Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

MPU 3183

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

SKOP:
WARISAN BUDAYA

TAJUK: TARIAN ZAPIN

NAMA PENSYARAH:
PN. AYU NOR AZILAH BINTI MOHAMAD

DISEDIAKAN OLEH:

BIL NAMA NO.


MATRIK

1. NUR KHADIJAH BINTI NOOR EFFENDY 23BE01071

2. NURUL AFRINA BINTI MOHD NOH 23BE01076

3. DAYANG NURUL NAFISAH BINTI ABD RANI 23BE01084

4. SITI FATIMAH AZ-ZAHRAA BINTI MHD SELAMAT 23BE01091

5. ADRIANA SHAFRAANI BT AZIZUL SHAFARI 23BE01093

6. NUR ALYSHA BINTI MOHD ISHAK 23BE01098

IJAZAH SARJANAH MUDA PERGURUAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA


KEDUA DENGAN MULTIMEDIA (KEPUJIAN)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR SESI II 2023/2024
NO. BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0. Pengenalan Tarian Zapin


2-5
1. 1.1. Sejarah Tarian Zapin
2.0. Jenis-jenis Zapin
2. 2.1. Tarian Zapin Johor
2.2. Tarian Zapin Arab 6-8
2.3. Tarian Zapin Lenga
3.0. Struktur Asas Tarian Zapin
3. 3.1. Strukrur Asas Tarian Zapim Johor/ Lenga
3.2. Struktur Asas Tarian Zapin Aran 8-9
3.3. Perbezaan Antara Tarian Zapin Johor/Lenga dan Tarian
Zapin Arab
4.0. Busana Zapin
4. 4.1. Busana Zapin Johor/Lenga 10-11
4.2. Busana Zapin Arab
5.0. Alat Muzik Yang Digunakan
5. 5.1. Rabana 12-14
5.2. Gambus
5.3. Rebab
5.4. Gendang
5.5. Marakas
6.0. Penutup
6. 15

7.0. Sumber Rujukan


7. 16

1
1.0. PENGENALAN TARIAN ZAPIN

Zapin berasal dari perkataan arab iaitu (Zafn) yang bermaksud pergerakan kaki cepat
mengikut pukulan merupakan sejenis tarian masyarakat Melayu tradisional yang dikenali
sejak kurun lamanya. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari
Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara. Pada
awalnya, tarian ini ditarikan oleh kaum lelaki sahaja tetapi pada masa kini kaum wanita juga turut
serta bagi menjadi pemanis dalam tarian tersebut.

Tradisi Zapin diterima secara terbuka sebagai seni yang bukan sahaja melambangkan
ketinggian budaya Melayu tetapi juga kemantapan budaya Arab-Islamnya dalam seni budaya
Melayu. Mungkin juga kesahihan tradisi Zapin sebagai seni yang mempunyai unsur-unsur
keislaman didasarkan kepada status orang-orang Arab yang dimuliakan sebagai penghubung
kepada dunia Islam yang lebih besar. Walaupun terdapat Zapin Arab dan Zapin Melayu di Johor,
Zapin Melayu dianggap lebih intim dengan budaya orang-orang Melayu berbanding Zapin Arab.

Pada orang-orang Melayu Johor, Zapin Arab lebih kasar, keras dan terlalu bertenaga tinggi
berbanding dengan Zapin Melayu yang lebih halus lembut dan ayu. Penari-penari Zapin Arab yang
terdiri daripada masyarakat keturunan Arab di Johor menarikan tari tersebut dengan Langkah-
langkah luas, hayunan tangan yang tinggidan henjutan kaki yang keras. Penari-penari Melayu pula
yang rata-rata terdiri daripada orang- orang Melayu menarikan Zapin Melayu dengan hayunan
tangan yang lebih kecil atau sempit, Langkah kaki yang tidak terlalu luas dan tinggi serta henjutan
tapak kaki yang lembut.

2
Penari- penari Zapin Melayu dimestikan menari tanpa menyebabkan lantai rumah atau balai
bergoyang dan membuai. Zapin sebagai tradisi tari di Johor bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan
pada acara-acara sekular tetapi juga sebagai acara sambutan hari-hari kebesaran agama Islam.
Sambutan dan perayaan hari- hari besar seperti Maulid Nabi, Hari Raya dan Awal Muharam
disambut denganbacaan ayat-ayat suci al-Quran atau kitab berzanji juga disambut dengan
persembahan Zapin.

