
Tjokrohadisoerjo, Dr. Sartono, Budiarto, Dr. Samsi Sastrowidagdo, Ir. Anwari, Ali
Sastoamaidjojo dan Sunarjo.

Perjuangan Parti Nasionalis Indonesia (PNI) dalam gerakan nasionalisme di Indonesia


 Parti Nasionalis Indonesia (PNI) merupakan parti sekular massa yang popular, malah sering
melaungkan ‘perpaduan nasional dan berdikari’ di kalangan masyarakat Indonesia. PNI
mengamalkan sikap tidak bekerjasama dengan kerajaan Belanda contohnya menyeru pegawai-
pegawai Indonesia supaya memulaukan Volskraad dan Perkhidmatan Awam Indonesia.
 Kepimpinan dan kebolehan luar biasa Dr. Sukarno telah memberi sumbangan yang besar kepada
kesedaran penduduk untuk bangkit menentang penjajah. Beliau telah berjaya menyatukan
penduduk Indonesia di Pulau Jawa dan pulau-pulau di luar Jawa.
 PNI juga berjaya mempengaruhi kesatuan-kesatuan sekerja dan anggota Sarekat Rakyat yang
dahulunya terpengaruh dengan idealogi komunis sehingga dalam masa dua tahun anggotanya
meningkat menjadi 10,000 orang. Keahliannya terdiri daripada pelbagai kaum.
 PNI menggalakkan penubuhan kesatuan-kesatuan buruh, memajukan kerjasama dan menyokong
pelajaran nasional terutama sekali sekolah-sekolah Taman Siswa.
 Pada 28 Oktober 1928, Bahagian Pemuda PNI atas usaha dan inisiatif Muhamad Yamin telah
menganjurkan Kongres Pemuda yang menghasilkan Sumpah Pemuda. Kongres ini telah
melahirkan cogan kata “Satu Negara, Satu Bangsa dan Satu Bahasa”, bendera Sang Saka Merah
Putih bersama lagu Indonesia Raya. Perjuangan PNI berjaya menyatukan parti-parti di Indonesia
sehingga terbentuk Parti Indonesia Raya.Usaha PNI dalam memperkenalkan penggunaan jenama
Indonesia telah benar-benar menjiwai semangat perjuangan rakyat Indonesia seperti wujudnya
penukaran nama parti-parti sepertik Sarekat Islam Indonesia, Budi Utomo bercantum dengan
parti-parti politik lain menjadi Parti Indonesia Raya.
 Pada tahun 1928, Dr. Sukarno berjaya menyatukan semua pertubuhan politik di Indonesia dan
hasilnya wujudlah “Pemuafakatan Parti-Parti Politik Kebangsaan Indonesia” (PPPKI). PPPKI
telah berjaya menyatukan parti-parti politik yang berpecah-belah seperti Parti Sarekat Islam,
Budi Utomo, Pasondon, Ikatan Sumatera, dan Kelab Pelajar Surabaya. PNI telah menjadi parti
politik yang amat popular dan berpengaruh di Indonesia.
Cikgu Nazri 43
 Kebangkitan PNI telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pemerintahan Belanda lalu
bertindak menarik balik lesen yang membenarkan akhbar Persatuan Indonesia daripada
diterbitkan. Kemudiannya pada 24 Disember 1928, Dr. Sukarno serta tujuh orang pemimpin
ditangkap atas alasan menjalankan menjalankan kegiatan-kegiatan politik yang membahayakan
keselamatan negara. Tindakan ini telah melemahkan perjuangan PNI sehinggalah PNI
diharamkan oleh Belanda pada tahun 1929.

Kesimpulannya, PNI telah berjaya memainkan peranan yang begitu penting terhadap kesedaran
semangat nasionalis di negara masing-rnasing. Kepentingan perjuangan mereka tidak boleh dipersoalkan
kerana akhirnya telah berjaya memerdekakan negara mereka dari belenggu penjajah. Gerakan penyatuan
yang dianjurkan sebagai asas kepada kekuatan gerakan nasionalis dan seterusnya mampu mengugat
penjajah sehingga terpaksa akur dengan tuntutan mereka.

26. Galurkan langkah-langkah mencapai kemerdekaan di Indonesia antara tahun 1945 hingga
1949.

Semasa pendudukan Jepun, pihak Jepun telah bersetuju untuk memberi kemerdekaan kpd
Indonesia. Justeru, PPKI ditubuhkan pada Ogos 1945 utk mengadakan perundingan bagi persediaan
kemerdekaan Indonesia. Pihak Jepun berjanji bahawa kemerdekaan akan diberikan tidak lewat daripada 7
Sept 1945. Sukarno yang mengetuai PPKI telah memberi ucapan berkenaan dgn tiang perpaduan negara
Indonesia, iaitu Pancasila yg akan menyatukan kaum-kaum di Indonesia. Pascasila ini mengandungi 5
prinsip utama, iaitu bersifat kebangsaan atau nasionalisme, kemanusiaan atau internasional, kerakyatan
(kerajaan yg didukung oleh rakyat), keadilan sosial dan kepercayaan kepada tuhan

Langkah-langkah ke arah kemerdekaan Indonesia:

a. Pengisytiharan kemerdekaan Indonesia oleh Sukarno, 17 Ogos 1945


 Setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, golongan nasionalis Indonesia telah
bertindak cepat utk mengisytiharkan kemerdekaan bagi Republik Indonesia.
 Pada 17 ogos kira-kira pukul 10 pagi, di rumah Sukarno, beliau telah mengisytiharkan
kemerdekaan Indonesia. PPKI bersetuju utk melantik Sukarno sebagai Presiden Republik
Indonesia. Hatta pula dilantik sebagai Naib Presiden.
 Sukarno telah melantik ahli kabinetnya yg terdiri daripada 16 orang anggota.
 Pada 29 Ogos 1945, PPKI ditukar menjadi Komitte Nasional Indonesia Pusat (KNIP) yang
mengandungi 135 anggota. Bagi manjaga kedaulatan dan keselamatan Negara Indonesia,
Sukarno telah menubuhkan Badan Keamanan Rakyat (BKR).
 Pada Julai 1947, untuk menyatukan semua pejuang Indonesia dan badan-badan tentera, maka
Tentera Nasional Indonesia (TNI) telah dibentuk. Kerajaan Indonesia juga menukar nama
Batavia kepada Jakarta dan dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Pihak nasional
membahagikan Indonesia kepada 8 wilayah.

