(16 Jan 2024) Jawapan Karangan Respons Terbuka

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KARANGAN RESPONS TERBUKA

Terdiri daripada empat soalan mengikut domain/tema dan


wajib jawab satu soalan.

Bentuk Soalan
Berformat Tidak Berformat

 Surat kiriman rasmi  Perbincangan/Pendapat


 Surat kiriman tidak rasmi  Fakta
 Laporan  Peribahasa/Cogan kata
 Rencana  Ulasan
 Berita  Perbahasan
 Dialog/Wawancara/Forum
/Temubual
 Syarahan / Ceramah / Ucapan
 E-mel
 Resume

Masa yang dicadangkan ialah 1 jam 30 minit.

Markah yang diperuntukkan ialah 70 markah.

Panjang karangan antara 350 patah perkataan


hingga 500 patah perkataan.

Cadangan Binaan Perenggan


Pendahuluan
 Empat ayat
 50 hingga 60 patah perkataan

Isi Penting 1, 2 dan 3:


 Lima ayat bagi setiap isi
 120 hingga 140 patah perkataan

Penutupan
 Empat ayat
 50 hingga 60 patah perkataan

1
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.

Soalan 1
Penyalahgunaan dadah merupakan isu yang besar di negara kita. Secara umumnya,
penyalahgunaan dadah mampu memudaratkan kesihatan fizikal, mental, emosi dan tingkah
laku. Lebih memeritkan lagi, penyalahgunaan dadah ini akan menyebabkan penagihnya
ketagihan dan membuatkan mereka bergantung hidup pada dadah. Gejala negatif ini bukan
sahaja merugikan individu, malah memberikan kesan buruk kepada negara.

Sumber: Berita Harian Online, 13 Februari 2020

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa penyalahgunaan dadah merupakan gejala negatif
yang banyak memberikan kesan buruk kepada masyarakat dan negara.

Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia
kerana dadah merupakan musuh utama negara.

Sehubungan dengan itu, bincangkan cara-cara yang boleh dilakukan untuk membunuh
masalah ini.

Jenis karangan: tidak berformat


Tema: penyalahgunaan dadah
Fokus: langkah-langkah/cara-cara/usaha-usaha

2
Soalan 2

Kementerian Kewangan menyasarkan kutipan cukai langsung Lembaga Hasil Dalam


Negeri (LHDN) bagi tahun 2021 mencecah RM143.9 bilion. Pada masa yang sama,
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu, unjuran
kutipan cukai tahun ini sebanyak RM127 bilion. Beliau berkata, agenda kerajaan untuk
mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara tidak akan dapat direalisasikan
sekiranya tiada sumber kewangan yang mencukupi.

Sumber: Utusan Online, 20 November 2020

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa kutipan cukai merupakan satu instrumen ekonomi
yang penting bagi memastikan sumber kewangan negara kita mencukupi. Hasil kutipan cukai
digunakan untuk mentadbir, mengurus dan membangunkan negara.

Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menulis sebuah rencana tentang “Kepentingan
Cukai kepada Negara” untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan cukai.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

Jenis karangan: berformat – rencana


Tema: cukai
Fokus: kepentingan-kepentingan/manfaat-manfaat

3
Soalan 3

“Statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS)
pada 2015 menunjukkan bahawa Malaysia telah menjadi sebuah negara obes, iaitu seorang
dalam dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Keadaan ini
menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mempunyai individu paling gemuk
di Asia, dengan jangkaan populasi yang berlebihan berat badan sebanyak 33 peratus dan
obesiti sebanyak 18 peratus.”

Dipetik daripada ucapan


Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
23 April 2019

Sebagai respons terhadap kandungan ucapan di atas, setiap remaja perlu berusaha untuk
mengelakkan diri daripada masalah obesiti.

Jelaskan usaha-usaha tersebut.

Jenis karangan: tidak berformat


Tema: masalah obesiti
Fokus: usaha-usaha

4
Soalan 4

Golongan belia, terutamanya graduan yang belum mendapat kerja dinasihati agar tidak
memilih kerja, sebaliknya perlu melakukan pelbagai bidang kerja lain meskipun bukan
jurusan mereka dalam usaha menimba pengalaman sebelum memperoleh pekerjaan yang
bersesuaian pada masa depan.

Sumber: Utusan Borneo Online, Isnin, 26 Ogos 2019

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa graduan tidak seharusnya memilih kerja,
sebaliknya melakukan pelbagai bidang kerja. Graduan dikatakan sering menolak peluang
pekerjaan yang tidak sama dengan bidang pengajian mereka.

Bincangkan faktor-faktor pemilihan kerjaya dalam kalangan graduan.