Pada perayaan acarasambutan perkahwinan pula, masyarakat kampung diberi kesempatan


bukan sahaja menonton Zapin tetapi juga mengambil bahagian dalam persembahan tersebut Zapin
biasanya diiringi oleh beberapa instrumen muzik tradisional dan genre lagunya biasanya genre
Samrah.Instrumen yang terlibat pula ialah Biola, Marwas dan Gambus. Rasa persaudaraan antara
pemain muzik dan penari adalah sebahagian daripada sifat keluarga besar masyarakat di kampung.
Pemain muzik dan penari Zapin umumnya lebih senang mempersembahkan Zapin secara kelompok
sosial yang mempunyai hubungan dari segi pekerjaan atau aktiviti riadah.

3
1.1. SEJARAH TARIAN ZAPIN

Zapin merupakan antara tarian tradisional Melayu masa kini yang cukup terkenal di Asia
Tenggara. Terdapat pelbagai kisah bagaimana Tarian Zapin mula menapak di Alam Melayu tetapi
yang pasti adalah tarian ini dibawa oleh pedagang Arab yang datang untuk berniaga dan
mengembangkan agama Islam di Alam Melayu. Menurut Mohd Anis Md Noor di dalam bukunya
yang bertajuk “Zapin: Folk Dance of The Malay World”, Zapin diperkenalkan di Johor oleh
Pedagang Arab dan kemudiannya tersebar ke Singapura, Kepulauan Riau sehingga Sumatra
melalui hubungan perkahwinan antara keluarga Diraja (Nor 1993).

Awalnya Zapin hanya merupakan hiburan yang di dominasi oleh kecepatan jejak dan langkah
kaki yang diiringi muzik Arab seperti Marawis, Marwas dan Gambus serta ‘Ud. Ketika mana
Zapin diperkenalkan di wilayah Siam, ia terkenal dalam kalangan murid-murid setelah mengaji
agama di lingkungan istana. Tetapi setelah perkahwinan antara Tengku Embung Badariah binti
Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah dengan Syarif Utsman bin Syarif Abdul Rahman Syahabuddin,
Tarian Zapin 334 Asian Journal of Environment, History and Heritage 2(2) akhirnya bertukar
menjadi seni hiburan istana sehingga dikenali sebagai Zapin Istana (Pangestu & Martion 2002).
Perkembangan Zapin tidak terhenti dalam kalangan pihak istana tetapi juga dalam kalangan
masyarakat Melayu dengan ragam gerak yang cukup khas.

Terdapat pelbagai falsafah yang tersimpan dalam seni persembahan dan salah satu falsafah
Melayu yang utama ialah kesederhanaan. Falsafah ini juga dapat dihayati dalam Tarian Zapin dari
segi gerakan tari, muzik dan busana Zapin (Nor 2001). Gerakan tari terbahagi kepada langkah
kaki, posisi badan serta ayunan dan lenggangan tangan. Langkah kaki penari Zapin hanya seluas
pemidang kaki dan tidak selebar betis sehingga kain yang dipakai boleh terselak sehingga
menampakkan betis kaki. Telapak kaki tidak diangkat terlalu tinggi mahupun di hala ke sebarang
tempat bagi mengelakkan pandangan penonton ternampak telapak kaki.

4
Kesederhanaan langkah ini melahirkan keindahan dari kelembutan pijakan dan langkah kaki.
Kesederhanaan ini juga terpamer melalui ayunan dan lenggangan tangan. Para penari tidak
mengayun tangan terlalu tinggi sehingga melepas paras bahu ataupun membuka ketiak secara
melulu. Bagi penari lelaki digalakkan mengayun sebelah tangan sambil yang sebelah lagi menekap
baju teluk belanga ke atas pusat jika berbusana samping dagang luar. Manakala bagi penari wanita,
disarankan melenggang sebelah tangan sambil sebelah lagi menggenggam bucu kain dagang luar
di aras pinggang.