b. Perjanjian Hubungan Sivil Anglo-Belanda, 24 Ogos 1945


 Apabila perang tamat dan atas sebab kebimbangan kehadiran tentera Belanda di Indonesia
akan menyebabkan huru-hara, maka pada 24 Ogos 1945, Perjanjian Hubungan Sivil Anglo-
Belanda ditandatangani yg memberi kuasa kepada tentera Berikat di bawah kuasa British
untuk mengawal Indonesia.
 Tentera British tiba di Jakarta pada 15 sept 1945 di bawah pimpinan Jeneral Sir Philip
Christison. British menyatakan bahawa tujuan mereka datang ke Indonesia bukannya cuba
untuk campur tangan dalam urusan dalaman ataupun menyingkir kerajaan sedia ada. Tujuan
sebenar mereka adalah untuk mengurus soal tahanan perang, melucutkan senjata dan
menghantar pulang tentera Jepun serta memastikan keadaan di Indonesia terkawal.
 Pada peringkat awal Sukarno meminta rakyat Indonesia tidak menganggu kehadiran tentera
British ini. Namun, rakyat Indonesia mulai curiga akan kehadiran tentera British ini.
Akhirnya, mencetuskan beberapa pertempuran antara rakyat Indonesia dengan tentera British

Cikgu Nazri 44
dan antara rusuhan yg paling besar ialah di Surabaya pada Oktober 1945. Dengan kekuatan
senjata dan kapal perang, tentera British berjaya mengawal keadaan.

c. Rundingan Linggajati, 22 Oktober 1946


 Selepas British keluar dari Indonesia, maka diadakan satu perundingan antara Belanda
dengan Indonesia melalui satu gencatan senjata yg diisytiharkan oleh kedua-dua pihak pada
14 Oktober 1945.
 Konflik yang berterusan antara kedua-dua pihak, menyebabkan sekali lagi gencatan senjata
telah dibuat 14 Oktober 1946 bagi memberi laluan utk mengadakan rundingan yg akan
diadakan pada 22 Oktober 1946. Rundingan yang diadakan di Linggajati dekat Cheribon
antara Suruhanjaya Awam Belanda dengan perwakilan Indonesia.
 Antara perkara yg di sentuh adalah pengistiharan de facto oleh Belanda ke atas kuasa
Republik Indonesia di Jawa, Madura dan Sumatera. Sebuah negara demokratik berdaulat
akan dibentuk sebelum 1 Januari 1949 yg mngandungi Republik Indonesia, Indonesia Timur
dan Borneo yg dinamakan” United State Of Indonesia”.
 Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Haji Agus Salim telah pergi ke India dan Asia Barat
antara Mac-Jun 1947 serta menandatangani perjanjian persahabatan dengan Mesir dan Syria.
Usaha yang dilakukan oleh Indonesia telah dicurigai oleh Belanda dan mereka telah
menuduh Indonesia mencabuli perjanjian Linggajati. Namun, Belanda mempunyai niat untuk
menggagalkan perjanjian tersebut.

d. Tindakan ketenteraan Belanda


 Pada tengah malam 20 Julai 1947, di bawah arahan Perdana Menteri Beel yg dicadangkan
oleh Van Mook, tentera Belanda telah bertindak untuk melancarkan serangan.
 2 unit tentera Belanda di Jakarta dan Bandung digerakkan utk menduduki jawa barat.
Manakala 2 angkatan dari Surabaya bergerak ke timur Jawa dan Madura. Satu pasukan kecil
bergerak ke timur Sumatera, iaitu sekitar Medan, kawasan minyak dan arang batu di
Palembang dan sedikit ke Semarang serta Padang.
 Kerajaan Belanda di Hague menyatakan bahawa tindakan mereka adalah ‘tindakan polis’ yg
akan menenangkan keadaan tidak tenteram di luar kerajaan Indonesia. Tindakan ini juga
dijalankan oleh Belanda bertujuan menguatkuasakan Perjanjian Linggajati
 Dalam tempoh 2 minggu tentara Belanda berjaya menawan bandar-bandar penting di Jawa
Timur dan barat seperti Cheribon, Purwakarta, Tegal, Bondowoso, Banjuwangi, Pasuruan,
dan Malang. Sumatera juga tidak terkecuali dari tindakan agresif tentera Belanda ini.

e. Perjanjian Renville, 17 Januari 1948


 Tindakan Belanda yg ingin melemahkan Republik Indonesia dan mewujudkan semula kuasa
Belanda di Indonesia telah mendapat reaksi antarabangsa. British dan Amerika Syarikat
menentang dasar ketenteraan Belanda. Manakala, India dan Australia membawa isu ini ke
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Perdana Menteri India,
Nehru merasa kecewa dgn tindakan Belanda ini dan menyatakan tindakan ini tidak diterima
oleh Negara-negara Asia.
 Sehubungan itu, Majlis Keselamatan PBB telah mengarahkan gencatan senjata pada 1 ogos
1947 dan melantik Good Office Committee bgi mewujudkan perdamaian antara kedua-dua
pihak. Ahlinya terdiri drpd Amerika Syarikat, Belgium, dan Australia.
 Perjanjian Renville pada 17 Januari 1948 ini menyentuh soal gencatan senjata yg dipersetujui
oleh kedua-dua pihak. Manakala, perjanjian Linggajati menjadi asas kepada dasar
perundingan selanjutnya. Indonesia dijamin oleh pihak Good Office Committee bahawa
kekuasaan republik itu tidak akan dikurangkan.
 Pada 27 November 1948 delegasi Belanda telah datang ke Indonesia untuk mengadakan
perundingan dengan pihak Indonesia. Wakil-wakil Belanda terdiri daripada Menteri
Seberang Laut, Sassen, Menteri Luar, D.U. Stikker dan wakil pemerintah Belanda L. Neher.
Wakil Indonesia ialah Hatta dan perundingan itu diadakan di Keliurang. Sekali lagi
perundindan ini gagal dan pihak Indonesia telah menulis surat kpd Good Office Committee
menyatakan kekecewaan pihak Indonesia tentang pendirian Belanda.

Cikgu Nazri 45
f. Peperangan Belanda dengan Indonesia
 Belanda pula menyatakan bahawa perundingan dengan Good Office Committee tidak berguna
dan menuduh Indonesia mencabuli perjanjian gencatan senjata. Perjanjian ini sekali lagi
dicabuli oleh Belanda apabila memulakan tindakan ketenteraan ke atas Republik Indonesia
pada Disember 1948.
 Bandar Yogyakarta menjadi sasaran serangan Belanda dan ditawan pada 19 Disember 1948.
Sukarno, Syahrir, dan Hatta turut ditahan oleh tentera Belanda. Dalam tempoh seminggu
keseluruhan Jawa telah jatuh ke tangan Belanda. Manakala, beberapa bahagian di Sumatera
telah dapat dikuasai pada akhir Disember 1948. Hanya Acheh kekal sebagai kubu kuat
pejuang Indonesia.
 Belanda bercita-cita menghapuskan kerajaan Indonesia dan memecahbelahkan perpaduan
wilayah Indonesia. Namun mendapat tentangan yang hebat daripada pejuang Indonesia.

