Surat Permohonan Sumbangan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KELAB USAHAWAN AIM KUPANG PASU (KUPAS)

(PPM0190214052017)
Pejabat Amanah Ikhtiar Kubang Pasu
33 B, Jalan PJ 2, Pekan Jitra 2
06000 Jitra, Kedah
_________________________________________________________________________

Ruj. Kami: Kupas/AIM/24/05


Tarikh: 19 Febuari 2024

Melalui:

Pn Roshasniza Binti Ismail


Timbalan Pengerusi KUPAS

Tuan/Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK MAJLIS SANTAPAN MALAM UNTAIAN KASIH

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Kubang Pasu dan Kelab
Keusahawan AIM Kubang Pasu (KUPAS) akan menganjurkan Majlis Santapan Malam Untaian Kasih

Tarikh : 8 Mac 2023


Masa : 8.00 malam – 10 malam
Tempat : HOTEL RAIA, ALOR SETAR
Bil. Peserta : 660 orang

3. Program ini bertujuan meraikan dan memberikan penghargaan kepada sahabat usahawan
AIM Cawangan Kubang Pasu, disamping menyuntik semangat untuk lebih berjaya dan maju di masa
akan datang.

4. Bagi menjayakan program ini, kami amat berbesar hati dan ingin meminta sumbangan
daripada pihak tuan/puan dalam bentuk wang tunai atau barangan untuk hadiah cabutan bertuah.
Bersama-sama surat ini kami sertakan Pakej Penajaan bagi rujukan pihak tuan/puan.

Pakej Penajaan

1) Pendedahan Jenama & Syarikat


Nama dan butiran syarikat penaja akan diumumkan oleh pengacara majlis semasa
hadiah cabutan bertuah diberikan.

2) Pengiklanan & Promosi


Penaja boleh mencetak kad promosi untuk tujuan pengiklanan dan dilekatkan pada
hadiah cabutan.
5. Jika pihak tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, boleh
terus berhubung dengan Roshasniza Binti Ismail (Timbalan Pengerusi Kelab). Segala kerjasama
dan sokongan pihak puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

Nur Aszrena Binti Mohd Zain


Setiausaha
Kelab Usahawan AIM Kubang Pasu

You might also like