Dengan adanya syarat-syarat yang sebegini, penari terpaksa melekapkan lengan tangan dari
bahu sehingga ke siku dekat dengan tubuh badan seolah-olah ketiak sedikit pun tidak terbuka.
Manakala, lengan bawah yang dihayun sentiasa dikawal dengan genggaman ringan di tangan
selayak genggam tak sudah. Sementara tangan dihayun dan langkah dibuka, tubuh penari Zapin
tetap tegak tanpa digoyang-goyang secara paksa bagi memastikan bahawa kelembutan tari masih
berpasak kepada keanggunan gerak geri penari.

5
2.0. JENIS JENIS TARIAN ZAPIN

Tarian zapin juga terbahagi kepada lima pecahan tariannya yang tersendiri dan tarian
tersebut ialah Tarian Zapin Arab, Tarian Zapin Johor dan Tarian Zapin Lenga. Setiap pecahan
tarian itu berlaku berdasarkan tempat tarian tersebut diperkenalkan. Namun bagaimanapun asas
tariannya adalah masih sama dengan Tarian Zapin Johor.

2.1. Tarian Zapin Johor

Tarian Zapin Johor merupakan tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian Zapin ini
dipercayai berasal dari Tanah Arab di mana gerakannya adalah lebih cepat dan tidak mempunyai
banyak gerakan bunga tarinya. Di negeri Johor, tarian zapin yang sudah diterima sebagai seni yang
berunsur Islam dan berfungsi sebagai hiburan sama ada pada upacara secular ataupun pada
sambutan hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tariannya itu sendiri, Tarian
Zapin Johor ini tidak dapat disangkal lagi kehebatan dan irama yang disampaikan didalamm tarian
tersebut.

Selain itu, terdapat perkara yang menarik mengenai Tarian Zapin Johor ini iaitu keupayaan
mewujudkan rasa persaudaraan dan ikatan silaturrahim antara penari dan pemuzik sekali gus
mematahkan rasa tidak keyakinan penari-penari apabila mempersembahkan tarian ini kepada
khalayak ramai. Secara simboliknya Gerakan tarian zapin ini menunjukkan kepentingan usaha
bersama antara ahli kumpulan dan bukan usaha individu. Di samping itu dapat menghapuskan sifat
persaingan antara penari di dalam kumpulan.

6
2.2. Tarian Zapin Arab

Tarian Zapin Arab merupakan salah satu bentuk tarian kesenian zapin di dunia. Gerak tari
Tarian Zapin Arab ini mempunyai genggam ayunan langkah dan lenggangnya yang lebih terbuka
dan luas. Ia juga dapat membezakannya dengan genre-genre tarian zapin yang lain. Selain itu,
gerak tari bagi Tarian Zapin Arab ini adalah lebih kasar dan keras serta hayunan tangan yang lebih
tinggi. Tarian ini menunjukkan bahawa penari memerlukan tenaga yang lebih banyak berbanding
tarian yang lain.

Di Johor, seni tarian zapin ini pada kebiasaannya dipersembahkan oleh penari-penari yang
berketurunan Arab. Selain itu, Tarian Zapin Arab ini kebiasaannya dipersembahkan bagi
menyambut hari-hari kebesaran agama Islam seperti Maulidur Rasul dan menunjukkan seni tari
ini saling berkait rapat dengan kesenian Islam. Zapin Arab ini bukan sahaja sebagai hiburan
semata-mata malahan ia juga merupakan tarikan yang utama bagi menarik penduduk di Tanah
Melayu memeluk agama Islam serta sebagai satu platform untuk menyebarkan dakwah Islam.

2.3. Tarian Zapin Lenga

Tarian Zapin Lenga berasal dari Muar, Johor dan tarian ini adalah satu-satunya Zapin
Melayu yyang paling tua dikesan di Johor. Ini kerana Tarian Zapin Lenga berkemungkinan besar
sejarah perkembangan zapin yang diwarisi daripada Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.
Tarian Zapin Lenga ini juga mempunyai keunikan pergerakan yakni seolah-olah penari tersebut
sedang menari di dalam lumpur.