g. Resolusi PBB 1948


 Tindakan Belanda yang berterusan menggunakan kekerasan, telah mendapat kecaman hebat
dari negara-negara Asia khususnya India. Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru
mengecam sebarang tindakan org asing yg menekan nasionalisme Indonesia. Oleh itu, satu
persidangan telah diadakan di New Delhi.
 Persidangan ini mengeluarkan resolusi pada 22 Januari 1949 utk mendesak Majlis
Keselamatan PBB supaya mengambil apa jua tindakan yg blh menamatkan situasi tidak
tenteram di Indonesia.
 Majlis Keselamatan PBB dengan sokongan kuat Amerika Syarikat telah meluluskan satu
resolusi pada 28 Januari 1949 yg menyeru kerajaan Belanda menghentikan semua operasi
ketenteraan, membebas pemimpin Indonesia, menubuh kerajaan peralihan persekutuan dan
mengembalikan kedaulatan Indonesia kepada united states of Indonesia tidak lewat daripada
1 Julai 1950.
 Pada 1 Mac 1949, Leftenan Kolonel Suharto berjaya menawan sebahagian Yogyakarta
selama enam jam sebelum bantuan Belanda sampai. Di Borneo perang gerila dilancarkan
oleh Hasan Basry dan pada 17 Mei 1949. Beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Gabenor
bagi Republik Ketanyeraan Kalimantan Selatan. Manakala Menteri Kemakmuran Indonesia
Syafuddin Prawiranegara telah menubuhkan kerajaan darurat di Bukit Tinggi.
 Belanda yang tertekan dgn resolusi itu sebab penganjur utama revolusi ini ialah Amerika
Syarikat. Sebahagian besar ekonomi Belanda bergantung kepada Amerika Syarikat. Keadaan
ini menyebabkan kerajaan Belanda terpaksa akur dengan resolusi tersebut. Apatah lagi
penentangan daripada rakyat Indonesia gagal dihapuskan sepenuhnya

h. Kemerdekaan Indonesia
 Pada 7 Mei 1949, satu perundingan antara wakil Belanda di Jakarta, J.H. Van Ruijen dgn
wakil Republik Indonesia Mohammed Raem bersetuju utk mengadakan gencatan senjata.
 Belanda juga bersetuju mengembalikan kerajaan Republik Indonesia.
 Akhirnya, kedua-dua pihak bersetuju utk mengadakan perbincangan meja bulat yg diadakan
pada ogos-oktober 1949. Walaupun rundingan ini menghadapi masalah berkaitan West New
Guinea (Irian Barat) dan hutang tetapi ia mencapai kata putus utk memberi kedaulatan kpd
Republik Indonesia.
 Ratu Juliana akan menyerahkan kedaulatan itu pada 27 Disember 1949 kepada United States
of Indonesia. Indonesia telah mendapt kemerdekaannya secara rasmi.
 Manakala, Sukarno dilantik sebagai Presiden dan Hatta sebagai Perdana Menteri bagi
Republik Indonesia.

Cikgu Nazri 46
27. Bincangkan bentuk pemerintahan republik di Filipina

Pada 4 Julai 1946,Filipina telah mencapai kemerdekaan mutlak daripada penjajahan Amerika
Syarikat dan sehubungan dengan itu Filipina telah diisytiharkan sebagai sebuah republik. Manuel Roxas
dilantik sebagai Presiden yang pertama. Sistem pemerintahan kerajaan ini berbentuk republik demokrasi
yang berasaskan sistem pemerintahan kongres seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat.

Presiden sebagai ketua negara. Presiden dan Naib Presiden dipilih secara langsung oleh rakyat
melalui pilihanraya bagi tempoh 6 tahun sepenggal. Presiden mempunyai kuasa eksekutif tertinggi dan
sebagai ketua kabinet. Presiden juga merupakan ketua tertinggi angkatan tentera, berkuasa melantik
ketua-ketua jabatan, biro dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Presiden juga berkuasa mengadakan
pengawasan umum terhadap kerajaan tempatan. Presiden mempunyai kuasa veto dalam kongres. Melalui
kuasa ini, Presiden boleh menggunakan kuasanya untuk membatalkan sebarang usul rang undang-undang,
namun kongres boleh menolaknya dengan dua pertiga ahli kongres.

Kongres sebagai badan perundangan tertinggi. Presiden mempunyai kuasa veto dalam kongres,
namun undi 2/3 kongres boleh membatalkan kuasa veto presiden. Kongres terdiri daripada Dewan Senat
dan dewan Perwakilan. Anggota Dewan Senat berjumlah 24 orang anggota untuk tempoh enam tahun
sepenggal. Dewan Perwakilan pula dianggotai oleh 120 orang yang dipilih oleh rakyat melalui
pilihanraya untuk tempoh 4 tahun. Selain sebagai badan perundangan tertinggi negara, Kongres juga
berkuasa mengisytiharkan perang.

Pentadbiran Tempatan. Pentadbiran tempatan terdiri daripada pentadbiran wilayah, perbandaran


dan bandar raya. Bertujuan untuk melicinkan pentadbiran negara. Terdapat 56 wilayah di Filipina dan
setiap wilayah diketuai oleh Gabenor, Naib Gabenor dan dua ahli lembaga yang dipilih melalui
pilihanraya untuk tempoh 4 tahun. Pegawai-pegawai lain seperti bendahari dan audit dilantik oleh
kerajaan pusat. Di peringkat perbandaran pula, pentadbiran diketuai oleh Datuk Bandar dan ahli majlis.
Setiap bandar berkuasa untuk mengenakan cukai, membuat ordinan, menyediakan pelaksanaan kerja-
kerja awam dan menguruskan pasukan keselamatan. Terdapat 39 bandaraya berpiagam dibentuk di
bawah undang-undang khas.

Badan Kehakiman. Undang-undang Filipina diurus oleh mahkamah. Antara mahkamah yang
terdapat ialah Mahkamah Agung yang dianggotai oleh Ketua Hakim Negara dan 10 orang hakim. Ia
merupakan badan kehakiman tertinggi dan menjalankan fungsi en blanc. Mahkamah yang lain ialah
Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada hakim yang bertindak sebagai pengerusi dan dibantu oleh 16
hakim yang lain. Badan Kehakiman mempunyai bidang kuasa yang tersendiri yang tidak dipengaruhi
oleh Badan Eksekutif mahupun Badan Perundangan. Badan ini bertanggungjawab melaksanakan
undang-undang berdasarkan peruntukan perlembagaan. Filipina dibahagikan kepada 16 daerah
kehakiman dan setiap daerah pula terdapat 132 cabang yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang
hakim. Di peringkat perbandaran, terdapat Mahkamah Perbandaran dengan seorang Jaksa Pendamai
ditempatkan. Selain itu terdapat juga Mahkamah Juvenil dan Tempatan, Mahkamah Rayuan Cukai.
Mahkamah Industri dan Mahkamah Pertanian. Hakim bagi semua mahkamah akan dilantik oleh Presiden
selepas mendapat pengesahan daripada Suruhanjaya Perlantikan yang terdiri daripada 12 ahli Dewan
Senat dan 12 ahli Dewan Perwakilan.