Jenis karangan: tidak berformat


Tema: pemilihan kerjaya
Fokus: faktor-faktor/punca-punca/sebab-sebab

5
Perenggan 1: Pendahuluan – PerMaSA

Perkara/isu yang dibincangkan: Sejak akhir-akhir ini, penyalahgunaan dadah dalam


kalangan remaja sering menjadi gamit-gamitan masyarakat di negara ini. Mana? (tempat):
Pada kebiasaannya, pihak polis sering menemukan kegiatan ini berlaku di lorong-lorong
gelap, ladang kelapa sawit, bangunan terbiar dan di bawah jambatan. Siapa? (orang):
Penyalahgunaan dadah ini akan menyebabkan si penagih ketagihan dan membuatkan mereka
bergantung hidup pada dadah. Ayat arahan soalan: Sehubungan dengan itu, setiap lapisan
masyarakat perlu mengambil beberapa langkah/inisiatif/cara/kaedah/tindakan/prakarsa/usaha
untuk mengekang kemelut yang semakin bermaharajalela ini.

atau

Persoalannya, apakah tindakan-tindakan yang boleh direncanakan untuk membendung


masalah penyalahgunaan dadah yang semakin menular ini?

Perenggan 2: Isi Penting 1 – IMBaKUP

Isi utama: Satu daripada inisiatif yang boleh dilakukan untuk mengatasi isu ini
termasuklah/ialah ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang mencukupi kepada anak-
anak sejak azali. Mengapa? (sebab): Hal ini dikatakan demikian kerana didikan agama yang
diberikan boleh dijadikan pedoman hidup. Bagaimana? (contoh): Sebagai contohnya, ibu
bapa boleh menghantar anak-anak ke sekolah agama yang berdekatan. Bukan itu sahaja, ibu
bapa sendiri boleh mendidik anak-anak cara membezakan antara hak (betul) dengan batil
(buruk). Kesan: Apabila didikan agama yang mencukupi telah diberikan sejak bangku
sekolah lagi, anak-anak akan sentiasa beringat agar tidak terlibat dalam kancah jenayah.
Ungkapan menarik/peribahasa (jika ada): Ajaran agama yang diberikan kepada anak-anak
sejak awal boleh diibaratkan seperti peribahasa Melayu/kata orang dulu-dulu/kata
pujangga/lidah pendeta/aforisme Melayu, iaitu melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Penegasan kecil: Izharlah, ajaran agama yang diterapkan oleh ibu bapa dalam diri anak-anak
mampu menghindarkan diri mereka daripada dosa dadah.

6
Perenggan 3: Isi Penting 2 – IMBaKUP

Isi utama: Jika disingkap dari perspektif yang berbeza, gejala dadah ini juga boleh
dikekang menerusi penguatkuasaan undang-undang yang lebih berat oleh pihak kerajaan.
Mengapa? (sebab): Penguatkuasaan undang-undang yang lebih berat mampu memberikan
pengajaran dan membuka mata orang di sekeliling tentang impak negatif penyalahgunaan
dadah. Bagaimana? (contoh): Sebagai contohnya, pihak polis boleh mengenakan denda
yang berlipat kali ganda kepada penagih dadah. Bukan itu sahaja, pihak polis juga boleh
menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah. Kesan: Dengan adanya
usaha proaktif sebegini, indeks jenayah dadah dapat dikurangkan peratusannya sehingga
sifar. Ungkapan menarik/peribahasa (jika ada): xxxxxxxxxxxxx. Penegasan kecil: Sudah
terang lagi bersuluh, undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan berupaya
menyelesaikan polemik ini dari akar umbi.

Perenggan 4: Isi Penting 3 – IMBaKUP

Isi utama: Di samping itu, penagihan dadah dalam kalangan masyarakat boleh
dibanteras menerusi kempen kesedaran yang dijalankan oleh pihak sekolah. Mengapa?
(sebab): Kempen kesedaran tentang bahana (bahaya) dadah yang dianjurkan pada peringkat
sekolah ini mampu membuka horizon pemikiran murid. Bagaimana? (contoh): Dalam hal
ini, pihak sekolah boleh mengundang Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk
mengadakan ceramah, membuka reruai dan menayangkan segala informasi tentang
penyalahgunaan ubat-ubatan kepada murid. Kesan: Sebagai natijahnya, modal insan yang
cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang bertepatan
dengan Falsafah Pendidikan Negara dapat dilahirkan. Ungkapan menarik/peribahasa (jika
ada): xxxxxxxxxxxxx.
Penegasan kecil: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, kempen kesedaran
tentang impak buruk dadah yang dijalankan pada peringkat sekolah turut memberikan kesan
yang signifikan dalam usaha mengurangkan jumlah penagih dadah di negara ini.

Perenggan 5: Penutupan – KPCH

Kesimpulan: Kesimpulannya, terdapat pelbagai, berbagai-bagai/banyak/1001 usaha


yang boleh diketengahkan/diusulkan/dikemukakan untuk menyelesaikan masalah yang sudah
lama menghantui/membelenggu negara ini. Pandangan umum: Secara umumnya, jika
masalah ini terus-menerus berlaku, maruah negara tercalar dan negara akan melahirkan
rakyat yang pasif. Cadangan: Oleh hal yang demikian, isu ini perlu diatasi dengan
segeranya. Harapan: Dengan adanya pelbagai strategi untuk mengawal masalah ini, negara
dapat melahirkan pemuda pemudi yang berwibawa dan berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara-negara maju yang lain.

7
8

You might also like