7
Selain itu, Tarian Zapin Lenga ini telah berubah tradisi dan bentuknya yang asal kerana
kerana adanya penglibatan penari-penari wanita yang pada masa itu kaum wanita tidak dibenarkan
mempersembahkan tarian dikhalayak ramai. Zapin Lenga ini juga mempunyai 6 langkah atau
ragam yang perlu diikut oleh penari-penari pada zaman tersebut. Tarian Zapin Lenga ini lebih
kepada kelembutan dan kemanisan para penari serta lebih ayu ditarikan oleh penari zapin wanita.

3.0. STRUKTUR ASAS TARIAN ZAPIN

3.1. Struktur Asas Tarian Zapin Johor/ Lenga

Struktur asas tarian zapin Johor/Lenga kebiasaannya dimulakan dengan gerakan Taksim
iaitu gerakan masuk penari dalam posisi jalan biasa sambil menundukkan badan. Selepas itu,
Gerakan Les iaitu gerakan pembukaan tarian. Seterusnya, Gerakan Ragam iaitu terbahagi kepada
enam gerakan ragam seperti gerak asas, gerak pusar belanak besar, gerakan tapak, gerakan lompat
injut, gerakan titi batang dan gerakan pusar belanak kecil. Gerakan Kopak juga merupakan
pergerakan yang berada diantara Gerakan pusar belanak besar. Penutup bagi gerakan tarian asas
zapin dikenali sebagai Gerakan Wainab.

3.2. Struktur Asas Tarian Zapin Arab

Struktur asas tarian zapin Arab sering dimulakan dengan pergerakan taksim iaitu
pergerakan yang menunjukkan penghormatan penari kepada pemuzik. Antara pembuka tarian ini
adalah Gerakan melangkah ke belakang, Gerakan melangkah maju dan pergerakan hormat diikuti
dengan Gerakan ragam yang dikenali sebagai Gerakan Langkah zapin, Gerakan lompat zapin
ataupun lompat kijang, Gerakan zapin mengayun kaki, Gerakan pusing lantai dan Gerakan
Langkah silang ataupun zig-zag.

8
3.3. Perbezaan Antara Tarian Zapin Johor/Lenga dan Tarian Zapin Arab

Perbezaan antara tarian zapin Johor/Lenga dan tarian zapin Arab ialah pergerakan taksim.
Pergerakan taksim tarian zapin Johor/Lenga dimulakan dengan berjalan sambil menundukkan
badan seolah-olah berjalan di hadapan orang yang lebih tua dalam Masyarakat Melayu manakala
pergerakan taksim tarian zapin Arab dimulakan dengan posisi duduk, iaitu kedudukan kedua-dua
kaki kanan dan kiri dibengkokkan ke lantai dengan lutut menyentuh lantai. Kemudian, tarian zapin
Johor/Lenga mempunyai Gerakan wainab, iaitu pergerakan penutup tarian. Tarian zapin Arab
tidak mempunyai Gerakan spesifik untuk penutup tarian.

9
4.0. BUSANA ZAPIN

4.1. Busana Tarian Johor / Lenga

4.1.1. Gambar Rajah (4.1)

Antara Busana tarian zapin yang sesuai bagi penari lelaki ialah baju Melayu sedondon dan
memakai songkok dan memakai kain samping ikatan berdagang dalam. Seterusnya, jenis kain
yang sesuai digunakan untuk menghasilkan busana ini ialah kain satin, sutera Thai dan kain-kain
yang bertekstur atau corak jalur berdiri. Kain samping digunakan ialah tenunan corak Muar, corak
melintang, kain songket bertabur atau corak bunga penuh.

Busana bagi penari wanita pula ialah Baju Kurung Telok Belanga bercorak atau baju
kurung kosong yang dipadankan dengan kain songket yang bercorak tapak catur atau bunga penuh.
Selain itu, kelengkapan lain yang digunakan juga ialah kain songket yang diikat berdagang luar
dan diperkemaskan dengan bengkong atau tali pinggang. Aksesori lain yang dipakai ialah rantai
atau dukuh, subang dan perhiasan kepala seperti cucuk sanggul serta bunga-bunga kecil.