Kesimpulannya, penjajahan Amerika Syarikat di Filipina telah memberikan latihan berkerajaan


sendiri sehingga terbentuknya pemerintahan republik demokrasi yang berasaskan sistem yang diamalkan
oleh Amerika Syarikat. Amalan demokrasi ini telah dikekalkan dalam sistem pemerintahan di Filipina
sehingga kini.

Cikgu Nazri 47
28. Bincangkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang dijalankan di Thailand
pada abad ke-20

Selepas Revolusi 1932 yang menghapuskan kuasa mutlak raja dalam pemerintahan, Thailand
mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Demokrasi Berparlimen ialah suatu
bentuk kerajaan dengan kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat.
Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh
rakyat dalam pilihanraya

Raja sebagai ketua negara. Mengikut sistem ini, Raja merupakan ketua negara dan mengetuai
tiga badan utama kerajaan iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Raja
berkuasa membubarkan Dewan Perundangan walaupun tidak mendapat persetujuan daripada Kabinet.
Raja berhak melantik Perdana menteri daripada ahli dalam Dewan Perundangan. Raja berkuasa
mengisytiharkan darurat setelah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Raja mempunyai hak untuk
membatalkan undang-undang namun tertakluk kepada Dewan Perundangan

Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-
undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan,
membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan,
meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Badan Perundangan iaitu
merupakan Parlimen Thailand yang menggunakan sistem dua buah dewan yang dinamakan Ratnasapha
(Majlis Nasional) dan Wuthisaph (Senat). Ratnasapha dianggotai oleh ahli-ahli Dewan Perwakilan yang
terdiri daripada 480 anggota manakala 150 orang menganggotai Dewan Senat.

Badan eksekutif ialah badan pembuat dasar kerajaan Thailand yang dipimpin oleh Perdana
Menteri. Beliau juga akan mengetuai barisan kabinet kerajaan. Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet lain
atau menteri terdiri daripada parti yang memenangi majoriti dalam pilihanraya. Raja Thailand pula akan
melantik Perdana Menteri.

Di peringkat pentadbiran tempatan Thailand dibahagikan kepada 71 buah wilayah yang disebut
Changwats. Setiap Changwats ini diperintah oleh seorang pesuruhjaya yang bertanggungjawab kepada
Menteri Dalam Negeri di peringkat pusat. Changwats ini pula dipecahkan kepada 412 daerah atau
amphurs dan 4533 communes atau tambons

Sebuah lagi badan ialah badan kehakiman yang bebas daripada badan perundangan dan badan
eksekutif. Badan kehakiman berkuasa dalam melaksanakan hukuman berdasarkan peruntukan di dalam
perlembagaan negara. Badan ini terdiri daripada golongan hakim yang dilantik oleh Raja Thailand.
Mahkamah tertinggi di Thailand adalah Mahkamah Agung (dika) yang terletak di Bangkok. Mahkamah-
mahkamah lain ialah mahkamah rayuan, tiga mahkamah daerah, mahkamah jenayah dan mahkamah sivil.
Setiap wilayah juga mempunyai mahkamah jenayah dan mahkamah sivilnya sendiri

29. Jelaskan dasar pembangunan ekonomi negara Filipina dari tahun 1946 hingga 1965

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, Amerika Syarikat telah menawan semula Filipina pada 23
Februari 1945. Pemerintahan Amerika Syarikat membawa kepada perubahan ekonomi dengan
pengenalan ekonomi laissez-faire dan kemudiannya sebuah kerajaan berbentuk republik demokrasi telah
ditubuhkan. Pemerintahan Presiden Manual Roxas, Quirino dan lain-lain telah mengambil beberapa
langkah untuk membangunkan ekonomi di Filipina pada tahun 1946 hingga 1965.

Selepas mencapai kemerdekaan, Filipina masih dibelengu kemiskinan dan kekurangan


kemudahan asas. Oleh yang demikian Manual Roxas (1946-1948) telah mengadakan pemulihan ekonomi
dalam bidang pertanian dan perindustrian dengan mengamalkan ekonomi laissez-faire. Beliau juga telah
mendapatkan bantuan kewangan dan teknikal daripada pertubuhan antarabangsa. Misalnya mendapatkan
bantuan daripada dana Amerika Syarikat. Pada tahun 1946, Manual Roxas telah melaksanakan reformasi
tanah dengan mewujudkan undang-undang yang meluluskan penetapan perkongsian antara tuan tanah

Cikgu Nazri 48
dan penyewa daripada 30 kepada 70. Reformasi ini telah menyelamatkan penyewa tanah daripada
penindasan tuan-tuan tanah. Dalam usaha memajukan ekonomi Filipina beliau juga melaksanakan
hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Semasa Presiden Quirino (1948-1953) memerintah Filipina, Presiden Quirino telah meminta
bantuan daripada Amerika Syarikat pada tahun 1950 dengan menandatangani satu perjanjian baharu.
Dalam perjanjian ini, Amerika Syarikat bersetuju memberikan pinjaman sebanyak AS$250 juta bagi
membangunkan Filipina. Malahan, Amerika Syarikat juga turut memberikan bimbingan dalam urusan
penetapan cukai dan pertanian. Presiden juga telah mengadakan rancangan pembangunan lima tahun,
namun tidak berjaya kerana berlalu penyelewangan dalam pentadbiran seperti rasuah dan pembaziran.
Presiden Quirino juga memulakan Persatuan Pemasaran Koperasi dan Kredit Pertanian dalam usaha
memaju dan meningkat ekonomi Filipina dengan mengarahkan Bank Pusat mengawal sistem kredit.
Selain itu usha memajukan dan meningkatkan lagi kemajuan ekonominya kerajaan Filipina mendapatkan
bimbingan Amerika Syarikat termasuk melindungi kepentingan kaum petani dan pekerja.

Presiden Ramon Magsasay yang memerintah pada tahun 1953 hingga tahun 1957 pula telah
memberi perhatian khusus kepada kepada masalah ekonomi dan kebajikan rakyat. Presiden Magsasay
telah memulakan Rancangan Lima Tahun dalam mengembangkan gerakan koperasi pertanian,
mewujudkan skim kredit desa, dan menyediakan kemudahan infrstruktur dalam kawasan penyumbang
ekonomi. Seterusnya Magsasay telah mengadakan perhubungan dagang dengan Amerika Syarikat dan
memperlihatkan wujudnya peningkatan perdagangan Filipina serta mengadakan undang-undang tidak
menjual barangan luar dan perdagangan eksport impot kecuali Amerika Syarikat bagi melindungi industri
tempatan. Jawatan presiden diambil alih oleh Garlos Garsia yang memerintah dari tahun 1957 hingga
tahun 1961. Carlos Garsia masih meneruskan dasar-dasar ekonomi Magsasay dalam membangunkan
ekonomi Filipina. Buktinya pada tahun 1961, Filipina menjadi pengeluar kelapa kering dan gula utama
dunia.

Dalam pentadbiran Macapagal pada tahun 1961 hingga tahun 1965, Macapagal menekankan
kepada sektor pertanian seperti kelapa kering, tanaman tebu, abaka, tembakau, dan nanas sebagai hasil
eksport. Macapagal juga memajukan bidang perindustrian seperti industri ringan, pembungkusan, dan
pemasangan. Dalam masa yang sama, industri besi keluli dimajukan. Malahan, kerajaan Macapagal juga
telah mengasingkan industri gula dan kelapa melalui penubuhan Lembaga Kelapa Filipina berikutan
kedua-dua industri ini menjadi penyumbang utama dalam hasil eksport Filipina. Beliau juga telah
melakukan tranformasi dalam sistem pemilikan tanah. Pemansuhan penyewaan dan program reformasi
tanah yang disertakan dalam KanunTanah Pertanian Pembaharuan1963 telah menekankan usaha untuk
memerangi kemiskinan secara besar besaran. Beliau menandatangani pemansuhan tersebut pada 8
Ogos1963.Hal ini bertujuan untuk menghapuskan perhambaan terhadap penyewa tanah sekaligus
memberi kebebasan dan keselamatan kepada petani ditanah milik mereka. Beliau juga mengawal mata
wang negara dengan menghapuskan Kawalan pertukaran mata wang dan membenarkan Peso Filipina
diapungkan dalam pasaran pertukaran mata wang percuma. Peso menurunkan nilai dari P2.64 kepada
dollar AS dan stabil pada P3.80 kepada Dolar dengan disokong dana $300,000,000 daripada Tabung
Kewangan Antarabangsa. Pada 21 Januari 1962, selepas bekerja selama 20 jam berturut-turut, Presiden
Macapagal akhirnya menandatangani dekri Bank Negara yang memansuhkan kawalan pertukaran dan
mengembalikan negara kepada perusahaan bebas. Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah
pengangguran yang merupakan salah satu masalah utama negara semasa pentadbirannya, beliau
mewujudkan Pentadbiran Pekerjaan Asas( EEA). Bantuan ini menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan untuk penduduk Filipina bagi membolehkan mereka mengatasi masalah kemiskinan dan
meningkatkan ekonomi negara. Presiden Macapagal berjaya mencatat kemajuan ekonomi yang stabil dan
purata pertumbuhan KDNK tahunan pada 5.15 peratus bagi tempoh1961-1965 dan membela nasib
golongan rakyat biasa serta mewujudkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan ekonomi bagi masa depan
Filipina.

Kesimpulanya, presiden-presiden Filipina berusaha melaksanakan dasar pembangunan ekonomi


bagi menggalakan pertumbuhan ekonomi di Filipina. Pertumbuhan ekonomi yang dinikmati Filipina telah
meningkatkan taraf hidup golongan petani dan pertambahan ekonomi dan sosial di Filipina.

Cikgu Nazri 49
30. Jelaskan sistem pemerintahan ketenteraan di Thailand selepas tahun 1932

Negara Thailand sememangnya dikenali sebagai negara yang mengamalkan pemerintahan


monarki mutlak yang mana pentadbirannya tertumpu kepada Raja yang menentukan perjalanan
pemerintahan keseluruhannya. Pewaris kepada kerajaan monarki Thailand iaitu Raja Vajiravudh dan Raja
Prajadhipok pula telah merombak dan melakukan beberapa perubahan besar yang telah mengundang rasa
tidak puas hati ramai pihak sehingga membawa kepada Revolusi 1932. Tercetusnya revolusi 1932 di
Thailand menandakan berakhirnya sistem raja berkuasa mutlak dan digantikan dengan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan tetapi perselisihan dan perpecahan
golongan revolusioner membawa kepada penguasaan golongan tentera dalam menentukan perubahan
politik di Thailand. Era pemerintahan tentera dikatakan telah membangunkan negara Thailand dari
pelbagai aspek. Tentera dikatakan sebagai agen permodenan (modernizing elements) yang
bertanggungjawab dalam pembangunan negara Thailand khususnya dalam sektor politik, ekonomi dan
sosial.

Kebangkitan golongan tentera semasa pemerintahan Pya Manopakorn 1932-1933. Selepas


Revolusi Thai, Pya Manopakorn dilantik menjadi Perdana Menteri pertama bagi Thailand manakala Pridi
Panomyong sebagai Menteri Kewangan. Perselisihan berlaku antara kabinet Pya Manopokorn dengan
Pridi Phanomyong yang akhirnya Pridi dituduh sebagai prokomunis dan dipaksa meletak jawatan dan lari
keluar negara dalam buangan dan ini memberikan kuasa diktator kepada Pya Manopokorn serta bertindak
secara agresif dan mengenakan beberapa sekatan seperti;
 Dewan Perundangan ditangguhkan.
 Pembentukan parti politik dilarang.
 Akta Komunis 1933 diluluskan bagi membolehkan kerajaan melaksanakan hukuman
penjara 10 tahun terhadap ahli komunis.
 Surat khabar ditapis dan beberapa akhbar yang mengecam beliau ditutup.
 Perbincangan rancangan ekonomi Pridi dilarang sama sekali.
Kerajaan diktator Pya Manopokorn menunjukkan kegagalan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen
di Thailand yang telah memusnahkan kebebasan akhbar dan larangan penubuhan parti politik yang
menunjukkan tidak demokratik.

Pentadbiran Pya Bahol 1933-1938. Rampasan kuasa oleh golongan tentera di bawah pimpinan
Pya Bahol membawa kepada penangkapan Pya Manopokorn dan Pya Bahol menjadi Perdana Menteri dan
Pridi Phanomyong dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pada November 1933, Pya Bahol
menganjurkan pilihan raya yang pertama di Thailand bagi mengesahkan dan memperkukuhkan
kerajaannya. Terdapat 74 kerusi dalam Dewan Perundangan yang akan dipertandingkan dan calon-calon
yang dilantik terdiri daripada golongan professional seperti peguam, pesara dan pegawai tentera.
Kerajaan Pya Bahol yang menang dalam pilihan raya 1933 dibantu oleh Pridi Phanomyong sebagai
Menteri Dalam Negeri dan Phibun Songkhram sebagai Menteri Pertahanan telah membuat beberapa
dasar;
 Kerajaan wilayah dan tempatan disusun semula.
 Kebebasan akhbar masih disekat.
 Pembentukan parti-parti politik dilarang.
Selepas Pya Bahol meletak jawatan, Phibun Songkhram menjadi Perdana Menteri pada 1938 di mana
Pridi Phanomyong sebagai Menteri Kewangan dan Khuang Apaiwong sebagai Menteri Perhubungan
yang meletakkan Thailand terjerumus dalam pentadbiran ketenteraan yang mengamalkan sistem
pemerintahan kuku besi.