10
4.2. Busana Tarian Arab

4.2.1. Gambar Rajah (4.2)

Tarian Zapin arab hanya boleh dipersembahkan oleh penari lelaki sahaja maka solekan
yang digunakan hanyalah bedak biasa.Dan Pakaian yang digunakan oleh penari zapin arab ialah
jubah, yang merupakan pakaian khas bagi orang Arab. Selain daripada jubah, Penari zapin juga
boleh memakai baju kurta dan seluar apabila membuat persembahan, ini kerana perkara yang
paling penting tentang busana zapin arab ini ialah ia bebas dan sopan seperti baju melayu dan
kurta.

11
5.0. ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN

Ankara peralatan muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian zapin adalah gambus, rebana,
gendang, rebab, dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik untuk tarian Zapin
namun terdapat beberapa tanggapan yang salah di kalangan rakyat kerana muzik yang dihasilkan
rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola. Petikan gambus untuk membawakan lagu,
sementara rentak gendag atau rebana menentukan rentak pecahan tari. Antara lagu zapin yang
popular ialah Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang Rebana dan banyak lagi.

5.1. Rabana

5.1.1. Gambar Rajah Rabana

12
5.2. Gambus

5.2.1. Gambar Rajah Gambus

5.3. Rebab

5.3.1. Gambar Rajah Rebab

13
5.4. Gendang

5.4.1. Gambar Rajah Gendang

5.5. Marakas

5.5.1. Gambar Rajah Marakas

14
6.0. PENUTUP

Kesimpulannya, Tarian zapin merupakan tarian tradisional dalam masyarakat melayu.


Tarian ini sukar dilihat pada zaman moden ini. Kebanyakan orang muda lebih menyukai tarian
yang baru seperti "k-pop" dan tarian yang dipaparkan dalam aplikasi "TikTok". Oleh itu, kita
perlulah mengetahui sedikit sebanyak mengenai tarian zapin supaya ia tidak ditelan zaman. Hal
ini demikian kerana, berikutan oleh peredaran zaman kini iaitu penggunaan gadjet seperti telefon
pintar kian meluas di serata dunia termasuklah di tanah melayu, Malaysia.

Di samping perkembangan telefon pintar, perisian dan aplikasi seperti "TikTok",


"Instagram" dan "Bigo" kian mendapat perhatian yang tinggi oleh masyarakat masa kini
termasuklah golongan yang berusia. Menurut laporan oleh Sensor Tower aplikasi "TikTok"
merupakan antara 20 aplikasi yang popular dimuat turun dari Play Store dan Apple Store. Aplikasi
tiktok terkenal dengan pelbagai tarian yang moden yang semakin membimbangkan golongan muda
agar semakin melupakan tarian tradisional,

Dengan itu, janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak
pepatah yang berbunyi "biar mati anak, jangan mati adat". Oleh itu, usaha memupuk dan
memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama
memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.

15
7.0. SUMBER RUJUKAN

1. Nor. M. A. M. (2001). Falsafah Seni Persembahan Melayu di Sebalik Tarian Zapin. Tirai
Panggung 5: 30–38.
2. Nor, M. A. (1993). Zapin Folk Dance of the Malay World. Singapore: Oxford University
Press Pte. Ltd.
3. Pangestu, I. Y., & Martion, E. (2002). Estetika Tari Zapin sebagai Sumber Penciptaan
Karya KakiKaki. Jurnal Pengkajian dan Penciptaan Seni 1(1).
4. Karim, K. M. (2016). Inspirasi Penciptaan Komposisi Muzik GhaMuhyi: Sebuah Karya
Muzik Baharu Bersumber dari Muzik Tradisional Ghazal Melayu Johor: Inspiration to the
Composition of GhaMuhyi Music: A New Musical Work based on Traditional Malay
Ghazal of Johor. Malaysian Journal of Music, 5(1), 74-91.
5. Fauzan, W. M. A. W. M., & Husain, S. K. S. (2018). Geometri dalam tarian zapin
(Geometry in Zapin Dance). Asian Journal of Environment, History and Heritage, 2(2).
6. Fuaddah, S. M. N., Yahya, I., & Istiandini, W. (2020). Kajian Sejarah Tari Zapin Arab di
Kota Pontianak. Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran Khatulistiwa (JPPK), 9(2).

16

You might also like