Pemerintahan diktator ketenteran di bawah Phibun Songkhram 1938-1945. Major Jeneral


Plaek Phibun Songkhram merupakan Perdana Menteri Thailand antara tahun 1938 hingga 1944 dan
kemudiannya menjadi diktator ketenteraan. Jeneral Phibun Songkhram mendominasi politik Thailand
dalam era meletusnya Revolusi Thai, pada 1938 semasa menjadi Perdana Menteri ketiga,ketika
Pendudukan Jepun dan dalam satu rampasan kuasa pada November 1947, beliau telah kembali semula
sebagai Perdana Menteri Thailand. Phibun Songkhram dilihat sebagai pemimpin yang dapat menangani
ketidakstabilan politik dan kebangkitan komunis di negara-negara jiran. Beliau telah melaksanakan
pembaharuan dari segi politik, sosial dan ekonomi khasnya semasa beliau menjadi Perdana Menteri

Cikgu Nazri 50
Thailand yang ketiga. Kerajaan Phibun Songkhram memperlihatkan nasionalisme yang melampau
berdasarkan dasar-dasar beliau iaitu;

 Menentang penguasaan asing ke atas ekonomi Thailand.


 Menjalankan dasar anti-Cina dan anti-komunis.
 Mengutamakan penglibatan masyarakat tempatan dalam perdagangan.
 Menukar nama Siam kepada Thailand yang bermakna tanah bebas.
Pemerintahan Pibun Songkhram lebih bersifat kuku besi dan telah menjadi seorang diktator ketenteraan.
Ini dapat dibuktikan berdasarkan kepada;
 Mendirikan organisasi pemuda separa tentera berdasarkan model fasis.
 Kempen tentang hubungan rakyat dengan tentera dan kepentingan tentera untuk bangsa.
 Angkatan laut sebahagian penting dalam pemerintahan.
 Dasar negara diluluskan oleh Dewan Perundangan tanpa penentangan.
Pemerintahan Phibun Songkhram tidak mengutamakan proses demokrasi berparlimen, malah beliau lebih
melaksanakan dasar untuk mengukuhkan pemerintahan kediktatoran yang disokong oleh pasukan tentera
yang amat kuat dan setia.

Pentadbiran tentera di bawah Jeneral Sarit Thanarat dan Jeneral Phao Sinayon sekitar
tahun 1946 hingga 1980-an. Dasar baru dibentuk setelah rampasan kuasa dilakukan di antara tahun 1948
sehingga 1951 oleh Jeneral Sarit Thanarat dan Jeneral Phao Sinayon yang memecahkan pendominasian
kuasa oleh Phibun pada tahun 1955. Sarit Thanarat mengusir Phibun dan merampas tampuk
pemerintahan pada september 1957 dengan memperkenalkan suatu dasar yang dikenali sebagai Dasar
‘Martial Law’ pada tahun 1958 yang lebih bercorakkan autokrasi dengan matlamat mahu mengembalikan
kebudayaan masyarakat Thailand dan memajukan ekonomi serta memodenisasikan aspek sosial
masyarakat Thailand. Beliau juga mewujudkan pemerintahan ‘enlightened the spot’ iaitu pemerintahan
bercorak kuku besi tetapi lebih kepada mementingkan keperluan masyarakat dan untuk kebaikan sejagat.
Jeneral Sarit telah mengangkat semula institusi beraja dengan menekankan dua peranan khusus sistem
monarki iaitu bertindak sebagai pengesah dalam politik kerajaan dan dasar dalam rejim ketenteraan dan
sebagai penggerak kepada program yang direncanakan oleh rejim ketenteraan berkaitan sosial dan tugas-
tugas amal. Melalui dasar luarnya pihak tentera Thailand telah menyertai secara aktif dalam SEATO
(Southeast Asia Treaty Organisation). Pemantauan yang khusus diberikan oleh Amerika Syarikat dalam
pelbagai aspek termasuklah kepakaran dalam mengurus ketenteraan, kelengkapan ketenteraan serta
penambahbaikan pelbagai kemudahan dalaman untuk memajukan sistem pertahanan yang sedia wujud.
Sarit juga memperbaharui Organisasi Militari Thailand dengan menyertai JUSMAG ( Joint United States
Military Assistance Group) dan menganggotai MACTHAI ( Military Assistance Command Thailand)
yang turut menyumbang kepada penambah baikan kepada Golongan Militari dengan penambahan
ketentaraan dan kekuatan ketenteraan dapat diperkukuhkan dan ia dilihat sebagai suatu pencapaian baru
sejajar dengan matlamat asal Sarit yang sememangnya ingin memperkukuhkan Golongan Militari di
Thailand. Pada tahun 1969 hingga tahun 1971 Thailand telah mencapai jumlah ketenteraan seramai 170,
000 orang dan proses peningkatan jumlah ini merupakan persediaan bagi menghadapi ancaman komunis.

Kesimpulannya, jika dilihat secara keseluruhan, tidak dapat dinafikan bahawa pemerintahan
tentera adalah jauh lebih baik daripada pemerintahan sistem beraja Thailand. Walau bagaimanapun,
sistem pemerintahan beraja harus dipuji kerana berjaya mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan
Thailand. Kerajaan tentera telah cuba membawa masuk demokrasi dalam pentadbiran dan juga
melakukan pembaharuan demi pembaharuan ke atas Thailand. Sepanjang tahun 1932 sehingga 1945,
sebenarnya keadaan politik Thailand tidak stabil sehingga berlakunya 15 kali rampasan kuasa, 14 kali
pilihanraya dan 13 perlembagaan.Walau bagaimanapun, tentera sememangnya merupakan elemen
permodenan yang bertanggungjawab membawa pembaharuan dan pembangunan Thailand . Hal ini jelas
memperlihatkan Thailand sememangnya maju dalam bidang ketenteraan dengan jumlah ketenteraan yang
mencukupi, kelengkapan perang dan latihan ketenteraan yang bersepadu telah menjadikan Thailand
sebuah negara yang kuat pertahanannya dan sentiasa bersedia dengan ancaman luar.

Cikgu Nazri 51
31. Bincangkan dasar luar Thailand selepas Perang Dunia Kedua

Thailand telah mengadakan perjanjian persahabatan dengan negara Jepun semasa Perang
Dunia Kedua. Dalam konteks ini persetujuan telah dicapai dalam bidang ekonomi termasuk
membekalkan beras, getah dan bijih timah. Thailand juga telah bersekutu dengan Amerika Syarikat
melalui keahlian dalam SEATO dan pelbagai perjanjian dua hala. Jelasnya dasar luar Thailand semasa
dan selepas Perang Dunia Kedua lebih cenderung kepada mempertahankan kemerdekaannya melalui
polisi berbaik-baik dengan AS dan negara-negara Barat dan pada masa yang sama bersikap anti komunis.

Antara Dasar luar Thailand ialah menyokong Piagam PBB. Selepas Perang Dunia Kedua,
Thailand telah menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1946. Dalam
pertubuhan ini Thailand telah menghulurkan bantuan ketenteraan kepada PBB dalam usaha badan
tersebut menamatkan konflik di Korea 1950. Menjadikan Bangkok sebagai ibu pejabat serantau bagi
pelbagai agensi PBB.. Sumbangan utamanya ialah menyediakan pengkalan tentera udara untuk kapal
terbang Amerika Syarikat yang beroperasi di Indo China. Thailand juga turut terlibat dalam Rancangan
Colombo. Thailand menerima bantuan kewangan daripada PBB untuk projek pertanian, industri dan
kesihatan.

Dasar anti komunis. Phibun Songkram merupakan tokoh yang bertanggungjawab membawa
Thailand menyertai SEATO dan memberi sokongan kepada Amerika Syarikat dalam Perang Korea untuk
menentang kegiatan komunis dunia. Thailand telah megeratkan lagi hubungan dengan Amerika Syarikat
pada tahun 1948 untuk melindungi negaranya daripada pengaruh komunis yang berpusat di Laos dan
tersebar luas di Asia Tenggara. Mendapat bantuan Amerika Syarikat pula Thailand telah menerima
bantuan pembangunan, kemudahan pengangkutan dan sumber tenaga.

Dalam hubungan dengan negara-negara serantau pula, Thailand mempunyai hubungan baik
dengan negara-negara jiran, khususnya selepas penubuhan ASEAN pada tahun 1967. Melalui ASEAN ia
membekalkan bantuan dan latihan, penyelidikan dan pembangunan dlm kalangan negara anggota. Dalam
aspek politik, Thailand terlibat secara langsung dalam menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau
dengan mematuhi dan menghormati keadilan dan kedaulatan undang-undang serta kepatuhan kepada
prinsip Majlis Keselamatan PBB. Dalam bidang ekonomi, Thailand telah menyokong sebarang usaha
untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dalam kalangan negara-negara anggota. Dalam aspek
sosial, Thailand menyokong sebarang usaha untuk menjadikan ASEAN sebagai komuniti sosiobudaya.

Dalam hubungan perdagangan dan perniagaan, Thailand menjadikan negara-negara Jepun,


Indonesia, Malaysia dan Hong Kong sebagai rakan dagangannya yang utama dalam perniagaan beras.
Getah, bijih timah dan haiwan ternakan dihantar ke Singapura untuk dieksport semula. Separuh daripada
import Thailand datangnya dari Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Dalam kerjasama antarabangsa, Thailand juga bekerjasama dengan negara-negara membangun


dengan menjadi rakan kongsi dalam projek pembangunan di Lembangan Mekong Hilir bersama Kemboja,
Laos dan Vietnam. Projek ini bertujuan membangunkan janakuasa elektrik, pengairan, memajukan
navigasi dan kawalan banjir. Skim ini juga termasuk dalam membangunkan empangan di Sungai Mekong.
Thailand juga merupakan anggota Persidangan Solidariti Afro-Asia, anggota Suruhanjaya Perhutanan
Asia Pasifik, anggota Majlis Perikanan Indo-Pasifik, Suruhanjaya Beras Antarabangsa, Kumpulan
Penyelidikan Getah Antarabangsa, Kumpulan Penyelidikan Bijih Timah Antarabangsa serta pertubuhan-
pertubuhan lain antara kerajaan.

Kesimpulannya, dasar luar Thailand adalah berbaik-baik dengan semua negara tetapi lebih
cenderung kepada pro Barat.

Cikgu Nazri 52
32. Huraikan penglibatan Thailand dalam ASEAN

ASEAN atau Association of South-East Asia Nation ditubuhkan pada 8 Ogos 1967
melalui Deklarasi Bangkok yang ditandatangani oleh 5 orang Menteri Luar termasuk dari Thailand.
Tujuan penubuhan ASEAN ialah untuk mempercepatkan perkembangan ekonomi, kemajuan sosial dan
pembangunan serta kebudayaan serantau. Selain itu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan
kawasan serantau dgn menghormati dan mematuhi prinsip Piagam Bangsa-bangsa Bersatu. Ia juga
bertujuan memupuk kerjasama yg aktif dan mengembangkan kepentingan bersama dlm ekonomi, sosial,
kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.

Menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau. Dalam aspek politik, Thailand terlibat secara
langsung dalam menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau dengan mematuhi dan menghormati
keadilan dan kedaulatan undang-undang serta kepatuhan kepada prinsip Majlis Keselamatan PBB.
Thailand telah Mewujudkan kerjasama dlm bidang politik melalui penubuhan ZOPFAN (Zon Aman
Bebas dan Berkecuali) pada tahun 1971. Ia menjadi agenda utama ASEAN pada peringkat awal
penubuhannya. Tujuannya utk menyelesaikan konflik antara negara kerana perbezaan politik, dan
persempadanan negara. Dalam ASEAN juga wujud SEANWFZ (Zon Bebas Nuklear) Kedua-dua
pertubuhan ini mewujudkan kemanan serantau melalui dasar perkecualian serantau.

Menyokong sebarang usaha untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi. Dalam bidang


ekonomi, Thailand telah menyokong sebarang usaha untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi
dalam kalangan negara-negara anggota. Thailand telah menyokong usaha melaksanakan AEC (Komuniti
Ekonomi ASEAN) sebagai kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), skim tarif keutamaan untuk
menggalakkan aliran bebas dalam ASEAN yang dikeluarkan dalam negara dalam mana-mana negara
ASEAN. Kaw. Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) − Dpt direalisasikan melalui perjanjian Skim Tarif
Keutamaan Sama Rata (CEPT) yg dimeterai pd tahun 1992. Tujuan AFTA utk meningkatkan daya
saingan ASEAN sbg pusat perkilangan utk pasaran dunia. Melalui pemansuhan tarif antara wilayah &
halangan bukan tarif, sektor perkilangan ASEAN akn menjadi lebih efisien & kompetitif. Hal ini
membolehkan barangan ASEAN menembusi pasaran anggota dgn bebas. Langkah ini dapat
menggalakkan kerjasama perdagangan serta meluaskan & meningkatkan pasaran negara serantau. AFTA
mula dilaksanakan pd tahun 2003.

Menyokong sebarang usaha untuk menjadikan ASEAN sebagai komuniti sosiobudaya. Dalam
aspek sosial, Thailand menyokong sebarang usaha untuk menjadikan ASEAN sebagai komuniti
sosiobudaya. Komuniti ASEAN membayangkan sosiobudaya Asia Tenggara diikat bersama dalam
perkongsian sebagai sebuah masyarakat yang kukuh dan penyayang. Ia bertujuan untuk pembangunan
identiti serantau dan pemeliharaan warisan budaya di rantau ini. Antara aktiviti kebudayaan ialah SEA
Write Award, Taman Warisan Biasiswa dan Rangkaian Universiti. Memberi kerjasama dalam bidang
sukan, contohnya penganjuran Sukan SEA setiap dua tahun sekali bagi mewujudkan perpaduan dalam
kalangan negara negara anggota.

Menggalakkan pelaburan dalam pendidikan, latihan, sains dan pembangunan teknologi. Thailand
juga terlibat dalam usaha ASEAN untuk menggalakkan pelaburan dalam pendidikan, latihan, sains dan
pembangunan teknologi. Selain itu mewujudkan peluang pekerjaan serta perlindungan sosial. ASEAN
juga akan mendapatkan kerjasama dalam meningkatkan kesihatan awam terutama dari aspek pencegahan
dan kawalan penyakit berjangkit.

Kesimpulannya, Thailand mempunyai hubungan baik dengan negara-negara jiran, khususnya


selepas penubuhan ASEAN pada tahun 1967.

Cikgu Nazri 53
33. Huraikan penglibatan Filipina dalam ASEAN

Hubungan rapat Filipina dengan negara-negara jiran di Asia Tenggara (Persatuan Asia Tenggara
1961, MAPHILINDO 1963 dan ASEAN (selepas ASA dibubarkan) terjejas semasa pentadbirn Presiden
Macapagal kerana tuntutan Filipina ke atas Sabah ketika penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Namun
di bawah pentadbiran Presiden Marcos, Filipina kembali menunjukkan minatnya untuk keamanan dan
kerjasama serantau di antara negara-negara di Asia Tenggara dengan menarik balik tuntutan ke atas
Sabah daripada Malaysia pada tahun 1963. Langkah Presiden Marcos ini secara tidak langsung
mengukuhkan komitmen Filipina dalam ASEAN selepas tahun 1967. Filipina mahu bersama-sama
membina hubungan serantau yang selamat dan kuat. Justeru ASEAN telah diberi keutamaan dalam dasar
luar negara berkenaan menjelang abad ke-21.

Dalam menubuhkan ASEAN atau Associations of South East Asian Nations ditubuhkan pada 8
Ogos 1967 melalui satu deklarasi yang ditandatangani di Bangkok. Matlamat ASEAN adalah untuk
mempercepatkan perkembangan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan serta kebudayaan serantau.
Selain itu ia juga bertujuan mengekalkan keamanan dan kestabilan politik serantau dengan menghormati
dan mematuhi peraturan, undang-undang dan keadilan negara-negara serantau serta mematuhi prinsip
Piagam Bangsa-bangsa Bersatu. Penglibatan Filipina dalam ASEAN juga dapat memupuk kerjasama
yang aktif dan dapat mengembangkan kepentingan bersama dalam ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal,
saintifik dan pentadbiran. Membekalkan bantuan dan latihan, penyelidikan dan pembangunan dalam
kalangan negara anggota. Komitmen dalam ASEAN, membuktikan Filipina berusaha mengukuhkan
hubungan dua hala dalam kalangan negara-negara anggota dalam menyelesaikan sebarang pertikaian.

Dalam aspek politik, Filipina terlibat secara langsung dalam menggalakkan keamanan dan
kestabilan serantau dengan mematuhi dan menghormati keadilan dan kedaulatan undang-undang serta
kepatuhan kepada prinsip Majlis Keselamatan PBB. Filipina telah mewujudkan kerjasama dlm bidang
politik bersama rakan-rakan dalam ASEAN melalui penubuhan ZOPFAN (Zon Aman Bebas dan
Berkecuali) pada tahun 1971. Ia menjadi agenda utama ASEAN pada peringkat awal penubuhannya.
Tujuannya utk menyelesaikan konflik antara negara kerana perbezaan politik, dan persempadanan negara.
Dalam ASEAN juga wujud SEANWFZ (Zon Bebas Nuklear) Kedua-dua pertubuhan ini mewujudkan
kemanan serantau melalui dasar perkecualian serantau.

Dalam bidang ekonomi, Filipina telah menyokong sebarang usaha untuk mempercepatkan
pertumbuhan ekonomi dalam kalangan negara-negara anggota. Filipina telah menyokong usaha untuk
melaksanakan AEC (Komuniti Ekonomi ASEAN) sebagai kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA),
skim tarif keutamaan untuk menggalakkan aliran bebas dalam ASEAN yang dikeluarkan dalam negara
dalam mana-mana negara ASEAN. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dapat dilaksanakan
melalui perjanjian Skim Tarif Keutamaan Sama Rata (CEPT) yg dimeterai pd tahun 1992. Tujuan AFTA
utk meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pusat perkilangan utk pasaran dunia. Melalui pemansuhan
tarif antara wilayah dan halangan bukan tarif, sektor perkilangan ASEAN akan menjadi lebih efisien dan
kompetitif. Hal ini membolehkan barangan ASEAN menembusi pasaran anggota dengan bebas. Langkah
ini dapat menggalakkan kerjasama perdagangan serta meluaskan & meningkatkan pasaran negara
serantau. AFTA mula dilaksanakan pd tahun 2003.

Dalam aspek sosial, Filipina menyokong sebarang usaha untuk menjadikan ASEAN sebagai
komuniti sosiobudaya. Komuniti ASEAN membayangkan sosiobudaya Asia Tenggara diikat bersama
dalam perkongsian sebagai sebuah masyarakat yang kukuh dan penyayang yang bertujuan untuk
pembangunan identiti serantau dan pemeliharaan warisan budaya di rantau ini. Antara aktiviti
kebudayaan ialah SEA Write Award, Taman Warisan Biasiswa dan Rangkaian Universiti. Thailand juga
terlibat dalam usaha ASEAN untuk menggalakkan pelaburan dalam pendidikan, latihan, sains dan
pembangunan teknologi, pewujudan peluang pekerjaan serta perlindungan sosial. ASEAN juga akan
mendapatkan kerjasama dalam meningkatkan kesihatan awam terutama dari aspek pencegahan dan
kawalan penyakit berjangkit.

Cikgu Nazri 54

You might also like